5844 Ybk Bantu 5 000 Keluarga Terjejas Pandemik Covid 19 Sinar Harian 06 08 2021


 

RAWANG - Sebanyak 5,000 keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lalu mendapat bantuan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).
Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom memberitahu, menerusi kempen Tabung YBK Prihatin yang dilancarkan pada Julai lalu, usaha tersebut diteruskan dengan menyerahkan kotak infaq rezeki kepada golongan yang terkesan.
Kotak tersebut yang mengandungi barang-barang keperluan asas makanan seperti beras, telur, tepung, minyak, gula, bihun, garam dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM70 sekotak.
Zainal Abidin - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR "YBK menerima lebih 3,000 permohonan dari seluruh negara sejak ia dilancarkan pada Julai lalu, namun edaran sumbangan tidak dapat dijalankan kerana larangan merentas negeri dan daerah," kata beliau.
Sehubungan itu, pihaknya mengambil inisiatif bekerjasama dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga-keluarga yang terpilih di setiap negeri dan daerah yang tidak dapat dilaksanakan oleh YBK.
“Badan bukan kerajaan (NGO) lain seperti MyFundAction, Yayasan FoodBank Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut membantu YBK untuk sumbangan kali ini,” katanya pada sidang media Program Edaran Sumbangan YBK Prihatin di Dewan Komuniti Apartment Kenanga, Bukit Beruntung, di sini pada Jumaat.
Zainal Abidin (kiri) menyerahkan infaq kotak rezeki kepada penerima bantuan di bawah YBK Prihatin di Apartmen Kenanga, Bukit Beruntung pada Jumaat. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR Dalam pada itu, Zainal Abidin yang turun padang ketika program tersebut turut menyampaikan sumbangan kotak infaq rezeki kepada 50 keluarga di apartmen tersebut, di sekitar Hulu Selangor iaitu Serendah (27 keluarga) dan di Gesir (73 keluarga).
Ujarnya, keluarga-keluarga tersebut dikesan melalui NGO di kawasan tersebut untuk mendapatkan senarai penerima yang layak dibantu.
“Kita juga membuka peluang kepada para aktivis dan sukarelawan untuk menghubungi YBK bagi memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong inisiatif ini kerana sudi menyalurkan bantuan ke dalam tabung tersebut,” katanya.
Salah seorang penerima kotak infaq rezeki, Salmah Kassim, 41, bersyukur kerana bantuan tersebut sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban suaminya yang mencari rezeki demi keluarga.
Salmah - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR Salmah yang hamil tiga bulan anak ketujuh memberitahu, suaminya yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak dapat membuat kerja sambilan lain seperti berkebun seperti kelaziman kerana pandemik Covid-19.
“Sebelum ini, suami boleh melakukan kerja-kerja sambilan lain seperti berkebun tapi sebab Covid-19, dia hanya boleh menumpukan satu pekerjaan.
“Begitu juga anak-anak yang menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) terpaksa berkongsi telefon kerana tidak mempunyai telefon pintar yang mencukupi,” kata suri rumah itu.
Sementara itu, penerima lain, Noor Hani Asmara, 39, memberitahu, pendapatan suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori berkurang sebanyak 50 peratus akibat Covid-19 sekali gus menjejaskan perbelanjaan harian mereka sekeluarga.
Noor Hani - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR Noor Hani berkata, keadaan bertambah buruk apabila dia tidak boleh keluar rumah membeli barang keperluan makanan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini pada Julai lalu kerana tidak mahu mengambil risiko kesihatan anaknya yang menghidap asma.
“Awal bulan Julai lepas, kami sekeluarga tidak cukup wang dan suami tidak dapat bekerja kerana PKPD di seluruh Selangor ketika itu.
“Nak beli makanan pun susah kerana anak saya menghidap asma, jadi agak berisiko untuk keluar rumah pada waktu itu,” kata ibu kepada empat orang anak itu.


Artikel oleh: Sinar Harian
YBK BANTU 5,000 KELUARGA TERJEJAS PANDEMIK COVID-19

https://www.sinarharian.com.my/article/154160/EDISI/YBK-bantu-5000-keluarga-terjejas-pandemik-Covid-19


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/08/5844.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5825 Manjaku Baby Mall Taja Barangan Keperluan Bayi Kanak Kanak Rm190 000 Sinar Harian 29 07 2021

5825 Manjaku Baby Mall Taja Barangan Keperluan Bayi Kanak Kanak Rm190 000 Sinar Harian 29 07 2021

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR Pusat barangan keperluan ibu dan bayi terbesar di Malaysia Manjaku Baby Mall melalui kempen Infaq Rezeki telah menaja barangan keperluan bayi dan kanak kanak bernilai RM190 000 kepada golongan yang terkesan akibat pandemik Covi...
Warisan Teruskan Misi Bantu Golongan Terjejas Pandemik Covid 19

Warisan Teruskan Misi Bantu Golongan Terjejas Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 226 hits
Parti Warisan telah mengagihkan bakul bakul makanan keperluan harian kepada penduduk yang terjejas teruk akibat pandemik Covid 19 KENINGAU Misi bantuan bakul makanan Parti Warisan Sabah diteruskan di beberapa kampung sekitar Liawan dan Sook...
5856 Jpj Ppim Bantu Pemandu Kenderaan Perdagangan Terjejas Covid Menerusi Jpj Prihatin Bernama 08 08 2021

5856 Jpj Ppim Bantu Pemandu Kenderaan Perdagangan Terjejas Covid Menerusi Jpj Prihatin Bernama 08 08 2021

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 265 hits
KOTA BHARU 8 Ogos Jabatan Pengangkutan Jalan bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerusi program JPJ Prihatin akan terus menyantuni golongan pemandu lori bas dan kereta sewa yang terkesan akibat pandemik COVID 19 Ketua Pengarah JPJ D...
Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik Covid 19

Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 314 hits
Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID 19 Assalammualaikum semua Apa khabar Ruby doakan kita semua dipermudahkan urusan dan diperkayakan rezeki Terus kuat bersemangat ya Hari demi ...
Vaksinasi Harian Covid 19 Melebihi 500 000 Dos Enam Hari Berturut Turut

Vaksinasi Harian Covid 19 Melebihi 500 000 Dos Enam Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 344 hits
Secara kumulatif 20 533 660 dos sudah diberi kepada penduduk di negara ini KUALA LUMPUR Jumlah vaksinasi harian COVID 19 di negara ini mencatat angka melebihi 500 000 dos selama enam hari berturut turut dengan 519 111 dos suntikan diberikan...
5818 200 Pemandu Teksi Klia Terima Sumbangan Barangan Dapur Sinar Harian 24 07 2021

5818 200 Pemandu Teksi Klia Terima Sumbangan Barangan Dapur Sinar Harian 24 07 2021

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 317 hits
SHAH ALAM Seramai 200 pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerima sumbangan infaq rezeki berbentuk barangan keperluan asas dapur bagi meringankan beban golongan berkenaan yang terjejas akibat pandemik Covid 19 Agiha...
5840 Gencatan Politik Bantu Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Berita Harian 04 08 2021

5840 Gencatan Politik Bantu Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Berita Harian 04 08 2021

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR Gabungan 13 badan bukan kerajaan menggesa gencatan politik dilakukan segera oleh semua pihak bagi membolehkan kerajaan menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara dan kesihatan rakyat dijalankan tanpa gangguan Langkah itu perlu ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus