69 000 Pelajar Mengatasi Setiap Halangan Ke Arah Hidup Sihat Bersama Gardenia Breakthru


Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. menggalakkan pelajar-pelajar sekolah untuk mengamalkan budaya pemakanan yang lebih sihat dan melakukan aktiviti fizikal melalui Program Kecemerlangan “Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang” Bersama Gardenia Breakthru.
Majlis pelancaran program itu diadakan di Victoria Institution dan disaksikan oleh Dr. Zalina Binti Mohd Tahir, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan Dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama warga Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Derrick Khoo, Pengurus Besar Kanan Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, dan Ena Suhaila Abas, Pengurus Pemasaran.
“Salah satu kerangka Malaysia Madani di bawah tonggak pendidikan ialah penumpuan terhadap isu kemiskinan malnutrisi yang memberi impak kepada fizikal dan tumbesaran kognitif di kalangan pelajar. Kita harus bertindak sewajarnya dan kami mengalu-alukan program seumpama ini untuk menangani isu ini bersama.

Program sebegini membantu pelajar lebih fokus pada intipati kehidupan dan sangat membantu dalam membina negara yang lebih sihat. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dan mengingatkan satu sama lain tentang kepentingan menjalani gaya hidup sihat,” kata Dr. Zalina.
Program Kecemerlangan “Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang” Bersama Gardenia Breakthru 2023
Menurut Ena, program itu bertujuan memberi kesedaran kepada pihak sekolah tentang kepentingan gaya hidup sihat. “Kami menggalakkan semua pelajar sekolah untuk mengatasi setiap halangan dalam kehidupan seharian mereka. Amat penting untuk kita terapkan budaya pemakanan sihat dari usia muda agar ia menjadi satu tabiat yang perlahan-lahan akan bertukar menjadi gaya hidup apabila dewasa kelak.
Hashtag untuk kempen ini, #MengatasiSetiapHalangan, secara tidak langsung mengajar mereka untuk membuat pilihan pemakanan yang lebih tepat dan pada masa yang sama, memupuk minda yang berdaya tahan. Semua sifat ini mendorong pelajar untuk lebih berdisiplin dalam mengatasi setiap halangan dalam kehidupan,” tambah Ena.
Program ini melibatkan 69,000 orang pelajar dari 55 buah sekolah menengah terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia merangkumi peserta berumur di antara 13 hingga 17 tahun.
Program ini dimulakan dengan 8CTIVETM School Tour untuk berkongsi kepentingan amalan gaya hidup sihat. 8CTIVETM School Tour ini merangkumi sesi perkongsian tentang amalan pemakanan dan gaya hidup sihat selain permainan interaktif yang menarik bersama para pelajar. Poster dan papan tanda tentang pemakanan sihat juga dipamerkan di kantin dan sekitar pekarangan sekolah sebagai peringatan berterusan tentang perkara ini.

Para pelajar juga digalakkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan media sosial program ini. Bertemakan hashtag #MengatasiSetiapHalangan dan #BreakThroughAllBarriers, pelajar hanya perlu memuat naik video atau gambar rutin harian mereka menjalani gaya hidup sihat.
Jumlah penyertaan terkumpul dengan catatan tertinggi dari sekolah yang sama akan memenangi jersi eksklusif Gardenia Breakthru yang akan diberikan kepada setiap orang pelajar dari sekolah tersebut.
Kemuncak Program Kecemerlangan “Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang” Bersama Gardenia Breakthru ini ialah peraduan video pendek bertemakan  “Kisah Kejayaan Mengatasi Setiap Halangan”.
Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar dikehendaki menghantar video pendek berdurasi di antara 3 hingga 5 minit, sunting video tersebut berlandaskan keaslian dan kreativiti masing-masing lalu menghantar video tersebut melalui e-mel kepada pihak penganjur. Tiga daripada video terbaik layak memenangi hadiah menarik daripada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.
Juara peraduan video pendek “Kisah Kejayaan Mengatasi Setiap Halangan” akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM3,000.00, trofi dan sijil penyertaan untuk setiap ahli pasukan; diikuti dengan hadiah wang tunai bernilai RM2,000.00, trofi, dan sijil penghargaan bagi pemenang tempat kedua; dan pemenang tempat ketiga akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM1,000.00, trofi, dan sijil penyertaan.
Selain itu, hadiah wang tunai bernilai RM1,000.00, trofi, dan sijil penyertaan menanti pelajar untuk Video Paling Kreatif.
The post 69,000 Pelajar Mengatasi Setiap Halangan Ke Arah Hidup Sihat Bersama Gardenia Breakthru appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/69000-pelajar-mengatasi-setiap-halangan-ke-arah-hidup-sihat-bersama-gardenia-breakthru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalan Gaya Hidup Sihat Tips Uncle 75tahun Awet Muda

Amalan Gaya Hidup Sihat Tips Uncle 75tahun Awet Muda

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 248 hits
Minggu lepas hujung minggu husband ajak sarapan di mamak area berdekatan sambil nak hantar anak sedara p trainig bola Sampai kedai mamak ni mak aiii kemain ramai orang oklah sebab dah nak makan duduk je la kami memilih duduk paling belakang...
5 Amalan Gaya Hidup Sihat

5 Amalan Gaya Hidup Sihat

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 397 hits
Nikmat sihat paling terasa bila kita jatuh sakit Setuju Jadi sebenarnya amat penting tau untuk jaga kesihatan diri Namun penjagaan kesihatan diri yang baik adalah suatu proses yang berterusan dan bukanlah hanya suatu destinasi Dalam perkong...
30 000 Pelajar Tak Ambil Spm Perkara Serius Pm

30 000 Pelajar Tak Ambil Spm Perkara Serius Pm

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 181 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius laporan yang menyatakan bahawa hampir 30 000 pelajar tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu Presiden Parti KEADILAN itu berkata isu tersebut sangat membimbangkan dan ser...
30 000 Pelajar Tidak Duduki Spm 2022 Anwar Sindir Radzi Tak Pantau

30 000 Pelajar Tidak Duduki Spm 2022 Anwar Sindir Radzi Tak Pantau

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 220 hits
Anwar ketika bercakap pada Program Cakna Madani bersama pelajar tajaan JPA di UKM hari ini Foto oleh AMIR KHALID KOSMO BANGI Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir bekas Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berikutan ...
Sihat Mental Dan Sihat Fizikal Mari Amalkan Gaya Hidup Sihat Secara Menyeluruh

Sihat Mental Dan Sihat Fizikal Mari Amalkan Gaya Hidup Sihat Secara Menyeluruh

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 220 hits
Dari dulu sampai sekarang sering digalakkan untuk semua orang amalkan budaya hidup sihat Ayat itu dah tak ada kesan sangat sebab sering diulang cakap Ada kalanya yang sebut ayat itu pun sedar yang dia tidak mengamalkannya Banyak laporan men...
Rakyat Malaysia Susah Nak Menyimpan Setiap Bulan Simpanan Kerap Bocor

Rakyat Malaysia Susah Nak Menyimpan Setiap Bulan Simpanan Kerap Bocor

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 296 hits
SEBANYAK 84 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan tetap setiap bulan berdasarkan kaji selidik Jaringan Pendidikan Kewangan Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata kebanyakan rakyat Malaysia hanya
Keh Keh Keh Muda Muda Dah Hilang Arah

Keh Keh Keh Muda Muda Dah Hilang Arah

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 241 hits
Eh biar betul Saddiq Ingatkan takde akar umbi je Rupanya calon pun tak ada Sampai nak ambil calon bidan terjun Teruk sangat parti hingusan ni Integriti apanya kalau begini Calon main cekup dia kenal celah mana Ambil contoh temuduga bekerja ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching