Faktor Kecuaian Dipercayai Punca Suv Jatuh Gaung


Faktor Kecuaian Dipercayai Punca SUV Jatuh Gaung
KUALA BERANG, 7 Dis (Bernama) — Polis percaya faktor kecuaian punca berlakunya kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah) melibatkan pasangan bakal pengantin pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abd Wahab berkata siasatan mendapati tiada kesan brek ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata SUV itu juga dipercayai terus menghala ke kawasan jalan terputus sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 61 meter.
“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kelajuan kenderaan juga tidak tinggi berdasarkan serpihan kenderaan yang ditemui di lereng bukit.
“Biasanya jika pemandu memandu laju kenderaan akan melayang sedikit sebelum terjatuh. Namun setelah meneliti serpihan kenderaan di lereng bukit, kita yakin kenderaan ini tidak dipandu laju…terus terjunam ke bawah gaung.
“Kita percaya punca kemalangan lebih kepada faktor kecuaian iaitu tidak memberi tumpuan penuh ketika memandu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sharudin berkata operasi mengeluarkan kenderaan itu dari gaung semalam mengambil masa hampir empat jam susulan hujan lebat.
Menurut beliau pemeriksaan pada kenderaan tersebut menemukan tapak kamera papan pemuka (dashcam), namun alat kamera tidak ditemui dan dipercayai tercampak semasa kejadian.
“Operasi membawa naik SUV bermula 2 petang semalam. Kenderaan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.
Dalam pada itu beliau berkata polis akan menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang mengalih atau mengganggu tanda amaran atau keselamatan di lokasi terbabit.
Katanya, pihak berwajib telah meletakkan banyak tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi tersebut tetapi dialih oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam kejadian petang Jumaat lepas, sepasang bakal pengantin dari arah Hulu Terengganu menghala ke Gua Musang, Kelantan maut di lokasi kejadian selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung ketika melalui jalan yang ditutup.
Sebelum ini jalan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh berikutan hujan lebat.
BACA: “Air Dari Mana,” Mat Saleh Temu Bual Pekerja Bangladesh Dalam Bahasa Melayu Buat Ramai Kagum Sumber: Bernama
The post Faktor Kecuaian Dipercayai Punca SUV Jatuh Gaung appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/07/faktor-kecuaian-dipercayai-punca-suv-jatuh-gaung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suv Jatuh Gaung Mangsa Dalam Perjalanan Pulang Urus Persiapan Kahwin

Suv Jatuh Gaung Mangsa Dalam Perjalanan Pulang Urus Persiapan Kahwin

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 192 hits
SUV Jatuh Gaung Mangsa Dalam Perjalanan Pulang Urus Persiapan Kahwin KUALA BERANG 6 Dis Ibu kepada pengusaha kantin Suzaimah Che Azis 34 yang maut dalam nahas di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris Sungai Gawi Aring di sini semalam memaklumkan...
Hakisan Saluran Air Tersumbat Dipercayai Punca Runtuhan Di Taman United

Hakisan Saluran Air Tersumbat Dipercayai Punca Runtuhan Di Taman United

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 208 hits
Hakisan Saluran Air Tersumbat Dipercayai Punca Runtuhan Di Taman United KUALA LUMPUR 25 Nov Kejadian cerun runtuh di Taman United di sini pagi semalam dipercayai berlaku disebabkan dinding penahan tidak mampu menampung beban akibat hakisan ...
Hiburan Saya Masih Dalam Idah Tak Tahu Yang Dia Bakal Nikah Balu Mangsa Jatuh Gaung Di Terengganu

Hiburan Saya Masih Dalam Idah Tak Tahu Yang Dia Bakal Nikah Balu Mangsa Jatuh Gaung Di Terengganu

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 189 hits
Balu kepada Allahyarham Hassan Shazali 52 masih terkejut dan tidak menyangka panggilan telefon yang diterima pada malam Jumaat membawa berita duka mengenai kemalangan yang meragut nyawa suaminya di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris Sungai Ga...
Terengganu Guru Pekerja Kantin Maut Mpv Jatuh Gaung

Terengganu Guru Pekerja Kantin Maut Mpv Jatuh Gaung

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 169 hits
Mohd Ishak Abdillah NgahHULU TERENGGANU Sebuah kenderaan Pelbagai Guna yang dipandu seorang guru bersama seorang pekerja kantin terjatuh ke dalam gaung sedalam 200 kaki mengakibatkan kedua duanya maut Kejadian berlaku di Kilometer 52 Jalan ...
Ahli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia

Ahli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 250 hits
Kita sering diperlihatkan betapa sempitnya tahap pemikiran sebilangan besar anggota masyarakat di negara ini sering menzahirkan warna sebenar kita yang semakin hari semakin menebal dengan sikap prejudis dan perkauman Semuanya berpunca dari ...
Sofazr Punca Chord

Sofazr Punca Chord

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 142 hits
Am G F C Dm Am Bdim E Am G sakitnya dihati F C tak terungkap lagi Dm Am hidup tak bererti Bdim E tak mampu ku berdiri Am G kau lontarkan dusta F C meracuni jiwa Dm Am tanpa ada punca Bdim E kau hancurkan segala Dm G sesungguhnya kau mengkhi...
Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 275 hits
Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik Seperti yang kita semua tahu Malaysia adalah negara beriklim panas Kita tidak pernah mengalami musim sejuk kecuali mungkin ketika ribut hujan atau angin kencan...
Tiada Lesen Pbt Punca Penginapan Tak Daftar Motac Kata Exco Terengganu

Tiada Lesen Pbt Punca Penginapan Tak Daftar Motac Kata Exco Terengganu

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 113 hits
Razali Idris berkata punca lain termasuk kurang kefahaman syarat pendaftaran dan ketiadaan sijil Perakuan Siap dan Pematuhan Exco Terengganu Razali Idris berkata PBT melaksanakan proses pemutihan untuk mengenal pasti premis di negeri itu ya...
Mata Amp Hidung Dah Jatuh Isteri Dedah Detik Sayu Face Id Telefon Suami Gagal Berfungsi 40 Hari Sebelum Meninggal

Mata Amp Hidung Dah Jatuh Isteri Dedah Detik Sayu Face Id Telefon Suami Gagal Berfungsi 40 Hari Sebelum Meninggal

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 161 hits
Semakin ramai bergantung kepada Face ID sebagai kunci utama telefon namun tidak ramai menyedari teknologi ini mempunyai batasannya terutama apabila ia melibatkan insan tersayang yang telah pergi selamanya Di Threads Zulhilmi Khairuddin berk...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Colours Of Life Tekken 8 Season 8 15 Dis Ghost Jalan Ranked Pun Jalan

Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi