Zahid Hamidi Jangan Bimbang Parti Yang Keluar Bn Sukar Untuk Masuk Semula








15 December 2025


Semacam memberi amaran kepada MIC serta MCA, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana parti yang keluar daripada gabungan itu tidak akan diterima semula jika mereka ingin kembali suatu hari nanti.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan mereka agar jangan menyesal jika memilih keluar meninggalkan BN.


“Jangan buat keputusan hanya kerana ‘mabuk kuasa’ dan tanpa mengira kita adalah kawan lebih daripada 70 tahun.


“Saya bimbang ada pihak yang akhirnya berada dalam keadaan gantung tidak bertali,” katanya lagi.


Sebagaimana dilaporkan sebelum ini, MIC sudah pun menulis surat kepada PN menyatakan hasrat menyertai gabungan itu.


Ini menggambarkan MIC sudah memulakan langkah keluar BN dan mahu bersama PN.


MCA pula memberi amaran akan meninggalkan BN jika gabungan itu bekerjasama dengan DAP pada PRU16 akan datang.


Ini memperlihatkan MCA juga akan meninggalkan BN, tapi masih mahu menunggu dulu sehingga PRU16, walaupun pada hakikatnya sudah boleh dijangka, DAP adalah kekasih baru yang lebih menarik hati berbanding MCA bagi BN.


Bagi UMNO dan BN, dulu No Anwar No DAP, tapi sekarang, seDAP bersama DAP.


Pun begitu, Zahid Hamidi sebenarnya tidak perlu memberi apa-apa amaran atau peringatan kepada MIC dan juga MCA.


Parti yang ingin keluar daripada BN sudah tentu telah memikir dengan mendalam sebelum membuat keputusan demikian.


Setelah tiga tahun sejak berkawan dengan PH/DAP, MIC dan MCA sudah tentu telah menyaksi dan merasakan bagaimana mereka semakin tidak dipedulikan dalam gabungan itu.


Seperti isteri yang tidak dipeduli dan diabaikan selama bertahun-tahun lamanya, pilihan yang terbaik demi kehidupan yang lebih baik ialah memohon perpisahan.


Dalam hal berkaitan, bila MIC khususnya telah membuat pilihan untuk berpisah,  berpatah balik tiada lagi dalam kamus pilihan.


Begitu juga jika MCA turut keluar BN nanti, pilihan keluar daripada rumah BN dan masuk ke rumah PN adalah pertimbangan yang munasabah lantaran melihat kepada kedudukan semasa kerajaan yang ada.


Selepas keluar, tidak mungkin mereka ingin kembali semula kerana BN pun selepas itu akan menjadi gabungan yang semakin kecil.


Kiranya menjadi kenyataan MIC dan MCA keluar BN, gabungan itu hanya tinggal UMNO dan PBRS saja lagi.


Dalam keadaan sebegitu, rasa-rasanya tidak mungkin BN mampu beroleh keputusan yang lebih baik berbanding pencapaian mereka pada PRU15 lalu.


Pendek kata, Zahid Hamdii jangan risau memikirkan kemungkinan MIC dan MCA menyesal dan mahu kembali semula kepada BN setelah keluar nanti.


Takut nanti, selepas keputusan PRU16 akan datang, BN pula yang datang mencari PN untuk memastikan mereka kekal menjadi sebahagian daripada kerajaan. – ShahbudinHusin 15Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/zahid-hamidi-jangan-bimbang-parti-yang-keluar-bn-sukar-untuk-masuk-semula/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/zahid-hamidi-jangan-bimbang-parti-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Felda S 2022 And 2023 Annual Reports To Be Tabled In Parliament Next Year Says Zahid

Felda S 2022 And 2023 Annual Reports To Be Tabled In Parliament Next Year Says Zahid

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 132 hits
Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi in a written reply to the Dewan Negara published on the Parliament website yesterday said that publication to the public will proceed once the presentation and distribution of the Felda...
Bn Belum Terima Surat Daripada Mic Berhubung Usul Keluar Gabungan Ahmad Zahid

Bn Belum Terima Surat Daripada Mic Berhubung Usul Keluar Gabungan Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 101 hits
BN Belum Terima Surat Daripada MIC Berhubung Usul Keluar Gabungan Ahmad Zahid SEMENYIH 14 Dis Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima surat daripada MIC berhubung usul par...
Uec Dikitar Semula Pada Hal Semua Parti Menggunakan Isu Sama Demi Mendaoat Sokongan

Uec Dikitar Semula Pada Hal Semua Parti Menggunakan Isu Sama Demi Mendaoat Sokongan

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 137 hits
JIKA UEC DIIKTIRAF PKR BERPOTENSI DITOLAK PENGUNDI11 December 2025Pada 9 Disember lalu Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Nga Kor Ming berkata kepimpinan partinya akan berjumpa dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk meminta agar Sijil Pe...
Cara Memadam Api Keluar Dari Tong Gas

Cara Memadam Api Keluar Dari Tong Gas

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 97 hits
Cara memadam api yang keluar dari tong gas Visit Wansite Kredit
Dap Keluar Ph Ph Bn Pas Bergabung

Dap Keluar Ph Ph Bn Pas Bergabung

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 158 hits
Norman Dap nak keluar dari Pakatan Harapan atau kerajaan Untuk saya sekadar ugutan sebab PMX dilihat banyak tolong Melayu Berani kah mereka ut kembali ke era 70 80an Mengarutlah tambah Dap bukan lagi di era Lim Guang Eng yg dilihat sebagai ...
5 Hari Bersama Jasad Anak Wanita Buta Merangkak Keluar Untuk Dapatkan Bantuan

5 Hari Bersama Jasad Anak Wanita Buta Merangkak Keluar Untuk Dapatkan Bantuan

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 136 hits
Mohd Roji Kawimdroji bh com myPASUKAN penyelamat mengangkat mayat wanita yang dipercayai meninggal dunia sejak lima hari lalu di Kota Samarahan FOTO Ihsan Pembaca Kuching Wanita warga emas yang cacat penglihatan terpaksa merangkak keluar da...
Selepas Klip Baru Keluar Pas Tanya Sekarang Siapa Patut Letak Jawatan

Selepas Klip Baru Keluar Pas Tanya Sekarang Siapa Patut Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 140 hits
Malaysiakini nbsp Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan siapa yang akan meletak jawatan berhubung kontroversi pengeluaran surat sokongan kepada kontraktor yang membida projek pembinaan sebuah hospital Ahli Parlimen Pasir Ma...
6 Faktor Sukar Bertemu Jodoh

6 Faktor Sukar Bertemu Jodoh

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 55 hits
Dalam kenalan saya malah ada antara sanak saudara yang masih belum ada rezeki dipertemukan dengan jodoh Mereka masih bujang walaupun umur sudah hampir memasuki era setengah abad Ia bukan benda baharu atau pelik Zaman para ambia pun ada toko...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia