20 Aneka Resepi Masakan Daging Sheila Rusly Ketuk Ketuk Ramadhan



20 Aneka Resepi Masakan Daging
- Sheila Rusly | Ketuk-Ketuk RamadhanAlhamdulillah.. Jumpa jugak resepi Daging yang Tb cari Selama ni.. Thank You sangat Kak Sheila Rusly sebab share resepi-resepi ni.. boleh la TB try satu-satu ni.. Nak merasa kelainan cara masakan walaupun ada masakan yang TB biasa masak  tapi nak try gak masak ala-ala sifu Kak Sheila Rusly ni.. Sape tak kenal kan.. dah la cantik, pandai masak pulak tu.. untung betul kalau pandia masak macam kak Sheila Rusly ni kan..

Ni TB tepek resepi-resepi nya kat sini.. nanti dah pindah rumah baru.. hope pasar dekat la.. nak masak apa-apa bahan semua boleh beli sendiri... Aamiinn.. jom follow page Ketuk-Ketuk Ramadan

DENDENG DAGING
Bahan-Bahannya :
Bahan A1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar
bahan B4 biji bawang besar7 ulas bawang putih1 inci haliasedikit kulit kayu manis3 biji bunga lawang
Bahan C3/4 cup kicap lemak manisgulagaram7 helai daun limau purut diramas23 batang serai dititik2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat1/2 sudu kecik pes asam jawa
Bahan Dair rebusan daging
Cara-cara Penyediaan:
Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawangpanaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap
Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak*air rebusan jangan dibuang*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan
skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk.
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa.
dan taruk bahan D dlm 5 senduk.
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap..selamat mencuba


DAGING MASAK HALIA
Bahan-Bahannya :- daging yang di rebus lembut dan di potong nipis-nipis (1 mangkuk)- 4-5 biji bawang putih (potong kecil)- 4 inci halia (hiris kecil memanjang) - macam batang mancis- 1.5 biji bawang besar (hiris kasar)- 1/3 sudu teh serbuk lada hitam- 2-3 sudu teh kicap manis- sedikit sos tiram- sedikit minyak bijan- sedikit sos sotong thai- 3/4 cawan -1 cawan air- tepung jagung 1/2 sudu makan (bancuh tepung jagung nie dengan air di atas)-2 pokok daun bawang potong kasar- kacang panjang (3-4 batang- potong panjang-panjang)- cili padi (3-5 biji)
Cara-cara Penyediaan:
- tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan daging dan gaul sebati

- masukkan semua bahan kecuali bawang besar, daun bawang, cili padi, kacang panjang
- sebatikan kuahnya, then masukkan bawang besar. rasakan garamnya

- akhir sekali masukkan kacang panjang. Then, daun bawang, Terus matikan api

- masak dengan api besar, dan masak dengan cepat



DAGING MASAK TOMYAM
Bahan-Bahannya :Daging dihiris1/2 biji bawang besar-dadu kecil2 ulas bawang putih-cincang1 biji tomato-dadu kecilcili padi-hiris1 cili merah-potong22SB Perencah Tomyam1 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos cili1 sudu besar fish sauce1 sudu besar gula1 sudu teh brown sugar
Cara-cara Penyediaan:Daging gaulkan bersama bawang putih, kedua2 jenis gula, sos ikan n perap sekejap
Panaskan minyak, tumis bawang besar. masukkan daging tadi n kacau n biar hingga masak n lembut.. masukkan semua bahan perencah n perasa. gaul rata




Daging Cincang Goreng
Bahan-Bahannya :250gm.daging cincang(jenama Ramly)1 labu bawang bombay-hiris nipis2 biji lada merah/hijau-hiris nipis3 sudu besar cili merah kisar2 sudu bear bawang merah kisar2 sudu teh bawang putih kisarsedikit sos tiram,sos cili,sos plumgaram/gula secukup rasa
Cara membuatnya:Dalam mangkuk masukkan bawang dan cili kisar,semua sos dan biarkan sebentar
Panaskan sedikit minyak dalam kuali,masukkan daging cincang perap tadi dan goreng
Bila daging hampir masak tambahkan garam dan gula secukup rasa
Masukkan lada dan bawang bombay .Balik-balikkan daging hingga bergaul rata
Bolehlah di angkat dan hidangkan



ASAM PEDAS DAGING TETEL
Bahan-bahannya:600g daging tetel - direbus hingga empuk
2 batang serai - dititik1 kuntum bunga lawang2 sudu teh halba campur6 sudu makan cili kering kisar1 sudu teh serbuk kari daging3 helai daun limau purutAir asam jawa secukupnyagaram dan serbuk perasaminyak untuk menumis
Bahan tumbuk lumat:1 inci lengkuas1 1/2 inci halia1 inci kunyit hidup3 ulas bawang putih2 biji bawang besar1 sudu teh jintan putih1 sudu teh jintan manis
Cara Masak:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bunga lawang, serai, bahan tumbuk, halba campur dan cili kisar hingga wangi dan terbit minyak
Masukkan daging dan air rebusannya sekali
Masukkan daun limau purut. Kacau rata
Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih
Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Biarkan sehingga kuah menjadi sedikit pekat
Sedia untuk dihidangkan



SEMUR DAGING
Bahan-Bahan:500 gm daging stew (dipotong kecil-kecil)600 ml air2 helai daun pandan (disimpulkan)5 labu sedang bawang besar (dihiris)3 camca kicap cair2 camca mentega/marjerinCuka atau air limau nipis secukup rasa Bahan Gilin:½ camca lada sulah3 batang lada merah2.5 cm lengkuas2.5 cm belacan (dibakar)½ camca buah pala parut2 camca garam
Cara:
Gaulkan bahan giling pada daging & perapkan selama 1-2 jam.Jerang hingga mendidih & masukkan daging. Biarkan ia terus mendidih selama 5 minit lagi. Masukkan bahan selebihnya kecuali cuka. Kecilakan api & didikan perlahan-lahan hingga dagingnya lembut.Masukkan cuka & sesuaikan rasanya. Angkat dari api. Buangkan daun pandan,hidangkan panas-panas dengan nasi putih, sayur-sayuran & sambal



SERUNDING DAGING
BAHAN-BAHAN:500 gm daging- direbus dan disiat halus100 gm serbuk kari50 gm jintan manis50 gm jintan putih50 gm serbuk ketumbar100 gm cili kering yang telah dikisar200 ml santan250 ml minyak masakGaram secukup rasaGula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR3 cm lengkuas3 cm halia100 gm bawang merah60 gm bawang putih5 batang serai60 gm kunyit hidup
CARA MEMASAKNYA:1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
2. Kemudian masukkan cili kering, serbuk kari, jintan manis, jintan putih dan ketumbar
3. Setelah garing, masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih
4. Kemudian masukkan daging yang telah disiat-siat tadi bersama dengan garam dan gula secukup rasa
5. Masak sehingga kering menggunakan api yang perlahan dan sedia untuk dihidang



Rendang Tok
Bahan-bahan•1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka•2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa•1/2 cawan kerisik•1/2 biji kelapa utk kepingan - dihiris nipis (tak pakai pun tak apa)•100gm gula kabung atau 3 sudu besar gula merah•1 batang kulit kayu manis•Garam secukup rasa
Bahan2 kisar:-•2 sudu besar ketumbar•1 sudu besar/teh lada hitam•1 sudu teh serbuk kunyit•1 sudu besar/teh jintan putih•1 sudu besar/teh jintan manis•3 biji buah keras•3 kuntum bunga lawang•25 biji cili kering•5 batang serai•5 cm halia•20 biji bawang kecil
Cara-cara1.Kelapa kepingan: buang kulit dan hiris kelapa nipis22.Gaul daging dengan bahan2 yg dikisar3.Masukkan daging yg telah digaul dgn bahan2 kisar tadi ke dlm kuali
4.Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kelapa kepingan, kulit kayu manis dan gula kabung dlm kuali
5.Panaskan kuali di atas dapur dgn api sederhana
6.Kacau selalu agar tidak melekat. Apabila masakan hampir kering, masukkan garam secukup rasa
7.Perlahankan api dan kacau hingga kering




DAGING GORENG NANAS
Bahan-bahan ( 4~5 org ):✔500g daging dihiris✔200g nanas (kalau guna nanas dlm tin anggaran 1/2 tin) dihiris✔1bj cili benggala (atau cili merah) dihiris✔2 sd besar sos tomato✔2 sd besar sos tiram✔1 sd besar rempah kari daging✔1 sd kecil lada hitam (dikisar)✔1 kuntum bunga lawang dan 2 btg cengkih
Bahan Ditumbuk:✔3ulas bwg putih dan 1 cm halia✔minyak masak dan garam
Cara-cara:panaskn minyak utk menumis. Tumiskn bhn ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau

masukkn rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkn daging dan masak hingga daging empuk

masukkn sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata

Akhir sekali, masukkn nanas, cili benggala dan masak lagi selama lbh kurang 3 minit. Sedia utk dihidang


DAGING MASAK LEMAK CILI API
Bahan-Bahan :1/2 kg daging - dihiris nipis,basuh dan toskan1 liter air2 cawan santan pekat2 batang serai - dititik2 keping asam gelugor/asam keping1 helai daun kunyit - dicarikkangaram secukupnya2 biji ubi kentang - dibelah 4Bahan Dikisar :20 tangkai cili api - ikut kepedasan masing23 cm halia2 ulas bawang merah3 cm kunyit hidup
Cara-cara Menyediakan:1. Masukkan daging yang telah dihiris nipis ke dalam periuk yang berisi air bersama serai yang telah dititik dan rebuskan sehingga daging menjadi empuk
2. Masukkan santan, asam keping, garam,ubi kentang dan daun kunyit yang telah dicarikkan
3. Masak sehingga kuah menjadi mendidih dan pekat
4. Siap untuk dihidang




Daging Panggang bersama Kentang Lenyek Cendawan
BAHAN BAHAN
DAGING PANGGANG200g daging batang pinang1 sudu kecil oregano kering2 sudu kecil serbuk lada hitam1 sudu kecil serbuk lada2 sudu kecil minyak zaitun (virgin olive oil)secubit garamTali untuk ikat daging (yg sesuai digunakan dlm oven)
SOS1/2 biji bawang holland1 biji bawang putih2 batang daun rosemaryJus Daging (jus dari daging after panggang)200ml air panas + 1 kiub pati ayam1/2 tin tomato cincang1/2 sudu kecil tepung jagung + sedikit air
KENTANG CENDAWAN1/4 biji bawang holland -didadu6 batang cendawan butang -didadu2 biji bawang putih -didadu1 sudu kecil serbuk oregano3 biji kentang -didadu1 kuib pati ayam - dihancurkanserbuk lada hitam -secukup rasa2 sudu besar salad dressng (apa2 yg suka)sedikit minyak
CARA CARA
daging panggang1. Ikatkan daging. Perapkan daging dengan olive oil, lada hitam, oregano, serbuk lada, garam selama 1 jam
2. Panaskan oven 180c
3. Didalam frying pan / kuali panggang, panggangkan ayam seketika sehingga luaran daging kekuningan. Buat side by side. Kemudian, Letakkan didalam oven selama 15 minit
(Kalau ikot cara ni, daging pada keadaan medium rare. Aku kurang minat. So, after aku potong daging, aku masak dalam pan jap.)
sos1. Didalam saucepan, masukkan sedikit minyak. Kemudian, masukkan bawang holland dan putih. Masak sehingga keperangan. Kemudian, masukkan daun rosemary sehingga naik bau
2. Masukkan jus daging, air pati ayam dan tomato cincang. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Masak sehingga kuah agak pekat. Tapiskan

kentang cendawan1. Masukkan kentang didalam periuk dan biarkan sehingga kentang lembut
2. Sementara kentang lembut, Didalam kuali, masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang holland dan putih kemudian masukkan cendawan. Gaul sehingga masak
3. Lenyekkan kentang dan letakkan serbuk pati ayam, tumisan cendawan, oregano, serbuk lada hitam dan salad dressing. Gaul guna spatula kayu sehingga sebati

Siap! Bolehlah dihidang.



SINGGANG DAGING
Bahan-Bahan500 gm daging3 keping asam gelugur3 ulas bawang putih ~ hiris halus4 inc lengkuas ~ hiris3 inc kunyit hidup ~ di hiris1 sudu makan ketumbar1 sudu teh jintan manis10 biji cili padi ~ belah 2garam secukup rasaair secukupnya
Cara-Cara :Daging di hiris nipis dan cuci bersihKetumbar dan jintan manis di tumbuk kasarMasukkan semua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periukRebus hingga daging empukMasukkan cili padi dan perasakan dengan garamHidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan


DAGING GORENG KUNYIT KELANTAN
Bahan-bahan :600 gm daging2 - 3 inci kunyit hidup ~ tumbuk1-2 sudu besar serbuk kunyit2 inci halia ~ hiris nipis3 ulas bawang putih ~ hiris nipis2 ulas bawang besarKacang panjang atau kacang buncis ~ ita letak kacang peasCili merah ~ hiris nipisMinyak secukupnyaGaram
Cara-Cara :
Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya
Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu
Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap




DAGING MASAK KURMA
Bahan-Bahan:1) 400gm daging - dipotong2) 5 ulas bawang merah - dihiris3) 3 ulas bawang putih - dihiris4) 1/2 in halia - dihiris5) 2 sudu besar rempah kurma6) 1/4 sudu kecil serbuk kunyit7) 1 1/2 cawan air8) 2/3 cawan santan fresh9) 3 biji ubi kentang10) 1 biji tomato11) 3 - 5 biji cii hijau12) Garam dan gula secukup rasa13) Minyak
Cara Memasak:1) Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dihiris
2) Goreng hingga terbit bau
3) Masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau
4) Biarkan pecah minyak dan masukkan daging. Kacau rata
5) Masak seketika, kemudian masukkan air
6) Biarkan ia merenih sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang
7) Bila daging menjadi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat, masukkan santan, garam dan sedikit gula. Kacau
8) Masak lagi lebih kurang 5 minit dan masukkan tomato (dipotong 6 atau 8) dan cili hijau hiasan yang dibelah dua
9) Masak sehingga kepekatan kuah yang dikehendak dan bolehlah dihidangkan



DAGING GORENG HITAM MANIS
BAHAN-BAHAN:500gm daging pejal | dihiris nipis1 biji bawang besar |dihiris halus3 ulas bawang putih | dihiris halus5cm halia muda3 biji cili merah | dihiris2 biji tomato | dipotong1 sudu makan lada hitam | ditumbuk kasar3 sudu makan sos tiram3 sudu makan kicap manis100ml airGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:1 Perapkan daging bersama halia dan bawang putih selama 30 minit
2 Kemudian pijarkan minyak dan goreng daging sehingga empuk
3 Setelah itu masukkan lada hitam, kicap manis, sos tiram, bawang besar dan cili merah. Gaul mesra dan sebati
4 Seterusnya masukkan air secukupnya dan tomato. Biarkan seketika
5 Akhir sekali, perasakan. Sedia dihidang panas



DAGING TUMIS PEDAS
Bahan-Bahan :1 kg daging (rebus sampai empuk )Bawang merahBawang putihHaliaSetengah sudu biji ketumbarCili apiKunyit hidup(Tumbuk kesemua bahan2 di atas, manakala daging dihiris nipis )
Cara Membuatnya :Tumis bahan2 yg telah ditumbuk sehingga naik bau,Masukan daging dan kacau bersama bahan2 tumis sehingga sebati. Masukan sedikit air beserta garam, gula dan sedikit perasa dan tumis sehingga pecah minyak. Masukan hirisan bawang besar dan cili merah / hijau sehingga layu. Sedia dihidang,
selamat mencuba


DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM OHSEM
Bahan-Bahan Daging:1) 1 kg daging lembu2) 50 gm bawang besar - dikisar halus3) 20 gm bawang putih - dikisar halus4) 10 gm serbuk kari5) 10 gm halia - dikisar halus6) Garam - secukup rasa7) Serbuk perasa - secukup rasa
Cara Membuatnya:1) Kisar hingga halus bawang putih, bawang merah, serbuk kari dan halia
2) Gaulkan sebati dengan daging dan masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa3) Perapkan daging selama 2 jam4) Setelah itu, daging hendaklah dibakar selama 30 minit dengan suhu 180C atau sehingga masak5) Setelah masak, boleh dipotong nipis mengikut citarasa masing-masing
Bahan Air Asam Jawa:1) Air asam jawa2) 1 biji bawang besar - dipotong kecil3) 2 biji lada merah - dipotong kecil4) 2 biji lada hijau - dipotong kecil5) 1 biji tomato - dipotong kecil6) 10 biji cili padi - dipotong kecil7) 10 gm belacan - dibakar / digoreng8) Garam - secukup rasa9) Gula - secukup rasa10) Limau nipis
Cara Membuatnya:
1. Kesemua bahan yang dipotong kecil dicampurkan ke dalam air asam jawa
2. Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa
3. Semua bahan digaul rata
4. Setelah itu, bolehlah dihidangkan sebagai pencicah kepada daging bakar tadi



Resepi Daging Kaprau
Bahan-bahannya:Daging yg telah diperap dgn Pes Tomyam Adabi selama setengah jamBwg besar yg dipotong 8 (asingkan separuh-separuh)Cili api yang ditumbukSesudu sos cili thai dan sesudu kicap manisDaun limau purut (dihiris kasar)Sedikit gula
Cara-cara membuatnya:1. Tumis separuh bahagian bwg besar dan cili api sehingga garing
2. Kemudian, masukkan daging yg telah diperap, masakkan sampai daging kecut dan air daging pun dah kering3. Lepas tuh, masukkan sos cili thai, kicap manis dan daun limau purut, kacau rata4. Masukkan sedikit gula.... Dah siap



DAGING MASAK MERAH
Hidangan utk 4 orang
Bahan-Bahan:● 200 gram daging● pewarna merah● 1 senduk minyak masak● 1 inci halia, hiris nipis● 3 ulas bawang putih, diketuk● 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit● 3 batang kacang panjang, potong 2 inci● 4 biji jagung muda, potong memanjang● 1/4 cawan cili kisar● 2 sudu besar sos tomato● 1 sudu besar sos tiram● 1 sudu besar sos ikan● 2 helai daun limau purut● sedikit tepung jagung● Karot, potong memanjang
Caranya :1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk

2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah

3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan

4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau

5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak

6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika

7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang

selamat mencuba

DAGING BLACK PEPPER

Untuk 4 - 5 org makan
Bahan-bahannya:● 500gm daging batang pinang● 1 sb serbuk lada hitam - ditumbuk kasar, lebihkan utk lebih pedas● 1 biji lada benggala hijau● 1 biji lada merah● 3 sb kicap manis● 2 sb sos tiram● 1 cawan air● 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air● 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula● minyak utk menggoreng
Cara-caranya:1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng

2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat

4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Garam letak sedikit kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan sedia untuk dihidangkan



Baca juga :
KOLEKSI RESEPI KUIH ORANG DULU-DULU
PELBAGAI RESEPI MENU BERBUKA PUASA
PELBAGAI RESEPI OVERNIGHT OAT














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.tengkubutang.com/2019/11/20-aneka-resepi-masakan-daging-sheila.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+SharingMyCeritera+(Sharing+My+Ceritera)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masakan Sedap Dari Kampong Resepi Masak Lemak Kulit Rambai

Masakan Sedap Dari Kampong Resepi Masak Lemak Kulit Rambai

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 940 hits
Masakan Sedap Dari Kampong Resepi Masak Lemak Kulit RambaiHari ni masak sayur lemak kulit buah rambai sapa tahu ni suka kita geng memang rezeki betul pegi mall jumpa buah rambai ni terus beli tak fikir apa dah suke sangat2sis makan kulit ta...
Resepi Daging Goreng Sambal Tempoyak

Resepi Daging Goreng Sambal Tempoyak

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 538 hits
Assalamualaikum hari ini saya ingin berkongsi satu resepi baru sekitar facebook iaitu Daging goreng sambal tempoyak mmm bunyi macam mengiurkan jom ke dapur panaskan kuali Bahan2 yg diperlukan 1 2 kilo daging2 ulas bawang putih ditumbuk5 ula...
Resepi Singgang Daging Kelate Paling Senang Dan Sedap Sangat

Resepi Singgang Daging Kelate Paling Senang Dan Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 450 hits
Resepi Singgang Daging Kelate Paling Senang Dan Sedap Sangat Salam semua sebut jer singgang daging memang sudah terbayang singgang daging Kelate dah Tak terbayang pun singgang ikan sebab sis tak berapa makan singgang ikan haa Nak lagi kalau...
Pertama Kali Mencuba Resepi Kerutuk Daging Adabi

Pertama Kali Mencuba Resepi Kerutuk Daging Adabi

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 690 hits
Dah lama juga saya tak kongsi pasal aktiviti masak memasak saya dalam blog Sejak emak saya ada bersama saya memang jarang masak Memang tugas memasak ni akan diambil hampir 100 peratus oleh emak saya Isteri saya pun jarang dah memasak kecual...
Resepi Kurma Daging Bersama Kentang Yang Berperisa Walla

Resepi Kurma Daging Bersama Kentang Yang Berperisa Walla

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 605 hits
Jenuh memikirkan nak masak apa setiap hari Kadang kadang en suami yang bagi buah fikiran pula masak kurma dagin bersama kentang ini di cadangkan oleh en suami Dah buntu memikirkan hari hari nak masak tu Jadi tanya penghuni dalam rumah iaitu...
6 Aneka Masakan Asia Enak Memang Serasilah Dengan Selera Kita

6 Aneka Masakan Asia Enak Memang Serasilah Dengan Selera Kita

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 221 hits
Sajian Asia memang banyak aneka rasa dan persembahan hidangannya Tetapi tetap ada persamaannya terutamanya penggunaan rempah ratus yang menjadi kesukaan orang Asia Memang patut ler sajian dari Negara Asia menepati citarasa rakyat Malaysia M...
9 Resepi Aneka Kuih Talam Yang Sedap Belaka Pasti Menggiurkan Tekak

9 Resepi Aneka Kuih Talam Yang Sedap Belaka Pasti Menggiurkan Tekak

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 946 hits
Kuih talam adalah antara resepi turun temurun orang Melayu yang sentiasa mendapat perhatian orang ramai dengan citarasanya yang sedap Di sini aku nak simpan resepi aneka kuaih talam yang sedap untuk lebih senang aku mencarinya apabila di pe...
Buat Sendiri Minyak Bawang Putih Masakan Sedap Beraroma

Buat Sendiri Minyak Bawang Putih Masakan Sedap Beraroma

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 692 hits
Selalu tak korang dengan minyak bawang putih jadi penyedap rasa dan memberikan aroma wangi yang sungguh mengoda selera Walaupun ia ada dijual tapi kalau buat sendiri lagi wangi dan segar Lagipun tak susah nak buat sendiri ni ye emak emak se...
Memahami Simbolism Masakan Nyonya Bersama Debbie Teoh

Memahami Simbolism Masakan Nyonya Bersama Debbie Teoh

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 326 hits
Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik Pasti anda sudah penat membaca ayat tersebut kerana sejujurnya anda fikir ayat di atas sangat klise tapi itulah satu kebenaran yang kita patut raikan Debbie Teoh seorang anak Nyonya dari Mela...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia