Persefahaman Lama Faktor Aliakbar Sokong Hajiji Kata Penganalisis


Lee Kuok Tiung berkata Aliakbar Gulasan menjadi Adun lantikan dari 2020-2025 bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah.
Kelmarin, PAS umum Adun Karambunai Aliakbar Gulasan akan menyokong pentadbiran Ketua Menteri Hajiji Noor. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Keputusan PAS supaya Adun Karambunai Aliakbar Gulasan menyokong pentadbiran Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mungkin didorong kerjasama sebelum ini, kata penganalisis
Lee Kuok Tiung berkata, kerjasama itu terjalin ketika Aliakbar menjadi Adun lantikan selepas PRN 2020 hingga 2025 bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Pengalaman dan persefahaman terjalin mungkin menjadi faktor utama beliau (dan PAS) membuat pilihan ini,” kata penganalisis dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada FMT.
Dalam temu bual FMT menjelang PRN bulan lalu, Aliakbar yang juga pesuruhjaya PAS Sabah menyifatkan hubungannya dengan Hajiji sebagai ‘amat baik’ yang membantu melancarkan tugas sebagai Adun dilantik.
Beliau menghargai peruntukan sekitar RM200,000 hingga RM300,000 setahun daripada kerajaan Sabah yang membolehkannya membantu rakyat di kawasan.
Kelmarin, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Aliakbar, Adun tunggal Perikatan Nasional (BN) di Sabah akan menyokong Hajiji yang mengetuai pentadbiran negeri untuk penggal kedua.
Ia mengukuhkan kedudukan Hajiji yang turut disokong Barisan Nasional (BN), lima wakil rakyat bebas, Upko, Pakatan Harapan (PH), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
Lee menolak kemungkinan wujud konflik walaupun PN menjadi pembangkang di peringkat persekutuan manakala wakil rakyat tunggal di Sabah menyokong kerajaan perpaduan.
“Warisan di pusat menjadi sebahagian kerajaan Madani tetapi di peringkat negeri mereka pembangkang…situasi sama juga dengan BN selepas ‘Langkah Kinabalu’,” katanya merujuk episod politik dua tahun lalu.
Tony Paridi Bagang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula melihat keputusan Aliakbar sebagai komitmen untuk memastikan kelangsungan pembangunan dan perkhidmatan di Karambunai.
“Usaha, perancangan serta perkhidmatan beliau yang bermula sebagai Adun lantikan dapat diteruskan dengan lebih berkesan.
“Ini menunjukkan komitmen Aliakbar untuk memberi khidmat kepada rakyat secara berterusan dan menekankan kepentingan kestabilan kepimpinan di Sabah,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/12/persefahaman-lama-faktor-aliakbar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemelut Sabah Belum Lagi Berakhir Berapa Lama Hajiji Mampu Bertahan

Kemelut Sabah Belum Lagi Berakhir Berapa Lama Hajiji Mampu Bertahan

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 152 hits
2 December 2025Meskipun kerajaan negeri Sabah telah ditubuhkan dan Ketua Menteri sudah mengangkat sumpah kemelut di negeri itu nampaknya masih lagi belum berakhir Laporan berita menyatakan seramai 12 Adun GRS serta beberapa Adun Bebas mula ...
Pn Dapatkan Pandangan Pas Tentang Sokong Hajiji Atau Jadi Pembangkang

Pn Dapatkan Pandangan Pas Tentang Sokong Hajiji Atau Jadi Pembangkang

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 138 hits
Faiz ZainudinSHAH ALAM Perikatan Nasional perlu dapatkan pandangan PAS sebelum menentukan untuk menyokong pentadbiran Hajiji Noor di Sabah atau menjadi pembangkang Pengerusi Muhyiddin Yassin menjelaskan perbincangan itu perlu dibuat memanda...
Pn Tak Tolak Kemungkinan Wakil Tunggal Mereka Sokong Hajiji Sanusi

Pn Tak Tolak Kemungkinan Wakil Tunggal Mereka Sokong Hajiji Sanusi

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 119 hits
Perikatan Nasional tidak menolak kemungkinan wakil tunggal mereka di Sabah Datuk Dr Aliakbar Gulasan memberikan sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor Wakil tunggal PN mungkin sokong Hajiji Memetik laporan daripada ...
Keh Keh Keh Sejak Awal Aku Tak Kata Dia Ni Cersik Dalam Menganalisa

Keh Keh Keh Sejak Awal Aku Tak Kata Dia Ni Cersik Dalam Menganalisa

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 114 hits
Syam GhazUstaz Nik Mohamad Abduh rasa undi Cina akan pergi ke Pas ke Sebab PRN Sabah DAP kalah semua kerusiIni masalah geng PENGHAFAL takda kritikal thinking dan inilah berlaku pertembungan antara kelompok dalam Pas dulu yang digerakan oleh...
Trump Kata Kemboja Thailand Setuju Hentikan Pertempuran Sempadan Ucap Terima Kasih Kepada Pm Anwar

Trump Kata Kemboja Thailand Setuju Hentikan Pertempuran Sempadan Ucap Terima Kasih Kepada Pm Anwar

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 116 hits
Trump Kata Kemboja Thailand Setuju Hentikan Pertempuran Sempadan Ucap Terima Kasih Kepada PM Anwar KUALA LUMPUR 13 Dis Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat bahawa Kemboja dan Thailand bersetuju untuk menghentikan perte...
Laaa Lagu Ni Hangpa Kata Baguih

Laaa Lagu Ni Hangpa Kata Baguih

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 93 hits
Mohd Asri BakarPatut la dia ni tak tahu apa jadah pun Banyak sangat main2 wat benda2 lagho MB apa camni kan Mmg la sempoi tapi sempoi untung kat dia la Hangpa walauns yang bongok tu dapat apa Dapat BODOH ja la kan biol betul la hangpa semua...
Klasifikasi Siasatan Kes Tembak 3 Lelaki Bidang Kuasa Jawatankuasa Penyiasat Kata Menteri

Klasifikasi Siasatan Kes Tembak 3 Lelaki Bidang Kuasa Jawatankuasa Penyiasat Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 110 hits
Menteri dalam negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata polis belum mengambil keterangan anggota terbabit kes tembakan itu Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata tidak wajar beliau mengklasifikasikan siasatan kes tembakan di ...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet

Mini Steam Iron Antara Barang Yang Harus Kena Ada Bila Travel

Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit