6 Tapak Kolam Takungan Banjir Berubah Kegunaan Sprm Wajib Siasat



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta bertindak ke atas penyalahgunaan kuasa dengan menukarkan tapak 6 kolam takungan banjir kepada tapak pembangunan.
Hal itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh susulan Laporan Ketua Audit Negara 2019 ke atas Pelaksanaan Pembangunan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.
“Pendedahan yang paling mengejutkan dalam laporan ini ialah enam kolam takungan banjir telah diluluskan untuk tujuan pembangunan.
“Tukar guna ini bukan sahaja menjejaskan kapasiti kolam takungan banjir, malah merencatkan keseluruhan sistem operasi banjir Kuala Lumpur Flood Mitigation, seterusnya mendedahkan Bandar Raya Kuala Lumpur kepada risiko berlakunya bencana banjir yang lebih kerap.
“Ia juga secara jelas mendedahkan untuk tempoh yang sama dari tahun 2015 hingga 2020, Kuala Lumpur mengalami banjir kilat sebanyak 48 kali. Ini juga merupakan pertambahan bilangan banjir kilat dari 5 kali pada tahun 2017 kepada 13 kali dalam tahun 2020
“Saya telah membangkitkan perkara ini semasa persidangan Parlimen baru-baru ini, mengenai kurangnya maklum balas dari SPRM berkenaan laporan dan pendedahan ini. Kemusnahan yang disebabkan oleh banjir minggu lepas sepatutnya menyedarkan SPRM dan DBKL untuk mengambil tindakan segera,” katanya.
Sehubungan itu Hannah memberi SPRM tempoh 24 jam untuk bertindak.
Katanya, tiada kelewatan yang boleh dikompromi memandangkan Kuala Lumpur telah pun mengalami banjir besar minggu lalu dan boleh dikurangkan impaknya sekiranya mempunyai kolam takungan banjir mencukupi.
“Seminggu selepas hujan lebat berpanjangan pada 18 Disember, Kuala Lumpur telah mengalami banjir teruk melibatkan 12 kawasan dan menyebabkan lebih 90 lokasi kejadian tanah runtuh. Ketika DBKL berhempas pulas membersihkan sampah akibat banjir, namun terdapat keperluan untuk mereka berhenti dan melihat semula bagaimana kelulusan pembangunan di Kuala Lumpur dilakukan.
“Menerusi Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan baru-baru ini telah mendedahkan sepanjang tempoh 2015-2020 Datuk Bandar meluluskan 943 kebenaran perancangan walaupun tidak selaras dengan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (PBRKL) 2020.
“Laporan tersebut juga menyebut perubahan zon guna tanah dan intensiti pembangunan memberi kesan kepada alam sekitar dan pertambahan kepadatan menyebabkan berlakunya pengurangan tanah lapang awam, kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur dan kesesakan lalu lintas,” katanya lagi.
Tegas Hannah, beliau tidak akan tidak akan mengizinkan kejadian banjir di Kolam Air dan di Kampung Kasipillay yang berlaku di dalam kawasan Parlimen Segambut tidak dilayan dengan sewajarnya.
“Sebagai Ahli Parlimen mereka, saya menuntut SPRM mengambil tindakan segera mengenai pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
“SPRM mesti bertindak dalam tempoh 24 jam dengan melakukan siasatan segera dan memaklumkan hasil siasatan mereka kepada penduduk Kuala Lumpur. Semua maklumat secara jelas dinyatakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara termasuk kronologi dan kegagalan jawatankuasa yang meluluskan.
“Jika Perdana Menteri serius mahu menangani isu banjir ini, beliau tidak boleh terlepas perkara paling penting ini,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33742

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tapak Kolam Takungan Banjir Diubah Guna Siasatan Boleh Mula Dari Laporan Ketua Audit Negara

Tapak Kolam Takungan Banjir Diubah Guna Siasatan Boleh Mula Dari Laporan Ketua Audit Negara

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 316 hits
Laporan Ketua Audit Negara 2019 mengenai tapak kolam takungan banjir di Jinjang Kuala Lumpur yang diubah syarat dan digunakan untuk pembangunan boleh disiasat dengan mudah Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil sebahagian besar la...
6 Kolam Takungan Banjir Lulus Jadi Tapak Pembangunan Tak Serik Ke Sec

6 Kolam Takungan Banjir Lulus Jadi Tapak Pembangunan Tak Serik Ke Sec

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 243 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diminta bertindak ke atas penyalahgunaan kuasa dengan menukarkan tapak 6 kolam takungan banjir kepada tapak pembangunan Hal itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh susulan Laporan Ketua ...
Dakwaan 6 Kolam Takungan Di Kl Ditukar Status Sprm Mulakan Siasatan

Dakwaan 6 Kolam Takungan Di Kl Ditukar Status Sprm Mulakan Siasatan

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 185 hits
January 4 2022 Laporan Ketua Audit Negara 2019 mendedahkan sepanjang tempoh 2015 hingga 2020 Datuk Bandar meluluskan 943 kebenaran perancangan walaupun tidak selaras dengan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 PETALING JAYA Suruhanjaya Pence...
Hannah Yeoh Laporan Polis Berkenaan 6 Kolam Takungan Banjir Diluluskan

Hannah Yeoh Laporan Polis Berkenaan 6 Kolam Takungan Banjir Diluluskan

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 217 hits
Tu dia ini adalah pandangan dan dokumen kerjaaan untuk ahli ahli dewan rakyat Ada 6 kolam dan dari siasatan tersebut didapati tanah ini telah diceroboh dan kita takut banjir kedua akan berlaku 15 kolam takungan banjir adalah 15 kolam yang b...
Kontroversi Kebenaran Pembangunan Di 6 Kolam Takungan Banjir

Kontroversi Kebenaran Pembangunan Di 6 Kolam Takungan Banjir

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 279 hits
Kontroversi kebenaran pembangunan di 6 kolam takungan banjir Ketika ramai pihak mencari punca yang berlaku banjir besar di Lembah Klang timbul lagi satu dakwaan berhubung isu projek pembangunan perumahan dan projek campuran di enam kolam ta...
10 Benda Wajib Ada Untuk Kawasan Selalu Banjir

10 Benda Wajib Ada Untuk Kawasan Selalu Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 408 hits
Tak salah kalau kita ikhtiar awal Semua senarai di bawah ni dengan harga termurah dan terbaik di shopee Boleh layari link2 di bawah 1 Boat 2 Touchlight Waterproof Kepala Biasa 3 Life Jacket Dewasa Kanak2 4 Wisel 5 First Aid Kit 6 Baju Hujan...
Rakyat Tak Yakin Laporan Aktivis Gesa Badan Bebas Di Tubuhkan Siasat Isu Banjir Lumpur

Rakyat Tak Yakin Laporan Aktivis Gesa Badan Bebas Di Tubuhkan Siasat Isu Banjir Lumpur

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 243 hits
KUANTAN Satu badan bebas perlu ditubuhkan untuk menyiasat kejadian banjir membawa timbunan balak yang berlaku di Sungai Telemong Bentong minggu lalu Aktivis bebas Mohd Shukri Mohd Ramli berkata siasatan bebas dan telus perlu dalam isu itu k...
Pembangkang Tuntut Suruhanjaya Khas Siasat Pengurusan Banjir Kerajaan

Pembangkang Tuntut Suruhanjaya Khas Siasat Pengurusan Banjir Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 248 hits
MALAYSIA POST AHLI Parlimen pembangkang menuntut Suruhanjaya Khas untuk menyiasat mengenai pengurusan banjir diuruskan kerajaan kerana disifatkan membingungkan Seramai 77 Ahli Parlimen tersebut diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ib...
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 520 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

Retaining Talent For Startup Growth

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

Papagomo Apologises To Igp Over Defamatory Remarks

Saya Takut Tak Pandai Jadi Ayah Kenangan Khir Rahman Dengan Arwah Abah Masa Dapat Anak Sulung

Japanese Seaweed Guide Common Types How To Use Them

Who Is Really Behind Lim Seong Hai The Company That Took Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sebar Kandungan Palsu Libatkan Institusi Diraja Pempengaruh Media Sosial Disiasat

Tahniah Anakku Untuk Kejayaan Cemerlang Dalam Spm 2024

Adik Waniey Di Sana Kasihku Di Sini Cintaku Chord

Fadhilah Intan Pika Iskandar Istikharah Cinta Chord

Wknd Special A Yamaha Xt600 Street Tracker From Porto

Wey Mca Sudah Pupus Lo Mana Ada