5998 Kempen Ppim Kibar Panji Hitam Dapat Reaksi Positif Waraganet Utusan Malaysia 23 10 2021


 

PUTRAJAYA: Walaupun tiada publisiti, usaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengajak umat Islam  mengibarkan Panji Hitam mula mendapat reaksi positif warganet.
Inisiatif berkenaan terbukti apabila hantaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terkenal itu menerima reaksi luar biasa dengan meraih lebih 4,000 tanda suka dalam masa enam jam.
Bendera tradisi yang pernah dikibarkan oleh Rasulullah SAW ketika hayat baginda itu dikenali sebagai Ar-Rayah dan Al-Liwa yang tertera dua kalimah syahadah dalam seni khat Thuluth.
Ia menyerupai bendera rasmi kerajaan Arab Saudi dengan tulisan warna putih dan berlatarkan hijau yang digunakan sejak tahun 1744, namun tanpa ada imej pedang di bahagian bawah.
Sebaliknya, PPIM menerusi hantaran dalam akaun sosial rasminya memaparkan tertera ayat berbahasa Melayu di bahagian bawah kalimah lafaz itu sebagai ‘Panji Hitam dari Ufuk Timur’.
Ini disusuli ayat ‘Demi Kedaulatan Agama, Bangsa & Tanah Air’ dengan imej Ketua Aktivis NGO berkenaan, Datuk Nadzim Johan atau mesra disapa Toqqi memegang bendera tersebut.
“Usah malu kibar bendera Panji Hitam sebagai tanda sebuah penyatuan ummah! Ayuh kita terus bersatu demi kedaulatan agama, bangsa dan tanah air tercinta!” kata hantaran tersebut,” kata persatuan itu. 
Juga disebut sebagai Ar-Rayah Al-Uqab atau Panji Helang, ia bagaimanapun jauh berbeza daripada bendera digunakan kumpulan militan Daesh atau pun rangkaiannya di seluruh dunia.
PPIM menambah, bendera yang diperbuat daripada material kain lembut jenis pongee itu ditawar NGO tersebut dengan berukuran lebar 60 sentimeter dan panjang 120 sentimeter.
Difahamkan, kempen pengibaran panji Nabi Muhammad SAW itu susulan pelbagai isu panas kebelakangan ini menyentuh sensitiviti umat Islam dan mencabar kesucian agama tersebut.
Terbaharu, penjualan minuman keras dengan jenama berbaur Islam iaitu Timah dan Omar oleh syarikat arak bukan Islam tempatan yang didakwa sebagai cara bentuk penghinaan tersirat. 
“Molek juga digantung di rumah masing-masing tanda kita mencintai perjuangan Rasulullah SAW,” tulis netizen bernama Mohd. Nordin Shari dalam ruangan komen di laman sosial PPIM.
“Boleh kibar, tetapi perlu diiringi akhlak yang baik, bukan tunjuk angkuh, nanti bawa pula fitnah kepada agama,” ulas seorang lagi warganet tempatan dengan nama samarannya Lee Duan.
“Saya mencadangkan supaya dibuat saiz bendera kecil macam bendera mini Jalur Gemilang dan boleh dipasangkan di cermin kereta,” kata pengguna media sosial bernama Hasrol Barsir.
“Alhamdulillah, jika semakin ramai yang mengibarkan kelak, maka ia lebih menzahirkan syiar Islam kerana ini bendera Rasulullah SAW dan bendera kita umat Islam,” luah Abu Hafiz.


Artikel oleh: Utusan Malaysia
KEMPEN PPIM KIBAR PANJI HITAM DAPAT REAKSI POSITIF WARAGANET

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/kempen-ppim-kibar-panji-hitam-dapat-reaksi-positif-warganet/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/10/1998-kempen-ppim-kibar-panji-hitam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5999 Aktiviti Selamat Pagi Malaysia Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Terus Jadi Tumpuan Ppim 25 10 2021

5999 Aktiviti Selamat Pagi Malaysia Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Terus Jadi Tumpuan Ppim 25 10 2021

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 291 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersiaran di rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM TV1 yang membincangkan topik Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Terus Jadi Tumpuan
5993 Program Minyak Petrol Percuma Ppim Dan Yayasan Afdlin Shauki Malaysia Gazette 19 10 2021

5993 Program Minyak Petrol Percuma Ppim Dan Yayasan Afdlin Shauki Malaysia Gazette 19 10 2021

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 226 hits
Ketua Aktivis Persatuan Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan bersama Pengasas Yayasan Afdlin Shauki Dato Afdlin Shauki beramah mesra dengan salah seorang penunggang motorsikal pada Program Minyak Petrol Percuma di Stesen Minyak Petronas Jalan ...
6009 Benda Apa Yang Hitam Dan Berpeluh Tokwan Tak Reti Jimat Elektrik Tv Ppim 29 10 2021

6009 Benda Apa Yang Hitam Dan Berpeluh Tokwan Tak Reti Jimat Elektrik Tv Ppim 29 10 2021

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 301 hits
Benda Apa Yang Hitam Dan Berpeluh Aduh Tokwan Semua nak salahkan cucu Nasiblah si cucu pun faham perangai tokwan dia siap boleh main teka teki lagi tu Huhu Tokwan ni bakhil betul semua benda pun nak kedekut Tapi siapa yang tak reti berjimat...
5994 Program Minyak Percuma Inisiatif Yas Ppim Bantu Rakyat Getaran 20 10 2021

5994 Program Minyak Percuma Inisiatif Yas Ppim Bantu Rakyat Getaran 20 10 2021

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 225 hits
KUALA LUMPUR Wabak COVID 19 yang melanda negara sejak Mac tahun lalu mengakibatkan segenap lapisan masyarakat merasai tempiasnya Walaupun pelbagai sektor ekonomi telah dibuka selepas Kuala Lumpur beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara mas...
5992 Aktiviti Program Infaq Rezeki Minyak Petrol Percuma Sempena Sambutan Maulidur Rasul Ppim 19 10 2021

5992 Aktiviti Program Infaq Rezeki Minyak Petrol Percuma Sempena Sambutan Maulidur Rasul Ppim 19 10 2021

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 325 hits
Program Infaq Rezeki minyak petrol percuma sempena sambutan Maulidur Rasul bersama PPIM dan Yayasan Afdlin Shauki semalam Turut serta Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi dan Pengasas Yayasan Afdlin Shauki Dato Afdlin Shauki
6001 Aktiviti Sesi Rakaman Ketua Aktivis Ppim Bersama Asnb Ppim 26 10 2021

6001 Aktiviti Sesi Rakaman Ketua Aktivis Ppim Bersama Asnb Ppim 26 10 2021

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 260 hits
Sesi rakaman Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersama Amanah Saham Nasional Berhad bagi program Sembang Sembang ASNB RTM
6006 Program Jerayawara Pembangunan Komuniti Dan Kemakmuran Wawasan Bersama 2021 Ppim 28 10 2021

6006 Program Jerayawara Pembangunan Komuniti Dan Kemakmuran Wawasan Bersama 2021 Ppim 28 10 2021

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 202 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri program Jerayawara Pembangunan Komuniti dan Kemakmuran Wawasan Bersama 2021 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Rumah Prihatin Grand Seasons KL Kuala Lump...
6003 Scam Kurier Palsu Duit Habis Melayang Tv Ppim 26 10 2021

6003 Scam Kurier Palsu Duit Habis Melayang Tv Ppim 26 10 2021

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 445 hits
Scam COD Kurier Palsu Duit Habis Melayang Dah makin ramai kena tipu dengan scam COD oleh kurier palsu ni Doktor pensyarah cikgu datuk datin semua pun dah terkena sebab modus operandi diorang ni memang macam real Orang datang hantar parcel k...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes