7 Kekurangan Belanjawan 2021


Ir Lukman Al Hakim Muhammad Fokus aspek material, pembangunan modal insan dipandang sepi RAMAI yang telah memberikan komentar positif terhadap Belanjawan Negara 2021 yang telah dibentangkan Jumaat lalu.
Maka tidak perlulah saya ulang.
Saya lebih berminat untuk mengulas dari aspek penambahbaikan yang perlu dilakukan, bukan sahaja bagi Belanjawan 2021, tetapi beberapa kelemahan ini saya perhatikan telah berlaku sejak dahulu lagi:
1) Belanjawan terlalu memberikan fokus kepada aspek material, namun pembangunan modal insan seakan dipandang sepi.
Satu contoh mudah ialah dalam bidang teknologi, pelbagai inisiatif diberikan seperti kredit komunikasi (RM180 untuk B40), Program Jaringan Prihatin (RM1.5 bilion) dan Jendela (RM42 juta) bagi memastikan ketersambungan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.
Namun, pengisiannya bagaimana?
Kempen kesedaran penggunaan internet yang berhemah siapa yang bertanggungjawab? Apa jaminan semua fasiliti digital ini tidak akan disalahguna untuk tujuan negatif?
Tanpa dana untuk pembangunan dalam aspek insaniah, teknologi bakal menjadi pisau yang membunuh, bukan bermanfaat bagi penggunanya.
2) Hal ehwal agama Islam sebagai agama persekutuan dengan penganut yang majoriti sepatutnya mendapat peruntukan yang lebih besar.
Ini adalah kerana ia memberikan kesan terus terhadap pembangunan modal insan yang saya sebutkan dalam isi nombor 1 di atas.
Ternyata, dana RM1.4 bilion, elaun bulanan guru takmir dan sagu hati kepada imam/bilal/siak dan guru KAFA adalah amat tidak memadai.
Tambahan pula, tiada bantuan khas yang menyasarkan khusus sekolah agama, tahfiz dan institusi yang bakal melahirkan cendiakawan serta ulama terkemuka di Malaysia.
Begitu juga tidak dinyatakan bantuan khas kepada badan bukan kerajaan (NGO) terutama NGO Islam yang saban tahun bertungkus lumus melakukan pelbagai inisiatif kebajikan masyarakat dan program pembangunan jati diri, dengan hanya berbekalkan wang saku ahli-ahli sendiri yang tidak seberapa
3) Lebih mengecewakan peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga adalah sangat rendah dan lebih terfokus kepada pembangunan sukan seperti infrastruktur sukan (RM103 juta), pembangunan sukan prestasi tinggi dan e-sport (RM55 juta) dan Skim Tekun Sukan (RM20 juta).
Namun tiada langsung belanjawan yang dikhususkan untuk pembangunan jati diri dan pemulihan anak muda, padahal negara sedang bergelut dengan barah keruntuhan akhlak, salahlaku seks dan jenayah juvana yang amat meruncing.
Adakah e-Wallet berjumlah RM50 hanyalah gula-gula untuk pancing undi anak muda?
4) ‘Sin Tax’ hanya memberikan fokus terhadap rokok tetapi bagaimana dengan arak, dadah, perjudian dan pornografi?
Tidak langsung dinyatakan apa-apa dana atau polisi yang akan digunakan untuk mengekang elemen paling kejam yang menjahanamkan negara ini
5) Makanan segera dan minuman ringan yang sebenarnya termasuk dalam kategori Sin Tax juga tidak disentuh, padahal ia merupakan antara faktor utama Malaysia mencatatkan kadar obesiti yang tinggi di kalangan negara-negara dunia.
Jika pemimpin dan rakyat tidak sihat, apa makna kemajuan infrastruktur dan kekayaan ekonomi negara?
RM 19 juta untuk Agenda Kesihatan Nasional di bawah KBS adalah bagus, tetapi mencegah dalam aspek pemakanan adalah lebih efektif dari pelbagai inisiatif kesukanan yang lain.
6) Belanjawan Pendidikan yang merupakan antara yang terbesar berjumlah RM50.4 bilion juga banyak tertumpu kepada aspek infrastruktur, teknologi digital, bantuan kewangan, simpanan, latihan dan pemakanan.
Persoalannya adakah semua ini akan membantu menyelesaikan masalah utama pendidikan negara seperti isu bebanan kerja dan penempatan guru, isu disiplin murid, sistem penilaian, silibus bersepadu yang merangkumi akhlak dan cara hidup Islam serta banyak lagi.
7) Antara lain yang menarik minat saya ialah belanjawan sebanyak RM16 bilion yang diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan dan RM2.3 bilion untuk penyelenggaraan kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Semua maklum saban tahun memang jumlah yang besar diperlukan bagi peralatan pertahanan yang amat penting bagi menjamin kestabilan dan kedaulatan negara.
Persoalannya, adakah jumlah ini ‘justified’ atau negara kita terpaksa menanggung beban penyelenggaraan yang tinggi disebabkan peralatan lama yang ketinggalan serta kekurangan pakar tempatan untuk diupah?
Ketika kita mampu membangunkan teknologi cecair Formula1 yang diiktiraf dunia, pelan serta perancangan yang sama perlu dibangunkan dalam teknologi pertahanan demi kemaslahatan Malaysia.
(*) Ir Lukman Al Hakim Muhammad - Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/7-kekurangan-belanjawan-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 455 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Komentar Kelebihan Amp Kekurangan Belanjawan 2021

Komentar Kelebihan Amp Kekurangan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 296 hits
Ada beberapa masalah dan kebaikan yang saya lihat wujud di dalam Bajet 2021 Masalah 1 Walaupun kebenaran pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar itu rasional tetapi syarat pengeluarannya adalah dengan kehilangan kerja Sedangkan masalah yan...
Belanjawan 2021 Penentuan Nasib Rakyat Dan Muhyiddin

Belanjawan 2021 Penentuan Nasib Rakyat Dan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 321 hits
SEJAK kelmarin Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat ke 59 menjadi tumpuan utama seluruh masyarakat dunia termasuk rakyat Malaysia sendiri Lebih lebih lagi pada saat AS berdepan krisis ekonomi dan kesihatan terburuk dalam sejarah susulan a...
Belanjawan 2021 Belanjawan Paling Bersejarah

Belanjawan 2021 Belanjawan Paling Bersejarah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 358 hits
Pembentangan Belanjawan 2021 oleh kerajaan Perikatan Nasional di Dewan Rakyat hari ini disifatkan sebagai paling penting dalam sejarah Malaysia ketika negara bergelut memerangi penularan pandemik koronavirus Ketika jutaan rakyat berdebar me...
Belanjawan 2021 Dibentang Esok Luar Biasa

Belanjawan 2021 Dibentang Esok Luar Biasa

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 311 hits
ARIF ATANAhli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan esok adalah luar biasa kerana berlaku pada masa krisis Covid 19 dan krisis politik Naib Presiden AMANAH itu berkata Bela...
Berilah Lebih Banyak Kail Dan Ikan Dalam Belanjawan 2021

Berilah Lebih Banyak Kail Dan Ikan Dalam Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 306 hits
Zaini Othman PENULIS merupakan antara jutaan rakyat Malaysia yang amat teruja ketika ingin melangkah masuk ke tahun 2020 Sejak dari kecil sudah didendangkan dengan Wawasan 2020 dan pastinya pada tahun yang sekian lama dinantikan diharapkan ...
Belanjawan 2021 Speaker Hanya Benarkan 80 Ahli Parlimen Berada Di Dalam Dewan Rakyat

Belanjawan 2021 Speaker Hanya Benarkan 80 Ahli Parlimen Berada Di Dalam Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 359 hits
KUALA LUMPUR Hanya 80 Ahli Parlimen dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat sepanjang tempoh persidangan mesyuarat ketiga termasuk ketika pembentangan Belanjawan 2021 esok Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata perkara itu...
Belanjawan 2021 Yang Trending Di Twitter Hari Ini 6 November 2020

Belanjawan 2021 Yang Trending Di Twitter Hari Ini 6 November 2020

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 442 hits
Sumber twitter comBelanjawan 2021 dibentang hari ini apa tumpuannya Ikuti live dari parlimen di sini
Belanjawan 2021 Belanjawan Paling Bersejarah

Belanjawan 2021 Belanjawan Paling Bersejarah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 204 hits
Pembentangan Belanjawan 2021 oleh kerajaan Perikatan Nasional di Dewan Rakyat hari ini disifatkan sebagai paling penting dalam sejarah Malaysia ketika negara bergelut memerangi penularan pandemik koronavirus Ketika jutaan rakyat berdebar me...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk