Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Ditangguhkan


Bernama
Pada tahun ini, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat negeri Perak kepada 147 penerima sahaja, jumlah yang agak terhad berbanding sebelum ini. - Facebook pejabatsultanperak IPOH: Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia Menjunjung Duli dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-64 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang disambut hari ini, ditangguhkan berikutan perkembangan semasa penularan wabak COVID-19
 Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata istiadat itu akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian
 "Turut ditangguhkan ialah acara-acara rasmi utama bersempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Perak seperti majlis santapan diraja dan istiadat kawalan kehormatan," katanya pada sidang media di sini, semalam
 Mohd Zahidi berkata pada tahun ini, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat negeri Perak kepada 147 penerima sahaja, jumlah yang agak terhad berbanding sebelum ini
 Katanya pengurniaan darjah kebesaran dan pingat pada tahun ini tertumpu kepada pasukan barisan hadapan yang banyak berkorban masa dan tenaga menentang serta mengekang penularan wabak COVID-19 terutamanya di negeri ini, selain ahli akademik yang banyak berjasa kepada Perak, negara dan antarabangsa
 "Pengurniaan ini diharapkan dapat menyuntik dan menaikkan semangat serta moral pasukan barisan hadapan secara keseluruhannya untuk terus berjuang demi memastikan keselamatan rakyat negeri Perak daripada jangkitan wabak COVID-19," katanya
 Mohd Zahidi berkata mendahului senarai penerima ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang menerima Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) membawa gelaran Datuk Seri Panglima, manakala Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim menjadi penerima tunggal Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk
 Sementara itu, seramai 11 individu menerima Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk iaitu Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi; Pakar Perunding Kanan Obstetrik, Ginekologi dan Uroginekologi, Jabatan Perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun Datuk Dr A.Aruku Naidu; dan Pengarah Kesihatan Keluarga, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Datuk Dr Faridah Abu Bakar
 Turut menerima DPMP ialah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Sekolah) Datuk Adzman Talib; Pengurus Besar Lembaga Air Perak Datuk Ishak Abd Rahman; pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Dr Bahari Belaton; dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa Prof Datuk Dr Mohammad Hashim Kamali
 Penerima lain ialah Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Datuk Azemi Abdul Aziz; Ketua Pengarah Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Kementerian Luar Negeri Datuk Chuah Teoh Ban; Pakar Perunding Jabatan Surgeri Ortopedik, Fakulti Perubatan Universiti Malaya Prof Datuk Dr Kwan Mun Keong dan Presiden Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia Datuk Dr D. Saunthari
 Selain itu, Sultan Nazrin berkenan menganugerahkan Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan kepada lima penerima iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid; dan Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mior Faridalathrash Wahid
 Turut menerima DPTS ialah Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Brig Jen Ir Datuk Anhar Anuar; Inspektor Jeneral Markas Tentera Laut Laksamana Muda Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy dan Pengarah Kesihatan, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Angkatan Tentera Brig Jen Datuk Dr Nor Azam Jais
 Mohd Zahidi berkata semua penerima SPTS, DPCM, DPMP, DPTS boleh menggunakan gelaran masing-masing bermula pada hari ini (6 Nov) walaupun Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia Menjunjung Duli dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak ditangguhkan
 Selain itu, beliau berkata Sultan Nazrin juga berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada sembilan penerima, 15 menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), manakala sembilan dianugerahi Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM)
 Seramai 25 lagi menerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 27 dianugerahi Pingat Pekerti Terpilih (PPT), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) diberikan kepada 38 orang penerima manakala lima lagi mendapat Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/istiadat-penganugerahan-darjah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubur Anak Lebah Warisan Negeri Perak

Bubur Anak Lebah Warisan Negeri Perak

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 314 hits
Assalamualikum dan salam sejahtera kepada semua harap semuanya berada di bawah lindungan Allah S W T Baiklah siapa tahu saya nak share resepi apa Haa saya nak share resepi dari Perak
Peminat Pertikai Ajak Shiro Rentas Negeri Balik Kampung

Peminat Pertikai Ajak Shiro Rentas Negeri Balik Kampung

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 389 hits
PETALING JAYA Pelawak dan penyampai radio Ajak Shiro bengang apabila keberadaannnya di kampung halamannya ketika perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sedang diwartakan di Kuala Lumpur Selangor dan Putrajaya dipertikaikan netizen Ajak pulan...
Gerakkan Pembela Ummah Negeri Melaka Menyokong Cadangan Darurat Kepada Dymm Yang Di Pertuan Agong

Gerakkan Pembela Ummah Negeri Melaka Menyokong Cadangan Darurat Kepada Dymm Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 337 hits
Proklamasi darurat adalah satu cara yang boleh diambil oleh kerajaan dalam menghadapi ancaman Covid 19 kestabilan ekonomi dan kemelut politik Langkah ini adalah perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan nbsp UMMAH Melaka berpend...
Kerajaan Negeri Akur Titah Agong Mahu Usaha Bendung Covid 19 Diteruskan

Kerajaan Negeri Akur Titah Agong Mahu Usaha Bendung Covid 19 Diteruskan

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 351 hits
BernamaKerajaan negeri menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong Bernama KUALA LUMPUR Pucuk pimpinan kerajaan negeri akur dan menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang mahuka...
Cadangan Garis Panduan Program Maulidur Rasul 2020 Dalam Negeri Johor

Cadangan Garis Panduan Program Maulidur Rasul 2020 Dalam Negeri Johor

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 566 hits
Panduan program maulidur Rasul yang patut kita ikuti bagi membendung penularan covid19 Sempena kedatangan hari keputeraan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW 12 Rabiulawal pasti kita akan menyambut nya dengan penuh kesyukuran Tanpa hadirn...
Kerajaan Sabah Mohon Pkpb Seluruh Negeri Dilanjutkan

Kerajaan Sabah Mohon Pkpb Seluruh Negeri Dilanjutkan

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 427 hits
KOTA KINABALU 23 OKT Kerajaan negeri Sabah telah memohon kepada Majlis Keselamatan Negara agar Perintah Kawalan Bersyarat di seluruh negeri itu yang dijadualkan tamat Isnin ini dilanjutkan Bercakap pada sidang media di sini malam ini Menter...
Gps Tak Gila Kuasa Nak Buat Pilihan Raya Negeri Kata Abang Johari

Gps Tak Gila Kuasa Nak Buat Pilihan Raya Negeri Kata Abang Johari

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 431 hits
Ketua menteri Abang Johari Openg berkata Gabungan Parti Sarawak tidak gila kuasa sehingga mahu mengadakan pilihan raya ketika pandemik Covid 19 melanda negara Beliau berkata kerajaan negeri perlu mengambil kira 2 faktor utama keadaan kesiha...
Mangsa Banjir Di Perak Berkurang Kepada 132 Orang Tiga Pps Tutup

Mangsa Banjir Di Perak Berkurang Kepada 132 Orang Tiga Pps Tutup

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 285 hits
IPOH Jumlah mangsa banjir di Daerah Larut Matang dan Selama yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara berkurang kepada 132 orang setakat tengah hari ini berbanding 381 pagi tadi selepas banjir di kawasan terlibat pulih Jurucakap Sekret...
381 Mangsa Banjir Di Perak Kena Pindah

381 Mangsa Banjir Di Perak Kena Pindah

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 320 hits
Keadaan banjir di daerah Larut Matang dan Selama sehingga ada mangsa terpaksa dipindahkan berikutan penempatan mereka dinaiki air LARUT Seramai 381 orang daripada 98 keluarga di daerah Larut Matang dan Selama terpaksa dipindahkan berikutan ...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa