Cara Tanam Taugeh Mudah Di Rumah Lebih Bersih Dan Segar


Taugeh sejenis sayur simple yang boleh dimakan mentah ataupun dimasak. Harganya murah berbanding dengan harga sayur yang lain. Walaupun murah, tapi kaya dengan pelbagai khasiat. Kaya protein, enzim, serat, antioksidan, asid lemak, vitamin dan lain-lain lagi. Bagi yang tak suka makan taugeh, mungkin lepas ni boleh cuba amalkan makan taugeh sebab taugeh juga sesuai untuk menu diet seharian. Tak payah susah-susah beli, boleh tanam taugeh dengan cara paling mudah di rumah untuk dapatkan taugeh lebih bersih dan segar


CARA TANAM TAUGEH MUDAH DI RUMAHCuci bersih kacang hijau. Pastikan cuci sampai bersih dan air jernih untuk dapatkan taugeh yang lebih bersih dan berkualiti


Kemudian rendam kacang hijau yang telah dibersihkan dalam bekas. Boleh rendam dalam besen atau jar tak kisah bertutup atau tidak. Fiza simpan dalam bekas bertutup sebab tak nak termasuk benda asing. Tapi make sure paras kacang hijau suku daripada bekas sebab nanti dia akan mengembang dengan jayanya. 

Selepas 24 jam rendam kacang hijau, bilas kacang hijau dengan air bersih. Selepas rendam tu dah boleh nampak kacang hijau dah bercambah


Langkah seterusnya sediakan bekas, penapis dan kain. Kalau tak ada kain bersih boleh gunakan tisu, net ataupun penapis halus. Tujuan kain dan tisu paper tu nak bagi lembap bekalkan air. Tapi kalau guna jaring kena siram 3-4 kali setiap hari lah.

Dah ada semua alatan tu, boleh lah susun satu-satu. Letakkan penapis dalam bekas dan alaskan kain atas penapis. Kemudian taburkan kacang hijau yang telah direndam tu. Dah susun elok, tutup semula dengan kain. Tips nak taugeh gemuk dan panjang, lepas tutup kain tu letak pemberat atas dia. Boleh letak pinggan yang berat.


Last sekali boleh tutup dengan kain hitam atau bekas hitam. Warna hitam ni untuk elakkan terkena cahaya. Kalau kena cahaya akan menghasilkan taugeh yang kurus. Letakkan bekas di tempat yang gelap. Siram 2-3 kali sehari. Pastikan air di bawah tapisan tu sentiasa dibuang selepas siram ye. Kalau tak air bertakung tu akan berbau busuk dan memberi kesan pada taugeh.

Hari kedua selepas letak dalam bekas anak pokok taugeh dah kelihatan. Teruja sungguh tengok taugeh membesar dengan cepat macam ni.


Hari ketiga dah makin banyak membesar dengan jayanya. Kulit kacang hijau sudah mula tertanggal


Akar pun dah mula tumbuh keluar daripada lapisan kain dan penapis


Hari keempat, Dah nampak macam pokok taugeh dah. Super excited nak harvest tapi belum sampai masanya lagi. Tapi ikutkan boleh je kalau nak harvest.


Akar pun dah makin banyak ni. Okay next


Hari kelima, taugeh dah boleh harvest tapi Fiza nak tunggu hari ke enam baru harvest sebab masih tak cukup mencapai rupa taugeh yang Fiza nak. berlumba-lumba nak membesar ni

Sejuk mata memandang

Dah boleh goreng dah ni tapi Fiza extend sehari lagi untuk harvest Akar dia super banyak kot. Rasa tak sabar betul nak harvest pokok taugeh ni. Hari hari tengok perubahan dia memang excited


Hari Keenam, yeay! Taugeh dah boleh harvest semuanya walaupun rasanya tak semua besar-besar ni

Super duper happy tengok taugeh membesar
Dari kacang hijau yang sikit tu boleh dapat sebekas taugeh ni okay Saiz pelbagai
Puas hati dapat tanam taugeh dengan cara yang mudah di rumah. Paling penting kebersihan terjamin. Happy dapat hasil taugeh yang segar macam ni walaupun saiz ada besar kecil. Lagipun kalau beli taugeh, Fiza suka beli taugeh yang tak direndam tu. Beli taugeh yang dah ditoskan air. So boleh tahan lama. Nak tahan lama lagi simpan dalam paper letak dalam peti ais. Kalau simpan rendam dalam air macam cepat tak elok je. Taugeh cepat serap air. 
Ada juga tips lain rendam dengan asam keping. Tapi paling Fiza suka taugeh simpan tanpa air, letak dalam paper boleh tahan lama dan jimat sikit. Tanam banyak macam ni pun jimat cuma kena habiskan secepat mungkin lah nampaknya. Tak sangka banyak pula hasilnya. Haha


Agak jenuh nak mengasingkan taugeh ni. Ini baru suku keluarkan daripada bekas tu. Bertabahlah ye nak asingkan semua ni


Kadang bila tanam menjadi ni macam satu terapi juga. Seronok tengok hasilnya kan. Yang suka taugeh tu, sila tanam dan buat stok taugeh di rumah. Selamat mencuba




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2019/08/cara-tanam-taugeh-mudah-di-rumah-bersih-segar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sewa Bulanan Rumah Dan Properti Lebih Mudah Dan Terjamin

Sewa Bulanan Rumah Dan Properti Lebih Mudah Dan Terjamin

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 356 hits
Mempunyai rumah yang mewah dan besar adalah impian setiap orang Rumah menjadi tempat untuk berlindung sehingga harus nyaman dan aman saat dihuni Namun keterbatasan biaya sering membuat seseorang menjadi bingun untuk membeli atau menyewa rum...
Cara Mudah Untuk Dapatkan Waktu Tidur Lebih Lama Untuk Pasangan Yang Mempunyai Bayi

Cara Mudah Untuk Dapatkan Waktu Tidur Lebih Lama Untuk Pasangan Yang Mempunyai Bayi

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 483 hits
Tahniah jika anda baru menyambut kehadiran cahaya mata yang dinanti nantikan dalam keluarga Kehadiran si comel pasti menceriakan lagi hubungan suami isteri yang sentiasa diwarnai dengan keletah keletahnya yang manja dan mencuit hati Cara Mu...
Rumah Bersih Anak Diam Itu Perlu Risau Berbanding Kemas Rumah Banyak Kali

Rumah Bersih Anak Diam Itu Perlu Risau Berbanding Kemas Rumah Banyak Kali

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 487 hits
Kebanyakan ibu bapa lebih suka menyediakan keperluan anak siap siap sebab tak mahu anak minta banyak kali dan tak nak diganggu bila nak buat kerja Cara ini memang betul tetapi adakah kita terfikir ia hadkan komunikasi anak Sedangkan dalam u...
Tips Percutian Ke Thailand Dengan Cara Paling Mudah Sesuai Untuk Last Minute Plan

Tips Percutian Ke Thailand Dengan Cara Paling Mudah Sesuai Untuk Last Minute Plan

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 347 hits
Bercakap soal percutian ini pastinya memerlukan ketelitian terperinci dalam merancang percutian sekaligus untuk memastikan percutian itu berjaya dan akan disertai oleh semua The post appeared first on
Cara Masak Rendang Ayam Lebih Senang Dan Sedap

Cara Masak Rendang Ayam Lebih Senang Dan Sedap

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 425 hits
Rasanya macam terlambat nak upload cerita raya kita Tapi kita mulakan dengan cerita resipi raya dulu ye Mesti ramai yang tercari cari resipi nak buat rendang katanya leceh sangat kan Tapi sebenarnya mudah je Kalau ikut cara aku semuanya cam...
Pos Laju Sendparcel Lebih Mudah Dan Jimat

Pos Laju Sendparcel Lebih Mudah Dan Jimat

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 349 hits
Mudah dan jimat Itu kemudahan yang bakal dinikmati pengguna terutama bagi peniaga dalam talian menerusi inovasi perkhidmatan penghantaran barang terbaharu Pos Malaysia Berhad Pos Laju SendParcel Menurut Pos Malaysia servis dalam talian itu ...
7 Cara Kurangkan Tekanan Stress Di Rumah

7 Cara Kurangkan Tekanan Stress Di Rumah

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 512 hits
7 Cara Kurangkan Tekanan Stress Di Rumah ISTERI yang memegang jawatan sebagai surirumah sepenuh masa bukanlah satu kerja mudah Daku sendiri telah lama menjadi seorang surirumah dan ku akui berada di dalam rumah setiap hari dan setiap masa b...
Facebook Marketing Kini Lebih Mudah Dengan Software Auto Post Tolongla Post Satu Klik Untuk Fb Timeline Page Dan Groups

Facebook Marketing Kini Lebih Mudah Dengan Software Auto Post Tolongla Post Satu Klik Untuk Fb Timeline Page Dan Groups

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 403 hits
Khas kepada peniaga online yang menggunakan media sosial fb sebagai tempat jualan onlineSekarang anda boleh melakukan online marketing anda dengan lebih mudah dan berjadual kesemua platform anda di FB hanya dengan sekali klik sahaja Tugas a...
Cara Mudah Memulai Bisnis Travelling

Cara Mudah Memulai Bisnis Travelling

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 364 hits
Cara Mudah Memulai Bisnis Travelling Bisnis travel memanglah bisnis yang menjanjikan dilihat dari kemudahan akses transportasi dan fenomena traveling yang telah berubah menjadi gaya hidup di masyarakat indonesia Akan tetapi sayangnya tidak ...
Cuaca Panas Nyamuk Ganas Apa Kaitan Perubahan Iklim Global Dengan Denggi

The Influence Of Anime On Global Fashion Trends

Three Mps Seek To Join Proceedings Involving Anwar As Observers

Msi Ketua Majelis Syuro Al Muzammil Yusuf Presiden Pks

Amalan Sunnah Hari Arafah

Buy Diamond Chains Malaysia A Guide To Timeless Luxury

Kenapa Ada Orang Kata Movie Keluang Man Best Ada Yang Tak

Apa Sebenarnya Festival Perahu Naga Sejarah Lokasi Maksudnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menata Ulang Jalur Panel Mcb

Barakallah Fii Umrik

Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia

Empowering Youth Against Radicalisation