5868 Faszzfood Perkhidmatan Penghantaran Makanan Halal Dan Patuh Syariah Bmf Media Tv 15 04 2020



Sepertimana yang kita semua tahu, mulai hari ini Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) telah memasuki fasa ketiga dan dijangkakan akan berakhir pada 28 April ini. Pada ketika itu umat Islam telah pun memasuki bulan suci Ramadhan.

Amat sinonim bagi rakyat Malaysia, jika disebut tentang Ramadhan, pasti terbayang di minda mereka makanan-makanan yang sedap menanti mereka di meja makan sewaktu berbuka puasa. Seperti yang kita sedia maklum, tiada bazar Ramadhan yang akan dijalankan pada tahun ini. Namun, tiada bazar bukan lah bererti tiada makanan untuk berbuka.

Susulan hal ini, pihak Faszz Technology telah mengambil inisiatif bagi memastikan kita masih mampu mendapatkan makanan yang lazat walaupun tanpa bazar Ramadhan tahun ini.

Hari ini bertarikh 15 April 2020, satu perkhidmatan penghantaran makanan halal dan patuh syariah, FaszzFood telah dilancarkan di restoran Syed Bistro, Petaling Jaya. Perkhidmatan ini adalah inisiatif bersama Faszz Technology, Syed Food Industry dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi menyediakan medium kepada pengguna untuk mendapatkan makanan yang mematuhi syariah Islam.


Program bersama 30 orang ‘rider’ ini akan beroperasi sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Ampang bermula 10 pagi sehingga 10 malam pada setiap hari.

Pengasas Faszz Technology, Dato’ Ishak Mohd Ishtiaq berkata servis penghantaran FaszzFood merupakan satu-satunya servis pembekal yang mendapat kelulusan sijil halal JAKIM. Servis yang ditawarkan adalah selaras dengan garis panduan ‘Halalan-Toyyiban’ yang dibawa oleh JAKIM.


Garis panduan ini dapat memastikan aspek-aspek halalan dan toyyiban merangkumi keadaan, situasi dan penghantaran.

“Kami akan memastikan servis yang diberikan oleh ‘rider-rider’ kami adalah mematuhi segala garis panduan ini sama ada dari segi keselamatan makanan, kebersihan, serta standard waktu penghantaran. Faktor-faktor ini penting dalam keadaan sekarang yang mencabar. Tambahan pula, ini adalah untuk menjaga kualiti servis yang akan diberikan kepada pelanggan.”

Servis penghantaran FaszzFood boleh didapatkan melalui panggilan atau whatsapp ke nombor https://wasap.co/60176268289/FaszzFood-bmf di mana pengguna boleh memilih menu yang sedia ada. One stop halal portal, www.faszzfood.com akan mula beroperasi bermula 20 April 2020 , ianya akan beroperasi sebagai e-commerce yag akan menerima perkhidmatan e-wallets, kad debit dan kad kredit. Penambahan FaszzFood versi aplikasi telefon bimbit boleh digunakan oleh semua pengguna android bermula 5 Mei 2020 dan 15 Mei 2020 untuk pengguna ios. Setelah hampir 30 tahun, Syed Food industri menyediakan rangkaian yang besar bagi deligasi tempatan dan Bukhara Briyani yang terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia. Fokus kepada inovasi makanan membawa kepada penghasilan makanan ‘ready-to-eat’ dan makanan sejuk beku oleh syarikat.


Melihat kepada perspektif pengguna pula, Dato’ Nadzim Johan, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpendapat pelancaran servis ini sangat bertepatan dengan kehadiran bulan Ramadhan yang diikuti dengan Syawal.

Diharapkan dengan adanya FaszzFood ini mampu mendapat sambutan daripada pengguna kerana produk ini menerapkan unsur-unsur halal dan toyyiban.


Artikel oleh: BMF Media TV

FASZZFOOD - PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN HALAL DAN PATUH SYARIAH

https://bmfmediatv.com/2020/04/15/faszzfood-perkhidmatan-penghantaran-makanan-halal-dan-patuh-syariah/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/04/5868-faszzfood-perkhidmatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5869 Faszzfood Hantar Produk Makanan Syed Bermula Hari Ini Alhijrah Online 15 04 2020

5869 Faszzfood Hantar Produk Makanan Syed Bermula Hari Ini Alhijrah Online 15 04 2020

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 443 hits
KUALA LUMPUR Operator penghantar makanan halal Faszz Technology Sdn Bhd bekerjasama dengan Syed Food Industry untuk menghantar produk makanan Syed di sekitar Lembah Klang bermula hari ini Khidmat penghantaran makanan halal itu bermula jam 1...
Garis Panduan Untuk Perkhidmatan Penghantaran Makanan Dan Bungkusan Menggunakan Motosikal

Garis Panduan Untuk Perkhidmatan Penghantaran Makanan Dan Bungkusan Menggunakan Motosikal

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 432 hits
1 Kementerian Pengangkutan memandang serius soal kesihatan dan keselamatan semua pengguna serta kakitangan pengangkutan awam Perkara ini penting bagi kita semua rakyat Malaysia pengguna dan mereka yang terlibat dalam perkhidmatan penghantar...
Jangan Aniaya Pekerja Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Jangan Aniaya Pekerja Perkhidmatan Penghantaran Makanan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 342 hits
SEORANG pekerja perkhidmatan penghantaran makanan terkejut apabila pesanan yang diterimanya untuk menghantar bungkusan makanan memberi impak dari segi undang undang Ini kerana silap haribulan pekerja penghantar makanan yang ingin mencari re...
5 Perkhidmatan Penghantaran Yang Boleh Digunakan Sepanjang Pkp

5 Perkhidmatan Penghantaran Yang Boleh Digunakan Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 372 hits
Perdana Menteri mengingatkan kita untuk duduk di rumah sambil menonton filem DG Hisham juga bersetuju dan menggesa semua rakyat Malaysia untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan kerana usaha untuk merendahkan lengkung mula menampakkan kej...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jep Syukur Dapat Hadiah Bermakna Dedah Anak Disahkan Autisme

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await