5865 Gusar Lihat Anak Terlantar Sakit Harian Metro 16 08 2021


 
Petaling Jaya: Hati bapa mana tidak sedih dan gusar apabila melihat keadaan anak yang terlantar akibat lumpuh sejak Februari lalu.
Hanya ikhtiar dan berdoa kepada Tuhan dapat dilakukan Ismail Bakar, 62, buat anak sulungnya, Muhamad Iszwan, 34, yang mengalami masalah saraf serius.
Muhamad Iszwan juga baru dua hari dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini.
Ismail yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Impian Baiduri, di sini, berkata pada mulanya Muhamad Iszwan yang menghidap gout sejak tiga tahun lalu jatuh sakit hingga tidak boleh berjalan pada Februari lalu.
"Saya bersama isteri kemudian membawanya ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut, tetapi doktor memaklumkan tiada masalah yang serius ketika itu.
"Bagaimanapun, keadaannya masih tidak pulih dan dia dimasukkan ke PPUM pada hujung Februari lalu selepas mengadu sakit seterusnya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Dia ditidurkan tetapi sedar selepas empat hari, namun doktor beritahu ada jangkitan kuman dikhuatiri memberi kesan kepada buah pinggang menyebabkan kami agak risau," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Ismail atau mesra disapa Along berkata, leher anaknya juga ditebuk untuk memberi bantuan pernafasan dan membuang lendir ketika berada di hospital.
Katanya, Muhamad Iszwan kemudian dibenarkan pulang ke rumah tidak lama selepas itu, tetapi hanya terlantar kerana hilang keupayaan bergerak.
"Muhamad Iszwan memang tidak boleh bergerak menyebabkan dia hanya berbaring di atas katil di ruang tamu dengan diuruskan isteri selain turut dibantu anak-anak yang lain.
"Mujurlah dia (Muhamad Iszwan) boleh makan seperti biasa tanpa menggunakan tiub tetapi saya tetap sedih melihat keadaannya kerana 90 peratus fizikalnya tidak stabil," katanya.
Menurutnya, dia kini runsing memikirkan bagaimana cara mencari wang untuk menampung kos rawatan anaknya di hospital.
Katanya, ini kerana dia hanya bekerja sebagai pegawai perhubungan awam (PR) artis secara bebas selain terkesan akibat pandemik disebabkan tiada persembahan hiburan.
"Kos rawatan Muhamad Iszwan sepanjang berada di ICU sebelum ini adalah RM19,000 dan saya cuba mendapatkan bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS), tetapi belum ada jawapan.
"Baru-baru ini, dia dimasukkan ke hospital lagi dan tidak tahu berapa pula kos rawatannya dan berharap ada pihak sudi membantu meringankan bebannya," katanya yang mendapat bantuan kerusi roda, katil dan mesin sedut kahak daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubungi Ismail di talian 0 17-304 6564.


Artikel oleh: Harian Metro
GUSAR LIHAT ANAK TERLANTAR SAKIT
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/743097/gusar-lihat-anak-terlantar-sakit



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/08/5865-gusar-lihat-anak-terlantar-sakit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Ogos 2021 Kajian Semula Teknikal Harian Pasangan Eur Usd Dan Pilihan Dagangan

10 Ogos 2021 Kajian Semula Teknikal Harian Pasangan Eur Usd Dan Pilihan Dagangan

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 352 hits
Pada awal bulan Jun satu pergerakan menaik ditunjukkan pada tahap 1 2175 yang gagal memberikan tekanan menurun yang cukup untuk sementara waktu Penembusan harga di atas 1 2175 meningkatkan kenaikan seterusnya ke tahap 1 2250 sebagai sasaran...
10 Ogos 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Tahap Utama Gbp Usd

10 Ogos 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Tahap Utama Gbp Usd

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 414 hits
Sejak bulan Mac pasangan GBPUSD telah bergerak secara mendatar dalam julat pengukuhan yang merangkumi antara 1 3670 hingga 1 4250 yang bertindak sebagai BEKALAN yang menonjol yang mencegah kenaikan harga seterusnya Sebaliknya pasangan GBPUS...
Kes Harian 8 15 Ogos 2021

Kes Harian 8 15 Ogos 2021

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 433 hits
Saya sekadar nak kumpulkan laporan kes harian yang dicatakan dari 8 hingga 15 Ogos 2021 Tercatat 21 668 kes harian pada 12 Ogos 2021 sebagai rekod kes harian tertinggi setakat ini manakala 8 Ogos 2021 menyaksikan seramai 360 pesakit COVID 1...
5844 Ybk Bantu 5 000 Keluarga Terjejas Pandemik Covid 19 Sinar Harian 06 08 2021

5844 Ybk Bantu 5 000 Keluarga Terjejas Pandemik Covid 19 Sinar Harian 06 08 2021

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 358 hits
RAWANG Sebanyak 5 000 keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid 19 sejak Mac tahun lalu mendapat bantuan Yayasan Basmi Kemiskinan Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Sakom memberitahu menerusi kempen Tabung YBK Prihatin yang dilancarkan pad...
5840 Gencatan Politik Bantu Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Berita Harian 04 08 2021

5840 Gencatan Politik Bantu Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Berita Harian 04 08 2021

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 444 hits
KUALA LUMPUR Gabungan 13 badan bukan kerajaan menggesa gencatan politik dilakukan segera oleh semua pihak bagi membolehkan kerajaan menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara dan kesihatan rakyat dijalankan tanpa gangguan Langkah itu perlu ...
Vicha Saywho Jatuh Sakit Bimbang Keadaan Anak Anak Di Indonesia 2 Tahun Tak Jumpa Penjaga Mereka Positif Covid 19

Vicha Saywho Jatuh Sakit Bimbang Keadaan Anak Anak Di Indonesia 2 Tahun Tak Jumpa Penjaga Mereka Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 302 hits
Vicha terlalu bimbang keadaan anaknya sehingga dimasukkan ke hospital akibat gastrik GARA GARA terlalu memikirkan keadaan anak anak di Indonesia yang sudah dua tahun tidak bertemu pelawak Vicha diserang penyakit gastrik sehingga terpaksa di...
Kesian Tengok Anak Sakit Gigi Boleh Cuba Rawat Guna Tip Ini

Kesian Tengok Anak Sakit Gigi Boleh Cuba Rawat Guna Tip Ini

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 458 hits
Gigi terbentuk dalam pelbagai saiz bentuk dan lokasinya di rahang Perbezaan ini membolehkan gigi berfungsi bersama sama untuk membantu anda mengunyah bercakap dan tersenyum Malahan gigi juga membantu memberikan wajah terbentuk Pada setiap k...
Banyak Khasiat Buah Naga Untuk Bayi Anak Pun Jarang Sakit

Banyak Khasiat Buah Naga Untuk Bayi Anak Pun Jarang Sakit

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 389 hits
Apabila anak masuk usia 6 bulan pasti ibu ibu tak sabar nak beri bayi makan makanan pejal kan Contohnya buah buahan Dalam banyak banyak buah pernah tak anda terfikir manfaat dan kebaikan buah naga untuk bayi Ini kerana nutrisi yang terkandu...
Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Setiausha Agong Veteran Umno

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berjaya Buka Kelas Silat Di Sekolah

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Terbeli Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles Keith

Mi Hailam Simple Tapi Sedap Luar Biasa

Dolar Bertindak Secara Merugikan Diri Sendiri