6 Faktor Sukar Bertemu Jodoh


Dalam kenalan saya, malah ada antara sanak-saudara yang masih belum ada rezeki dipertemukan dengan jodoh. Mereka masih bujang walaupun umur sudah hampir memasuki era setengah abad!
Ia bukan benda baharu atau pelik. Zaman para ambia pun ada tokoh besar yang tidak berkahwin antaranya Imam Nawawi, Ibnu Jarir ath-Thabari dan Ibnu Taimiyah. Di kalangan wanita hebat Islam, nama Rabiatul Adawiyah, adalah antara yang tidak pernah bernikah; beliau adalah antara seorang sufi wanita di zaman pemerintahan Bani Umayyah
Faktor Sukar Bertemu JodohPhoto by Ruben Hanssen on Unsplash
Tidak menjadi kesalahan untuk kekal bujang. Tetapi, bernikah atau berkahwin adalah salah satu nikmat dunia yang Allah berikan kepada manusia. Dengan bernikah, mempunyai pasangan serta mempunyai anak, akan datang keberkatan serta rezeki dalam kehidupan

Ia bonus atau jalan mudah untuk mengecapi nikmat dunia. Apatah lagi ia merupakan sunnah Nabi S.A.W dan mendapat pahala jika melakukannya

Namun, takdir Allah. Ada hikmah di sebalik setiap satu perkara. Jodoh itu rahsia Tuhan. Sukar diramal tetapi ada beberapa tips dan panduan yang  boleh diikuti untuk mudah bertemu jodoh

Mengapa ramai sukar nak mendapatkan jodoh? Ada usaha tetapi masih gagal
6 Faktor Lambat Bertemu JodohPhoto by Arfan Adytiya on Unsplash
Di sini saya memetik dari satu sumber; Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:
1. Usaha Belum Sempurna“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.
2. Belum Benar-benar Bersedia“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Photo by Rendy Novantino on Unsplash
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.
3. Tiada Daya Penarik“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.
4. Doa Tidak MakbulPhoto by Dibakar Roy on Unsplash
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” 
Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.
5. Restu Ibu Bapa Belum Total“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ 
Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.
6. Faktor Metafizikal“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”
Surah Ar-Rum ayat 21 (yang bermaksud):
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.".

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hasrulhassan.com/2025/11/faktor-sukar-bertemu-jodoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 157 hits
Dalam situasi perhatian umum yang tinggi peranan undang undang dan kewibawaan kehakiman menjadi jelas dan sangat penting RAID moral terkini telah mencetuskan perbincangan luas dalam kalangan awam bukan sekadar mengenai penguatkuasaan aktivi...
Seni Makan Sedap Ketika Kenikmatan Bertemu Kesukaran Buang Air Besar

Seni Makan Sedap Ketika Kenikmatan Bertemu Kesukaran Buang Air Besar

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 160 hits
Ada orang yang menikmati makanan enak setiap hari tetapi mengalami masalah buang air besar hanya sekali dalam tiga hari Perut terasa berat pinggang ketat dan mood menjadi cepat marah Kadang kadang bukan kerana anda tidak makan cukup tetapi ...
Ziana Zain Selesa Solo Tumpang Bahagia Erra Fazira Temui Jodoh Baharu

Ziana Zain Selesa Solo Tumpang Bahagia Erra Fazira Temui Jodoh Baharu

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 83 hits
Original Content Perkahwinan Erra Fazira dan Ezwan Zain Pernikahan Erra Fazira bersama Ezwan Zain bukan sahaja diraikan peminat malah turut mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada rakan rakan industri hiburan Media sosial dibanjiri d...
Ganbar Kemalangan Luar Biasa Pelik Yang Sukar Dijelaskan

Ganbar Kemalangan Luar Biasa Pelik Yang Sukar Dijelaskan

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 121 hits
Especially since plunge not turn anybody this can only be done in case the fate of the villain Friends I wish you never get into such a situation
Faktor Kecuaian Dipercayai Punca Suv Jatuh Gaung

Faktor Kecuaian Dipercayai Punca Suv Jatuh Gaung

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 148 hits
Faktor Kecuaian Dipercayai Punca SUV Jatuh Gaung KUALA BERANG 7 Dis Polis percaya faktor kecuaian punca berlakunya kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris Sungai Gawi Aring melibatkan pasanga...
Zahid Hamidi Jangan Bimbang Parti Yang Keluar Bn Sukar Untuk Masuk Semula

Zahid Hamidi Jangan Bimbang Parti Yang Keluar Bn Sukar Untuk Masuk Semula

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 83 hits
15 December 2025Semacam memberi amaran kepada MIC serta MCA Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata mana mana parti yang keluar daripada gabungan itu tidak akan diterima semula jika mereka ingin kembali suatu hari nanti Sehubungan itu beli...
Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 188 hits
Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan bahawa parti itu hampir pasti tidak akan bersama Perikatan Nasional susulan ideologi PAS yang menurutnya masih sukar diterima majoriti masyarakat Cina Berucap pada Perhimpunan Agung MCA di ...
Persefahaman Lama Faktor Aliakbar Sokong Hajiji Kata Penganalisis

Persefahaman Lama Faktor Aliakbar Sokong Hajiji Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 95 hits
Lee Kuok Tiung berkata Aliakbar Gulasan menjadi Adun lantikan dari 2020 2025 bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah Kelmarin PAS umum Adun Karambunai Aliakbar Gulasan akan menyokong pentadbiran Ketua Menteri Hajiji Noor PETALING JAYA Keput...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia