Inspirasi Tahun Baru 2019 Dengan Wangian Althea X Titi Kamal Stay Fresh Body Sparkling Mist
Inspirasi Tahun Baru 2019 Dengan Wangian Althea x Titi Kamal: Stay Fresh Body Sparkling Mist / Allhamdulillah... Kali ini sempat saya mencuba wangian Wangian daripada Althea x Titi Kamal iaitu Stay Fresh Body Sparkling Mist. Dengan botolnya yang bersaiz muatan 100ml muat di dalam tas tangan saya sesuai di bawa ke mana sahaja. Sekali semburan semerbak harum mewangi bilik pejabat saya.
Cetusan Ilham Titi Kamal Bagi produk wangian ini, Althea telah bekerjasama dengan artis dan juga selebriti Indonesia yang berjaya di seluuh Asia dan juga fashionista iaitu Titi Kamal. Dengan kolabarasi ini lahirlah Stay Fresh Body Sparkling Mist hasil cetusan idea Titi Kamal yang terdiri daripada wangian bunga-bungaan dan juga buah-buhan. Wangian ini diilhamkan oleh beliau sangat sesuai untu kegunaan harian segar, elegan dan sweet. Ia sangat feminim semua untuk wanita malah remaja yang yang suka lembutan bunga-bungaan.
RamuanDirumuskan dengan ramuan bunga-bungaan dan buah-buahan kegemaran Titi Kamal seperti oren, peach, ros, membuatkan wanita sentiasa segar. Malah wangiannya kekel lama sehingga 8 jam. Sangat sesuai untuk wanita bekerja. Baunya tidak terlalu kuat mewah dengan baunya yang segar. Selain itu, apa yang penting ramuan yang diintegrasikan daripada tiga rasa seperti:Sweet orange oil berfungsi membantu memberi kesegaranElder flower extract berfungsi memberi bau feminim, malah menyejukkan dan melegakan kulitDamask rose water berfungsi daripada kulit terhidrat dan ia memberi aroma yang sangat lembut.
Gabungan ketiga-tiga elemen ini sangat sesuai untuk wanita bekerja. Baunya tidak terlalu kuat mewah dengan baunya yang segar.
Keistimewaan Stay Fresh Body Sparkling MistSangat sesuai untu hari-hari anda untuk memberi kesegaran kepada badan anda dengan tugasan harian di dalam keadaan cuaca panas dan sejuk, ia tetap akan memberi arom a yang romantis kepada si pemakai.Ia juga tidak melekit di badan kerana semburannya lebih bersifat air namun, sangat memberi kesan wangi kepada tubuh si pemakai dan memberi kesegaran sepanjang masa.Gabungan ramuan bunga dan buah sangat lembut dan tahan lama.Digalakkan menggunakannya selepas anda mandi, dan semburkan pada badan malah boleh juga gunakan ketika anda keluar dari rumah atau bila-bila masa rasa perlu.Botolnya yang ringan dan mudah alih sangat sesuai dan tidak terlalu besar mampu dibawa kemana sahaja dan boleh dibawa di dalam beg tangan.
Berapa Harganya?Harga sangat berpatutan dengan isipadu 100ml cuma RM35 boleh di dapati Althea Korea. Ia sangat mampu milik.Rugi kalau tidak memilikinya, kerana gaya hidup wanita terutama yang bekerja sering bergegas di luar malan indoor di pejabat yang membuatkan wanita sering berpeluh, panas dan sejuk dan Stay Fresh Body Sparkling Mist sangat membantu memberi kesegaran dalam apa jua situasi anda.
Selamat Mencuba!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sheilainspire.com/2019/01/inspirasi-tahun-baru-2019-dengan.html