59 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan Panduan Lengkap Bercuti Ke Negeri Beradat


 


59 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan | Panduan Lengkap Bercuti Ke Negeri BeradatKalau makanan pedas menjadi pilihan anda, tak perlu pertimbangkan lagi nak pergi atau tidak ke Negeri Sembilan ni, di sinilah anda dapat makan masakan Minang yang memang terkenal dengan kepedasannya ni.
Jika makanan tak cukup untuk membuat anda sekeluarga datang ke sini, anda pasti tertarik dengan pemandangan bangunan-bangunan yang unik yang terdapat di sekitar dengan pengaruh Minangkabaunya.
Bukan itu sahaja, lokasinya cukup strategik berdekatan dengan KL dan Selangor. Untuk anda yang datang dari jauh, Seremban, KL dan Selangor semuanya perlu dijadikan destinasi percutian anda, masing-masing menawarkan kepelbagaian yang memeriahkan percutian anda sekeluarga.
Tak cukup menarik lagi? Atau masih tak percaya yang Negeri Sembilan ni hebat setaraf dengan destinasi pelancongan yang lain? Baca dulu senarai tempat menarik di Negeri Sembilan ni, jangan terkejut, banyak sebenarnya!
59. Wet World Resort Air Panas Pedas
Kalau bercakap tentang taman tema air yang ada di Malaysia, memang banyak! Tapi berapa banyak taman tema yang menggunakan air panas semula jadi sebagai sumber air? Tarikan yang rare ini boleh anda dapati di Wet World Resort Air Panas Pedas.
Sambil berseronok, anda sekeluarga dapat menyerap segala kebaikan yang ditawarkan air panas yang padat dengan mineral yang mampu memberi kesan positif kepada kesihatan serta menjadi penawar atau meredakan lenguh-lenguh badan, radang sendi (arthritis) dan pelbagai lagi penyakit kulit yang lain.
Yang menariknya, taman tema ini bukan sahaja menyediakan beberapa buah kolam berbeza, tapi juga lengkap dengan gelongsor air yang ‘bersimpang-siur’ untuk memaksimakan keseronokan pengunjung. Tarikan lain yang ditawarkan adalah seperti Reflexology Walk, Kiddie Slide, Lazy River, Wave Pool dan banyak lagi!
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Lot 603, Jalan Tampin, Mukim Pedas, 71400, Pedas, Negeri Sembilan58. Taman Negeri KenaboiSumber: Taman Negeri KenaboiMendambakan aktiviti lasak semasa bercuti? Datanglah ke Taman Negeri Kenaboi yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Taman Negeri Kenaboi atau nama lamanya Taman Alam Liar, adalah sebuah kawasan hutan simpan yang berkeluasan mencecah hampir 85 000 hektar.
Cukup mesra pengunjung, taman negeri ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan penting seperti tapak perkhemahan yang luas bagi sesiapa yang ingin bermalam, tandas dan juga dewan.
Berdekatan dengan kawasan perkhemahan juga terdapat sebatang sungai iaitu Sungai Kenaboi yang agak cetek serta berarus sederhana laju menjadikan ianya sesuai untuk aktiviti berkayak.
Tarikan lain yang terdapat di dalam taman negeri ini adalah kawasan Air Terjun Lata Kijang yang menjatuhkan air dari ketinggian 80 meter. Sebuah tarikan yang menjanjikan panorama cukup mempesonakan.
 AlamatAlamat:Pejabat Permit: Pejabat Renjer Hutan Daerah Jelubu, Kuala KlawangTaman Negeri: Taman Negeri Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan57. Masjid Diraja Tuanku MunawirSumber: Masjid Diraja Tuanku MunawirMasjid Diraja Tuanku Munawir yang terletak bersebelahan dengan Balai Polis Seri Menanti dan Makam Diraja Seri Menanti adalah sebuah masjid yang pada asalnya dibina pada tahun 1885 di atas sebidang tanah wakaf. Bangunan masjid ini kemudiannya dibangunkan semula pada sekitar tahun 1960-an.
Masjid dengan kubah berwarna keemasan ini memiliki gaya seni bina Moghul yang dapat dilihat dengan jelas daripada rekaan bentuk kubahnya.
Seni kesenian tempatan turut dapat dilihat menghiasi beberapa bahagian masjid ini seperti ruang serambi dan anjungnya yang terletak di sisi bangunan. Ingin melihat dengan lebih dekat keindahan seni binanya? Singgahlah untuk bersolat di sini kalau berpeluang ya?
 AlamatAlamat: Kampung Tanjung Beringin, 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan56. Pusat Edu-Ecotourism Sungai MenyalaSumber: Sungai Menyala Edu-Ecotourism CenterPusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Sungai Menyala adalah sebuah tarikan yang berkeluasan mencecah 1280 hektar.
Tarikan yang dibuka pada tahun 2010 ini merupakan salah satu hutan dipterokarp tanah rendah yang terbesar di daerah ini dan 15% daripadanya adalah kawasan paya bakau yang menambahkan lagi kepelbagaian spesies hutan simpan ini.
Selain menikmati udara segar dan kehijauan di dalam hutan rimba, anda turut boleh melawati bangunan Pusat Edu-Ecotourism. Di sini anda dapat melihat pameran tentang jenis-jenis hutan, daun, pokok dan sebagainya dalam suasana yang cukup moden.
Anda turut boleh memilih untuk menginap di penginapan yang disediakan iaitu sama ada double room, twin room atau dorm dalam harga yang sangat berpatutan. Kemudahan lain yang disediakan adalah dewan taklimat, perpustakaan, dewan makan, surau, basikal dan sebagainya.
 Alamat Waktu OperasiAlamat: Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala, N8, Jalan Sua Betong, Port Dickson, Negeri Sembilan55. Hutan Rekreasi Tanjung TuanSumber: hutan rekreasi tanjung tuanHutan Rekreasi Tanjung Tuan yang terletak di Batu 10 adalah sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati bagi sesiapa yang ingin memantapkan stamina dengan aktiviti seperti jungle trekking atau hiking.
Untuk anda yang datang bersama keluarga atau tidak yakin untuk menempuhi kawasan hutan, anda boleh juga menggunakan jalan raya yang disediakan untuk menuju ke puncak bukit.
Setibanya di kawasan puncak, anda dapat menikmati keindahan lanskap yang terindah di Negeri Sembilan di mana pemandangan tanpa batasan sekitar Selat Melaka dapat disaksikan,  untuk pengalaman yang lebih mengujakan, datanglah ketika matahari mula terbenam.
Untuk pengetahuan, antara tarikan menarik lain yang terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan adalah Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado), Laluan Burung dan Pantai Cermin.
 AlamatAlamat: Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Jalan Pantai, Port Dickson 7105054. Balai Cerap Bukit Kemang (Teluk Kemang Observatory)Sumber: Teluk Kemang ObservatoryTidak semua orang mampu memiliki teleskop untuk meneroka dunia angkasa lepas yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tidak bermakna ianya sebuah pengalaman yang mustahil untuk dirasai sendiri kerana anda boleh datang ke Balai Cerap Bukit Kemang atau Teluk Kemang Observatory untuk menggunakan teleskop berkuasa tinggi yang disediakan.
Balai Cerap Bukit Kemang ditubuhkan bukan sekadar untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman menyaksikan planet-planet yang jauh dari pandangan mata secara live, ia juga berfungsi sebagai sebuah pusat rujukan serta penyelidikan untuk menambahbaik ilmu astronomi.
Nak lebih berjimat? Anda boleh menginap di hotel yang terletak bersebelahan sahaja dengan balai cerap ini untuk mendapat tiket percuma ke sini.
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: 4506, 8, Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan53. Wild West Cowboy InDoor Theme ParkSumber: Wild West Cowboy InDoor Theme ParkDalam sesebuah trip percutian, tak lengkap rasanya kalau tak melawat taman tema kan? Lebih-lebih lagi kalau datang bercuti bersama anak-anak. Untuk menjadikan percutian lebih meriah dan menyeronokkan bagi si kecil, apa kata kalau anda ke Wild West Cowboy InDoor Theme Park.
Taman tema ini menampilkan beberapa tarikan berbeza iaitu 5D Motion Adventures, Cowboy Go-Round, Desert Explorer, Rider Boat, Dinasour Escape Room, Mirror Room, Haunted House, Skunk Show, 9D Game dan banyak lagi.
Untuk tarikan 9D Game, anda perlu membayar caj tambahan. Bagi tarikan Skunk Show pula, pertunjukkan hanya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: 59-64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
52. Dickson Dragon CruiseSumber: Dickson Dragon CruiseNikmati pengalaman indah yang bakal membuat anda jatuh cinta kepada Port Dickson dengan mengikuti Dickson Dragon Cruise. Pelayaran ini akan membawa anda menyelusuri Laut Selat Melaka. Sambil berlayar anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan menarik yang disediakan seperti jakuzi yang direndahkan ke bahagian air dan karaoke.
Jangan lupa untuk bersedia dengan kamera yang penuh baterinya sebelum memulakan pelayaran, kerana pemandangan yang mengujakan bakal tiba iaitu ketika waktu mentari terbenam, inilah masanya untuk anda bergambar sepuas hati di atas kapal.
 Alamat Waktu OperasiAlamat: Dickson Dragon Cruise, Kampung Baharu, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan,51. S2 Seremban Hill ParkSumber: S2 Seremban Hill ParkTercari-cari apa aktiviti yang nak dibuat pada waktu pagi? Anda boleh pertimbangkan untuk berekreasi bersama keluarga di S2 Seremban Hill Park. Taman yang terletak di puncak bukit ini menawarkan 3 buah zon berbeza yang menjadikannya sempurna untuk dilawati oleh pelbagai peringkat usia.
Zon yang pertama adalah kawasan taman permainan kanak-kanak yang padat dengan pelbagai permainan menyeronokkan. Zon kedua pula adalah zon Dinasour yang menempatkan banyak replika Dinasour, bolehlah berangan seolah-olah berada di dalam Jurassic Park. Di zon yang sama juga terdapat kemudahan untuk aktiviti flying fox dan climbing cube.
Zon yang terakhir iaitu zon ketiga adalah kawasan untuk pengunjung menikmati ketenangan dalam suasana yang santai. Zon ini lengkap dengan Picnic Pavilions iaitu kemudahan untuk berkelah serta tempat duduk. Dari sini anda dapat menyaksikan pemandangan memukau 360 darjah sekitar bandar.
Untuk sampai ke taman ini, anda perlu mendaki dalam sekitar 15 minit atau 1 km. Walaupun penat, anda pasti akan berpuas hati setibanya di kawasan taman ini yang dilihat terjaga dengan cukup baik dan lengkap dengan pelbagai fasiliti.
 Alamat Waktu OperasiAlamat: S2 Seremban Hill Park, S2 Heights, Seremban, Negeri Sembilan50. Pusat Ikan Hiasan Port DicksonSumber: Amir Shaiful ZahniPusat Ikan Hiasan Port Dickson adalah sebuah fasiliti pemeliharaan dan akuarium yang diselenggara oleh Jabatan Perikanan Malaysia.Padat dengan informasi, anda dapat melihat pelbagai jenis hidupan marin yang penuh dengan warna-warni. Selain melihat hidupan laut, turut terdapat di sini adalah pusat penternakan penyu.
Jangan lupa juga untuk melihat pertunjukan 3D yang disediakan khas untuk menghiburkan kanak-kanak. Lokasinya, hanyalah 2 minit berjalan kaki dari Pantai Port Dickson, alang-alang dah sampai pantai nanti jangan lupa singgah ya?
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan49. Cape Rachardo Light HouseSumber: A. K.Dibina pada tahun 1817, Cape Rachardo Light House ataupun Rumah Api Tanjung Tuan adalah sebuah peninggalan klasik yang terletak di dalam daerah Alor Gajah, Melaka. Rumah api ini dipercayai sebagai struktur yang tertua di Malaysia kerana binaan asasnya telah dibina dari abad ke-16 lagi oleh pihak Portugis untuk memudahkan pergerakan kapal di Selat Melaka.
Dari rumah api yang tinggi ini, pengunjung dapat melihat keindahan flora dan fauna yang terbentang luas di depan mata. Dalam masa yang sama juga, sekiranya cuaca mengizinkan, anda dapat melihat sempadan laut Sumatera yang merentasi Selat Melaka.
Menjadi kawasan persinggahan bagi dalam sekitar 300,000 ekor burung (terdiri daripada 54 spesies berbeza) yang bermigrasi pada setiap tahun, ini adalah syurga burung yang tak patut anda lepaskan untuk lawati. Sekiranya memerhati burung adalah misi utama anda, datanglah pada bulan Mac, kerana pada waktu ini burung mula tiba dari pelbagai pelusuk dunia.
 AlamatAlamat: Berhampiran dengan Ilham Resort Port Dickson, Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, 71050, Melaka48. Lata KijangSumber: Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul KhususBerketinggian 80 meter, Lata Kijang adalah sebuah kawasan air terjun yang tertinggi di Negeri Sembilan.
Untuk menuju ke sini, anda boleh menggunakan pacuan 4 roda untuk memudahkan anda menempuhi jalan yang berbecak terutama sekali pada hari hujan.
Setibanya di kawasan air terjun, anda boleh menyaksikan pemandangan yang sungguh mendamaikan jiwa sambil menekan butang kamera untuk mengabadikan keindahannya. Namun begitu, kawasan air terjun ni agak kurang sesuai untuk dijadikan lokasi bermandi-manda memandangkan kolam yang terbentuk agak sempit dan berbatu.
Terletak di dalam Hutan Simpan Kenaboi, terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik lain yang boleh anda lakukan selain berfotografi seperti water tubing dan berkayak.
 AlamatAlamat: Air Terjun Lata Kijang, Jelebu, Negeri Sembilan47. Jeram TengkekSumber: Faizal Fbk Rekreasi AlamJeram Tengkek adalah sebuah destinasi terkenal dalam kalangan penduduk setempat sekitar Kuala Pilah, Bahau dan Jempul. Namun, jika dibezakan dengan kawasan air terjun lain, Jeram Tengkek ini tidak begitu meriah seperti mana kawasan air terjun lain di sekitar Negeri Sembilan. Terletak pada ketinggian 350 meter dari paras laut, air yang mengairi jeram ini sungguh jernih dan segar dari sebarang pencemaran.
Setibanya di sini, anda dapat menyaksikan pemandangan penuh kehijauan di sekitar hutan di samping udara segar yang menenangkan segenap rongga badan. Anda juga boleh menaiki platform kayu yang disediakan untuk menuju ke kolam tadahan utama air terjun.
Bercadang untuk berkhemah? Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur Batu Kikir sebelum menegakkan khemah ya?
Sepanjang berada di sini, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti surau, gazebo, meja santai dan tandas.
Lokasinya, terletak hanyalah sekitar 15 minit pemanduan atau 25 km dari Pekan Batu Kikir dan boleh diakses menggunakan jalan yang berturap.
 Alamat Waktu OperasiAlamat: Hutan Lipur Jeram Tengkek, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan46. Gunung Telapak Buruk & Gunung BerembunSumber: Thrill AdventuresMemang banyak cara menarik untuk menikmati percutian, tapi bagi yang berjiwa lasak, ekspedisi penuh cabaran adalah percutian yang sebenar. Sekiranya ini yang anda inginkan, anda boleh membawa rakan sekepala atau ahli keluarga meneroka hutan belantara di Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun.
Anda boleh menaiki 4×4 untuk menempuhi laluan yang mencabar untuk menuju ke puncak Gunung Telapak Burung, dari sini, anda boleh memulakan pengembaraan untuk ke puncak Gunung Berembun.
Antara penemuan menarik yang menanti anda sepanjang pendakian ke sana adalah Gua Kambing, Lata Berembun yang berair jernih bak kristal dan juga bangkai pesawat British yang terhempas pada tahun 1945 ketika Perang Dunia Ke-2. Jangan lupa juga untuk memberi perhatian kepada kekayaan flora dan fauna sepanjang perjalanan.
 AlamatAlamat: Gunung Telapak Buruk, Kuala Klawang, Negeri Sembilan45. Bukit Batu PutihSumber: Mila Yaloo OfficialBukit Batu Putih adalah destinasi pendakian yang cukup terkenal terutama sekali bila tiba hujung minggu. Untuk mendaki, anda boleh memilih daripada 3 buah trek yang disediakan dan masing-masing memiliki tahap kesusahan yang berbeza daripada mudah, sederhana hinggalah kepada yang betul-betul mencabar.
Sekiranya anda memilih untuk melalui trek yang mencabar, anda perlu bersedia untuk mengharungi sebuah perjalanan yang penuh dengan halangan batuan besar. Jangan lupa untuk membawa bekalan air dan makanan yang secukupnya. Namun begitu, sepanjang perjalanan anda dapat menyaksikan pemandangan indah lautan yang terhampar di depan mata.
Bila tiba di puncak bukit, anda dapat melihat pemandangan indah sekitar Selat Melaka sambil menikmati angin yang bertiupan, hilang segala kepenatan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan di saat matahari terbenam, cukup memukau!
Berkenaan dengan kemudahannya, tandas disediakan berdekatan dengan pintu masuk Taman Rekreasi Tanjung Tuan dan tempat meletak kereta pula terdapat di sebelah PNB Ilham Resort. Pada hujung minggu terdapat penjual ais krim di pintu masuk.
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Puncak Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, 71050, Negeri Sembilan44. Alive 3D Art GallerySumber: ALIVE 3D ART GalleryTak perlu bersusah-payah membuang masa mencari latar belakang menarik untuk foto percutian anda, sebab kalau anda ke Alive 3D Art Gallery, anda dapat mengakses sehingga 50 buah hasil karya kreatif yang bersedia untuk dijadikan prop atau latar belakang foto. Snaplah gambar sepuas hati! Yang menariknya, sebagai sebuah galeri 3D, hasil-hasil karya di dalam galeri ini kelihatan seolah-olah hidup.
Untuk mendapatkan efek foto yang gempak, anda boleh mengikut arahan gaya posing yang disediakan pada setiap karya 3D di dalam galeri ini. Masa yang diambil untuk selesai bergambar dengan kesemua lukisan di sini adalah dalam sekitar 1 ke 2 jam bergantung kepada tahap keterujaan anda.
Lokasinya, terletak di dalam sebuah bangunan 3 tingkat di Lukut, Port Dickson.
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan43. Masjid Jamek SerembanSumber: Michellegoh / CC BY-SA 4.0Suasana klasik dapat dirasai di segenap pelusuk Masjid Jamek Seremban, dengan seni binanya yang begitu unik, mustahil untuk sesiapa pun terlepas pandang bangunan masjid ini.
Daya penarik masjid ini bukan hanya dari segi reka bentuknya yang persis bangunan klasik di Melaka, tapi juga kerana usianya yang telah melebihi satu abad menjadikannya masjid yang tertua di Negeri Sembilan. Cukup mengujakan, sebaik melangkah masuk ke dalam perkarangan masjid ini, anda akan terpesona melihat keindahannya terutama sekali jika dilihat pada hiasan dindingnya yang berwarna merah.
Untuk pengetahuan anda, masjid ini pada awalnya dapat memuatkan sekitar 1000 jemaah namun selepas dinaik taraf, ianya kini mampu menampung sehingga 2000 orang pada satu-satu masa. Walaupun telah dinaik taraf, tiada sebarang perubahan berlaku kepada struktur asal masjid ini yang masih kekal seperti mana pada awal pembinaannya.
 AlamatAlamat: Jalan Tun Dr Ismail, Taman Unian, 70200, Seremban, Negeri Sembilan42. Extreme Park PDSumber: Extreme Park Port DicksonIngin memeriahkan lagi percutian anda di Negeri Sembilan? Mai luangkan masa di Extreme Park PD. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti memanah, go-kart, paintball, ATV dan sebagainya.
Dikelilingi oleh hutan yang mekar kehijauan, anda dapat beraktiviti sambil menghirup oksigen segar dan melihat pemandangan yang menyejukkan mata.
Lokasinya, hanyalah dalam sekitar 3.5 km dari penginapan yang terkenal Lexis Hibiscus Port Dickson dan berhadapan dengan Palm Spring Resort.
 Alamat Waktu OperasiAlamat: Palm Spring Resort, Jalan Pantai Batu 13 KM 21, Mukim Pasir Panjang, Negeri Sembilan, 71250 Port Dickson41. Kolam Marine A.R.MSumber: Kolam Mandi ARMKolam Marine A.R.M adalah salah sebuah lokasi bermandi-manda yang terkenal dalam kalangan penduduk setempat. Di sini, anda sekeluarga dapat menikmati kesegaran sebenar bermain air di dalam kolam dengan air yang berpunca daripada kawasan gunung berdekatan.
Lebih sebab untuk anda datang ke sini adalah kerana anda dapat bermandi-manda sepuas hati tanpa perlu risau dengan sinaran pancaran matahari kerana dilindungi oleh bumbung. Jadi, mandilah selama mana anda inginkan tanpa perlu risau kulit menjadi gelap.
Di samping itu, Kolam Marine A.R.M turut menyediakan beberapa buah kolam berbeza yang bersesuaian untuk kanak-kanak, bayi dan dewasa. Apa lagi? Datang jangan tak datang!
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Kolam Mandi Marine ARM, Lot 2768, Kampong Sri Kendong, 71350 Kota, Rembau, Negeri Sembilan40. Muzium Replika Astana Raja MelawarSumber: Lembaga Pelancongan Negeri SembilanHanyalah 18 km dari Rembau, Muzium Replika Astana Raja Melawar adalah sebuah binaan dengan gaya tradisional Negeri Sembilan yang terletak di atas tapak asal Istana Raja Melawar.
Di dalam muzium ini, anda dapat melihat pelbagai info berkaitan dengan sistem perlantikan pembesar, adat perpatih, pameran contoh pelamin masyarakat Rembau dan sebagainya.
Masa yang diperuntukkan untuk selesai melihat keseluruhan pameran adalah dalam sekitar 15 ke 20 minit.
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Muzium Replika Astana Raja Melawar, Kampung Nerasau, Rembau, Negeri Sembilan39. Rumah Terbalik Port Dickson (Upside Down Art Gallery)Sumber: Rumah Terbalik Port DicksonRumah Terbalik Port Dickson ataupun Upside Down Art Gallery yang terletak di dalam bangunan 2 tingkat ini adalah sebuah tarikan yang mampu memberi keseronokan kepada seisi keluarga.
Siapa yang tak seronok bila dapat berposing untuk bergambar dengan latar belakang pelik yang seolah-olah melawan graviti. Kedudukan barangan di sekitar yang terbalik daripada kedudukan sepatutnya ini membolehkan anda berposing seolah-olah berada di angkasa lepas!
Bukan itu sahaja, di dalam galeri yang sama turut terdapat pameran lukisan 3D. Siapa sangka, hanya di dalam sebuah bangunan, bermacam ilusi unik boleh digunakan untuk anda bergambar sambil berseronok.
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai Teluk Keman, Port Dickson, Negeri Sembilan (di Depan Klana Resort)38. Hutan Simpan Gunung TampinSumber: hutan simpan gunung tampinHutan Simpan Gunung Tampin menempatkan 2 buah puncak gunung yang boleh anda takluki untuk menikmati kesegaran udara dan keindahan panorama yang disajikan iaitu puncak Gunung Tampin Utara dan puncak Gunung Tampin Selatan.
Di dalam hutan ini turut tersedia trek yang menghubungkan beberapa buah gunung berbeza seperti Gunung Datuk, Gunung Gagak dan Gunung Rembau.
Antara kemudahan yang disediakan di hutan simpan ini adalah seperti kolam mandian, tapak perkhemahan dan tempat meletak kereta.
 AlamatAlamat: Jalan TM Bukit Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan37. Agro Park RantauSumber: Rantau Agro Park Training CentreTerletak hanyalah 15 minit pemanduan dari bandar Seremban, Agro Park Rantau adalah sebuah kawasan dusun buah-buahan yang turut padat dengan pelbagai fasiliti dan tawaran aktiviti menarik untuk dilakukan.
Bagi menikmati segala keseronokan yang ada, anda boleh memilih untuk bermalam di penginapan yang disediakan. Dah puas berehat? Anda sekeluarga boleh membuka langkah untuk melakukan bermacam aktiviti seperti memancing, berkayak, menaiki ATV, memerhati burung, memberi makan kepada haiwan seperti rusa dan anak kuda, jungle trekking, explorace dan banyak lagi! Sesaat pun tidak akan merasa bosan.
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Lot 3212 Kampung Seri Lalang, Rantau, Negeri Sembilan36. Hutan Lipur Pasir PanjangSumber: Jimmy GanHutan Lipur Pasir Panjang adalah sebuah kawasan hutan simpan yang terletak di persisiran pantai. Di dalam hutan ini, anda boleh melalui trek yang disediakan untuk menuju ke arah pantai yang menjanjikan ketenangan dan udara yang nyaman.
Selain membuka laluan ke kawasan pantai, sebab lain yang menjadikan Hutan Pasir Panjang menarik untuk diterokai adalah kerana kekayaannya dengan pelbagai tanaman herba yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional.
Di samping itu, hutan ini turut sempurna dengan pelbagai fasiliti seperti wakaf istirahat, trek jogging, laluan untuk aktiviti jungle trekking, tandas awam dan sebagainya.
 AlamatAlamat: Taman Kota Indah, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan35. Pulau BurungSumber: Red GuestHouseBerdekatan dengan Pantai Cahaya Negeri, Pulau Burung ini sangat menarik untuk anda menikmati alam semula jadi hutan dengan pokok-pokok paya bakau yang tumbuh di sekitar pulau kecil ini.
Untuk ke sini, anda boleh menggunakan platform jalan kaki yang disediakan dari pesisir pantai PD hingga ke Pulau Burung. Jangan lupa bawa peralatan memancing sekali sebab pulau ini juga tempat yang sesuai untuk aktiviti ini.
 AlamatAlamat: Pulau Burong, 71000, Negeri Sembilan34. Kompleks Muzium NegeriSumber: Jeritan MindaTak tahu nak mulakan perjalanan anda ke mana kalau dah sampai ke Negeri Sembilan? Apa kata kalau ambil tahu tentang latar belakang negeri ini dulu? Baru sempurna rasanya bila dah tahu perkara penting tentang negeri yang dilawati, jadi jom ke Kompleks Muzium Negeri!
Kompleks Muzium ini memiliki reka bentuk tradisional Minangkabau yang pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melalui kawasan ini. Kompleks ini terdiri daripada 3 bahagian berbeza dan salah satunya adalah bahagian Istana Ampang Tinggi yang telah berusia lebih daripada sedekad.
Bahagian lain yang terletak di Kompleks Muzium Negeri ini adalah Teratak Perpatih yang mempamerkan banyak artifak dan info sejarah. Bahagian yang terakhir adalah Rumah Negeri Sembilan yang memiliki informasi berkaitan senibina bangunan serta budaya masyarakat Negeri Sembilan pada masa silam. Satu lawatan yang sangat informatif untuk anda sekeluarga.
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Muzium Negeri, Jln Sungai Ujong, Seremban33. Pantai SaujanaSumber: Sebghin TravelsDekat sahaja dengan Bandar Tentera Darat. Pantai Saujana merupakan pantai yang berkepanjangan 1km, dari pantai ini anda sekeluarga boleh berjalan kaki terus ke Pantai Cahaya Negeri, syok berjalan-jalan menghirup udara segar sekitar pantai sambil bersembang bersama keluarga mengenai rancangan percutian akan datang.
Apa lagi yang menarik di Pantai Saujana ni? Kalau anda datang pada malam Ahad, bolehlah anda membeli-belah di pasar malam yang agak meriah di sini. Nak makan pula? Kedai makan memang banyak berdekatan pantai ini, dari masakan Melayu hinggalah Western, tepuk dada, tanya selera.
 AlamatAlamat: Pantai Saujana, 71050, Negeri Sembilan32. Muzium Diraja Seri MenantiSumber: Negeri Sembilan – Negeri BeradatUnik dan klasik, bangunan Muzium Diraja Seri Menanti ini adalah pada asalnya sebuah istana yang mula dibina pada tahun 1902, sebelum merdeka lagi tu, bila anda sekeluarga melangkah kaki ke dalam Muzium Diraja ni, anda akan rasa seperti benar-benar tinggal di zaman itu.
Mana taknya, setiap sudut ruangan di dalam muzium ini tidak diubah sama sekali kedudukan barangan di dalamnya, semuanya di dalam posisi sebagaimana semasa ia sebuah istana pada dahulukala.
Terbahagi kepada empat bahagian berbeza iaitu Balai Rong Seri iaitu tempat takhta dan mengadap raja, Balai Raja Muda, Bilik Beradu dan akhir sekali Ruang Santapan. Pada ruangan-ruangan ini anda dapat melihat juga pameran gambar-gambar yang berkaitan dengan kawasan tersebut. Selalu tengok di dalam cerita klasik je kan, kali ni, depan mata sendiri.
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Muzium Diraja Seri Menanti, 71550 Seri Menanti, Kuala Pilah31. Jeram ToiSumber: Ain D’Casa HomestayJeram Toi telah diterokai oleh British pada tahun 1895 dan sejak itu ia menjadi sebuah lokasi tarikan ramai untuk berkelah dan bermandi-manda. Air jernih yang mengalir di sungai ini dan kawasan sekitarnya yang terjaga dengan baik menjadikan ia pilihan ramai orang pada hari cuti.
Selain itu, Jeram Toi turut memiliki dua buah kolam semula jadi, oleh itu, banyaklah pilihan untuk anda sekeluarga berseronok. Bukan itu je, keseronokan bermandian di sini berganda-ganda jadinya kerana terdapat beberapa gelongsor air yang diletakkan di kolam. Di samping ini semua, kemudahan BBQ turut disediakan. Cukup sempurna untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga.
 AlamatAlamat: Jeram Toi, Kampung Jelebu30. Muzium TenteraSumber: Juleswings MilitariaKalau anda nak tahu, Port Dickson sebenarnya turut dikenali sebagai Bandar Tentera Darat kerana di sinilah ramai tentera darat telah dilantik dan dilatih di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, dekat sahaja dengan kawasan ini terletaknya Muzium Tentera yang memanggil-manggil untuk dilawati.
Muzium ini pernah memenangi banyak anugerah, salah satunya adalah Anugerah Merit Pelancongan Malaysia pada tahun 2007 dan 2008.
Mesti ada sebab kenapa ia menerima anugerah kan? Muzium tentara ni bukan setakat menempatkan kereta kebal atau jet ya, sekali masuk sedar tak sedar, dah lebih dua jam.
Yang menariknya tentang Muzium Tentera ni adalah pamerannya yang agak realistik dan meluas berkenaan ketenteraan, antaranya adalah segmen Kampung Ikhtiar Hidup yang menempatkan replika kawasan kampung yang ditanami banyak tumbuhan yang digunakan semasa dalam keadaan peperangan.
Seterusnya adalah segmen Terowong PKM yang menempatkan replika terowong yang memberikan anda dan keluarga pengalaman melihat dan merasai bagaimana peperangan antara askar Melayu dan komunis berlaku dan banyak lagi. Menarik kan?
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan29. Kota dan Muzium LukutSumber: Muzium NegaraKota Lukut merupakan sebuah kota pertahanan yang telah dibina pada tahun 1847 oleh Raja Jumaat dengan saiz sekitar 4 buah padang bola sepak. Sebuah kota yang maju dengan penghasilan bijih timah sehinggakan ia menjadi kota perusahaan bijih timah terkaya di Selangor pada masa itu.
Kalau anda nak tahu lebih banyak lagi info menarik berkenaan Kota Lukut ini, jangan lupa lawati Muzium Lukut yang menempatkan bermacam artifak yang telah ditemui di Kota Lukut. Bukan itu sahaja, anda dan keluarga juga akan mendapat pelbagai info menarik berkenaan tokoh-tokoh Lukut pada zaman silam. Sebuah tamadun yang bukan main hebat lagi.
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Lot 730, Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus28. Muzium Adat JelebuSumber: Negeri Sembilan My Home TownMalaysia adalah sebuah negeri yang kaya dengan budaya, tak sah rasanya kalau keunikan ini tidak diraikan melalui pameran bukan? Untuk menyelami kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai budaya ni, apa kata kalau anda beramai-ramai bersama keluarga melawat Muzium Adat Jelebu.
Terbahagi kepada empat buah galeri berbeza iaitu, Pengenalan Adat di Malaysia, Kitar Hidup yang mempamerkan adat berkaitan kelahiran, kematian, perkahwinan dan lain-lain.
Seterusnya, Galeri Tradisi Intelektual, Kerajaan, serta akhir sekali adalah Galeri Adat Perpatih iaitu adat yang hanya wujud di Negeri Sembilan kalau di Malaysia. Tak cukup dengan pameran, pusat sumber dengan koleksi buku tentang adat pun ada di muzium ni!
Satu lawatan yang sangat bermanfaat terutama bagi anak-anak yang masih bersekolah untuk memperkenalkan mereka dengan budaya masyarakat yang pelbagai di Malaysia, soalan macam ni banyak keluar dalam karangan sekolah ya, jadi tak perlulah anda fikir panjang, jom beramai-ramai ke sini, sangat bermanfaat.
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Muzium Adat Jabatan Muzium Malaysia 196, Jalan Dato’ Umbi, 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan27. Teratak Za’BaSumber: Teratak Za’baLagi bangunan dengan reka bentuk klasik yang terdapat di Negeri Sembilan adalah Teratak Za’ba yang dibina dengan menggunakan kayu Cengal.
Walaupun dibina pada zaman moden dan dirasmikan pada tahun 2001, tapi memang betul-betul nampak klasik, tambahan lagi dengan hasil-hasil pertukangan Melayu yang dinampakkan pada sekitar bangunan ini.
Bercakap tentang Teratak Za’ba ni pula, kalau anda nak tahu, Za’ba juga digelar sebagai Pendeta Za’ba, seorang yang dihormati dalam bidang kesusasteraan. Begitu banyak yang telah disumbangkan oleh tokoh ini membuatkan beliau seorang yang penting untuk dikenali oleh generasi muda. Kalau anda melawat Teratak Za’ba ini, anda dapat melihat pameran Bibliografi, Peribadi dan Pakaian beliau.
Selain itu, terdapat juga Sudut Umum yang menempatkan barangan klasik yang wujud waktu kehidupan Za’ba. Jangan buang masa lagi, jom ambil tahu tentang cendekiawan negara! Penuh inspirasi yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berilmu seperti beliau.
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Teratak Za’ba, Kg. Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol26. Pengkalan KempasSumber: NS Art SocietyTerletak dekat sekali dengan sempadan negeri Melaka, sebelum ke Melaka tu jangan lupa singgah ke Pengkalan Kempas. Masuk-masuk sahaja ke Pengkalan Kempas ini anda akan dapat melihat deretan rumah kedai yang dikatakan telah berusia lebih daripada 100 tahun!
Baca: Destinasi Terbaik Di Port Dickson
Bukan itu sahaja yang menarik di sini, di pekan kecil ini juga menempatkan beberapa tarikan yang mesti disaksikan sendiri seperti makam Sheikh Ahmed Majnun (nak tahu kisah tentang sheikh ini, anda boleh google, banyak sangat versinya), sebuah batu putih yang boleh mengesan penipuan dan batu megalith hidup yang dikatakan semakin membesar dari masa ke masa.
Selain itu, bagi anda yang suka memancing, jangan lupa untuk ke Jeti Pengkalan Kempas, dapat udang galah beberapa ekor boleh kenyang perut!
 AlamatAlamat: Pengkalan Kempas, 71150 Linggi, Negeri Sembilan25. Pantai Teluk KemangSumber: Tourism MalaysiaPantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling terkenal di Port Dickson, ia juga merupakan pantai yang terbesar di sini.
Banyak aktiviti air yang menarik yang boleh dibuat di sini seperti jetski, banana ride, parasail dan buggy. Pantai ini juga lengkap dengan kemudahan-kemudahan seperti laluan pejalan kaki, tandas, gazebo, kedai cenderamata dan gerai-gerai makanan.
 AlamatAlamat: Jalan Pantai Teluk Kemang, Taman Orkid, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan24. Pantai Cahaya NegeriSumber: Nik Hasrawati Nik HassanAir laut yang jernih bak kristal, dan berpasir putih yang terasa agak lembut di tapak kaki. Dapat bayangkan? Pantai Cahaya Negeri ini boleh dikatakan sebagai yang tercantik di PD, walaupun tidaklah semahsyur Pantai Teluk Kemang. Selain itu, di sekitar pantai ini terdapat banyak tempat penginapan yang menarik, bolehlah anda menikmati pemandangan Pantai Cahaya Negeri dari bilik!
 AlamatAlamat: Pantai Cahaya Negeri, 5, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan23. Blue LagoonSumber: Arif WaliyuddinBlue Lagoon ini tidaklah selengkap pantai yang lain, tapi masih seronok untuk bersantai di sini sebab ada sahaja beberapa buah pondok yang disediakan untuk anda berteduh sambil makan-makan bersama keluarga.
Jangan lupa bawa makanan sendiri ya. Disebabkan ia tidak selengkap pantai yang lain, anda boleh menikmati pemandangan laut yang menenangkan dengan penuh privasi. Di sinilah nak sembang hati ke hati dengan keluarga tercinta.
 AlamatAlamat: Tanjung Biru, Port Dickson 7105022. Pusat Penetasan PenyuSumber: Glory Beach ResortSekiranya anda ingin membawa keluarga anda merasai pengalaman indah melihat penyu menetas, bawalah mereka ke Pusat Penetasan Penyu Glory Beach Resort Port Dickson. Jenis penyu yang terdapat di sini adalah penyu karah. Bila dapat tengok puas-puas proses penetasan ni?
Kebiasaannya penyu jenis ini akan menetas dengan banyak dari bulan April ke September, telur yang dihasilkan kebiasaannya dalam 130 biji. Pada sekitar pukul 11 malam setiap hari Sabtu dan Ahad anda akan dapat melihat kecomelan anak-anak penyu yang dilepaskan ke dalam laut untuk mula hidup berdikari.
Walau bagaimanapun, waktu anak-anak penyu ini dilepaskan sebenarnya bergantung kepada pihak resort juga, apa-apapun, dapatkan info daripada pihak resort terlebih dahulu.
 AlamatAlamat: Glory Beach Resort, Batu 2, Jalan Seremban Tanjung Gemok 71000 Port Dickson21. Pantai Bagan PinangSumber: Yoon Loy YapPantai Bagan Pinang ini agak meriah sebab ia adalah sebuah pantai yang lapang dan berpasir bersih. Memang bestlah nak jadikan tempat berkelah.
Selain daripada berkelah, anda boleh berseronok bersama keluarga sambil bermain layang-layang sebab ada beberapa gerai yang menjual layang-layang penuh warna-warni di sekitar pantai. Kalau dah penat berseronok di sini, singgah sahaja ke gerai-gerai dan trak makanan yang dibuka untuk anda mengisi perut yang lapar.
Di samping itu, sekiranya anda bernasib baik, anda dapat menyaksikan nelayan-nelayan pulang membawa hasil tangkapan mereka ke pesisir pantai, cepat-cepat keluarkan kamera sebab masa inilah nak ambil gambar suasana di sekitar pantai yang indah!
 AlamatAlamat: Batu 3, Jalan Pantai, Kampung Bagan Pinang, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan20. Pantai Tanjung GemokSumber: Marita IbrahimSebuah pantai yang tenang, bersih dan selamat untuk bermandi-manda. Kalau anda datang ke sini untuk berkelah, tempat paling best adalah di bawah pokok besar yang terdapat di sini. Dapatlah anda bumbung semula jadi melindungi anda daripada panahan matahari.
Kalau dah puas berkelah itu, aktiviti lain yang boleh dibuat di sini adalah menaiki tour boat. Di samping itu, untuk pengetahuan anda, Tanjung Gemuk juga merupakan tempat penetasan penyu, bukan Terengganu je yang ada. Kalau anda bernasib baik, dapatlah anda tengok penyu-penyu menetas telur di sini.
 AlamatAlamat: Pantai Tanung Gemok, Jalan Seremban, Batu 1, Port Dickson 7100019. Pulau ArangSumber: paepy2864Pulau yang terletak di hadapan PD Waterfront ini kecil sahaja. Belum lagi dikomersialkan, namun  begitu, dijangka pada tahun 2020 akan disediakan kereta kabel untuk anda yang ingin ke Pulau Arang sambil menikmati pemandangan indah merentasi air laut dari PD Waterfront. Jangan lupa, tahun 2020 nanti datanglah ke sini ya!
 AlamatAlamat: Pulau Arang, 71000, Negeri Sembilan18. PD Ostrich Show FarmSumber: Yen YenJom naik burung unta di PD Ostrich Farm! Itupun kalau anda bawah 40kglah. Nampaknya, anak-anak jelah yang boleh naik burung unta ni. Tak apa, jangan sedih, banyak lagi aktiviti lain yang sesuai untuk anda, contohnya menunggang kuda, ataupun naik ATV, hebat juga kan?
Bagi anak-anak kecil yang comel, mereka bukan sahaja boleh mendekati dan memberi makan kepada burung-burung unta yang terdapat di sini, sebab ada banyak lagi binatang lain sebenarnya, seperti arnab, keldai dan kambing. Dah puas berseronok, jangan lupa beli barangan yang dibuat daripada burung unta di kedai cenderahati yang terdapat di sini.
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Lot 1419 Jalan Kemang 13 | Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson 7300017. Jelita Ostrich FarmSumber: Tadika APCTeringin nak tahu bagaimana rasanya makan telur burung unta yang sedap ni? Anda boleh dapatkannya di sini dengan harga RM80. Bukan setakat makanan, di sini juga anda boleh mendekati burung-burung unta ini untuk bergambar, memberi makan, tengok burung unta berlumba dan nak naik burung unta pun boleh.
Memang sepuas hatilah anda dapat kenal-mengenali burung-burung unta di sini. Tapi anda jangan anggap ladang ini hanya menempatkan burung unta je, sebab ada juga binatang lain seperti itik, kambing, kuda dan bangau.
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Lot 1504, Batu 6, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban16. Sungai Timun FirefliesSumber: hajahlijahandcoAnak-anak anda pasti seronok dapat melihat cahaya-cahaya kecil berterbangan di udara ibarat di dalam dunia magika tapi sebenarnya datang daripada kunang-kunang yang terbang bebas di Sungai Timun.
Sungai Timun Fireflies ini dikatakan antara kawasan melihat kunang-kunang yang terbesar di Malaysia. Bukan itu sahaja yang menjadi tarikan Sungai Timun ni, sebab di sini juga anda boleh memancing udang galah.
Kalau malas nak memancing, singgah je kedai-kedai makanan laut yang banyak di sekitar Sungai Timun, banyak makanan laut yang sedap dihidangkan sebagai contoh ikan bakar, lobster dan kupang. Bila waktu dah gelap dan perut dah kenyang barulah anda mula mencari kunang-kunang ni!
 AlamatAlamat: Sungai Timun Fire Flies, Rembau15. Taman Tema Air PRIMALANDSumber: Jom BercutiTaman Tema Air PRIMALAND ini terletak di dalam PRIMALAND Port Dickson Resort & Convention Centre. Taman Tema ini tidaklah segempak di Sunway Lagoon tapi tetap menyeronokkan untuk menghabiskan masa cuti bersama keluarga.
Lengkap dengan gelongsor dan tiub spiral, ini pun sebenarnya sudah cukup menggandakan keseronokan anda yang bermandi-manda di sini, turun naik gelongsor terus ke dalam kolam, mana tak bestnya kan? Lagi best kalau tunggu bawah tong air yang besar di sini, sekali air disimbah, memang nikmatlah!
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Taman Tema Air PRIMALAND, Batu 12, Port Dickson14. Pusat Borong Nilai 3Sumber: Tourism Malaysia CentralMari, mari, mari! Shopping sakan di Pusat Borong Nilai 3. Di sinilah anda boleh membeli banyak barangan dengan harga borong. Kakak-kakak, mak cik-mak cik, mesti kena datang ke Nilai 3 ni, ada banyak gerai-gerai pakaian borong.
Boleh rambang mata melihat pilihan pakaian yang melimpah ruah dan murah di sini. Bukan setakat pakaian, kalau anda mencari barangan perkahwinan, perabot, hiasan rumah, kraftangan, lampu-lampu hiasan, aksesori kereta dan bermacam lagilah, semuanya ada di sini.
 AlamatAlamat: Nilai 3, Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, 7180013. Rembau CrystalSumber: Rembau CrystalBukan di Nilai 3 sahaja yang ada barangan hiasan rumah, Rembau Crystal yang terletak di Perkampungan Kristal ini menawarkan pelbagai kraftangan yang diperbuat daripada kristal oleh rakyat Malaysia sendiri.
Anda nakkan apa? Lampu meja? Kelengkapan dapur? Semuanya ada. Memang sukar nak buat pilihan kalau dah dikelilingi dengan kilauan kristal ni. Bukan setakat tempat membeli-belah, di sini juga anda dan keluarga boleh melihat sendiri bagaimana barangan kristal ini dibuat.
 Alamat Waktu OperasiAlamat: Lot 1432, Perkampungan Crystal, Jalan Kampung Mulia, 71300 Rembau, Negeri Sembilan12. Pusat Rekreasi Ulu BendulSumber: Negeri SembilanPusat Rekreasi Ulu Bendul yang terletak di kaki Gunung Angsi ini dapat memberikan anda sekeluarga ketenangan yang tidak akan dapat dilupakan, dengan pepohon rendang yang tumbuh di sekitar pusat rekreasi ini, anda boleh berkelah sambil mendengar bunyi air sungai yang mengalir jernih.
Di samping keindahan yang menenangkan jiwa, anda juga boleh bermandi-manda di kolam besar yang turut dialirkan oleh air sungai, cukup menyegarkan. Sudah puas bersantai di sini, anda boleh mendaki sedikit ke atas bukit dan di sini anda akan menemui Snake Garden yang menempatkan beberapa ekor ular dan unggas.
Yang paling best sekali, di sinilah anda dapat lihat di depan mata sendiri seekor ANACONDA! Agak besar juga. Jangan risau, semuanya diletakkan di dalam tempat yang selamat untuk anda lihat bersama keluarga.
 AlamatAlamat: Pusat Rekreasi Ulu Bendul, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah11. Jeram GadingSumber: Jeram GadingYang menjadikan Jeram Gading ini sebuah lokasi yang unik adalah kerana terdapat dua buah jambatan gantung yang menyambung dua tebing sungai, tapi, hanya satu sahaja yang selamat digunakan.
Dinamakan Jeram Gading kerana alkisahnya pada dahulu kala gajah banyak ditemui di sekitar kawasan ini. Jangan risau, kerana itu berlaku pada zaman dahulu, sekarang ia selamat sahaja untuk dijadikan tempat berekreasi bersama keluarga.
Nak berkelah di sini memang sangat menenangkan, dengan kehijauan kawasan hutan di sekitar sungai, menyejukkan mata yang memandang. Kalau anda nak menikmati keindahan Jeram Gading lebih lama lagi, anda sekeluarga boleh menginap di resort yang terdapat di sini.
 AlamatAlamat: Jeram Gading, Jalan Kampung Chennah, Negeri Sembilan, 7115010. Taman Tasik SerembanSumber: Hamidi IzwanSalah satu daripada tasik yang paling tua di Malaysia, Taman Tasik Seremban ini dihiasi dengan pohon-pohon tropika yang menghijau dan bunga-bungaan yang tumbuh mekar. Di samping itu, di sini juga terdapat dua buah tasik indah dan wakaf untuk anda bersantai bersama keluarga sambil menikmati pemandangan.
Kalau anda inginkan aktiviti yang mengeluarkan peluh, trek jogging dan taman permainan turut tersedia di taman tasik ini. Tak cukup dengan itu, tarikan unik yang terdapat di sini adalah sebuah pentas terapung yang mana pada setiap minggu kedua dan keempat hari Sabtu akan diadakan Program Hiburan Sekeluarga “Serembang di Seremban”. Datanglah ke sini pada hari-hari itu ya!
 AlamatAlamat: Taman Tasik Seremban, Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan9. Taman Orkid SerembanSumber: mpsnsTaman yang berkeluasan 1.62 hektar, Taman Orkid Seremban ini memang tempat menarik untuk meluangkan masa bersama keluarga sambil melihat pelbagai jenis pokok orkid yang berwarna-warni. Antara orkid yang ditanam di taman ini adalah Black Orchid, Tiger Orchid, Eria Rulchella, Eria Ornata dan banyak lagi, nak tahu apa yang ada, mai datang ramai-ramai.
Selain daripada orkid-orkid yang meriah dengan warnanya ini, anda juga boleh menyejukkan mata dengan menikmati pemandangan pokok yang menghijau yang terdapat di sekeliling taman dan air terjun buatannya.
 Alamat Waktu Operasi Harga TiketAlamat: Taman Orkid Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan8. Rantau Eco ParkSumber: Faiz Kemas SerembanRantau Eco Park merupakan taman yang menawarkan pemandangan alam semula jadi yang indah untuk anda dan keluarga menjalankan aktiviti rekreasi. Antara tarikan utama yang terdapat di sini adalah kolam air yang agak luas dan seronok untuk bermandi-manda yang tersedia untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis binatang seperti rusa, ayam, kuda dan banyak lagi.
Anda boleh membeli makanan untuk diberikan kepada haiwan-haiwan di sini. Dah puas melihat haiwan-haiwan comel ni, aktiviti lasak turut disediakan untuk anda lakukan seperti berkayak. Semuanya ada di dalam satu taman.
 AlamatAlamat: Rantau Eco Park, Kampung Kuala Sawah Pasir, 70300 Rantau, Negeri Sembilan7. Gunung AngsiSumber: Soo ThangAda dua jalan yang boleh digunakan untuk menakluki Gunung Angsi ini, yang pertama adalah melalu trek Hutan Lipur Ulu Bendul dan yang kedua adalah melalui trek Bukit Putus.
Kalau anda nak yang lebih mencabar kerana perjalanan lebih jauh, anda boleh menggunakan trek Ulu Bendul, sekiranya anda menggunakan trek Bukit Putus pula, kurang 1 – 1.5 km perjalanan kalau dibezakan dengan Ulu Bendul.
Apa-apa pun, tujuannya sama sahaja, untuk sampai ke punca Gunung Angsi yang menyajikan anda dengan panorama indah banjaran-banjaran gunung yang menyejukkan pandangan mata.
 AlamatAlamat: Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan6. Batu Maloi CaveSumber: Gua Batu Maloi CaveBatu Maloi Cave ini merupakan sebuah gua yang agak mencabar untuk diterokai. Boleh dikatakan 90% waktu anda berada di dalam gua ini, badan anda ditenggelami air sebab ini adalah gua bersungai. Ada yang mencecah paras pinggang dan ada juga hingga ke paras dada.
Kalau anda dan keluarga ingin melakukan aktiviti lasak ini, pastikan anda memiliki kelengkapan yang lengkap seperti headlamp yang kalis air, sarung tangan kerana anda perlu banyak menolak badan dan merangkak di dalam air, stokin, makanan yang dapat memberikan tenaga (energy bar) dan lain-lain lagi yang penting.
Sebelum anda masuk ke Batu Maloi Cave ini, anda perlu mendapatkan tour guide terlebih dahulu, ini bukan gua biasa, ia memberikan anda sekeluarga pengalaman luar biasa. Tak percaya? Cuba dulu.
 AlamatAlamat: Batu Maloi Cave, Tampin,Negeri Sembilan5. Port DicksonSumber: Skywalker Aerial StudioHanyalah 1 jam sahaja dari Kuala Lumpur, kawasan ini dahulunya merupakan tempat penghasilan arang sehingga pernah diberikan nama Arang sebelum ditukarkan kepada Port Dickson. Port Dickson rasanya lebih sesuai untuk sebuah kawasan yang dikelilingi dengan pantai-pantai yang indah ni.
Memang rugi kalau tak pernah datang ke sini, sangat banyak aktiviti air yang boleh dilakukan seperti snorkeling, wind surfing, berkayak, ski air dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, rasa nak makan makanan laut fresh? Apa kata kalau anda memancing di sini. Malahan, sekiranya anda suka berlayar, anda boleh mendapatkan keahlian sementara daripada Yacht Club di sini.
Bagi anda yang datang dari Kuala Lumpur, datang sahaja ke Port Dickson kalau anda sekeluarga inginkan percutian yang meriah dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di dalam alam semula jadi.
 AlamatAlamat: Port Dickson, Negeri Sembilan4. Hutan Simpan Sungai MenyalaSumber: Rakan Alam Sekitar UnitenDengan keluasan 1,305 hektar, Hutan Simpan Sungai Menyala merupakan Hutan Dipterokarp Tanah Pamah yang terbesar di Asia Tenggara. Hutan Simpan Sungai Menyala ini bukan hutan biasa, tapi ia adalah sebuah hutan dara kerana tak pernah sama sekali dinodai dengan pembalakan, penerokaan atau lain-lain lagi. Maknanya, hutan simpan ini memang seronok untuk diredahi, kekayaan flora dan faunanya bakal mengasyikkan jiwa anda sekeluarga.
Lokasinya pula hanyalah 12 km sahaja dari Bandar Port Dickson, sampai sahaja ke Port Dickson tu, jangan lupa untuk menjadikan meredah Hutan Simpan Sungai Menyala sebagai salah satu aktiviti percutian anda!
 AlamatAlamat: Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson3. Gunung DatukSumber: Razer MjGunung yang berketinggian 2900 kaki ini iaitu Gunung Datuk adalah gunung yang ke-220 tertinggi daripada 300 buah gunung yang terdapat di Malaysia. Gunung Datuk juga lebih tinggi daripada gunung lain yang terletak di Negeri Sembilan ini iaitu Gunung Angsi.
Bayangkanlah pemandangan yang dapat dinikmati sebaik sampai ke puncak Gunung Datuk, mesti lagi memukau, dengan udara yang lebih segar, di puncak yang lebih tinggi.
Alang-alang dah penat mendaki jauh ke puncak Gunung Datuk, pastikan anda turut membawa peralatan berkhemah. Dapatlah melihat pemandangan matahari naik pula bangun tidur nanti.
 AlamatAlamat: Gunung Datuk, Rembau2. Lorong Seni SerembanSumber: Tourism Malaysia CentralBagaimana lagi cara yang lebih best untuk mempamerkan keunikan negara Malaysia yang pelbagai kaum ini kalau bukan melalui karya seni kreatif kan? Di Lorong Seni Seremban ini anda dapat mencuci mata melihat hasil-hasil lukisan yang melambangkan budaya kaum-kaum yang penuh warna-warni di Malaysia.
Bukan sekadar lukisan biasa, 3D pula tu! Suasana Bandar Seremban yang masih agak klasik ini menambahkan lagi aura hipster di Lorong Seni ini. Bawa kamera, selfie stick, dan apa lagi, berklik-klik non-stop lah di sini dengn pose terhebat anda sekeluarga!
 AlamatAlamat: Lorong Seni Seremban, 155C, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan1. Masjid Negeri SembilanSumber: Masjid Negeri Negeri SembilanKalau anda bersiar-siar makan angin di sekitar Negeri Sembilan dan ternampak sebuah bangunan yang kelihatan seperti stadium ini, kemungkinan besar itu adalah Masjid Negeri Sembilan yang dibina pada tahun 1966. Unikkan?
Binaan bangunan ini juga agak simbolik dengan sembilan buah tiang, sembilan anjung tambahan, dan sembilan ruang yang mencerminkan sembilan daerah pentadbiran yang dimiliki Negeri Sembilan. Masjid yang memiliki reka bentuk Minangkabau ini memiliki 3 tingkat dengan ruangan solatnya yang menawarkan pemandangan indah Taman Tasik Seremban.
 AlamatAlamat: Jalan Dato’ Hamzah, Negeri SembilanBanyak juga tempat menarik di Negeri Sembilan ni kan? Ini baru sahaja dengar cerita keseronokan melawati kawasan-kawasan ni, belum pergi lagi.
Kalau dah pergi mesti nak datang lagi punyalah! Tak cukup sehari kalau nak ke semua tempat menarik di Seremban ni, jadi apa kata kalau bawa keluarga anda semua menginap di hotel-hotel tepi pantai yang ada di Seremban.
Lihat Panduan Penginapan Lengkap Di Negeri Sembilan:
Tak payah pening kepala nak cari di mana hotel-hotel yang best dan murah ni, pergi je ke Facebook ini dan di sini anda boleh pilih di hujung jari sahaja penginapan pilihan hati anda.
Dah tahu semua tempat yang best-best untuk dilawati kan? Jom kita berhenti bercerita, mula bergerak menuju ke destinasi percutian idaman hati. Semoga anda sekeluarga berseronok di Seremban!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://araazblog.blogspot.com/2020/11/59-tempat-menarik-di-negeri-sembilan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
52 Tempat Menarik Di Melaka Panduan Lengkap Negeri Bersejarah

52 Tempat Menarik Di Melaka Panduan Lengkap Negeri Bersejarah

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 481 hits
52 Tempat Menarik Di Melaka Panduan Lengkap Negeri BersejarahJika anda ingin tahu dimana sebenarnya destinasi tumpuan di negeri bersejarah ini kami telah menyusun senarai 52 tempat menarik di Melaka agar anda mendapat inspirasi masa meranca...
Pkn Negeri Sembilan Nafi Terima Dana Rm8 6 Juta

Pkn Negeri Sembilan Nafi Terima Dana Rm8 6 Juta

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 348 hits
BANGI 29 Rabiulawal 1442H Ahad Penggerak Komuniti Negara Negeri Sembilan menafikan badan bukan kerajaan itu menerima dana sebanyak RM8 6 juta daripada kerajaan Persekutuan Pengerusinya Mohd Nazree Mohd Yunus berkata kenyataan Ketua Pemu
382 Tadika Swasta Di Negeri Sembilan Berdepan Gulung Tikar

382 Tadika Swasta Di Negeri Sembilan Berdepan Gulung Tikar

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 277 hits
Mohd Amin Jalil Seremban Sebanyak 382 Taman Didikan Kanak Kanak swasta di Negeri Sembilan berdepan tekanan dan kemungkinan gulung tikar jika terpaksa menutup operasi dalam tempoh panjang susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Pengeru...
Senarai Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Masa Pkpb

Senarai Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Masa Pkpb

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 1032 hits
SOURCE appeared first on Senarai tempat menarik di Kundasang Sabah baca pengalaman yang bercuti semasa musim PKPB Jika anda merancang percutian ke Kundasang Sabah anda perlu SCAN QR CODE Jabatan Kesihatan Negeri Sabah JKNS jika anda mahu ke...
Covid 19 Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Ditutup Hingga 12 Nov

Covid 19 Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Ditutup Hingga 12 Nov

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 450 hits
Kementerian Pendidikan berkata segala urusan melibatkan orang awam di premis Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dihentikan sepanjang tempoh penutupan bermula semalam hingga 12 Nov depan PUTRAJAYA Premis Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di...
Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Ditangguhkan

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 384 hits
BernamaPada tahun ini Sultan Nazrin berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat negeri Perak kepada 147 penerima sahaja jumlah yang agak terhad berbanding sebelum ini Facebook pejabatsultanperak IPOH Istiadat Menghadap Sembah Taat Set...
Kelantan Negeri Termiskin Di Malaysia Naikkan Gaji Wakil Rakyat Hingga Rm5 000

Kelantan Negeri Termiskin Di Malaysia Naikkan Gaji Wakil Rakyat Hingga Rm5 000

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 525 hits
Gaji pokok Ahli Dewan Undangan Negeri dan barisan exco kerajaan negeri Kelantan bakal dinaikkan antara RM3 000 hingga RM5 000 seorang Keputusan itu berlaku ketika Kelantan masih negeri termiskin di Semenanjung dan ketiga di Malaysia selepas...
Icw Catat Masih Ada 36 Buronan Koruptor Berkeliaran Di Luar Negeri

Icw Catat Masih Ada 36 Buronan Koruptor Berkeliaran Di Luar Negeri

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 258 hits
Kurnia pun memberikan contoh kasus yang sampai saat ini belum ditangkapnya buronan yakni kasus BLBI yang disebutnya merugikan negara yang mencapai Rp 4 58 triliun
Nak Cari Duit Untuk Negeri Hangpa Tak Pandai Nak Penaik Gaji Untuk Hangpa Pandai

Nak Cari Duit Untuk Negeri Hangpa Tak Pandai Nak Penaik Gaji Untuk Hangpa Pandai

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 224 hits
BOB KELANANG Di bawah ini di senaraikan pelaburan asing yang masuk kepada setiap negeri di Malaysia pada 2019 dan di sini bolehlah kita lihat 3 negeri terbaik di atas adalah dibawah pemerintahan Kerajaan PH Dari situ pula cuba anda semua li...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik