6 Jenis Kifarah Penghapus Dosa Kita


6 Jenis Kifarah Penghapus Dosa Kita. Setiap makhluk Allah yang berakal pasti tak terlepas dari melakukan dosa. Samada melakukannya secara sedar atau tak sengaja, kita tetap diadili secara saksama oleh Allah SWT. Dosa pun ada macam-macam. Dosa menyakiti orang lain, aniayai anak-anak yatim, membunuh, merompak, itu semua dosa yang nampak secara fizikalnya. Dosa hati, dosa tak mengerjakan suruhan Allah pula? Contohnya.. tak solat, tak puasa, tak bayar zakat, itu semua dosa kita dengan Allah. Orang tak nampak. Hanya kita dengan Allah. Itu pun ada pembalasannya tau..

Kifarah pula membawa maksud balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hamba-Nya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.


6 Jenis Kifarah Penghapus Dosa Kita

Ada setengah orang tak kisah dan tak takut melakukan dosa. Dosa kecil dah biasa, apatah lagi dosa besar. Mengapa tak takut dengan dosa sendiri ya? Adakah kerana masih jahil atau ego yang besar menyelubungi diri. Maklumlah.. Buat dosa pun Allah bagi kaya. Renungkanlah. Adakah kerana Allah dah tak sayang?

6 Perkara Sebagai Kifarah/Penghapus Dosa Kita :
Rasa sakit


Ada banyak rasa sakit yang disebut sebagai kafarah atau pembalasan dosa. Sakit tubuh badan, tak pernah kena sakit tetiba sakit yang tak dijangka. Pernah tak anda kena macam tu? Jika sebelum ni tubuh sihat walafiat, tetiba jadi kurus sebab sakit. Ingatlah.. Itu tanda Allah sedang bagi kita peluang untuk berubah dan memohon ampunan dariNya.


Penat


Penat yang tak boleh nak ditafsirkan. Penat badan, penat hati dan penat dengan keadaan sekeliling. Buat benda yang kita suka tetapi hati rasa penat sangat. Apa maksudnya tu? Mungkin itu kifarah Allah atas perbuatan dan dosa kita yang lalu. Jadi apa seterusnya jika anda dah berehat tetapi masih rasa penat? Itu tandanya Allah nak kita cari terapi penat tersebut iaitu berzikir kepada Allah.

Rasa Bimbang


Bimbang terhadap sesuatu yang kita ada dan kita sayang. Bimbang orang tinggalkan kita. Bimbang dan resah yang datang secara tiba-tiba. Itu kifarah Allah nak kita sedar dan sentap. Kembalilah kepada fitrah kejadian kita. Kalau kita ada buat salah kat orang, cepat-cepat mohon maaf. Kalau ada ambil hak orang, hak anak-anak yatim, hak jawatan orang kat pejabat.. kita tindas orang bawahan kita.. berubahlah! Kebimbangan wujud sebab kita tak bersangka baik pada Allah. 

Duka (mengenang)


Duka yang membuatkan kita termenung. Terkenang dosa silam. Rasa hati sayu je bila duduk sorang-sorang. Biasa bila kita dah meningkat usia, melebihi 40 tahun ke atas. Ada saatnya kita ditimpa ingatan lama yang kita tak suka. Maka, itulah salah satu kifarah Allah yang dijatuhkan kepada kita atas dosa-dosa lalu. Itu cara Allah mengingatkan kita. Maka, berubahlah. Mesti berhijrah. Kerana jalan hidup kita mungkin dah nak sampai kembali ke negeri abadi iaitu akhirat


Penderitaan hati


Hati yang sakit tak nampak di mata. Sakit hati derita di dalam hanya tuan badan yang rasai dan hanya Tuhan yang tahu. Kawan -kawan, suami isteri pun tak tahu apa yang dideritai oleh pasangan masing-masing. Ibu bapa, anak-anak pun tak dapat bantu jika kita bercerita pada mereka. Bila timbul ini semua, ingatlah bahawa Allah sedang menurunkan kifarahnya kepada kita. Jangan bersangka buruk kepada Allah. Sebaliknya, bersyukurlah kerana kita masih disayangi dan diberikan peluang untuk bertaubat


Kesedihan


Akhir sekali, cara kifarah Allah kepada kita adalah apabila kita mengalami kesedihan yang berpanjangan. Sedih tak tahu apa punca pucuk pangkalnya. Kita asyik termenung, ada kala menangis.. hingga kita sendiri keliru. Di mana nak hilangkan kesedihan itu. Kalau orang yang tak ada agama, mereka akan minum sampai mabuk atau pergi ke kelab untuk hilangkan segala kesedihan mereka. Tapi, sebagai seorang mukmin.. kita kena kembali mencari Allah. Dekatkan diri dengan Allah.

Semoga perkongsian di atas memberikan kita petunjuk untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2021/01/6-jenis-kifarah-penghapus-dosa-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jenis Jenis Scam Yang Terdapat Di Pasaran Pada Ketika Ini

Jenis Jenis Scam Yang Terdapat Di Pasaran Pada Ketika Ini

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 415 hits
SalamScam merupakan satu jalan yang paling mudah untuk mendapatkan duit dan ia juga merupakan jalan yang paling HARAM JADAH kerana suka2 hati atuk nenek kau nak scam duit orang lain yang bersusah payah siang dan malam untuk mendapatkan duit...
6 Jenis Potongan Bawang Putih Beserta Fungsinya Dalam Masakan

6 Jenis Potongan Bawang Putih Beserta Fungsinya Dalam Masakan

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 421 hits
Bawang putih pun ada teknik dan cara potong tau dan setiap satu dapat mempengaruhi rasa dalam masakan Setiap potongan bawang tu ada khususnya untuk sebuah masakan yang tertentu Jadi jom kita selongkar potongan yang selama ini kita guna tepa...
Ajaib 4 Jenis Minuman Ini Keluarkan Dan Bersihkan Racun Dalam Tubuh

Ajaib 4 Jenis Minuman Ini Keluarkan Dan Bersihkan Racun Dalam Tubuh

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 278 hits
Sumber mumsandbabes Banyak hal yang menjadi dampak negatif dari menumpuknya toksin atau racun dalam tubuh Anda Mulai dari sistem metabolisme yang tak berjalan maksimal hingga sampai menimbulkan gangguan pada beberapa organ dalam tubuh Nah a...
Jenis Perempuan Yang Lelaki Respect Penuh Hormat

Jenis Perempuan Yang Lelaki Respect Penuh Hormat

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 1074 hits
Jenis Perempuan Yang Lelaki Respect Penuh Hormat Orang lelaki ni senakal manapun mereka memang ada sesuatu yang boleh bikin mereka terdiam Begitu juga dengan perempuan Bagi pandangan lelaki perempuan ini ada banyak jenis Jangan risau dengan...
6 Jenis Software Ini Mampu Tingkatkan Daya Ingat Otak

6 Jenis Software Ini Mampu Tingkatkan Daya Ingat Otak

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 178 hits
Gambar 4nidsSupaya daya ingat otak lebih kuat pastinya kita tidak lupa mengasahnya dengan belajar bukan Karena belajar termasuk kebutuhan utama untuk setiap manusia Dengan itu kita dapat mengetahui apa yang belum pernah kita temukan di duni...
Peningkatan Pesakit Diabetes Jenis 2 Di Kalangan Remaja

Peningkatan Pesakit Diabetes Jenis 2 Di Kalangan Remaja

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 294 hits
PENINGKATAN PESAKIT DIABETES JENIS 2 DI KALANGAN REMAJA Ada yang terperanjat bila membaca tajuk yang saya tuliskan Saya sendiri tidak terkejut kerana semakin banyak kes kes yang saya kendalikan di klinik yang melibatkan pesakit diabetes yan...
Resepi 3 Jenis Cookies Viral Ala Famous Amos Guna Satu Bancuhan Je

Resepi 3 Jenis Cookies Viral Ala Famous Amos Guna Satu Bancuhan Je

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 508 hits
Menarik betul resepi 3 jenis cookies viral guna satu bancuhan je Maksudnya guna satu bancuhan bahagi 3 untuk dapatkan 3 jenis cookies ala famous amos cookies Nampak macam mudah je untuk mencuba resepi 3 jenis cookies ni Mudah dan menjimatka...
Baru Disahkan Hamil Elak Makan Makanan Jenis Ini Bahaya Untuk Kandungan

Baru Disahkan Hamil Elak Makan Makanan Jenis Ini Bahaya Untuk Kandungan

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 313 hits
Bagi seorang wanita mengandung pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian Jom ketahui makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan Makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan Apabila bergelar wanita mengandung p...
Sajjad Dan Jais Adakah Sedekah Menghalalkan Dosa

Sajjad Dan Jais Adakah Sedekah Menghalalkan Dosa

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 171 hits
unable to retrieve full text content 160 1 PIHAK JAIS telah mengesahkan bahawa mereka telah memanggil Encik Sajjad sebagai proses siasatan di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor yang menyentuh soal menghina Islam atau m...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte