5853 Ibu Bapa Pengusaha Taska Kena Cari Jalan Penyelesaian Harian Metro 08 04 2020



KERAJAAN harus mewujudkan satu polisi khusus supaya isu pembayaran yuran taska dan tadika swasta ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat ditangani secara berhemah tanpa membebankan mana-mana pihak.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata, ketika ini pembayaran tertakluk kepada budi bicara pihak pengusaha industri terbabit.

“Kita akui ada terima aduan ibu bapa yang tidak berpuas hati isu ini, memanglah nampak macam tiada keadilan buat pengguna kerana sekarang hanya bergantung kepada budi bicara pengusaha.

“Tetapi oleh sebab tiada polisi untuk PKP ini, pembayaran tidak seragam, ada kena bayar penuh, ada yang tidak.

“Perkara ini perlu diselesaikan dengan baik, mungkin kerajaan perlu semak balik atau menetapkan satu polisi khusus supaya semua pengusaha boleh merujuk mekanisme itu sebagai panduan dalam mengenakan bayaran ketika PKP ini tanpa berat sebelah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pengusaha industri terbabit jangan ambil kesempatan menekan ibu bapa dengan mengenakan bayaran tidak munasabah ketika PKP.

“Dari konteks kepenggunaan, kaedah yang adil dan betul adalah dengan membuat pengiraan semula dan menolak kos yang tidak digunakan seperti makanan, penggunaan elektrik serta air dan sebagainya kerana ibu bapa yang tanggung ketika ini.

“Kita maklum pengusaha terjejas kerana tidak beroperasi tetapi dalam keadaan ini perlu ada pertimbangan situasi menang-menang maknanya kos tidak digunakan itu sepatutnya ditolak daripada pembayaran penuh yuran bulanan,” katanya.

Menurutnya, pengusaha taska dan tadika juga boleh memanfaatkan peluang daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (Tambahan) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Pengusaha boleh mengurangkan kos operasi ketika PKP dan menampung kelangsungan premis masing-masing dengan memohon subsidi upah dan inisiatif skim mikrokredit.

“Pengusaha juga boleh berbincang dengan pemilik premis (swasta) untuk mengurangkan kadar kos sewa bangunan, bayaran gaji penjaga atau pembantu taska dalam menghadapi keadaan sukar ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia Anisa Ahmad berkata, ibu bapa dan pihak taska saling memerlukan, justeru jika tiada bantuan daripada yuran ibu bapa, pendapatan pengusaha akan terjejas hingga mengakibatkan pusat berkenaan terpaksa ditutup.

“Dalam ‘handbook’ setiap taska swasta berdaftar, ada klausa menyatakan yuran hendaklah dibayar walaupun taska diarah tutup kerana bencana alam dan lain-lain.

“Kami faham dalam situasi sekarang ada ibu bapa diberhentikan kerja dan tiada pendapatan manakala yang bekerja terpaksa hantar anak ke pengasuh sementara dan bayar kos tambahan lagi untuk mengasuh anak tetapi mereka masih boleh berbincang dengan pengusaha.

“Namun, satu lagi kumpulan yang gaji jalan dan duduk rumah tidak bekerja, kami mohon bantulah pengusaha dengan membayar yuran secara penuh,” katanya.

Menurutnya, ramai pengusaha masih berdepan kesukaran memohon bantuan Prihatin PKS (Tambahan) diumumkan semalam berikutan yuran dikenakan di bawah paras keuntungan.

“Maka mereka memang tiada simpanan, nak bayar gaji pengasuh atau pendidik untuk Mac pun mereka bergantung kepada kutipan yuran April dan seterusnya.

“Jika Mac tak bayar lagi, macam mana hendak mohon subsidi upah? Jika PKP berlarutan lagi membimbangkan, mana nak cari duit bayar sewa premis atau bangunan kerana pengusaha tiada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan rungutan ibu bapa mempertikaikan tindakan kebanyakan pengusaha taska dan tadika swasta yang mengenakan bayaran tidak munasabah walaupun tidak menghantar anak masing-masing ke pusat itu ketika PKP.


Artikel oleh: Harian Metro

IBU BAPA, PENGUSAHA TASKA KENA CARI JALAN PENYELESAIAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/563749/ibu-bapa-pengusaha-taska-kena-cari-jalan-penyelesaian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/04/5853-ibu-bapa-pengusaha-taska-kena-cari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengusaha Taska Tadika Putrajaya Tersepit Ibu Bapa Enggan Bayar Yuran

Pengusaha Taska Tadika Putrajaya Tersepit Ibu Bapa Enggan Bayar Yuran

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 371 hits
PUTRAJAYA Pengusaha tadika dan taska di sini berhadapan kesukaran kewangan apabila ibu bapa enggan membayar yuran penjagaan bagi Mac dan April berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Ini menyebabkan pengusaha terbabit menghadapi masalah untuk...
5839 Pkp Peluang Ibu Bapa Kenal Karakter Anak Sinar Harian 03 04 2020

5839 Pkp Peluang Ibu Bapa Kenal Karakter Anak Sinar Harian 03 04 2020

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 354 hits
PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung sejak 18 sehingga 31 Mac bagi fasa pertama telah melabuhkan tirainya Ramai yang menyambut baik arahan pihak kerajaan itu namun ada juga segelintir yang bersikap agak main main dengan ...
5813 Segera Bawa Pulang Penuntut Kita Di Belgaum Harian Metro 28 03 2020

5813 Segera Bawa Pulang Penuntut Kita Di Belgaum Harian Metro 28 03 2020

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 359 hits
SAYA bimbang dengan keadaan bakal doktor kita di sana Kebetulannya saya juga dihubungi ibu bapa penuntut lain yang gusar dengan keadaan anak mereka Kita berharap kerajaan dapat membawa pulang mereka secepat mungkin kerana penuntut kita kini...
5834 Kwsp Sudah Terima 85 000 Permohonan Harian Metro 02 04 2020

5834 Kwsp Sudah Terima 85 000 Permohonan Harian Metro 02 04 2020

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 401 hits
SEJUMLAH 85 000 permohonan pengeluaran i Lestari diterima Kumpulan Wang Simpanan Pekerja setakat jam 4 petang tadi Sumber berkata jumlah itu agak tinggi dan pihaknya menasihatkan pemohon agar tidak menyerbu kaunter sebaliknya menggunakan pe...
5832 Malakat Mall Guna Teknologi Virus Buster Nano Spray Harian Metro 31 03 2020

5832 Malakat Mall Guna Teknologi Virus Buster Nano Spray Harian Metro 31 03 2020

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 567 hits
Cyberjaya Malakat Mall menjadi pusat beli belah pertama menyediakan perkhidmatan Virus Buster Nano Spray di pintu masuk utama bagi menangani penyebaran wabak Covid 19 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkat...
Kenapa Ibu Bapa Perlu Tetap Jelaskan Yuran Taska Preschool Walaupun Tiada Kelas Jawapan Ini Membuka Minda Kalian

Kenapa Ibu Bapa Perlu Tetap Jelaskan Yuran Taska Preschool Walaupun Tiada Kelas Jawapan Ini Membuka Minda Kalian

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 532 hits
Pada awal pengumumam Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 terdetik di hati aku kenapa aku perlu membayar yuran pengajian preschool Danish walaupun
30 Mac 2020 Analisis Teknikal Dan Urusniaga Harian Perdagangan Gbp Usd

30 Mac 2020 Analisis Teknikal Dan Urusniaga Harian Perdagangan Gbp Usd

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 237 hits
Sejak 13 Januari tekanan menurun progresif telah dibentuk di atas paras harga 1 2780 1 2800 hingga Mac yang ke 2 apabila pengukuhan penurunan harga sementara di bawah 1 2780 berlaku dalam saluran penurunan harga yang digambarkan Tidak lama ...
Dalam Tak Sedar Tempoh Pkp Ni Bagi Banyak Kebaikan Kita Jadi Ibu Bapa Yang Lebih Baik

Dalam Tak Sedar Tempoh Pkp Ni Bagi Banyak Kebaikan Kita Jadi Ibu Bapa Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 260 hits
COVID 19 menyebabkan pergerakan setiap individu terbatas adakah ini merupakan waktunya untuk meluangkan masa bersama anak Apa kebaikan meluangkan masa berkualiti dengan keluarga yang mungkin anda terlepas pandang Perintah kawalan pergerakan...
Mama Beli Ni Jangan Bagitahu Papa Ya Dalam Tak Sedar Kita Jadi Ibu Bapa Toksik

Mama Beli Ni Jangan Bagitahu Papa Ya Dalam Tak Sedar Kita Jadi Ibu Bapa Toksik

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 345 hits
Tiada manusia yang sempurna bukan Tetapi adakalanya tanpa disedari sesetengah sikap toksik ibu bapa boleh memberikan kesan kepada anak Jom semak 7 sikap yang harus anda singkirkan Kesan sikap toksik ibu bapa Selalunya kita akan menyatakan m...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut