Garis Panduan Untuk Perkhidmatan Penghantaran Makanan Dan Bungkusan Menggunakan Motosikal




1. Kementerian Pengangkutan memandang serius soal kesihatan dan keselamatan semua pengguna serta kakitangan pengangkutan awam. Perkara ini penting bagi kita semua rakyat Malaysia, pengguna dan mereka yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran serta pembekalan sebagai usaha bersama membasmi penularan wabak COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
2. Oleh itu, mana-mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan menggunakan motosikal bagi tujuan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan (parcel) secara dalam talian mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Berhubung perkara ini, Kementerian Pengangkutan telah mengkategorikan perniagaan ini sebagai p-hailing, iaitu perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal yang hanya untuk penghantaran makanan, minuman dan bungkusan sahaja.
3. Penunggang wajib memiliki lesen memandu penuh (CDL) yang sah dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun. Penunggang juga bebas daripada senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) / Polis Diraja Malaysia (PDRM).
4. Penunggang hendaklah mematuhi semua peraturan-peraturan jalan raya seperti memakai topi keledar dan sebagainya. Kotak yang akan dibawa bagi mengisi barangan hendaklah mematuhi saiz yang telah ditetapkan di bawah kaedah pembinaan dan penggunaan JPJ.
5. Semua syarikat atau individu dinasihatkan supaya mempunyai perlindungan insurans kepada penunggang dan motosikal yang digunakan berada dalam keadaan baik serta selamat digunakan.
6. Semua operator dan penunggang hendaklah menitikberatkan soal kesihatan, mengamalkan penjarakan sosial dan transaksi tanpa sentuhan atau contactless transaction selagi mana boleh disediakan. Semua penunggang juga dinasihatkan untuk memakai topeng muka, menggunakan pembasmi kuman atau hand sanitizer dan membasuh tangan secara kerap selepas membuat penghantaran.
7. Penunggang diminta untuk menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman bagi kotak penghantaran setiap hari mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
8. Sekiranya terdapat pekerja yang dijangkiti COVID-19, pihak syarikat perlu membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada KKM dalam usaha mengesan kontak atau contact tracing pekerja yang telah dijangkiti COVID-19 dan pengurusan kontak.
9. Bagi perkhidmatan p-hailing (parcel-hailing) yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sekiranya penunggang dijangkiti COVID-19 atau mempunyai simptom, adalah menjadi tanggungjawab individu berkenaan untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan penularan termasuk kuarantin diri dan memastikan tiada perkhidmatan dilaksanakan.
PANDUAN LAIN
10. Atas dasar keselamatan, penunggang p-hailing dinasihatkan supaya tidak menggunakan lebuh raya antara negeri (inter-state) bagi jarak perjalanan melebihi 10KM. Penunggang juga perlu mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh MKN termasuk tidak memasuki zon merah. Ini bertujuan menjaga keselamatan mereka yang terpaksa melalui perjalanan jarak jauh dan mencegah daripada penyebaran wabak COVID-19. Penunggang diwajibkan menggunakan laluan motosikal yang diwartakan sekiranya ada, dan memakai pakaian yang mudah dilihat.
11. Waktu operasi adalah terhad dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja. Waktu operasi dan jenis barangan yang boleh dibawa tertakluk kepada zon yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan tertakluk kepada peraturan-peraturan semasa.
12. Semua penunggang yang menghantar barangan perlu sentiasa membawa bersama-sama mereka surat pengesahan daripada syarikat majikan atau surat pendaftaran dengan PBT.
13. Kesemua penunggang p-hailing diwajibkan memuat turun dan mendaftar di aplikasi kendalian MKN iaitu mySejahtera (mysejahtera.malaysia.gov.my) dan perlu menunjukkan bukti pendaftaran kepada pihak penguatkuasa.
14. Berpandukan garis panduan ini, Kementerian Pengangkutan berharap rakyat Malaysia mendapat keyakinan bahawa penghantaran makanan dan bungkusan mereka selamat dan bersih tanpa risiko pencemaran dalam keadaan negara berdepan pandemik COVID-19.
15. Kementerian Pengangkutan akan terus memantau semua faktor kesihatan dan keselamatan yang berkaitan dengan pengguna serta penyedia pengangkutan awam berdasarkan garis panduan yang disarankan oleh KKM.
16. Sebarang aduan / pertanyaan mengenai MOT boleh e-mel ke [email protected], WhatsApp ke 019-2907723 atau layari laman web khusus (microsite) di pautan http://cccovid19.mot.gov.my/. Juga boleh hubungi talian Hotline MOT : 1800-88-7723 (8am-8pm) atau Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, di talian 03-88882010.
DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
20 APRIL 2020




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/21/garis-panduan-untuk-perkhidmatan-penghantaran-makanan-dan-bungkusan-menggunakan-motosikal-parcel-hailing-p-hailing/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gari

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cybersecurity Malaysia Berkongsi Garis Panduan Keselamatan Menggunakan Aplikasi Telesidang

Cybersecurity Malaysia Berkongsi Garis Panduan Keselamatan Menggunakan Aplikasi Telesidang

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 436 hits
Penggunaan aplikasi telesidang atas talian meningkat mendadak sejak wabak Covid 19 mula diisytiharkan sebagai pandemik Antara yang terkesan ialah institusi pengajian perniagaan dan urusan harian jabatan kerajaan itu sendiri Tetapi ramai mun...
Semua Penghantar Bungkusan Menggunakan Motosikal Diwajibkan Memuat Turun Dan Mendaftar Di Aplikasi Mysejahtera

Semua Penghantar Bungkusan Menggunakan Motosikal Diwajibkan Memuat Turun Dan Mendaftar Di Aplikasi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 516 hits
Kementerian Pengangkutan Malaysia kini telah mengeluarkan sedikit garis panduan untuk perkhidmatan penghantaran makanan dan bungkusan menggunakan motosikal atau dipanggil sebagai P Hailing Melaluinya sejumlah perkara dikong
5868 Faszzfood Perkhidmatan Penghantaran Makanan Halal Dan Patuh Syariah Bmf Media Tv 15 04 2020

5868 Faszzfood Perkhidmatan Penghantaran Makanan Halal Dan Patuh Syariah Bmf Media Tv 15 04 2020

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 434 hits
Sepertimana yang kita semua tahu mulai hari ini Perintah Kawalan Pegerakan telah memasuki fasa ketiga dan dijangkakan akan berakhir pada 28 April ini Pada ketika itu umat Islam telah pun memasuki bulan suci Ramadhan Amat sinonim bagi rakyat...
Jangan Aniaya Pekerja Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Jangan Aniaya Pekerja Perkhidmatan Penghantaran Makanan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 335 hits
SEORANG pekerja perkhidmatan penghantaran makanan terkejut apabila pesanan yang diterimanya untuk menghantar bungkusan makanan memberi impak dari segi undang undang Ini kerana silap haribulan pekerja penghantar makanan yang ingin mencari re...
Pihak Berkuasa Thai Umum Garis Panduan Operasi Syarikat Penerbangan

Pihak Berkuasa Thai Umum Garis Panduan Operasi Syarikat Penerbangan

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 395 hits
Pihak berkuasa Thai umum garis panduan operasi syarikat penerbangan Dikemas kini 3 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Apr 20
Tiada Sekatan Servis Penghantaran Makanan Sepanjang Tempoh Pkp Fasa 2 Di Terengganu

Tiada Sekatan Servis Penghantaran Makanan Sepanjang Tempoh Pkp Fasa 2 Di Terengganu

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 398 hits
Menurut Polis Terengganu setakat ini pihak polis khususnya di negeri Terengganu tidak menyekat mana mana pihak yang menjalankan servis penghantaran makanan selagi mematuhi waktu yang dibenarkan iaitu mulai 7 00 pagi hingga 6 00 p
Maybank Membantu Pekedai Kecil Dan Warung Makanan Dengan Menawarkan Penghantaran Percuma

Maybank Membantu Pekedai Kecil Dan Warung Makanan Dengan Menawarkan Penghantaran Percuma

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 426 hits
Maybank kini telah hadir dengan sebuah kempen khas dinamakan sebagai Sama Sama Lokal Melaluinya Maybank menghimpunkan pelbagai kedai makan setempat sekaligus memudahkan para pengguna membuat tempahan makanan melalui mereka Maybank menggunak...
Perkhidmatan Penghantaran Di Malaysia

Perkhidmatan Penghantaran Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 394 hits
PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DI MALAYSIA Walaupun negara kita dalam pelaksanaan terdapat beberapa pengendali perkhidmatan penghantaran yang masih dibenarkan beroperasi untuk menghantar barangan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat mer...
Panduan Membuat Topeng Muka Dengan Menggunakan Timun

Panduan Membuat Topeng Muka Dengan Menggunakan Timun

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 259 hits
Selain membeli topeng muka yang terdapat di pasaran anda juga boleh membuatnya sendiri dan ia mungkin lebih menjimatkan Bagi yang mempunyai kulit wajah berminyak topeng wajah yang diperbuat daripada kebaikan timun dikatakan dapat membantu m...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Potong Cake Birthday

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mati Rasa

Jadikan Allah Keutamaan Di Hati

Adakah Aku Seorang Alien

Bakwan Cucur Sayur

What Every Small Business In Huntsville Should Know About Website Ownership And Control

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home