Rakyat Tak Yakin Laporan Aktivis Gesa Badan Bebas Di Tubuhkan Siasat Isu Banjir Lumpur
KUANTAN - Satu badan bebas perlu ditubuhkan untuk menyiasat kejadian banjir membawa timbunan balak yang berlaku di Sungai Telemong, Bentong, minggu lalu.
Aktivis bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, siasatan bebas dan telus perlu dalam isu itu kerana kejadian yang berlaku bukan hanya melibatkan kemusnahan harta benda penduduk malah turut berlaku korban nyawa.
Menurutnya, kejadian itu bukan sekadar bencana tetapi satu malapetaka dasyat yang meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk terlibat.
Malah beliau turut mendakwa tidak yakin dengan laporan siasatan yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) yang masih menyalahkan 'kepala air' sebagai punca banjir dan langsung tidak menyalahkan aktiviti pembalakan, penerokaan tanah secara berleluasa di kawasan terbabit.
"Rakyat mengharapkan jawapan yang telus punca kejadian yang mana dipercayai ada kaitan dengan kegiatan pembalakkan dan penerokaan tanah di kawasan tanah tinggi.
"Kita sedia maklum kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) untuk menjalankan siasatan terperinci tentang kejadian itu.
"Bagaimanpun kami lebih mengharapkan siasatan ini diserahkan kepada badan bebas yang melibatkan pakar dan NGO alam sekitar" katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Mohd Shukri berkata, bencana ini amat luar biasa bukan hanya akibat hujan lebat semata-mata namun ada kemungkinan wujud unsur lain yang telah memburukkan keadaan. Klik https://youtu.be/coysHyUp0YQ
"Saya sendiri telah membuat tinjauan dan menemui penduduk di penempatan sekitar Sungai Kerau, Sungai Perdak dan sekitar jambatan Sri Telemong.
"Agak mengejutkan mereka sendiri mendakwa wujud aktiviti pembalakkan dan pembangunan tanah tinggi di kawasan itu.
"Saya kira perkara yang didedahkan itu ada benarnya kerana antara penduduk yang ditemui mengakui terlibat dalam aktiviti pelbalakkan itu," katanya.
Menurutnya, dakwaan penduduk itu dibuktikan dengan penemuan kayu-kayu balak yang siap dipotong bersama-sama kayu yang kini terdampar di kawasan sungai selain di kawasan penempatan.
"Kita akan menunggu hasil siasatan ini sama ada benar sebagaimana yang didakwa atau ada jawapan lain daripada kerajaan negeri seperti dalam kejadian banjir awal tahun ini yang dikatakan berpunca daripada taburan hujan tinggi dan tiada kaitan dengan pembalakkan.
"Walau apa pun jawapannya nanti, saya juga menggesa kerajaan negeri batal dan tarik semua lesen pembalakkan dan kerja-kerja pembangunan kawasan tanah tinggi di seluruh negeri termasuk kelulusan untuk projek ladang hutan," katanya.
Baca selanjutnya isu ini di bloh peribadi beliau https://cucumatkilau.blogspot.com/2021/12/sindrom-nafi-dah-tak-laku-tindakan.html?m=1 #PDO
http://www.pahangdaily.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pahangdaily.blogspot.com/2021/12/rakyat-tak-yakin-siasatan-aktivis-gesa.html