Cara Mudah Menghilangkan Stress Dengan Urutan Di Brace Men Spa




Hidup ini adakalanya memang menyesakkan

Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan

Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya

Sepertinya, tiada apa yang boleh kita lakukan

Bil yang perlu dibayar tidak akan berhenti datang setiap bulan. Akan sentiasa ada kepeluan yang mendesak dari keluarga dan kerjaya kita

Kebanyakkan kita semua berhutang sejak dari mula bekerja lagi. Hutang belajar PTPTN perlu dilangsaikan setiap bulan, walhal gaji permulaan yang bekerja adalah masih kecil

Belum ditambah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat

Bukankah ini memeningkan dan menimbulkan stress

Kita Semua Mempunyai Cara Tersendiri Yang Kita Gemar Lakukan Untuk Mengurangkan Stress

Perkara ini akan membuatkan minda kita dapat melupakan seketika segala kesukaran yang kita hadapi, membantu kita bertenang, dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stress) itu

InsyaaAllah, artikel ini saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress:
1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.
Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya

Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara

Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham

Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah saya sebelum itu

Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu

2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.
Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari

Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup

Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah

Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam


Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita

Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out

Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali

Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)

3. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga

Mengurangkan stress dengan keluarga
Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah

Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling

Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya

Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka

Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar

InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta

4. Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran
Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan

Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress

Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul

Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan

Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat saya, di dalam dunia yang serba sibuk ini

Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu


Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi

Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca

Learning is not only entertaining, it’s also empowering — both of which are good for battling stress

Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran
Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja

Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya

Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan

Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)
Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk

Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik

5. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni
Saya sangat sukakan fotografi

Malah saya membuat servis ambil gambar perkahwinan, bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada untuk release stress

Saya selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks

Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing-masing, seperti melukis,bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain

Jadi apa minat anda

6. Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur
Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit

Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam

Pasti anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah

InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya

Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan

Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita

Penutup: Tidak Semua Stress itu Buruk
Mengejar deadline, menyiapkan projek, mendidik anak dan sebagainya, semuanya akan sentiasa membuatkan kita stress

Tetapi dengan tekanan juga akan membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hidup dengan tertekan atau stress setiap masa

Kita manusia biasa yang perlukan masa untuk berundur daripada segala tekanan dan merehatkan diri

Jika tidak kita akan burn out


Adakah anda selalu tertekan dan stress

Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan stress? Mungkin berbeza daripada cara yang saya sebutkan diatas

Kongsikan pandangan anda

Saya sangat menghargai sebarang cadangan, penambahan, dan komen anda pada ruangan dibawah. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan ilmu ini kepada orang lain


sumber : aku islam





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zulfattah.com/2019/10/cara-mudah-menghilangkan-stress-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Ikuti Cara Mudah Untuk Menghilangkan Ketuat Tanpa Rasa Sakit

Jom Ikuti Cara Mudah Untuk Menghilangkan Ketuat Tanpa Rasa Sakit

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 370 hits
Jom ikuti cara mudah untuk menghilangkan ketuat tanpa rasa sakit pelbagai cara boleh kita lakukan antaranya Kapur sirihSapukan sedikit kapur sirih pada bahagian ditumbuhi ketuat Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan Biasanya ...
Cara Lihat Semua Quote Reply Dengan Mudah Di Twitter

Cara Lihat Semua Quote Reply Dengan Mudah Di Twitter

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 1050 hits
Aku akan tunjukkan bagaimana cara lihat semua quote reply di dalam platfom media sosial dengan lebih mudah Sudah pastinya Facebook berbeza dengan Twitter dari segi fungsinya dan salah satunya adalah Quote Tweet atau Quote Reply Terdapat pel...
6 Tips Cara Ulang Kaji Dan Belajar Yang Mudah Masuk Otak

6 Tips Cara Ulang Kaji Dan Belajar Yang Mudah Masuk Otak

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 734 hits
6 Tips Cara Belajar yang Mudah Belajar adalah salah satu aktivitas untuk memperoleh pengetahuan melalui pelajaran pelajaran yang diberikan baik dalam kelas ataupun diluar kelas didalam rumah ataupun diluar rumah Di mana pun tempat dapat jad...
5 Cara Mudah Agar Kamu Bisa Perbaiki Rutinitas Tidurmu Agar Lebih Baik

5 Cara Mudah Agar Kamu Bisa Perbaiki Rutinitas Tidurmu Agar Lebih Baik

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 270 hits
Ketika tidur kurang lama atau kurang berkualitas hal yang sebaliknya dapat terjadi Kurang tidur dapat membuat kamu kurang efektif dalam beraktivitas sehari hari atau bahkan mendatangkan masalah kesehatan
Cara Mudah Dapat Kerja Selepas Graduate

Cara Mudah Dapat Kerja Selepas Graduate

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 334 hits
Cara Mudah Dapat Kerja Selepas Graduate BAGI anda yang kini berada dihujung tahun pembelajaran tak kiralah dimana tempat anda belajar wajib baca dan kongsikan kepada semua rakan rakan anda yang baru habis belajar atau pun untuk yang masih m...
Batuk Dan Selsema Cara Mudah Atasinya

Batuk Dan Selsema Cara Mudah Atasinya

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 391 hits
Batuk Dan Selsema Bagaimana Cara Yang Mudah Berkesan Mujarab Untuk Mengatasinya Anda atau anak anak sering mengidap masalah penyakit batuk The post appeared first on
5 Cara Mudah Goreng Bergedel Tak Berminyak Atau Hancur

5 Cara Mudah Goreng Bergedel Tak Berminyak Atau Hancur

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 1186 hits
Bergedel sama ada dimakan terus sebagai kudapan atau sebagai tambahan dalam masakan lain seperti dalam soto ramai orang menyukai makan yang diperbuat dari kentang ini Namun masalah bila berdel digoreng ia kerap hancur dan terlalu berminyak ...
Cara Mudah Bagi Melatih Bayi Anda Untuk Tidur Sepanjang Malam

Cara Mudah Bagi Melatih Bayi Anda Untuk Tidur Sepanjang Malam

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 300 hits
Bagaimana mahu melatih bayi anda untuk tidur sepanjang malam Saya tidak menafikan bahawa sesetengah bayi mudah tidur dan akan tidur sepanjang malam seawal usia lapan minggu Namun kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga merek...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration