7 Cara Kurangkan Tekanan Stress Di Rumah


7 Cara Kurangkan Tekanan Stress Di Rumah ( Saya Guna NARINAR Untuk Kesan Yang Lebih Cepat) | ISTERI yang memegang jawatan sebagai surirumah sepenuh masa bukanlah satu kerja mudah. Daku sendiri telah lama menjadi seorang surirumah dan ku akui berada di dalam rumah setiap hari dan setiap masa boleh membuatkan diri rasa rimas. Tambahan pula dengan kerja rumah yang menimbun. 

Hari-hari tugas yang sama saja perlu dilakukan. Rutin wajib seperti mengemas, menyapu, membasuh, menyidai baju dan menjaga agak tetap perlu di buat walau sudah rasa jemu. Itu belum di ambil kira dengan kerenah anak yang meragam dan nakal bermain tanpa henti lagi. Hmmm... siapa yang lalui pasti akan faham!



Daku juga tak nafikan yang berada di rumah bersama anak ini boleh menyebabkan daku rasa bahagia. Tapi dengan tugas membesarkan anak ini dari masa ke semasa bukanlah satu kerja ringan yang boleh di buat main. Kerana itu dalam masa yang sama daku ikut rasa bangga pada diri kerana berjaya menjadi ibu kepada 6 (enam) orang anak dengan menjaga mereka semua sendiri sejak lahir. 
Adakah bergelar surirumah sepenuh masa ini seronok? Jawapannya adalah ya dan tidak. Ya! Ia seronok kerana boleh berada dengan anak-anak sepanjang masa tanpa perlu di hantar ke pusat penjagaan dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama ada juga rasa tidak seronok kerana badan rasa sangat penat dan tertekan. Mulia sungguh menjadi suri rumah, tetapi pastikan surirumah yang merasa nikmat bahagia, bukan derita stres tekanan sehingga sakit mental. Inilah yang cuba di bantu oleh NARINAR terhadap para surirumah yang ada. 


Baca Juga : Surirumah - Tugasan Berat Yang Boleh Merubah Wanita Secara Senyap

Pernah Cuba Cara Lain Untuk Kurangkan Tekanan Stress Di Rumah
Sebelum menggunakan Narinar daku dah pernah cuba pelbagai cara untuk kurangkan tekanan stress di rumah. Antara cara boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa tertekan tersebut adalah seperti :
Cara 1 - Bersenam
Kebetulan kat rumah ni ada treadmill jadai dapatlah bersenam. Kalau nak tahu, apabila bersenam ia dapat memperbaiki aliran darah ke seluruh tubuh badan dan ke otak, menambah gelombang alfa pada otak yang berhubung dengan ketenangan, mengurangkan tekanan darah serta mengurangkan ketegangan otot.
Cara 2 -  Hias DiriJika korang gemar dan akan berasa gembira jika bersolek, maka sediakanlah masa dalam satu jam untuk diri sendiri bersolek dan kelihatan cantik. Biarlah tak ke mana pun, solek untuk sambut suami pulang dari kerja pun okay. Tak kisahlah jika itu yang boleh buat diri sendiri rasa bahagia. 
Cara 3 - Mendengar Lagu Dari YoutubeMendengar lagu yang tenang memang okay tapi ia akan buat kita rasa makin down. Masa tertekan jangan dengar lagu sedih dan tenang begitu. Ada baiknya dengar lagu yang bersifat ketuhanan dan juga lagu yang lebih rancak untuk diri rasa kembali bersemangat semula.
Cara 4 - Menonton Drama Atau Movie Terbaru Di TVJika dulu asyik sibuk dengan kerja rumah saja, apakata kali ini luangkan masa untuk menonton drama atau movie di TV. Sediakan sedikit makanan ringan dan berbaring rehat sambil menonton dengan aman. Lupakan perkara yang lain dan tumpukan pada tontonan

Cara 5 - Menanam Bunga / Berkebun Antara cara mudah dan unik untuk menghilangkan tekanan adalah dengan cara menanam pokok bunga dan kaktus. Jika nak tanam sayur juga boleh. Daku sendiri dah pernah cuba cara ni. Tak sedar dan sangat leka bila lihat bunga yang berkembang. Makin happy bila sayur yang di tanam mula membuahkan hasil. Seronok sangat! 

Jika kurang berminat dengan aktiviti bercucuk tanam begini, kalian boleh letakkan pokok hidup di atas meja dalam rumah kerana ia telah terbukti secara saintifik dapat mengurangkan tekanan stress pada si penghuni.
Cara 6 - Makan Makanan Yang SedapMakan makan makan. Lagi rasa tekanan stress lagi makan. Makan saja apa yang disukai terutama makanan yang sedap dan manis seperti kek, puding, coklat, aiskrim dan sebagainya. Lupakan masalah dan tenangkan fikirkan dengan menikmati makanan yang sedap di dalam mulut. Oh nikmatnya!
Cara 7 - Tidur Siang Cara paling afdal untuk mengurangkan segala tekanan stress yang ada apa lagi kalau bukan tidur. Selesaikan semua kerja rumah dan apabila anak ingin tidur maka ikutlah tidur bersama. Rehatkan badan dan rehatkan minda. Nanti bila sudah bangun InshaAllah diri akan rasa lebih tenang.


Narinar - Minyak Aroma Special Untuk Terapi
Selain daripada semua cadangan di atas, cara lain yang boleh digunakan sudah tentulah dengan bantuan NARINAR. Daku sendiri baru saja cuba produk dari jenama Narinar ini. Hajat sebenar sekadar ingin mencuba tetapi tak sangka boleh melarat hingga ke tahap suka sepenuh jiwa. Antara produk keluaran Narinar yang telah ku cuba untuk bantu masalah tekanan adalah FRANKIE dan CLARITE. 
:: FRANKIENarinar Frankie ini dulunya di kenali sebagai NARINAR FLUtherapy (FT) dan ia merupakan produk sulung Narinar yang telah berjaya membantu lebih 50000 orang pengguna di Malaysia. Narinar Frankie ini dihasilkan daripada gabungan pati minyak gam arab, pudina, lavender dan lemon yang diadun dengan minyak zaitun asli. 

Narinar Frankie cukup bagus untuk membantu melegakan pernafasan ketika selsema terutamanya untuk golongan bayi dan kanak-kanak yang tidak mampu mengeluarkan lebihan lendir sendiri. Kehebatan gam arab yang terkandung dalam Narinar Frankie benar-benar dapat membantu melonggarkan kahak secara semula jadi di samping meningkatkan imun sistem badan jika digunakan secara berterusan. 


Paling daku suka adalah pada kandungan lemon yang kaya dengan Vitamin C. Bau lemon ini benar-benar dapat melegakan ketidakselesaan pernafasan. Terasa makin segar dan tenang saja selepas digunakan. Daku gunakan Narinar Frankie ketika mandi dengan cara titiskan ke dalam air mandian. Nak guna sebagai diffuser pun boleh. Eh dah macam kat spa pula gayanya. Tenang sangat.....  


Haa bukan saja sesuai untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak malah untuk ibu juga. Nak guna pun senang kerana tidak perlu di makan sebaliknya hanya perlu digunakan dengan kaedah urutan dan sebagai aroma terapi segar untuk kelegaan yang maksimum. Guna titik-titik je so walau baru beli sebotol tetap boleh guna untuk banyak kali penggunaan. 

:: CLARITIENarinar Claritie ini pula adalah gabungan pati minyak 100% gam arab Frankincense, Bergamot, Helichrysum, Chamomile, Grapefruit, Kaffir Lime dan Peppermint. Semua bahan diadun dengan minyak Bidara asli sehinggalah terhasilnya Narinar Claritie. Aroma Narinar Claritie ini dapat membantu si penggunanya untuk kekal fokus. Barulah tak fikir yang bukan-bukan.

Ia juga amat sesuai untuk digunakan oleh anak dan keluarga dalam satu masa. Kiranya beli satu dah boleh guna bersama satu famili. Kan jimat tu? Ia juga dapat bantu kurangkan rasa mengantuk dengan kaedah aromaterapi dan terapi urutan. Ia turut di datangkan dalam botol kecil bentuk roll on yang sesuai untuk digunakan di mana saja. 

Paling afdal beli sorang satu. Isteri boleh guna kat rumah, suami boleh guna kat pejabat dan anak boleh guna kat sekolah untuk terus kekal cergas dan fokus sentiasa! Ini barulah betul. Selain daripada Frankie dan Claritie, terdapat 3 (tiga) lagi minyak terapi lain yang boleh di pilih iaitu ELLGRIE, SIDRIE dan juga ROSE LOVE. 



:: ELLGRIE 
Ellgrie merupakan campuran aroma pati tumbuhan serai wangi, bidara, halia, lemon & Aloe Vera yang berkesan untuk membantu melegakan ketidak selesaan perut. Serai wangi di dalam Narinar Ellgrie akan melegakan sistem pencernaan bayi dan anda di sampaing sesuai digunakan untuk melindungi kulit dari gigitan serangga. 

Selain aloe vera baik untuk melembutkan kulit ia juga kaya dengan antioksida yang mampu melegakan sembelit.





:: SIDRIE 
Sidrie pula adalah aroma yang sangat menenangkan untuk tidur yang berkualiti. Ia juga bagus untuk bantu tenangkan perasaan anak-anak dalam kenderaan ketika perjalanan panjang yang meletihkan. Narinar Sidrie telah memenangi 2018 Readers' Choice Award for Best Baby Therapy Essential Oil oleh Majalah Baby Talk & Mama Papa! 

Aroma epal hijau & bunga Chamomile yang diadun dalam Narinar Sidrie ini mampu melegakan pening kepala yang kronik (migraine) dan menyeimbangkan emosi. Pati minyak bidara dalam Narinar Sidrie ini pula meningkatkan kualiti tidur kerana baunya sungguh menenangkan.



:: ROSELOVE
NARINAR RoseLove diformulakan untuk menyeimbangkan emosi dan hormone anda supaya rasa lebih tenang dan optimistik. . Formula yang mengandungi minyak pati rose, lavender dan buah citrus seperti grapefruit dan bergamot mampu mengurangkan depresi dan meningkatkan keyakinan diri. . Sapukan NARINAR RoseLove dengan di nadi dan hidu aroma NARINAR RoseLove dalam-dalam. Cubalah hari ini



Antara Kelebihan Lain Yang Lain Yang Patut Diketahui
1. Narinar Bermula Berkat Dari Pengalaman Si Pengasas Sendiri

Narinar diasaskan oleh Pn. Shazren Shah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Erin yang juga merupakan pengarah Urusan Syarikat Narinar Group Sdn Bhd. Narinar ditubuhkan berdasarkan pengalaman yang dialami oleh beliau sendiri di mana anak Pn. Shazren ini telah menghidap sakit kronik. 

Bermula dari situ beliau menggunakan formulasi Narinar secara konsisten dan menjumpai solusi terbaik melalui pati tumbuhan dan bungaan yang digabungkan dengan Teknik terapi urutan atau sentuhan sehingga beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Aromaterapi. Berkat dari pengalaman dan ilmu yang dipelajari itulah maka Narinar berjaya dihasilkan hingga berada di tahap sekarang.


2. Mengandungi Gabungan Bahan Semulajadi Yang Dipilih Dengan Penuh Teliti

Jika dilihat semula, semua bahan yang digunakan oleh pihak Narinar untuk menghasilkan semua produknya telah di pilih dengan penuh teliti. Gabungan bahan semulajadi tanpa campuran sebarang bahan kimia yang tidak sepatutnya turut menjadikan produk Narinar semakin selesa untuk digunakan. Paling penting dapat guna bersama famili dari bayi sehinggalah kepada orang dewasa. 



3. Tidak Melekit, Sangat Harum Dan Menyegarkan

Daku memang tidak suka penggunaan produk berasaskan minyak yang melekit tapi tidak untuk Narinar. Walaupun ianya minyak terapi tetapi saat digunakan tidak melekit sama sekali. Seolah-olah macam tidak pakai apa-apa pun sebaliknya bau aroma yang menyegarkan terus melekat di tubuh untuk memberi keselesaan dan kesegaran yang berpanjangan. 

4. Telah Lama Popular Sebagai Minyak Terapi Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak


Produk NARINAR dah lama benar kat pasaran cuma daku ni je lambat tahu. Alah sedihnya... kalau dari dulu perasan tentu dah lama daku beli. Daku memang suka produk yang boleh beri kesan bagus walau tidak perlu diambil secara oral. Menurut pengasasnya (Puan Shazren Shah), minyak aromaterapi yang dihasilkan Narinar hanya menggunakan pati tumbuhan eksotik yang dirumus secara khusus untuk bayi berusia dua tahun ke bawah.

Sesuai untuk bayi dan cara nak guna pun sangat senang! Hanya dengan cara titis ke tapak tangan untuk urutan tapak kaki bayi, dada, bahagian belakang tubuh serta perut. InshaAllah masalah bayi meragam, sukar tidur lena, selsema, batuk dan lain-lain dapatlah di atasi dengan segera. Paling bagus kerana ia turut dikatakan dapat bantu tingkatkan imun pada baby. 

Haa untuk ibu ayah yang bakal dapat baby baru tu, elok sangat beli untuk persediaan awal. Nanti bila baby dah lahir orang itu pegang, orang ini dukung, kena cium dan sebagainya dah tak perlu rungsing lagi. Barulah baby makin selamat dari jangkitan penyakit melalui sentuhan dan sebagainya tu. 

5. Produk Narinar Turut Memiliki Kelulusan Dari Pihak JAKIM 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah agensi pusat yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam termasuk pensijilan halal di Malaysia. JAKIM memainkan peranan penting dalam menjaga kepentingan pengguna Islam di Malaysia dan bertanggungjawab memastikan produk halal di pasaran bertepatan dengan kehendak syariah. 

Bagi tujuan pensijilan halal, JAKIM perlu memastikan semua ramuan dan bahan mentah yang digunakan adalah halal. Oleh itu, analisis di makmal diperlukan bagi menyokong pengesahan status halal tersebut dan alhamdulillah NARINAR turut memiliki pengesahan itu terhadap produk-produk keluarannya. 

Panduan Penggunaan Produk Narinar:
Jika bayi anda selesema atau batuk:1. Titiskan minyak di tapak kaki menggunakan teknik Vitaflex, dada dan belakang badan. Calit nipis di hidung jika tersumbat.2. Ulang setiap 15 hingga 30 minit untuk dua jam. Selepas selesema atau batuk berkurang, jarakkan kekerapan. Minyak aromaterapi ini perlu disapu dengan kerap kerana ia diperbuat daripada pati tumbuh-tumbuhan yang mudah diserap oleh tubuh.3. Lakukan urutan lembut di zon-T wajah bayi.4. Lakukan teknik urutan Vitaflex fokus pada titik sinus dan paru-paru.5. Lakukan teknik tepukan percussion atau cupping untuk melonggarkan kahak dan lendir.
Jika bayi demam:1. Lakukan teknik sama seperti bayi selesema atau batuk.2. Titiskan satu hingga dua titik minyak di pelipat kaki dan tangan.3. Titiskan dua hingga empat titik minyak di sepanjang tulang belakang.
Jika bayi sakit perut atau kembung:1. Titiskan dua hingga empat titik di perut. Urut lembut.2. Sembelit - titiskan dua hingga empat titik dan urut lembut perut membulat pusingan arah jam.3. Cirit-birit - titiskan dua hingga empat titik dan urut lembut perut membulat pusingan lawan arah jam.
Sebahagian Daripada Testimoni Pengguna Produk Narinar
Jika di lihat pada testimoni ramai pengguna lain, ternyata Produk NARINAR benar-benar dapat membantu mengurangkan simptom selesema dan batuk pada bayi dan dalam masa yang sama dapat juga bantu mengurangkan stress tekanan di kalangan mereka yang memerlukan. Daku sendiri dah cuba dan alhamdulillah memang sangat sukakan aromanya yang sangat tenang dan segar. Patutlah banyak review tentang Narinar ni muncul dari hari ke hari. 





Harga Yang Ditawarkan Juga Adalah Sangat Berpatutan
Selepas menggunakannya Narinar sendiri ternyata ianya sangat sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan juga orang dewasa. Seronok sangat rasanya bila lihat baby dapat tidur lena sehingga ke pagi tanpa meragam. Semua produk Narinar untuk terapi ini boleh di beli secara berasingan atau dalam bentuk set berserta dengan NANION Diffuser yang sangat comel. Pembelian secara online turut di buka bagi memudahkan lagi urusan para pembeli.


Ada Rasa Tertekan? Tidak Tahu Apa Perlu Dilakukan? Cepat Guna Produk Narinar Sekarang Untuk Kembali Tenang ! 
Tekanan ni bukannya boleh dibiarkan begitu saja tau! Bahaya! Bahaya sangat-sangat! Kerana tekanan inilah yang telah menyebabkan ramai orang membunuh diri. Allahuakbar! Jauhkanlah dari diri kita semua sifat ini. Bukan itu caranya untuk menyelesaikan masalah pada diri. Jika ada rasa tertekan tolonglah lekas-lekas ingat semula kepada Allah SWT, banyakkan beristighfar dan solat. 

Setelah itu cubalah pelbagai kaedah di atas untuk mengisi masa yang ada supaya tekanan itu dapat dikurangkan lagi. Tidak hanya untuk surirumah saja, untuk orang lain juga. Tidak kisahlah kalian sedang mengalami tekanan stress disebabkan oleh apa, yang penting jangan lupa berusaha termasuk menggunakan NARINAR untuk membantu mengurangkan segala tekanan yang ada. Pastikan beli yang original tau!! 




Untuk sebarang info dan maklumat lanjut, boleh terus hubungi :

NARINAR | JENAMA PILIHAN MINYAK TERAPI TERBAIK 
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/08/cara-kurangkan-stress-di-rumah-guna-NARINAR.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Senaman Mudah Bagi Mengurangkan Tekanan Kemurungan

Cara Senaman Mudah Bagi Mengurangkan Tekanan Kemurungan

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 391 hits
Kadang kadang penampilan luaran seseorang tidak menunjukkan keadaan sebenar kesihatan mental mereka Cara Senaman Mudah Bagi Mengurangkan Tekanan KemurunganCredit Pic Kesihatan mental meliputi kesejahteraan emosi psikologi dan sosial kerana ...
Cara Tanam Taugeh Mudah Di Rumah Lebih Bersih Dan Segar

Cara Tanam Taugeh Mudah Di Rumah Lebih Bersih Dan Segar

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 1080 hits
Taugeh sejenis sayur simple yang boleh dimakan mentah ataupun dimasak Harganya murah berbanding dengan harga sayur yang lain Walaupun murah tapi kaya dengan pelbagai khasiat Kaya protein enzim serat antioksidan asid lemak vitamin dan lain l...
Rumah Idaman Saya

Rumah Idaman Saya

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 626 hits
park sini dulu ek kang nanati berduit baru buat rumahbila tu tak tahu lah bila masanya ikut pada rezeki la huhuuhdoa doakan semoga anie dimurahka rezeki aminnn
Depan Rumah Pun Boleh Kena Ragut Sekarang Ni

Depan Rumah Pun Boleh Kena Ragut Sekarang Ni

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 464 hits
Orang kalau nak meragut sekarang ni tak kira tempat dan keadaan dah Tengah tengah orang ramai pun makin berani buat kerja tak senonoh tu Semua ni jenis nak cepat senang jalan mudahnya adalah pecah masuk rumah orang mencuri merompak termasuk...
Pengalaman Rasa Wok Di Rumah Dengan Ajinomoto Rasa Sifu

Pengalaman Rasa Wok Di Rumah Dengan Ajinomoto Rasa Sifu

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 324 hits
Hi Korang Satu nama yang sinonim dengan perasa makanan Ajinomoto Berhad telah menghasilkan perasa BARU semua dalam satu Rasa Sifu untuk membuatkan masakan di rumah rasa seperti di restoran Dengan Rasa Sifu yang pertama seumpamanya di pasara...
Hadir Ke Majlis Sambut Menantu Di Rumah Makchaq

Hadir Ke Majlis Sambut Menantu Di Rumah Makchaq

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 425 hits
Alhamdulillah di hari ulangtahun kelahiranku yang ke 58 pada 24 8 2019 dapat memenuhi undangan blogger Datin Azilah ke majlis menyambut menantu beliau yang ke 3 Jam 12 00 aku dan suami ke Bandar Baru Bangi dengan niat untuk menunaikan solat...
Bapak Dan Anak Dibakar Di Sukabumi Motif Pembunuhan Masalah Rumah Tangga Dan Utang

Bapak Dan Anak Dibakar Di Sukabumi Motif Pembunuhan Masalah Rumah Tangga Dan Utang

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 249 hits
Motif pembunuhan terhadap Edi Chandra Purnama alias Pupung dan anaknya M Adi Pradana alias Dana karena masalah rumah tangga dan utang piutang Otak pelaku adalah istri Edi Chandra AK Kedua jenazah korban ditemukan hangus di dalam mobil yang ...
Wanita Kongsi Langkah Kawal Gas Bocor Di Rumah

Wanita Kongsi Langkah Kawal Gas Bocor Di Rumah

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 337 hits
Pernah tak korang hidu bau gas dalam rumah Kebocoran gas ni selalu berlaku dekat dapur bila hos penyambung tu kena gigit tikus atau kita terlupa nak tutup ignition pada dapur gas kita Memang bahaya kalau ada gas bocor ni Sebagai peringatan ...
Tiba Tiba Datang Motor Terus Tarik Beg Diragut Depan Rumah

Tiba Tiba Datang Motor Terus Tarik Beg Diragut Depan Rumah

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 335 hits
The ReporterTidak kiralah anda berada di mana sentiasa peka dan berhati hati Elakkan memakai barang kemas yang menonjol bermain telefon bimbit berjalan di jalan sunyi seorang diri kerana ada penjenayah yang mungkin sedang memerhati dan menu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

Showcase Macam Konsert Misha Omar Back To Basic Ubati Kerinduan Peminat

Qualcomm Menang Pertikaian Undang Undang Pelesenan Cip Arm

Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico