Mama Beli Ni Jangan Bagitahu Papa Ya Dalam Tak Sedar Kita Jadi Ibu Bapa Toksik


Tiada manusia yang sempurna, bukan? Tetapi adakalanya tanpa disedari sesetengah sikap toksik ibu bapa boleh memberikan kesan kepada anak. Jom semak 7 sikap yang harus anda singkirkan!

Kesan sikap toksik ibu bapa
Selalunya kita akan menyatakan masalah dalam perkahwinan seperti penceraian atau perpisahan yang akan memberikan kesan kepada anak, khususnya melibatkan mental mereka.
Tetapi anda tidak perlu menunggu sehingga berlakunya masalah dalam perhubungan dengan pasangan untuk mewujudkan persekitaran yang tidak sihat kepada anak-anak. Sikap toksik ibu bapa pun boleh memberikan kesan negatif.
Cara berkomunikasi, berfikir, cara melayani pasangan mahupun ketika melakukan pekerjaan bersama-sama boleh memberikan kesan sama ada positif atau negatif dalam kualiti kehidupan anak-anak.
7 sikap toksik ibu bapa perlu disingkirkan!
Wujud ke sikap seperti itu dalam kalangan ibu bapa? Secara jujurnya, sikap itu wujud. Cuma anda sebagai ibu bapa mungkin tidak menganggap apa yang anda lakukan itu sesuatu yang mungkin menyebabkan wujudnya persekitaran negatif.
Tidak mengapa. 7 sikap untuk anda semak. Jika ada, haaa…cepat-cepatlah berubah, okay?
Bersaing menjadi ibu bapa terbaik
Sebagai ibu bapa sepatutnya anda berganding bahu dengan pasangan untuk menjadi yang terbaik. Sebaliknya, wujud sesetengah pasangan yang berkelakukan seperti ia adalah 1 persaingan.
Tetapi tahukah anda, persaingan seperti itu adalah tidak sihat? Kerana keluarga yang kuat adalah apabila wujud kerjasama sebagai 1 pasukan.
Cuba membuktikan anda adalah yang terbaik berbanding pasangan merupakan 1 sikap yang tidak baik dan contoh negatif kepada anak-anak.
Berbeza gaya keibubapaan
kesan kepada anak;
Ibu bapa yang mempunyai gaya keibubapaan yang berbeza antara satu sama lain memberikan kesan kepada anak tanpa anda sedari.
Mungkin pasangan anda cenderung menjadi ibu bapa yang bersikap tegas, manakala anda pula menjadi ibu bapa dengan sikap yang terlalu tenang – tujuan anda adalah untuk memberikan keseimbangan dalam gaya keibubapaan, tetapi adakah ia bagus?
Sebenarnya TIDAK. Memilih untuk mewujudkan peranan “ibu/bapa yang baik dan ibu/bapa yang garang” boleh menyebabkan anak-anak untuk memanipulasikan keadaan. Ia sudah tentu tidak bagus kepada persekitaran anak-anak.
Jika anda dan pasangan tidak bersetuju dalam hal melibatkan disiplin, berbincanglah. Dapatkan kata putus tentang cara untuk mengaplikasikan peraturan dalam rumah yang boleh diterima anda berdua.
Terlalu mengkritik
Mengkritik adalah 1 cara untuk menjadikan diri lebih baik dan membuatkan kita belajar untuk menjadi lebih baik.
Tetapi mengkritik anak secara keterlaluan adalah 1 sikap toksik ibu bapa yang harus disingkirkan. Ia adalah antara kesalahan yang sering dilakukan ibu bapa.
Kononnya bagi mengelakkan anak-anak daripada melakukan kesilapan. Namun, sikap seperti ini pada hakikatnya membuatkan wujud rasa tidak puas hati dalam diri anak, sekali gus mengakibatkan mereka menjadi pendendam.
Halang anak luahkan emosi
Sebagai ibu bapa, anda pasti mahukan anak-anak untuk bersikap terbuka – meluahkan apa yang mereka rasai. Tetapi apabila mereka mahu berkongsi dengan anda tentang apa yang mereka lalui atau rasai, anda memperkecilkan mereka.
Sudah tentu lama-kelamaan, sikap toksik anda itu membuatkan anak-anak tidak lagi mahu berkongsi apa-apa dengan anda. Bukankah itu 1 kerugian buat anda?
Membuatkan anak takut
Anak yang dibesarkan dalam keluarga penuh kasih sayang, diberikan sokongan dan hubungan sosial yang seimbang cenderung membesar menjadi individu dewasa yang bahagia.
Namun, anak yang dibesarkan dalam persekitaran “rasa takut kepada ibu bapa” boleh memberikan impak negatif kepada tumbesaran mereka.
Walaupun disiplin itu penting, namun ia tidak bermakna perlu membuatkan anak-anak berasa takut semata-mata untuk mewujudkan rasa hormat kepada anda sebagai ibu bapanya.
Berpakat dengan anak
Anda pernah berpakat dengan anak untuk merahsiakan sesuatu perkara daripada pasangan anda? Hmmm…rasanya macam tidak pernah? Ye ke?
“Mama nak beli baju ni, awak jangan bagitau Papa, okay?” Haaa…pernah gunakan dialog seperti itu kepada anak?
Anda mungkin berasakan ia bukan 1 masalah. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya antara sikap toksik ibu bapa yang sangat perlu dielakkan. Ini kerana tabiat seperti itu seolah-oleh mengajar anak untuk menipu.
Tidak bersetuju secara terbuka
Berselisih faham atau bertengkar secara terbuka di hadapan anak-anak bukanlah 1 contoh yang baik. Ia secara tidak langsung cenderung menimbulkan rasa tidak hormat anak kepada ibu bapa.
Sekiranya wujud situasi anda tidak bersetuju dengan pasangan anda, lakukan perbincangan dengan cara yang berhemah. Bukan dengan meninggikan suara atau menjerit. Jadilah contoh terbaik untuk anak-anak.
Kesimpulannya
Apa yang dikongsikan di atas adalah antara sikap toksik ibu bapa yang kerap kali dilakukan tanpa anda sedari. Sebaiknya, berbincanglah dengan pasangan untuk mengurangkan atau menyingkirkan segala sikap yang negatif tersebut.
Jika tidak mampu, anda dan pasangan mungkin memerlukan bantuan pakar. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan, kerana ini adalah demi kesejahteraan keluarga anda.
Sumber: Hello Doktor
The post “Mama Beli Ni Jangan Bagitahu Papa Ya!” Dalam Tak Sedar Kita Jadi Ibu Bapa ‘Toksik’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mama-beli-ni-jangan-bagitahu-papa-ya-dalam-tak-sedar-kita-jadi-ibu-bapa-toksik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dalam Tak Sedar Tempoh Pkp Ni Bagi Banyak Kebaikan Kita Jadi Ibu Bapa Yang Lebih Baik

Dalam Tak Sedar Tempoh Pkp Ni Bagi Banyak Kebaikan Kita Jadi Ibu Bapa Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 260 hits
COVID 19 menyebabkan pergerakan setiap individu terbatas adakah ini merupakan waktunya untuk meluangkan masa bersama anak Apa kebaikan meluangkan masa berkualiti dengan keluarga yang mungkin anda terlepas pandang Perintah kawalan pergerakan...
Ujian Dan Rawatan Jaundis Secara Pandu Lalu Mudahkan Ibu Bapa Penjarakkan Sosial Juga Boleh Dilakukan Syabas Kkm

Ujian Dan Rawatan Jaundis Secara Pandu Lalu Mudahkan Ibu Bapa Penjarakkan Sosial Juga Boleh Dilakukan Syabas Kkm

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 343 hits
Sedang negara dan barisan hadapan yang kebanyakkan terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang bertungkus lumus membendung penularan virus Covid 19 tak dilupakan rakyat yang masih memerlukan khidmat kesihatan dari hosp...
Jangan Sampai Salah Beli Berikut Kriteria Emiten Yang Sahamnya Harus Dihindari

Jangan Sampai Salah Beli Berikut Kriteria Emiten Yang Sahamnya Harus Dihindari

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 136 hits
Indeks Harga Saham Gabungan diprediksi masih akan bertahan di zona negatif Sejumlah kalangan menilai saat ini ialah momen tepat untuk membeli saham saham jangka panjang dengan harga murah Ada sejumlah aspek yang perlu dihindari saat memilih...
Beli Barang Dapur Waktu Covid 19 Jangan Sembarangan Pegang Ini Tatacara Yang Betul

Beli Barang Dapur Waktu Covid 19 Jangan Sembarangan Pegang Ini Tatacara Yang Betul

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 373 hits
Sekiranya terpaksa keluar untuk membeli barangan keperluan dapur timbul juga rasa was was kerana sudah tentu kita terpaksa memegang dan memilih produk yang mahu dibeli Tentu kita risau kerana tidak tahu siapa lagi yang sudah menyentuh baran...
Kata Jedar Lihat Taman Dekat Rumah Nia Jangan Jangan Ini Taman Papa Kamu Yang Bikin

Kata Jedar Lihat Taman Dekat Rumah Nia Jangan Jangan Ini Taman Papa Kamu Yang Bikin

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 213 hits
Nia Ramadhani dan Jessica Iskandar sedang bermain ke taman Lokasi taman tersebut dekat dengan rumah mewah Nia Ramadhani di Jakarta
Ibu Dan Anak Sulung Maut Manakala Bongsu Parah Mereka Di Gilis Treler Ketika Pulang Beli Barang Berniaga

Ibu Dan Anak Sulung Maut Manakala Bongsu Parah Mereka Di Gilis Treler Ketika Pulang Beli Barang Berniaga

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 265 hits
Ibu dan Anak Sulung Maut Manakala Bongsu Parah Mereka di Gilis Treler Ketika Pulang Beli Barang Berniaga Lancang Seorang ibu dan anak sulung nya maut manakala anak bongsu nya cedera parah apabila motosikal yang ditunggang mereka terlibat da...
Jika Malaysia Lock Down Jangan Panik Bertenang Beli Barang Ikut Keperluan Sahaja

Jika Malaysia Lock Down Jangan Panik Bertenang Beli Barang Ikut Keperluan Sahaja

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 813 hits
Lock down atau istilahnya perintah berkurung hanya akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa Namun setakat hari ini masih belum ada sebarang perintah berkurung yang dikeluarkan rentetan wabak Covid 19 JIKA MALAYSIA LOCKDOWN JANGAN PANIK Ramai ya...
Lepas Beli Barang Di Pasar Raya Pastikan Biarkan Dahulu Lapan Jam Jangan Terus Guna

Lepas Beli Barang Di Pasar Raya Pastikan Biarkan Dahulu Lapan Jam Jangan Terus Guna

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 558 hits
Kalau yg keluar beli makanan di pasaraya tatacara yg betul adalah1 Pakai sarung tangan plastik bila ambil brg di rak2 pasaraya Virus ni boleh hidup di permukaan hingga 9 jam 2 Pakai mask Elak both direction Pembawa xsebar virus virus pun xb...
5839 Pkp Peluang Ibu Bapa Kenal Karakter Anak Sinar Harian 03 04 2020

5839 Pkp Peluang Ibu Bapa Kenal Karakter Anak Sinar Harian 03 04 2020

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 354 hits
PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung sejak 18 sehingga 31 Mac bagi fasa pertama telah melabuhkan tirainya Ramai yang menyambut baik arahan pihak kerajaan itu namun ada juga segelintir yang bersikap agak main main dengan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut