Guru Bangunkan Aplikasi Mygintong Mudahkan Urusan Pentadbiran Sekolah


Guru Bangunkan Aplikasi MyGintong, Mudahkan Urusan Pentadbiran Sekolah
Guru merupakan antara tunjang utama menggerakkan sistem pendidikan. Mereka sanggup berkorban waktu dengan penuh dedikasi demi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.
Jika suatu ketika dahulu, tugas guru lebih tertumpu kepada mengajar dan menyediakan bahan pengajaran, kini tanggungjawab itu semakin berkembang seiring perubahan zaman.
Dalam situasi ini, inovasi memainkan peranan penting. Bagi memudahkan para guru menyempurkan tugas mereka, pelbagai teknologi diperkenal dari hari ke hari.
Seperti baru-baru ini, seorang guru bernama Hasbullah Mohd meraih perhatian warga maya apabila berkongsi aplikasi khas yang dibangunkan sendiri, MyGintong.
Ketika dihubungi SK, lelaki berkenaan memaklumkan bahawa dirinya telah menjalankan bertugas sebagai guru di sebuah sekolah rendah selama 11 tahun.
Jelasnya, pembangunan aplikasi berkenaan adalah bagi memudahkan urusan guru serta pihak pentadbiran sekolah dalam mengurus maklumat dan tugasan harian.
Kredit: Thread @hasbullahisa MyGintong integrasi maklumat dalam satu platform Menurutnya, aplikasi MyGintong mengintegrasikan maklumat yang dimuat naik oleh ibu bapa, para guru dan pihak pentadbiran.
“Saya bangunkan aplikasi telefon sendiri untuk sekolah saya. Siap ada pilihan log masuk mengikut peranan,” kongsinya.
Difahamkan, aplikasi tersebut mengumpulkan laporan harian, RMT serta rekod kehadiran murid.
“Sekolah saya sekolah kebangsaan. Sekolah kampung je, tapi cikgu-cikgu semua hebat digital,” katanya bangga.
Bertugas sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), Hasbullah mengakui tujuan utama aplikasi tersebut dibangunkan adalah untuk menangani penggunaan kumpulan WhatsApp kelas.
“Ya, itu antara tujuan utama. Kebanyakan sekolah termasuk sekolah saya, kumpulan WhatsApp kadang jadi terlalu banyak. Kumpulan Rasmi, Kumpulan Pentadbir, Persatuan Ibu Bapa, Kumpulan Keberadaan Guru di Sekolah.
“Dengan MyGintong, semua laporan harian dan komunikasi rasmi sekolah disatukan dalam satu platform,” jelasnya.
Kredit: Hasbullah Isa Nama MyGintong dipilih sebagai penghormatan terhadap guru di Sekolah Kebangsaan Gintong yang terletak di Jerantut, Pahang.
“Saya bukan pembangun aplikasi profesional cuma cikgu kampung yang nak mudahkan kerja guru. Saya guru Sains tetapi saya minat teknologi dan mula belajar programming sendiri untuk mudahkan urusan sekolah.
“Nama ini sebagai penghormatan kepada guru-guru di sekolah kecil yang selalu buat kerja lebih, tetapi kekurangan peralatan digital,” ucapnya.
Aplikasi tersebut turut memudahkan urusan guru mencari semula maklumat tanpa perlu menatal perbualan WhatsApp yang panjang.
“Tiada lagi perbualan. Cuma maklumat,” maklum guru berkenaan.
Katanya lanjut, ibu bapa yang mengalami sebarang masalah boleh mengusulkan tiket menerusi aplikasi MyGintong.
“Hantar terus kepada pengurusan. Cikgu-cikgu dah tak payah pening kepala,” ujarnya lagi.
Berhubung dengan penyimpanan data, Hasbullah memaklumkan bahawa aplikasi tersebut menggunakan storan awan (cloud storage).
Usaha penghasilan MyGintong disambut baik Dalam pada itu, guru berkenaan turut berkongsi pandangan yang diterima daripada pelbagai pihak. Rata-rata, pihak pentadbiran, guru dan ibu bapa menyambut baik penggunaan aplikasi tersebut.
“Sambutan sangat positif, walaupun sekolah kami hanya 19 murid termasuk Prasekolah.
“Guru lebih senang hantar laporan harian dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), serta lapor keberadaan guru di sekolah sekali gus memudahkan pihak sekolah merancang pengganti jika guru tersebut tidak hadir ke sekolah,” katanya.
Maklumnya, perkara ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam dasar Melindungi Masa Instruksional (MMI).
Bukan itu sahaja, penggunaan aplikasi ini turut menambah keyakinan buat ibu bapa berikutan penyusunan maklumat yang lebih teratur dan pantas.
“Ibu bapa yang ingin melaporkan ketidakhadiran anak juga lebih mudah sebab aplikasi ini dah selaraskan alasan ketidakhadiran sama dengan sistem KPM, IDMe. Senang guru nak masukkan dalam sistem KPM,” ujarnya lagi.
Aplikasi MyGintong mempunyai pelbagai fungsi yang diselaraskan mengikut keperluan sekolah. Antara yang dimaklumkan termasuk notifikasi automatik kepada semua pengguna setiap kali guru menghantar laporan dan rekod kehadiran murid.
“Ada heatmap kehadiran murid dan statistik secara langsung. Ranking murid Hadir Penuh dan Kehadiran Paling Rendah turut disertakan bagi memudahkan HEM menjalankan analisis dan tindakan lanjutan,” jelasnya.
Menutup perbualan, guru tersebut menyimpan hasrat bagi mempatenkan hasil inovasinya di MyIPO dalam masa terdekat bagi tujuan hakmilik.
BACA: Lelaki Indonesia Puji Tempat Bersejarah Di Kuala Pilah BACA: Meninggal Dunia Di Balik Timbunan Barang, Pengusaha “Hoarder Clean Up” Kongsi Kisah Menyayat Hati Sumber: Thread @hasbullahisa
The post Guru Bangunkan Aplikasi MyGintong, Mudahkan Urusan Pentadbiran Sekolah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/29/guru-bangunkan-aplikasi-mygintong-mudahkan-urusan-pentadbiran-sekolah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Zara Qairina Guru Displin Akui Wujud Budaya Ragging Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha

Inkues Zara Qairina Guru Displin Akui Wujud Budaya Ragging Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 146 hits
KOTA KINABALU Seorang guru disiplin hari ini mengaku di Mahkamah Koroner di sini bahawa memang wujud budaya ragging dalam kalangan pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Pengakuan itu dibuat oleh saksi ke 56 i...
Momen Ketibaan Guru Baharu Di Sekolah Pedalaman Curi Perhatian Ramai

Momen Ketibaan Guru Baharu Di Sekolah Pedalaman Curi Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 166 hits
Momen Ketibaan Guru Baharu Di Sekolah Pedalaman Curi Perhatian Ramai Bergelar seorang guru hanya mengajar murid murid di sekolah semata mata tetapi pelbagai cabaran yang perlu dihadap oleh golongan pendidik Lebih lebih lagi mereka yang mend...
Aktiviti Ceramah Buli Di Sekolah Dan Penipuan Dalam Talian Ppim 03 12 2025

Aktiviti Ceramah Buli Di Sekolah Dan Penipuan Dalam Talian Ppim 03 12 2025

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 150 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk Buli di Sekolah dan Penipuan Dalam Talian kepada pelajar University Saito Kampus Cheras Sesi ini memberi penekanan terhadap meningkatkan kesedaran mengenai b...
Meriah Cuti Sekolah Jamuan Kelas Dan Kenduri Kecil

Meriah Cuti Sekolah Jamuan Kelas Dan Kenduri Kecil

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 149 hits
Cuti sekolah tiba majlis jamuan kelas dan kenduri kecil berlangsung dengan meriah Meja dihiasi dengan bermacam juadah gelas plastik dan pinggan polisterin Setelah selesai makan orang dewasa mengangkat meja dan memasukkan segalanya ke dalam ...
Funtastic Stem Mini Carnival 2025 Memupuk Minat Dan Literasi Stem Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Funtastic Stem Mini Carnival 2025 Memupuk Minat Dan Literasi Stem Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 168 hits
Laporan Mohd Syahir Anwar Hamzah Khadijah Maulad Bahrol Prof Madya Dr Nadirul Hasraf Mat Nayan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia PARIT RAJA 27 November Pejabat Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko Universiti Tun Hussein Onn Malaysi...
Selamatkan Buku Sekolah Ketika Banjir

Selamatkan Buku Sekolah Ketika Banjir

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 180 hits
04 Disember 2025 Khamis Sebagai langkah awal menghadapi risiko banjir guru kelas dak Nuha mengingatkan agar buku buku sekolah segera diselamatkan jika air mula naik Assalamualaikum dan salam sejahtera Semoga semuanya di dalam lindungan Alla...
Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Masjid Di Kampung Batu 3 Naik Taraf Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir

Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Masjid Di Kampung Batu 3 Naik Taraf Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 171 hits
Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Masjid Di Kampung Batu 3 Naik Taraf Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir Semenyih 5 Disember 2025 Di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI 2025 Kementerian Pelaburan Perdagangan dan ...
Quick Share Kini Berfungsi Dengan Airdrop Mudahkan Perkongsian Fail Android Iphone

Quick Share Kini Berfungsi Dengan Airdrop Mudahkan Perkongsian Fail Android Iphone

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 129 hits
Google kini mengumumkan ciri rentas platform yang memudahkan perkongsian fail antara pengguna iPhone dan Android Melalui Quick Share di Android dan AirDrop pada peranti Apple pengguna boleh memindahkan fail antara kedua dua platform dengan ...
Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia