Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan


NASIONALPM akan umum SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaanOleh Mohd Iskandar IbrahimApril 25, 2024 @ 4:[email protected]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Madani Muhibah Aidilfitri anjuran Kementerian Komunikasi serta Kementerian Perumahan dan. Kerajaan Tempatan di Anjung Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat adalah antara yang terbaik pernah diperkenalkan kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, biarpun terbaik, ia akan membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi pernah dilakukan sebelum ini.
"Sistem (SSPA) ini antara yang terbaik pernah diperkenalkan oleh kerajaan dan implikasi kewangannya jugak tinggi, tertinggi yang pernah kita lakukan sebelum ini.
"Ini bukan masalah saudara saudari, masalah kita semua untuk mencari dana lebih, kewangan lebih dan saya akan runding dengan Menteri Kewangan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sesi Townhall Lebaran Aidilfitri Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Presiden PPTD, Datuk Seri Isham Ishak.
Anwar berkata, beliau mahu semua penjawat awam bahawa kerajaan pernah menganggap atau memandang kajian SSPAsebagai perkara ringan atau enteng.
Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan setiap kali dalam mesyuarat bersama KSN, KPPA dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), beliau sentiasa mengingatkan supaya tiada kelompok penjawat awam yang rasa tertinggal atau tersisih.
"Kita mahu ambil tindakan SSPA ini secara menyeluruh dan saya mahu (ia) dilakukan bersama dengan reformasi penjawat awam.
"Jadi saya nak bagi ingatan kepada kelompok, kumpulan di luar termasuk pembangkang jangan mainkan isu ini kerana 12 tahun tidak ada kajian sistem persaraan yang sepatutnya berlaku setiap 10 tahun," katanya.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, dengan pengiktirafan kepada penjawat awam menerusi SSPA, kerajaan mengharapkan golongan terbabit dapat menonjolkan prestasi lebih baik dan komited terhadap tugas.
Tegasnya, mana-mana penjawat awam yang malas dan memaparkan prestasi lemah, tidak harus diberikan kenaikan pangkat atau menerima pengiktirafan.
"Maknanya kita juga mengharapkan prestasi lebih baik, kerja lebih serius dan ketua jabatan mesti pantau kerana dalam kelompok yang besar, ada yang malas, ada yang lemah.
"Saya tidak fikir orang yang malas dan prestasi lemah harus diberikan kenaikan pangkat sebagai satu perkara biasa," katanya.
Selain itu, beliau berkata, segala kemudahan untuk penjawat awam dari Semenanjung ke Sabah Sarawak atau sebaliknya, dikaji semula.
"Kita beri kemudahan tapi kita pilih dan nilai prestasi masing-masing. Kalau teruk, lembab dan malas, saya tidak fikir kita harus berikan pengikitrafan.
"Saya minta KPPA dan pimpinan bincang dengan semua, bagi pandangan tetapi 'reform' dalam perkhidmatan awam, dalam erti kata tidak melayani kalangan kecil yang prestasinya sangat lemah," katanya.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM2 juta kepada PPTD untuk memastikan program serta aktiviti yang dirancang, dapat dilaksanakan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/pm-akan-umum-sspa-terbaik-pernah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Umum Struktur Gaji Baru Penjawat Awam 1 Mei

Kerajaan Umum Struktur Gaji Baru Penjawat Awam 1 Mei

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 255 hits
Terbaik struktur baru gaji penjawat awam akan diumumkan PMX pada 1 Mei nanti Maksudnya revise gaji Nak mudah faham lagi naik gaji Macam mana untuk pekerja swasta Kementerian Ekonomi sedang usahakan dasar gaji progresif Lagi Kerajaan fokus t...
Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 488 hits
Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024 Melalui Perdana Menteri Anwar Ibrahim Kerajaan umum kenaikan gaji penjawat awam atau struktur gaji baharu penjawat awam pada perhimpunan Hari Pekerja yang disambut 1 Mei 2024 ini PM ...
Pesara Kerajaan Rugi Rm122 000 Ditipu Bomoh Temberang Dari China

Pesara Kerajaan Rugi Rm122 000 Ditipu Bomoh Temberang Dari China

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 181 hits
CHERINE JONPADAWAN Akibat percaya dirinya bernasib malang seorang wanita pesara kerajaan kerugian kira kira RM122 000 selepas diperdaya oleh tiga bomoh warganegara China Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata kejadia...
Kerajaan Pahang Salur Peruntukan Rm1 2 Juta Untuk Program Celik Al Quran Oku Penglihatan

Kerajaan Pahang Salur Peruntukan Rm1 2 Juta Untuk Program Celik Al Quran Oku Penglihatan

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 165 hits
KUANTAN Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1 2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi Program Celik al Quran Braille untuk golongan orang kurang upaya penglihatan beragama Islam Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Pemb...
Kempen Bersungguh Sampaikan Kejayaan Kerajaan Perpaduan Pesan Pm

Kempen Bersungguh Sampaikan Kejayaan Kerajaan Perpaduan Pesan Pm

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 153 hits
Calon PH Pang Sock Tao berdepan Khairul Azhari Saut Nyau Ke Xin dan Hafizah Zainuddin pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu HULU SELANGOR Berkempenlah bersungguh sungguh dan sampaikan fakta yang sebenar mengenai pencapaian dan kejayaan kerajaan pe...
Kenapa Semasa Jadi Kerajaan Tak Tuntut Semua Ni

Kenapa Semasa Jadi Kerajaan Tak Tuntut Semua Ni

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 217 hits
Menteri Besar Terengganu menolak Akta Laut 2012 yang mana menurut akta itu kerajaan negeri boleh menuntut royalti hanyalah bagi telaga minyak yang 3 atau kurang daripada Aku tak nak ceritalah bab lain Satu je yang nak tanya Samsuri jadi MB ...
Kerajaan Pahang Rancang Wujudkan Zon Perindustrian Di Kesemua Sebelas Daerah Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Rancang Wujudkan Zon Perindustrian Di Kesemua Sebelas Daerah Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 233 hits
BERA Kerajaan Pahang merancang untuk mewujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pembang...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nerdywave Com The Ultimate Tee Destination For Nerds Gamers Dark Humor Lovers

Badan Bengkak Sebelah Jangan Abaikan Ini Mungkin Lymphedema

Siapakah Keutamaan Kita Untuk Bersedekah

Six Year Old Boy Reported Missing From Kopitiam

Tenang Ada Allah

Rini Evelna Jinak Burung Achang Chord