6 Wishlist Tahun Baru 2019
6 Wishlist Tahun Baru 2019 | Rasanya tak terlambat lagi kalau Fadzi nak ucapkan selamat tahun baru dekat korang semua. Selamat tahun baru korang! Entry santai kali ni Fadzi nak share dengan korang apa wish list Fadzi untuk tahun 2019 ni.
Dalam minggu lepas Fadzi ada baca kawan-kawan blogger buat entry pasal wishlist. So, Fadzi pun nak join jugak lah. Lagipun orang kata, kalau nak sesuatu tu, kena selalu bercakap, berfikir dan tulis pasal benda yang kita nak kan tu. InsyaAllah akan dapat. Itu prinsip Law of Attraction.
Wishlist Tahun Baru 2019Okay untuk tahun 2019 ni agak banyak jugak wishlist Fadzi. Fadzi senaraikan wishlist Fadzi dekat bawah ni. Mana tau boleh jadi inspirasi untuk korang jugak kan buat wishlist.
1. Kamera Mirrorless Canon M50Yang pertama sekali Fadzi nak sangat kamera mirrorless Canon M50. Dari apa yang Fadzi survey dan tengok review dekat Youtube, ramai yang kata Canon M50 ni antara kamera yang best untuk blogging dan vlogging.
Walaupun function video 4k dia memang haruk, tapi for now Fadzi tak ada plan untuk nak pakai record video pakai 4k pun. Sebabnya Malaysia punya line internet still sucks dan 4k video takes a lot of time to render.
2. Pindah Masuk Rumah Baru Hujung Tahun 2019Yang keduanya Fadzi harap sangat hujung tahun ni, Fadzi dan keluarga dapat masuk rumah baru. Alhamdullilah awal tahun lepas Zul ada beli rumah baru jenis landed. Syukur sangat dengan rezeki ni.
Kalau ikutkan phase pertama perumahan tu akan siap dalam bulan Mei dan phase kedua akan siap dalam bulan September. Rumah kiteorang adalah phase kedua. Kalau lah betul siap dalam bulan September, sempatlah untuk renovate sikit-sikit dalam 2 3 bulan dan bulan Disember InsyaAllah dah boleh masuk.
3. Menang Hadiah Barangan Elektrik Tahun ni Fadzi nak cuba untuk join lebih banyak contest yang menawarkan hadiah-hadiah barangan elektrik. Sebab rumah baru nanti siap, Zul kata barang-barang elektrik lama nak tinggal je dekat rumah sekarang. Senang nak sewakan dekat orang. Complete barang dalam rumah.
Jadi, untuk rumah baru nanti Fadzi nak menang beberapa barang elektrik seperti:Peti aisFront load washing machineDryerTelevisyenSet stove dan hobWater heater
4. Menang Hadiah KeretaTahun ni jugak Fadzi nak join contest yang ada bagi hadiah kereta. Tak kisah pun kereta jenis apa asalkan kereta. Kalau dapat hadiah kereta mahal-mahal, rasanya Fadzi akan jual dan kemudian beli kereta Proton yang agak murah. kalau dah menang kereta murah sikit, tak ada hal.
Kenapa Fadzi nak menang hadiah kereta? Sebab sejak Aneeq mula masuk sekolah, Fadzi yang guna kereta untuk ulang alik hantar dan ambil Aneeq. Zul pulak pakai motor. Fadzi sebenarnya risau sangat bila Zul pakai motor pergi kerja.
Ye lah, bahaya kan banyak kereta. Jadi harapnya Fadzi dapatlah menang kereta sebijik supaya Zul tak payah pakai motor lagi dah. Kalau nak beli kereta baru, ongkos tak cukup. Jadi Fadzi berusaha untuk menang kereta jugak. Kalau diizinkan Allah heee.
5. Nak Naikkan Followers Di Sosial MediaDisebabkan Fadzi ada side income sikit sikit daripada social media, jadi Fadzi harap tahun ni Fadzi dapat naikkan lagi follower dekat social media antaranya dekat Instagram, Facebook Personal, Facebook Page, Twitter dan Youtube.
Kalau boleh nak naikkan sampai 10k setiap sosial media. Kalau korang ada yang nak bertukar-tukar likes, follow dan komen, feel free to do so. Fadzi akan balas punya. Link untuk sosial media Fadzi senaraikan dekat bawah.
InstagramFacebook PersonalFacebook PageTwitterYoutube
6. Nak Tingkatkan Pageview Di BlogDan last but not least, mestilah Fadzi nak naikkan pageview blog Fadzi. Walaupun lately pageview agak merudum, dan Fadzi perasan blogger-blogger lain pun ada yang cakap pageview dieorang makin menurun, tapi Fadzi masih lagi rasa nak berblog.
Fadzi ni housewife jadi tak banyak kawan. Kalau berkawan pun borak dekat social media dan anak-anak je. Blog lah tempat Fadzi membebel sambil simoan kenangan dengan family. Tahun ni Fadzi nak buat entry yang lebih berguna untuk korang yang membaca nanti insyaAllah.
Law of Attraction Kenapa Fadzi tulis wishlist dekat blog? Simple. Sebab Law of Attraction. Law of Attraction ni adalah hukum alam atau 'peraturan dunia' yang terjadi mengikut apa yang kita fikirkan.
Kiranya kalau korang nak sesuatu tu, korang kena selalu fikirkan pasal benda tu. Dia sama jugak macam Vision Board yang Fadzi perasan agent Shaklee selalu sebut sebut. Lebih kurang macam tu jugak lah.
Kalau nak bercakap pasal Law of Attraction ni plus bersangkut paut ke dia dengan hukum Islam panjang sangat. Mungkin boleh buat satu lagi entry. Heheheh.
Kalau korang berminat, nanti Fadzi akan buat satu entry full pasal Law of Attraction, dibolehkan ke dalam Islam dan apa yang Fadzi buat untuk dapatkan sesuatu.
Akhir kata, selamat tahun baru korang. Pastikan tahun ni segala wishlist dan azam tahun baru kita tercapai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fadzirazak.com/2019/01/6-wishlist-tahun-baru-2019.html