Apabila Sang Profesor Datang Melawat


 

Tajuk artikel ini seperti tertera boleh dianggap tepat berdasarkan laporan media, yang menyatakan Bruce Gilley diundang menerusi Visiting Professor Program 2024. Semasa artikel ini ditulis tiada reaksi Universiti Malaya — baik penafian mahupun pengesahan.
Gilley yang menurut laporan media seorang profesor sains politik di Portland State University, AS mengadakan syarahan di UM beberapa hari lalu dan ucapannya seperti kita tahu menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat dan pelbagai pihak di Malaysia.
Menurut FMT, Gilley menerusi catatan di X menyatakan “rasa kesal” berhubung kontroversi yang tercetus akibat dakwaannya bahawa Malaysia mahukan “Holocaust kedua terhadap orang Yahudi”. Katanya hantaran mengandungi petikan syarahannya itu telah dipadamkan “demi keselamatan dan kesejahteraan rakan-rakan di UM”.
Kata beliau, “petikan daripada ceramah saya mencerminkan pandangan saya sendiri. Saya menyesal dengan kemudaratan berpunca daripada saya kepada rakan-rakan akademik lain.”
Mungkin (atau jelas?) Gilley merujuk gesaan supaya pihak berwajib menjalankan siasatan bagaimana beliau yang pro-Zionis boleh dijemput bersyarah dan melempar tuduhan ke atas Malaysia. Lantas ada gesaan heads must roll.
Bagi saya yang jelas ialah Gilley menyesal hanya kerana ‘kemudaratan’ yang terjadi atau yang akan terjadi ke atas rakan-rakan di UM. Petikan syarahan dipadamkan semata-mata “demi keselamatan dan kesejahteraan” rakan-rakannya. Mungkin beliau tahu ada dakwaan yang dibuat Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya bahawa insiden ini adalah “satu kecuaian yang disengajakan”? Dakwaan ini juga belum mendapat reaksi UM setakat ini.
Apa pun rasa kesal bukan apology. Gilley tidak meminta maaf ke atas apa yang beliau katakan malah dengan mengatakan petikan ceramah itu pandangannya sendiri, beliau mempertahankan pandangannya itu. Tidak menyesal berkata apa beliau kata. Kata-katanya tidak ditarik balik meskipun catatan di X dipadamkan. Tidak juga Gilley menyatakan ucapannya dilihat out of context.
Imbau kembali apa yang dikatakan Gilley pada ceramah bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power” yang disampaikan pada 23 Apr lalu. Petikan syarahan yang dimuatkan di X berbunyi begini:
“Sebuah negara yang pemimpin politiknya menyokong Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam hal ehwal dunia dan sudah tentu tidak akan jadi rakan atau rakan kongsi AS.
“Ini mengingatkan kembali nasihat Mahathir (bekas perdana menteri Mahathir Mohamad) supaya belajar daripada Jerman bagaimana cara menghapus bangsa Yahudi.
Paling jelas pada Oktober menteri pertanian (dan keterjaminan makanan) Mohamad Sabu menjanjikan satu demonstrasi bahawa Israel akan dihapuskan tidak lama lagi.”
Malaysia tidak pernah ada hubungan diplomatik dengan Israel dan antara pengkritik paling lantang keganasan rejim Tel Aviv ke atas rakyat Palestin. Pendirian Malaysia diketahui masyarakat antarabangsa.
Seorang kawan membuat posting di Facebook menuntut pihak yang menjemput “that Zionist loving Bruce Gilley” ke Malaysia dan menghina negara di atas pentas UM mesti dipertanggungjawabkan. Ini katanya menunjukkan sifat sesetengah “ahli akademik kita yang tidak endahkan perasaan majority rakyat negara ini”. Kurang ajar kata kawan saya. Ramai sependapat.
Difahamkan Gilley dijadualkan mengadakan tiga syarahan di UM. Programnya dibatalkan serta-merta atas arahan Kementerian Pengajian Tinggi.
Apabila Gilley mengadakan syarahan atau ceramah bererti beliau berucap di hadapan khalayak. Tidak tahu saya siapa yang menghadiri sesi syarahan berkenaan empat hari lalu. Mungkin ahli akademik atau mahasiswa atau kedua-duanya. Waullahualam.
Bagaimanapun tidak ada sesiapa yang bangkit dan membantah atau mematahkan ‘serangan’ Gilley. Mungkin ada tetapi itdak dihebahkan? Mungkin tidak ada sesi Q&A usai ucapan Gilley. Maka tidak ada peluang nak bertanya. Begitu? Tetapi tentu boleh desak dan sang profesor terpaksa akur. Barangkali protokol universiti tidak mengizinkan itu semua? Ada pantang larang? Maaf saya tidak tahu. Saya tidak pernah mengaji di menara gading.
Lalu pada pendapat saya tidak ada orang ‘memprotes’ mempertahankan negara. Maksudkan protes dengan berhujah berdasarkan fakta. Berhujah secara intellectual. Tidak beremosi. Put him in the rightful place with words. A place where he belongs.
Diam boleh membawa erti bersetuju. Adakah hadirin setuju dengan pendapat Gilley petang itu? Mungkin ada namun rasanya ramai yang tidak, cuma mungkin berdiam diri tanda hormat kepada tetamu sesuai amalan orang Asia. Apa lagi tetamu berkulit putih. Atau tidak yakin dengan kebolehan sendiri berdebat dalam bahasa Inggeris dengan profesor dari Amerika? Oleh itu yang berlaku kita marah di belakang bukan di hadapannya. Bukan to the face kinda thing. Sayang. Maaf bukan sayang. Malang sebenarnya. Opportunity lost.
Hampir pasti Gilley tidak akan dijemput lagi pada masa mendatang. Pasti ini dan kritikan serta kecaman ke atasnya akan digunakannya untuk menjulang diri sendiri. Perasan wira yang bijak.
Lihatlah kata-kata terbaharu Gilley menerusi X: “I have safely departed from Malaysia, one step ahead of the Islamo fascist mob whipped up by the government there. This is not a safe country to travel to now. Updates to follow.” - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/apabila-sang-profesor-datang-melawat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hilang Punca Umno Barangkali Akan Hilang Terus Di Pilihan Raya Akan Datang Siri 3

Hilang Punca Umno Barangkali Akan Hilang Terus Di Pilihan Raya Akan Datang Siri 3

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 63 hits
Sokongan kepada ahli politik Umno dari pengundi separa bandar semakin merudum sementara sokongan pengundi bandar sudah lama hilangOleh Sarajun Hoda Abdul HassanMalangnya sesetengah ahli politik terbawa bawa oleh emosi didorong oleh keangkuh...
Ini Tren Baru Wisatawan Yang Datang Berlibur Ke Yogyakarta

Ini Tren Baru Wisatawan Yang Datang Berlibur Ke Yogyakarta

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 53 hits
Singgih mengaku telah mengumpulkan para pelaku pariwisata agar memberikan pelayanan terbaik bagi para pengunjung dengan menerapkan harga sesuai standar
Cak Imin Bakal Hadiri Sidang Putusan Pilpres Di Mk Jika Ada Kewajiban Datang

Cak Imin Bakal Hadiri Sidang Putusan Pilpres Di Mk Jika Ada Kewajiban Datang

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 58 hits
etua Umum PKB itu bakal memberikan pernyataan usai MK membacakan putusan sengketa Pilpres
Vivo V30e 5g Datang Ke Malaysia Dalam Cermin Sky Tak Lama Lagi

Vivo V30e 5g Datang Ke Malaysia Dalam Cermin Sky Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 114 hits
vivo jenama telefon pintar terkemuka di seluruh dunia hari ini memperkenalkan ahli terbaharunya kepada siri vivo V30 vivo V30e Peranti ini menjanjikan pengguna pengalaman visual yang menawan melalui kombinasi warna yang menakjubkan dan ketu...
Nenda Datang Beraya

Nenda Datang Beraya

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 100 hits
AssalamualaikumSalam AhadHarini rumah kami meriah Alhamdulillah nenda mak saudara sepupu dan adik adik datang serbu rumah kami beraya Alhamdulillah walau letih ada tetamu terasa sangat gembira Sesekali jumpa berborak sampai tak sedar masa b...
Hilang Punca Umno Barangkali Akan Hilang Terus Di Pilihan Raya Akan Datang Siri 2

Hilang Punca Umno Barangkali Akan Hilang Terus Di Pilihan Raya Akan Datang Siri 2

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 76 hits
Oleh Sarajun Hoda Abdul HassanSokongan kepada ahli politik Umno dari pengundi separa bandar semakin merudum sementara sokongan pengundi bandar sudah lama hilangSemua ini merujuk kepada kampung kampung di mana wujudnya keperluan Melayu minda...
Hilang Punca Umno Barangkali Akan Hilang Terus Di Pilihan Raya Akan Datang Siri 1

Hilang Punca Umno Barangkali Akan Hilang Terus Di Pilihan Raya Akan Datang Siri 1

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 78 hits
Hilang punca Umno barangkali akan hilang terus di pilihan raya akan datang Sokongan kepada ahli politik Umno dari pengundi separa bandar semakin merudum sementara sokongan pengundi bandar sudah lama hilang Oleh Sarajun Hoda Abdul Hassan Umn...
Koleksi Video Melawat Taiping 2024

Koleksi Video Melawat Taiping 2024

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 110 hits
Pada tahun 2024 ini kami sekeluarga telah pergi Taiping untuk melawat kakak kedua kami Kami dan kakak pertam akami tahun ini memang plan nak Taiping pula Jo lihat susunan video kami melawat ke Taiping
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Sustainable And Ethical Practices

Aktiviti Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia 04 05 2024

Aktiviti Majlis Perasmian Richiamo Mart Dan Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Richiamo 2024 Ppim 05 05 2024

Suspek Simbah Asid Faisal Halim Ditahan Direman Hari Ini

Kita Berada Di Dalam Kubur Lebih Lama Daripada Hidup Di Atas Dunia

Program Jom Baca Objektif Pelaksanaan Program