5994 Program Minyak Percuma Inisiatif Yas Ppim Bantu Rakyat Getaran 20 10 2021


 

KUALA LUMPUR - Wabak COVID-19 yang melanda negara sejak Mac tahun lalu mengakibatkan segenap lapisan masyarakat merasai tempiasnya.
Walaupun pelbagai sektor ekonomi telah dibuka selepas Kuala Lumpur beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), masih ramai lagi yang tertekan akibat kehilangan pendapatan kesan pandemik COVID-19.
Menyedari beban ditanggung rakyat, Yayasan Afdlin Shauki (YAS) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan Program Minyak Petrol Percuma bertempat di Petronas Jalan Jelatek, semalam.
Afdlin Shauki Aksan Pengasas YAS, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, program itu merupakan inisiatif amat bermakna kepada rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19.
Menurut beliau, pihaknya amat memahami kesan pandemik itu ke atas orang ramai khususnya golongan yang kurang berkemampuan.
“Sebelum ini, kita telah melaksanakan banyak program memberi makanan dan bantuan untuk mereka yang tidak boleh keluar daripada rumah sebelum ini disebabkan sekatan pergerakan.
“Jadi, bila kelonggaran diberikan dan orang ramai sudah mula keluar rumah, kita mengambil pendekatan mengadakan program ini untuk membantu dan meringankan beban mereka yang keluar untuk mencari rezeki,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini, semalam.
Afdlin Shauki membantu seorang penunggang motosikal mengisi minyak. Menerusi program itu, Afdlin mengesahkan pihaknya telah memperuntukkan isian minyak penuh secara percuma untuk 300 motosikal tanpa mengira kapasiti enjin.
Jelasnya, kerjasama dengan PPIM ini juga banyak membantu meringankan golongan yang berdepan dengan kekangan kewangan.
“Kita memperuntukkan kira-kira RM3,000 dan jumlah itu merupakan dana yang telah kita terima daripada orang awam.
“Stesen minyak adalah tempat terbaik bagi kami mengadakan program tersebut selepas orang ramai telah dibenarkan keluar. Oleh kerana itu, kita laksanakan program tersebut di sini,” katanya.
Nadzim Johan Afdlin turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang sudi turun padang, sekali gus bekerjasama dalam membantu komuniti memerlukan.
“Kita sangat berterima kasih kepada PPIM kerana bersama-sama menjalankan program ini dan mereka juga sentiasa memberi sokongan, malah melahirkan keinginan untuk terus bekerjasama dengan YAS.
“Terima kasih juga kepada Toqqi (Nadzim) kerana turut hadir ke program tersebut. Toqqi memang seorang yang hebat. Dalam keadaan hujan pun dia sanggup bersama memeriahkan program itu semalam,” katanya.


Artikel oleh: Getaran
PROGRAM MINYAK PERCUMA INISIATIF YAS, PPIM BANTU RAKYAT
https://www.getaran.my/artikel/semasa/13339/program-minyak-percuma-inisiatif-yas-ppim-bantu-rakyat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/10/5994-program-minyak-percuma-inisiatif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5993 Program Minyak Petrol Percuma Ppim Dan Yayasan Afdlin Shauki Malaysia Gazette 19 10 2021

5993 Program Minyak Petrol Percuma Ppim Dan Yayasan Afdlin Shauki Malaysia Gazette 19 10 2021

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 247 hits
Ketua Aktivis Persatuan Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan bersama Pengasas Yayasan Afdlin Shauki Dato Afdlin Shauki beramah mesra dengan salah seorang penunggang motorsikal pada Program Minyak Petrol Percuma di Stesen Minyak Petronas Jalan ...
5992 Aktiviti Program Infaq Rezeki Minyak Petrol Percuma Sempena Sambutan Maulidur Rasul Ppim 19 10 2021

5992 Aktiviti Program Infaq Rezeki Minyak Petrol Percuma Sempena Sambutan Maulidur Rasul Ppim 19 10 2021

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 355 hits
Program Infaq Rezeki minyak petrol percuma sempena sambutan Maulidur Rasul bersama PPIM dan Yayasan Afdlin Shauki semalam Turut serta Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi dan Pengasas Yayasan Afdlin Shauki Dato Afdlin Shauki
5991 Arak Timah Signal Orang Islam Harus Bersatu Ppim Getaran 19 10 2021

5991 Arak Timah Signal Orang Islam Harus Bersatu Ppim Getaran 19 10 2021

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 490 hits
KUALA LUMPUR Tindakan sebuah syarikat tempatan menjenamakan arak dengan nama Timah adalah petunjuk bahawa umat Islam di negara ini harus bersama agar sensitiviti agama itu tidak dicabar pada masa akan datang Ketua Aktivitis Persatuan Penggu...
5980 Serahan Infaq Rezeki Ppim Kepada Prpew Mabless Tv 12 10 2021

5980 Serahan Infaq Rezeki Ppim Kepada Prpew Mabless Tv 12 10 2021

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 284 hits
Infaq rezeki PPIM serahan kepada PRPEW berlangsung sebentar tadi 12 10 2021 Terima kasih PPIM atas sokongan ppim Sumber Mabless TV SERAHAN INFAQ REZEKI PPIM KEPADA PRPEW
Bila Crush Contact Balik Untuk Kikis Duit Korang Tv Ppim 08 10 2021

Bila Crush Contact Balik Untuk Kikis Duit Korang Tv Ppim 08 10 2021

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 360 hits
Awak jom jumpa ada something nak bagitahu awak Hehe Jangan letak harapan tinggi tau kalau tiba tiba crush atau kekasih lama zaman sekolah tiba tiba mesej nak jumpa korang Entah entah crush atau kekasih lama korang tu AWAS Alat Jimat Tenaga ...
Hiburan Keluar Jenama Minyak Wangi Sendiri Aaron Aziz Ingin Bantu Mereka Yang Ingin Berniaga

Hiburan Keluar Jenama Minyak Wangi Sendiri Aaron Aziz Ingin Bantu Mereka Yang Ingin Berniaga

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 313 hits
Pelakon yang kini bergelar usahawan kini Datuk Aaron Aziz khabarnya telah menceburi bidang perniagaan berasaskan minyak wangi dengan jenama The Oud by Aaron Aziz ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjarnya penularan wabak COVID 19 turut membuatk...
Wilayah Persekutuan Rakyat Bantu Sama Kerajaan Selesaikan Masalah

Wilayah Persekutuan Rakyat Bantu Sama Kerajaan Selesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 256 hits
Kalau ada masalah terus beritahu saya bukan media sosial Demikian seru Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang mengajak rakyat khususnya warga Wilayah Persekutuan untuk membantunya menyelesaikan segala permasalah yang...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Di Teratak Kecil Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights