6 Aneka Masakan Asia Enak Memang Serasilah Dengan Selera Kita


Sajian Asia memang banyak aneka rasa dan persembahan hidangannya.
Tetapi tetap ada persamaannya terutamanya penggunaan rempah ratus yang menjadi kesukaan orang Asia. Memang patut ler sajian dari Negara Asia menepati citarasa rakyat Malaysia.
Malah sebahagian darinya sudah sebati selera orang kita. Jom semak resipi dari 6 negara Asia iaitu Indonesia, Thailand, Filipina, Burma, India dan Korea. Serasi sangat dengan selera kita.
1. OPOR AYAM (INDONESIA)

.
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam /dipotong 12 bahagian500 gm santan segar3 batang serai /diketuk4 helai daun salam6 helai daun limau purut /dicarik2 sudu teh serbuk ketumbar1 sudu teh serbuk lada sulahBahan dikisar:
3 sm lengkuas8 biji bawang merah4 ulas bawang putih6 biji buah keras1/2 sudu teh biji jintan2 sudu makan gula merahGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam.
2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula santan sehingga mendidih.
5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah.
6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.
INFO CHEF : Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
2. GAENG KIAW WAN (Daging Masak Kari Hijau), THAILAND

.
BAHAN-BAHAN :
Bahan tumis (pes hijau) :
1 batang serai /dikisar halus2 ulas bawang putih /dikisar halus1.5 sm lengkuas /dikisar halus6 biji cili hijau besar / dikisar halus20 gm belacan /dibakar dan kisar1/2 sm kulit kayu manis1/2 sudu teh ketumbar1/2 sudu teh lada hitam1 biji kulit limau purut /disagat4 helai daun limau purut / dihiris halus200 gm daging /dihiris nipis20- 30 gm daun selasih1 biji terung bulat/panjang dibelah dua10 gm kubis bunga/ dihiris3 batang kacang panjang/ dipotong pendek2 sudu teh gula2 sudu makan kicap sotong @ ikan62 ml air rebusan daging100 ml santanGaram secukupnyaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak.
2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan.
4. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu.
5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api.
6. Kari hijau sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 20 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan : Daun selasih memberi rasa istimewa pada lauk kari hijau Thai ini.
INFO CHEF : Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.
3. AYAM PAKORAS DENGAN PUDINA CHUTNEY (INDIA)

.
BAHAN-BAHAN :
800 gm peha ayam dan kaki /dibuang tulangBahan dikisar (A) :
200 gm tepung kacang kuda50 gm serbuk kunyit120 gm serbuk cili50 gm serbuk jintan putih80 gm halia120 gm bawang putihGaram secukup rasa30 gm chat masala (campuran serbuk rempah dan masala)1 cawan minyak masakBahan pudina chutney @ acar :
250 gm daun pudina /dikisar100 gm daun ketumbar30 gm serbuk jintan putih150 ml yogurt biasa (tanpa perisa)Garam secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Kisar bahan A sehingga menjadi ‘batter’
2. Perap ayam dengan campuran batter ini semalaman
3. Kisar bahan pudina chutney dan ketepikan
4. Goreng ayam yang diperap ke dalam minyak penuh yang sudah dipanaskan.
5. Hidangkan bersama pudina chutney dan taburkan serbuk chat masala
Saiz hidangan : 8- 9 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Lauk tradisional India
Keistimewaan : Ayam goreng rangup berempah dengan pudina chutney,sajian terkenal di Gujarat, India Utara
INFO CHEF : Chat masala biasa dihidang dalam masakan India, Bangladesh, Punjab (Pakistan) dan Sindh, Pakistan. Chat masala ialah campuran rempah berasal dari India, terdiri daripada serbuk mangga kering, jintan putih, ketumbar, halia kering, garam, lada hitam, asafoetida (sejenis gam dari herba) dan serbuk cili.
4. EOMUK/ODENG (CUCUK KEK IKAN ), KOREA

.
BAHAN-BAHAN :
200gm kek ikan Korea | ada dijual di pasaraya utama1 ikat daun bawang dihiris halus1 sudu makan kicap1 sudu teh bawang putih | yang dicincang1 sudu teh lada hitamGaram secukup rasa6 cawan air30 gm ikan bilis10 gm rumpai laut kering100gm lobak putihCARA MEMASAK :
1. Didihkan 6 cawan air bersama rumpai laut kering dan ikan bilis di atas api sederhana.
2. Keluarkan rumpai laut dan masukkan lobak putih yang dihiris halus.
3. Kemudian tapis , ambil hanya air rebusan tadi.
4. Potong kek ikan dan cucukkannya menggunakan lidi makanan.
5. Didihkan semula air rebusan bersama kicap, bawang putih dan garam
6.Akhir sekali masukkan kek ikan dan daun bawang ke dalam air didihan. Biarkan kek ikan direbus seketika.
7. Sedia untuk dimakan
Saiz Hidangan : 2 Orang
Waktu Memasak : 30 minit
Cara Memasak : Rebus
Jenis Masakan : Sajian Korea
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama air rebusan
Info Chef :Boleh juga mengunakan air didihan atau rebusan berperisa tomyam untuk kek ikan, ikut citarasa anda.
5. BURMESE CHICKPEA TOFU SALAD (BURMA)

.
BAHAN-BAHAN:
2 tiub tofu telur30 gm kacang kuda (kering)12 gm suhun | direndam1 biji limau nipis2 helai daun limau purut | dihiris halus5 gm halia | dimayang halus3 gm kunyit hidup | dikisar2 biji tomato | dipotong dadu bersaiz kecil5 gm cili padi merah | dihiris10 gm bawang merah kecil | dimayang halus1 sudu kecil empingan cili kering (chilies flakes)5 gm daun ketumbar2 biji telur ayam1 sudu makan bijan putih | disangai1 sudu makan air asam jawa2 cawan minyak masakGaram secukup rasaGula secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Kisar kering kacang kuda hingga halus dan ketepikan.
2. Potong tofu telur mengikut ketebalan yang dikehendaki.
3. Pecahkan telur didalam mangkuk, kacau dan masukkan tofu ke dalam telur kemudian angkat dan masukkan pula ke dalam kacang kuda yang telah dikisar.
4. Panaskan minyak masak, kemudian goreng tofu telur yang telah di salut dengan kisaran kacang kuda tadi sehingga menjadi keperangan. Angkat, toskan dan ketepikan seketika.
5. Setelah tofu sejuk, masukkan ke dalam mangkuk yang sederhana besar, kemudian masukkan semua bahan bahan yang lain kecuali suhun. Perasakan dengan menggunakan perahan limau nipis, garam, gula, air asam jawa, dan ukur tahap rasa masam, pedas, manis dan masinnya.
6.Toskan suhun yang direndam tadi, dan gaulkan dengan garam, sedikit empingan cili kering, daun ketumbar dan gulung atau letakkan sahaja di atas pinggan.
7. Kemudian susun tofu tersebut di atas suhun mengikut kreativiti dan kehendak anda.
8. Selepas itu, dengan menggunakan sudu kecil, letakkan bahan bahan yang digaul tadi di atas tofu.
9. Hiaskan dengan hirisan limau nipis atau daun ketumbar ataupun dengan apa apa daun salad yang menjadi kegemaran anda. Sajian sedia dihidang
10. Hidang sejuk, dengan nasi putih ataupun boleh menikmatinya begitu sahaja sebagai makanan pembuka selera.
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis masakan: Burma
Cara memasak : Goreng
Keistimewaan: Satu hidangan pembuka selera yang menyelerakan dan sihat.
Info Chef : Hidang sejuk, dengan nasi putih ataupun boleh menikmatinya begitu sahaja sebagai makanan pembuka selera.
6. JADE PESTO STEAMED SEA BASS WITH SIZZLING SOY VINAIGRETTE (FILIPINA)

.
BAHAN-BAHAN :
190 gm fillet /isi ikan siakapBahan jade pesto :
1 sudu makan minyak kacang11/2 sudu makan sos tiram11/2 sudu teh air1/4 cawan daun bawang | dicincang kasar1/4 cawan daun ketumbar | dicincang3/4 sudu teh halia | ditumbuk3/4 sudu teh bawang putih | ditumbukGaram secukup rasaSerbuk lada hitam secukupnyaBahan soy vinaigrette :
3 sudu makan lada benggala merah | dicincang halus2 sudu makan lada benggala kuning | dicincang halus2 sudu makan lada benggala hijau | dicincang halus2 sudu makan daun bawang (bahagian hijau sahaja) | dicincang halus2 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus2 sudu makan lobak putih (daikon)2 sudu makan bawang besar warna putih (sweet onion) | dicincang1/2 sudu makan halia | yang diparut/cincang1/4 cawan minyak kacang2 1/2 sudu makan jus limau nipis7 sudu makan kicap soya1 sudu makan jus lemon1/4 cawan airGaram secukup rasaLada hitam secukup rasaNasi kukus sebagai hidangan bersama sajian ikan
CARA MEMASAK :
Cara menyediakan pesto :
1. Satukan minyak kacang, sos tiram dan air dalam mesin pengisar. Masukkan pula daun bawang, daun ketumbar, halia serta bawang putih , kisar hingga halus menjadi puri.
Cara menyediakan vinaigrette :
2. Satukan lada benggala, daun bawang, daun ketumbar, lobak putih, bawang dan halia di dalam mangkuk atau periuk. Panaskan minyak kacang di dalam kuali hingga berasap.
3. Tuangkan minyak panas ke atas sayur-sayuran tadi sehingga berdesir.
4. Gaulkan rata, dan tambahkan halia, kicap soya, jus lemon dan 1/4 cawan air , jus limau.
5. Perasakan dengan garam dan lada hitam , dan ketepikan.
Cara penyediaan masakan :
6. Sapu rata setiap belah kepingan siakap dengan pesto dan letakkan dalam bekas yang muat dalam pengukus.
7. Biarkan air mendidih dalam pengukus , kemudian masukkan bekas berisi ikan tadi.
8. Kukus 4 hingga 5 minit hingga masak, alihkan ke dalam pinggan.
9. Letakkan nasi kukus di atas atau di bawahnya
10. Siramkan dengan vinaigrette sajian itu.
Saiz hidangan : 1 orang
Masa penyediaan : 5 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Sajian Filipina
Keistimewaan : Sos vinaigrette yang masam dan pesto menyebabkan ia begitu lazat.
Info Chef : Bahan asas vinaigrette adalah minyak yang dicampur dengan jus lemon dan limau/cuka. Resipi aslinya adalah wain beras, tetapi boleh diganti dengan jus limau untuk rasa masam dan berperisa lazat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/11/6-aneka-masakan-asia-enak-memang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Aneka Resepi Masakan Daging Sheila Rusly Ketuk Ketuk Ramadhan

20 Aneka Resepi Masakan Daging Sheila Rusly Ketuk Ketuk Ramadhan

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 2822 hits
20 Aneka Resepi Masakan Daging Sheila Rusly Ketuk Ketuk RamadhanAlhamdulillah Jumpa jugak resepi Daging yang Tb cari Selama ni Thank You sangat Kak Sheila Rusly sebab share resepi resepi ni boleh la TB try satu satu ni Nak merasa kelainan c...
Upin Ipin Memang Animasi Terbaik Di China Kalahkan Animasi Lain

Upin Ipin Memang Animasi Terbaik Di China Kalahkan Animasi Lain

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 473 hits
Kejayaan demi kejayaan nampaknya dicatatkan oleh Les Copaque syarikat animasi Upin Ipin apabila terbaru dilaporkan telah berjaya memenangi Anugerah Golden Wing bagi kategori Animasi Terbaik di China Bukan calang calang tau Pengiktirafan ini...
Korang Patut Cuba Shell Crab Janggut Bbs Stadium Selayang Memang Padu

Korang Patut Cuba Shell Crab Janggut Bbs Stadium Selayang Memang Padu

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 430 hits
SHELL CRAB JANGGUT BBS STADIUM SELAYANGShell Out terbaekkk sekali makan confirm teringat Tak tipu byk tempat da pegi tapi sini gak tetap terbaeekkk samball dia powerr udang butter mmg terangkat cuba rasa sendiri br tau penangan dia ade memb...
Dua Cara Goreng Burung Puyuh Ni Memang Sedap

Dua Cara Goreng Burung Puyuh Ni Memang Sedap

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 1686 hits
Korang suka makan buruh puyuh tak Kalau suka ini RASA kongsikan dua resipi burung puyuh yang sedap dan korang boleh cuba sebab cara memasak pun senang dan ringkas je Sekali sekala masak lauk lain dari yang lain apa salahnya kan di hari cuti...
Homemade Sos Pasta Anak Tak Perlu Beli Buat Sendiri Je Rasa Memang Umph

Homemade Sos Pasta Anak Tak Perlu Beli Buat Sendiri Je Rasa Memang Umph

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 477 hits
Bagi yang gemarkan sajian pasta untuk anak anak dan keluarga menyediakan sos pasta homemade sendiri adalah disarankan Selain menjaga kandungan bahannya tanpa garam dan gula malah dapat juga mengawal campuran bahan lain yang ternyata lebih m...
Jom Try Nasi Lemak Lobster Jb Memang Puas Hati Tengok Nasi Lemak Dan Pelbagai Seafood

Jom Try Nasi Lemak Lobster Jb Memang Puas Hati Tengok Nasi Lemak Dan Pelbagai Seafood

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 936 hits
Jom ramai ramai Ke restoran Nasi Lemak Lobster JB di Setia Tropika Johor Yang BestNya kat sini Nasi Lemak Dihidangkan dengan Pelbagai Seafood SepertiLobster Udang galah sotong King Siakap Ketam Dan Salmon Seafood pula Yang Premium bersaiz S...
Kalau Isteri Cakap Penat Suami Jangan Kata Mengada Sebab Dia Memang Maksudkannya

Kalau Isteri Cakap Penat Suami Jangan Kata Mengada Sebab Dia Memang Maksudkannya

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 439 hits
Sebaik mata terbuka jam 6 pagi sampailah 12 malam kerja isteri takkan habis Ada saja saling berkait Penatnya usah cerita Kalau tiada waktu rehat memang boleh sasau dibuatnya Sebab itulah bila isteri kata Dia Penat dia sebenarnya benar benar...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp