Baru Disahkan Hamil Elak Makan Makanan Jenis Ini Bahaya Untuk Kandungan


Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Jom ketahui makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

Makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan Apabila bergelar wanita mengandung, pastinya anda sudah biasa mendengar tentang pantang larang dalam aspek pemakanan.
Tapi mengapa?
Umumnya, terdapat beberapa makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan kerana ia mungkin berisiko untuk  membuat anda sakit atau membahayakan bayi dalam kandungan.
Jadi adalah penting untuk anda mengetahui fakta tentang makanan yang perlu dihindari sepanjang tempoh kehamilan ini.
Sudah tentu makanan terbaik untuk dimakan oleh wanita mengandung adalah makanan yang baru dimasak atau baru disediakan.
Jom ketahui apakah makanan yang harus anda hindari sepanjang kehamilan ini.
9 jenis makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan Terdapat beberapa makanan yang harus dielakkan wanita mengandung semasa peringkat awal kehamilan.
Berikut adalah antara 9 jenis daripadanya:
1. Keju lembut Keju lembut adalah keju yang diperbuat daripada susu yang tidak dipastur dan mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Oleh itu, lebih baik mengelakkan keju lembut semasa awal kehamilan.
2. Makanan dibungkus dan diproses Makanan yang dibungkus dan diproses seperti jus, makanan sedia untuk dipanaskan dengan gelombang mikro, kek, biskut atau susu pekat adalah antara contoh yang perlu dielakkan.
Ini kerana ia mengandungi bahan pengawet dan tidak mempunyai kalori.
Beberapa makanan dibungkus juga boleh mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Sebagai gantinya, ambillah makanan yang dimasak sendiri terutamanya yang dibuat menggunakan bahan semula jadi atau organik.
3. Makanan laut Makanan laut mengandungi kadar merkuri tinggi, yang boleh menyebabkan kerosakan otak janin dan kelewatan dalam perkembangannya.
Walaupun ikan mengandungi protein dan asid lemak omega-3 penting yang disyorkan semasa kehamilan, tapi anda harus memilih ikan dengan kadar merkuri yang rendah.
Elakkan ikan todak dan kerang mentah serta hadkan pengambilan tuna, salmon, ikan tenggiri, sardin dan ikan trout.
Jangan makan makanan laut mentah seperti tiram mentah, sashimi dan sushi kerana mempunyai risiko pencemaran listeria yang lebih tinggi.
Pencemaran listeria adalah pencemaran bakteria Lesteria monocytogenes pada makanan.
Jika jangkitan berlaku pada wanita mengandung, ia boleh mengakibatkan masalah seperti:
Kecacatan kelahiran Keguguran Kematian bayi Kelahiran pramatang Jangkitan lain yang mengancam nyawa bayi baru lahir 4. Betik Antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan adalah betik yang tidak masak dan separuh masak.
Ini kerana ia mengandungi getah yang boleh mencetuskan kontraksi pada rahim dan menyebabkan kelahiran pramatang atau keguguran.
Sebaliknya, betik yang masak sepenuhnya baik untuk diambil kerana mengandungi nutrien dan boleh makan dalam jumlah sederhana.
5. Susu tidak dipastur Jika anda mahu minum susu, sebaiknya pilihlah susu yang dipastur atau UHT (ultra-heat treated).
Sekiranya ia merupakan susu mentah, masak ia sehingga mendidih terlebih dahulu.
Susu mentah mungkin mengandungi Campylobacter, E. coli, Listeria, atau Salmonella, yang menyebabkan keracunan makanan.
Disebabkan anda sedang berbadan dua, ia meningkatkan kecenderungan untuk jatuh sakit kerana kehamilan akan menjejaskan sistem ketahanan badan.
6. Makanan mentah atau separuh masak Telur atau daging yang mentah atau separuh masak berisiko untuk dicemari bakteria seperti Salmonella dan Listeria yang berbahaya untuk perkembangan anak dalam kandungan.
Jika anda memakan daging babi, elakkan daripada daging yang kurang dimasak. Ini kerana ia mengandungi sista cacing gelang yang boleh menyebabkan masalah serius pada kesihatan bayi.
7. Kafein  Kafein harus dihadkan pengambilannya pada awal kehamilan kerana jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan tidak cukup tidur, mudah marah dan gugup.
Tahap kafein yang tinggi dapat meningkatkan risiko keguguran, berat badan lahir rendah dan mengalami proses kelahiran yang sukar.
Kafein secara semula jadi terdapat dalam banyak makanan, seperti kopi, teh dan coklat. Bahan itu juga ditambahkan pada beberapa minuman ringan dan minuman tenaga.
Minuman tenaga tidak digalakkan diambil kerana mungkin mengandungi kafein yang tinggi dan bahan-bahan lain yang tidak digalakkan untuk wanita mengandung.
8. Minuman beralkohol Alkohol adalah pilihan minuman yang sangat tidak sihat bagi janin yang sedang berkembang kerana boleh menyebabkan kecacatan kelahiran kronik.
Tidak ada tahap alkohol yang selamat untuk diminum semasa kehamilan anda.
Sama ada anda sedang merancang kehamilan, sudah hamil atau menyusukan badan, elakkan pengambilan minuman beralkohol adalah pilihan paling selamat.
9. Makanan bergula Seorang wanita hamil memerlukan 300 kalori tambahan setiap hari untuk menyokong pertumbuhan bayi.
Walau bagaimanapun, pengambilan terlalu banyak makanan bergula boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan diabetes kehamilan.
Tip penjagaan wanita mengandung Anda sudah mengetahui antara 9 jenis makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.
Walaupun begitu, mungkin bagi sesetengah wanita menganggap ia sesuatu yang leceh dan sukar dilakukan.
Umumnya, pada bulan pertama kehamilan, beberapa perubahan berlaku di dalam badan anda. Perubahan hormon boleh menyebabkan emosi terjejas, keletihan dan mabuk pagi.
Mengamalkan pemakanan yang sihat, makan secara kerap dalam jumlah kecil, menjaga kesihatan diri dan melakukan senaman ringan bagi mengelakkan tekanan boleh membantu mengekalkan tahap kesihatan anda dan bayi.
The post Baru Disahkan Hamil? Elak Makan Makanan Jenis Ini! Bahaya Untuk Kandungan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/baru-disahkan-hamil-elak-makan-makanan-jenis-ini-bahaya-untuk-kandungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teringin Nak Makan Chinese Food Jom Dapatkan Makanan Cina Terbaik Mampu Di Sini

Teringin Nak Makan Chinese Food Jom Dapatkan Makanan Cina Terbaik Mampu Di Sini

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 653 hits
Teringin Nak Makan Chinese Food Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua Malaysia cukup dikenali dengan pelbagai bangsa Daripada pelbagai bangsa wujudlah pelbagai jenis makanan di negara kita Jadi tidaklah pelik jika kita katakan negara ki...
Bila Anak Kerap Batuk Selesema Elak Makanan Ni Anak Ada Asma Pun Elakkan Terus

Bila Anak Kerap Batuk Selesema Elak Makanan Ni Anak Ada Asma Pun Elakkan Terus

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 874 hits
Pemakanan anak boleh jadi punca kepada permasalahan kesihatan anak Sebab itu bila anak sakit ibu bapa kena periksa jenis makanan apa yang selalu anak makan Seperti yang dikongsikan oleh bila anak sakit terutama yang berkaitan dengan saluran...
Indonesia Mendadak Siaga Virus Corona Jenis Baru Terdeteksi Pemerintah Ri Bakal Lakukan Ini

Indonesia Mendadak Siaga Virus Corona Jenis Baru Terdeteksi Pemerintah Ri Bakal Lakukan Ini

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 241 hits
Varian baru virus orona yang berasal dari Inggris semakin mendekati Indonesia Hal ini dikarenakan seorang pelajar berusia 17 tahun di Singapura terkonfirmasi virus tersebut sepulangnya dari Inggris Terkait hal tersebut Ketua Satuan Tugas Pe...
Betul Ke Makan Mi Segera Bahaya Untuk Kesihatan Ini Penjelasan Hello Doktor

Betul Ke Makan Mi Segera Bahaya Untuk Kesihatan Ini Penjelasan Hello Doktor

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 267 hits
loading Siapa yang tidak pernah menikmati mi segera dalam kehidupan harian Walaupun kebanyakkan dari kita menyedari keburukan atau kesan sampingan terhadap kesihatan badan namun masih ramai yang tetap mengambilnya dalam jadual pemakanan
Pantene Luncurkan Packaging Baru Untuk Semua Varian Hair Care Dengan Kandungan Rice Oil Essences

Pantene Luncurkan Packaging Baru Untuk Semua Varian Hair Care Dengan Kandungan Rice Oil Essences

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 455 hits
Memiliki kandungan serupa skin care varian hair care Pantene dengan packaging terbaru ini bisa jadi solusi andal perawatan rambut
Hiburan Kita Tak Akan Selamanya Menyanyi Ara Johari Buka Kedai Makan Di Kampung Baru

Hiburan Kita Tak Akan Selamanya Menyanyi Ara Johari Buka Kedai Makan Di Kampung Baru

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 426 hits
Penyanyi Ara Johari memberitahu bahawa dia kini sedang fokus dengan perusahaan baru iaitu perniagaan kedai makan yang difahamkan akan dibuka pada pertengahan bulan depan bertempat di Kampung Baru Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie J...
Kena Pelbagaikan Menu Sejak Anak 6 Bulan Barulah Dia Tak Memilih Tak Takut Cuba Makanan Baru

Kena Pelbagaikan Menu Sejak Anak 6 Bulan Barulah Dia Tak Memilih Tak Takut Cuba Makanan Baru

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 385 hits
Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila kanak kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang ...
Ibu Hamil Elak Ambil Kopi Kafein Air Berkabonat Berlebihan Kalau Sayang Bayi Tak Nak Keguguran

Ibu Hamil Elak Ambil Kopi Kafein Air Berkabonat Berlebihan Kalau Sayang Bayi Tak Nak Keguguran

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 349 hits
Keguguran berlaku bila semua atau sebahagian dari kandungan terkeluar atau dikeluarkan dari rahim pada usia kandungan kurang dari 22 minggu Kandungan yang tidak menunjukkan perkembangan atau tidak lagi menunjukkan tanda tanda hidup juga dir...
Langgar Batas Operasional Malam Tahun Baru 45 Tempat Makan Di Dki Ditutup Sementara

Langgar Batas Operasional Malam Tahun Baru 45 Tempat Makan Di Dki Ditutup Sementara

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 334 hits
Sementara itu Pelaksana tugas Kepala Dinas Lingkungan Hidup DKI Jakarta Syaripudin menyatakan jumlah sampah di Ibu Kota mengalami penurunan saat malam pergantian Tahun Baru 2021
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi