Apa Itu Onsa Pelaksanaannya
ONSA (Online Safety Act 2025) atau Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 ialah rangka undang-undang baharu yang digubal untuk melindungi pengguna di ruang digital dan berkuatkuasa mulai Januari 2026. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ONSA 2025, sila layari portal rasmi MCMC di pautan berikut https://mcmc.gov.my/

Berbeza dengan undang-undang sedia ada, ONSA 2025 meletakkan tanggungjawab secara langsung ke atas penyedia perkhidmatan (seperti Facebook, TikTok, Instagram, WhatsApp, dan lain-lain).
Platform wajib bertindak proaktif untuk mengesan, menyekat, dan menurunkan kandungan berbahaya tanpa perlu menunggu laporan daripada pengguna atau arahan pihak berkuasa.
Rujuk info penuh mengenai ONSA 2025 di bawah.
Apa itu ONSA 2025?
ONSA (Online Safety Act 2025) adalah merupakan akta yang digubal untuk melindungi pengguna daripada ancaman dan kandungan berbahaya dalam talian dengan mewajibkan platform digital melaksanakan langkah keselamatan yang lebih ketat.
Akta ini menetapkan tanggungjawab kepada platform digital seperti media sosial, perkhidmatan mesej, dan penyedia kandungan untuk memastikan kandungan yang merbahaya tidak tersebar, terutamanya yang berkaitan dengan eksploitasi kanak-kanak, penipuan kewangan, kandungan lucah, ugutan dan sebagainya.

ONSA 2025 diperkenalkan sebagai respon kepada peningkatan ancaman dalam talian seperti penipuan siber, buli siber, eksploitasi seksual kanak-kanak, perjudian haram dan kandungan ekstrem.
Undang-undang ini bertujuan memastikan ekosistem digital lebih selamat dengan meletakkan tanggungjawab yang lebih jelas ke atas penyedia platform dan pengawal selia.
Rujuk kenyataan media MCMC di bawah:

Tarikh Penguatkuasaan Penuh
Bermula 1 Januari 2026, ONSA 2025 akan dikuatkuasakan sepenuhnya secara undang-undang.
Selain itu, pada tarikh ini juga:
Penguatkuasaan “Peruntukan Deeming” (Deeming Provisions). Di bawah peruntukan ini, platform utama seperti TikTok, Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram, dan YouTube secara automatik dianggap “berlesen” dan tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang Malaysia tanpa perlu melalui proses pendaftaran yang rumit.
Larangan Bawah 16 Tahun: Syarikat media sosial wajib memastikan tiada pengguna di bawah umur 16 tahun memiliki akaun di platform mereka.
Siapa Terlibat?
Kerajaan
Undang-undang
Badan Penguatkuasa
Pengguna/Ibubapa
Platform
Objektif utama ONSA
Objektif utama ONSA (Online Safety Act 2025) adalah untuk melindungi pengguna daripada kandungan dan aktiviti dalam talian yang berbahaya, dengan penekanan khusus kepada perlindungan kanak-kanak dan golongan rentan.
Akta ini menetapkan tanggungjawab kepada platform digital untuk memastikan kandungan seperti eksploitasi seksual kanak-kanak, penipuan kewangan, buli siber, ugutan, kandungan lucah, dan kandungan ekstrem tidak tersebar secara meluas.
ONSA 2025 juga bertujuan untuk:
Memastikan platform digital menyediakan pelan keselamatan dalam talian, pelaporan kandungan berbahaya, dan saluran bantuan kepada pengguna.
Mengurangkan risiko pendedahan kepada kandungan berbahaya dengan mekanisme yang lebih ketat seperti pengawalan umur, penapisan kandungan, dan pengawalan algoritma cadangan.
Memberi kuasa kepada badan pengawal selia seperti MCMC untuk memantau, mengenakan penalti, dan memastikan pematuhan platform digital terhadap standard keselamatan dalam talian.
ONSA 2025 berfokus kepada mencipta persekitaran digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab, dengan menekankan perlindungan kepada pengguna terutamanya kanak-kanak serta menegakkan akuntabiliti platform digital.

Tanggungjawab Platform
Di bawah ONSA 2025, platform digital diwajibkan:
Menyediakan pelan keselamatan dalam talian yang jelas dan menyeluruh, termasuk strategi mitigasi risiko kandungan berbahaya.
Memantau, mengesan, dan menghapus kandungan yang diklasifikasikan sebagai kritikal (seperti eksploitasi seksual kanak-kanak, penipuan kewangan, kandungan lucah, ugutan, dan sebagainya) secara pantas.
Menyediakan saluran aduan yang mudah dan responsif kepada pengguna untuk melaporkan kandungan atau aktiviti berbahaya.
Melaporkan strategi keselamatan, statistik aduan, dan tindakan yang diambil kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) secara berkala.
Mematuhi arahan dan perintah MCMC berkaitan pengawasan, pemantauan, dan tindakan terhadap kandungan berbahaya, termasuk mengenakan penalti jika tidak mematuhi.
Pelaksanaan
Di bawah ONSA, platform digital diwajibkan lebih telus tentang cara mereka mengurus laporan kandungan dan algoritma cadangan yang boleh mendedahkan pengguna kepada risiko.
Akta ini juga mengukuhkan peranan badan pengawal selia (seperti MCMC) untuk mengeluarkan arahan, mengenakan penalti dan memaksa pematuhan ke atas platform tempatan dan asing yang beroperasi di negara ini.
ONSA memberi penekanan khusus kepada perlindungan kanak-kanak dan golongan rentan yang lebih mudah terdedah kepada eksploitasi dan gangguan dalam talian.
Ini termasuk keperluan penapisan lebih ketat, kawalan umur, serta saluran aduan yang mesra pengguna untuk ibu bapa dan penjaga.

Kategori Kandungan Kritikal
ONSA 2025 memberikan tumpuan kepada sembilan kategori kandungan yang dianggap kritikal dan berbahaya, antaranya:
Kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak (child sexual abuse material)
Penipuan kewangan dalam talian (online financial fraud)
Kandungan lucah atau tidak senonoh (obscene or indecent content)
Kandungan yang menyebabkan gangguan, ugutan, atau penghinaan (harassment and abusive communications)
Kandungan yang membangkitkan keganasan atau pengganasan (incitement to violence or terrorism)
Kandungan yang menggalakkan kanak-kanak melakukan keganasan terhadap diri sendiri (material promoting self-harm among children)
Kandungan hasutan (hate speech) yang boleh mengganggu ketenteraman awam
Kandungan yang mempromosikan perasaan tidak senang atau permusuhan antara awam
Kandungan yang menggalakkan penggunaan atau jualan dadah berbahaya
Kategori-kategori ini dikenal pasti sebagai “harmful content” yang wajib ditangani oleh platform digital dan pengawal selia di bawah ONSA 2025 untuk memastikan keselamatan pengguna dalam talian, terutamanya golongan kanak-kanak dan rentan.
Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi
Mulai 1 Januari 2026, semua platform media sosial dan perkhidmatan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna di Malaysia wajib memiliki Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi.
Semua penyedia perkhidmatan berskala besar ini akan secara automatik dianggap berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C) di bawah peruntukan Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Langkah ini bertujuan untuk memastikan syarikat teknologi gergasi ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan lebih akauntabel.
Berikut kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh MCMC:

Kanak-kanak Bawah 16 Tahun Dibanned Guna Media Sosial
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi telah mengumumkan bahawa kanak-kanak di bawah umur 16 tahun akan dilarang daripada memiliki akaun media sosial bermula 1 Januari 2026.
Berbeza dengan sekarang di mana pengguna hanya perlu “mengaku” umur mereka, selepas ini platform media sosial wajib menggunakan kaedah eKYC (Electronic Know-Your-Customer). Pengguna perlu:
Mengesahkan identiti menggunakan MyKad atau MyDigital ID.
Menggunakan pasport (bagi warga asing).
Melalui proses pengecaman wajah (facial recognition) untuk memastikan umur pengguna adalah sahih.

Di bawah ONSA 2025, beban tanggungjawab diletakkan kepada syarikat media sosial (seperti TikTok, Instagram, Facebook, dan X).
Jika mereka membenarkan kanak-kanak bawah 16 tahun mendaftar, syarikat tersebut boleh dikenakan denda berat (sehingga RM10 juta).
Platform yang mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia wajib dilesenkan dan mematuhi peraturan ini.

Perlindungan untuk Remaja 16–18 Tahun
Bagi remaja yang berumur antara 16 hingga 18 tahun, mereka masih dibenarkan menggunakan media sosial, namun platform wajib memastikan:
Kandungan yang dipaparkan adalah sesuai dengan umur (age-appropriate).
Algoritma tidak menolak kandungan berbahaya atau sensitif kepada mereka.
Kawalan ibu bapa (parental tools) yang lebih ketat disediakan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai ONSA 2025 (Akta Keselamatan Dalam Talian), sila layari portal rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di pautan berikut: https://mcmc.gov.my/
Ikuti juga facebook rasmi MCMC untuk mengetahui info semasa mengenai pelaksanaan ONSA 2025, perkembangan terkini berkaitan keselamatan dalam talian dan sebagainya.
Soalan Lazim ONSA
Apakah itu ONSA 2025? ONSA 2025 atau Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 adalah akta yang digubal untuk melindungi pengguna daripada kandungan dan aktiviti berbahaya dalam talian, terutamanya eksploitasi seksual kanak-kanak, penipuan kewangan, buli siber, dan kandungan ekstrem.
Siapa yang tertakluk kepada ONSA? ONSA tertakluk kepada semua platform digital berskala besar seperti media sosial, perkhidmatan pesanan Internet, dan penyedia aplikasi yang mempunyai 8 juta atau lebih pengguna di Malaysia.
Apakah kategori kandungan yang dianggap kritikal di bawah ONSA? Kategori kandungan kritikal termasuk eksploitasi seksual kanak-kanak, penipuan kewangan, kandungan lucah, ugutan, keganasan, hasutan, dan kandungan yang menggalakkan penggunaan dadah.
Apakah tanggungjawab platform digital di bawah ONSA? Platform perlu menyediakan pelan keselamatan dalam talian, memantau dan menghapus kandungan berbahaya, menyediakan saluran aduan, melaporkan kepada MCMC, serta mematuhi arahan pengawal selia.
Apakah penalti jika gagal mematuhi ONSA? Jika gagal mematuhi ONSA (Online Safety Act 2025), penalti yang dikenakan boleh melibatkan denda sehingga RM10 juta dan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali. Selain itu, platform juga boleh dikenakan denda tambahan sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan.
Bagaimana ONSA melindungi kanak-kanak dan golongan rentan? ONSA menekankan perlindungan kanak-kanak dengan menetapkan penapisan lebih ketat, pengawalan umur, dan saluran aduan yang mesra pengguna.
Bila ONSA 2025 berkuat kuasa? ONSA 2025 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
Apakah jenis platform yang perlu berlesen di bawah ONSA? Platform digital yang mempunyai 8 juta atau lebih pengguna di Malaysia, seperti media sosial besar dan perkhidmatan pesanan Internet, perlu berlesen dan mematuhi peraturan ONSA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/onsa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=onsa