Pengusaha Taska Tadika Putrajaya Tersepit Ibu Bapa Enggan Bayar Yuran



PUTRAJAYA: Pengusaha tadika dan taska di sini berhadapan kesukaran kewangan apabila ibu bapa enggan membayar yuran penjagaan bagi Mac dan April berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Ini menyebabkan pengusaha terbabit menghadapi masalah untuk memenuhi Akta Pekerjaan 1955 berkaitan pembayaran statutori pekerja masing-masing seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selain gaji

Presiden Persatuan Pengusaha Taska dan Tadika Putrajaya (PUSPAJAYA), Husna Abdul Rahaman berkata, pada 25 Mac lalu pihaknya mengeluarkan kenyataan memaklumkan kepada ibu bapa yuran bagi Mac dan April perlu dibayar seperti biasa

Husna berkata, bagi ibu bapa yang menghadapi kekangan kerana pemotongan gaji dan bertugas sebagai barisan hadapan serta terpaksa menghantar anak sepanjang tempoh PKP boleh berunding dengan pengusaha bagi mendapatkan pembayaran yang sepatutnya

"Sebagai majikan, pengusaha perlu mematuhi undang-undang dan Akta Kerja 1955 yang tidak membenarkan pemotongan gaji pekerja dan dibayar secara penuh,”
"Sebahagian besar ibu bapa yang menghantar anak ke tadika dan taska di sini adalah penjawat awam yang gaji mereka tidak dipotong ketika PKP tetapi pengusaha pula hanya bergantung kepada sumber yuran semata-mata," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini


Di Putrajaya, ada sekitar 84 tadika termasuk prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan; 56 yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ; tujuh di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Perbadanan Putrajaya (PPj)

Setiap tadika mengenakan yuran berbeza-beza bermula dari RM250 hingga RM400 manakala swasta RM550 bergantung kepada perkhidmatan disediakan seperti penjagaan bayi, tadika separuh hari dan sepenuh masa

Husna berkata, PUSPAJAYA memahami kesukaran rakyat sepanjang PKP, namun kerajaan juga telah memberi insentif dan bantuan bagi meringankan beban rakyat seperti Bantuan Prihatian Nasional, Pengeluaran I-Lestari KWSP dan 'one off' kepada penjawat awam

Justeru, katanya, pembayaran yuran dalam tempoh PKP ini bukan suatu halangan kerana ia adalah arahan yang perlu dipatuhi dan bukan atas kemahuan penguasa tadika

"Kami bertanggungjawab dan bekerjasama dengan kerajaan dalam menjaga keselamatan anak-anak bagi membendung penularan wabak COVID-19.”
"Walaupun pengusaha mendapat pengecualian sewa di premis kementerian dan jabatan, bagi mereka yang menyewa di rumah dan bangunan komersial perlu terus membayar sewa bulanan.”
"Sekiranya PKP fasa kedua ini dilanjutkan banyak tadika yang akan ‘gulung tikar’ kerana ada sebahagian pengusaha menyarankan pekerjanya untuk bercuti tanpa gaji dan menghantar notis berhenti kerja kerana tiada sumber kewangan.”
"PUSPAJAYA merayu kepada kerajaan agar dapat memberikan dana khas atau geran kepada pengusaha yang berdaftar di samping subsidi yuran kepada ibu bapa bagi membantu meringankan bebanan sepanjang PKP.”
Sumber: BH Online

from Sehinggit Media https://ift.tt/34e5wpn
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/pengusaha-taska-tadika-putrajaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5853 Ibu Bapa Pengusaha Taska Kena Cari Jalan Penyelesaian Harian Metro 08 04 2020

5853 Ibu Bapa Pengusaha Taska Kena Cari Jalan Penyelesaian Harian Metro 08 04 2020

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 284 hits
KERAJAAN harus mewujudkan satu polisi khusus supaya isu pembayaran yuran taska dan tadika swasta ketika Perintah Kawalan Pergerakan dapat ditangani secara berhemah tanpa membebankan mana mana pihak Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Mal...
Kenapa Ibu Bapa Perlu Tetap Jelaskan Yuran Taska Preschool Walaupun Tiada Kelas Jawapan Ini Membuka Minda Kalian

Kenapa Ibu Bapa Perlu Tetap Jelaskan Yuran Taska Preschool Walaupun Tiada Kelas Jawapan Ini Membuka Minda Kalian

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 548 hits
Pada awal pengumumam Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 terdetik di hati aku kenapa aku perlu membayar yuran pengajian preschool Danish walaupun
Kalau Dapat Gaji Penuh Cubalah Bayar Yuran Pengasuh Taska Penuh Kalau Tiada Berbincang Baik Baik

Kalau Dapat Gaji Penuh Cubalah Bayar Yuran Pengasuh Taska Penuh Kalau Tiada Berbincang Baik Baik

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 385 hits
Semua orang sedang terkesan dengan wabak COVID 19 secara langsung ataupun tidak Namun masih ada majikan yang membayar gaji secara penuh walaupun pekerja sudah mula bekerja dari rumah Namun ada juga yang terjejas dan tidak mendapat gaji kera...
Saya Dah Gemuk Risau Dengan Penampilan Meskipun Baru Berusia 7 Tahun Netizen Marah Ibu Bapa Sooah

Saya Dah Gemuk Risau Dengan Penampilan Meskipun Baru Berusia 7 Tahun Netizen Marah Ibu Bapa Sooah

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 313 hits
Pasti semua ingat dengan keluarga pemain bola sepak Lee Dongguk yang pernah menceriakan rancangan Superman Returns tak lama dahulu Meskipun menerima perhatian yang banyak daripada penonton mereka kemudiannya membuat keputusan untuk menarik ...
Mufti Perak Pengasuh Tadika Taska Tidak Boleh Kenakan Bayaran Jika Tiada Perkhidmatan Diberikan

Mufti Perak Pengasuh Tadika Taska Tidak Boleh Kenakan Bayaran Jika Tiada Perkhidmatan Diberikan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 591 hits
Ramai yang bertanya tentang bagaimana upah asuhan anak jika tidak dihantar kerana tempoh PKP Menurut laman rasmi facebook pembayaran haruslah dibuat setakat perkhidmatan yang diberikan sahaja namun ibu bapa dan pengasuh haruslah berbincang ...
Dalam Tak Sedar Tempoh Pkp Ni Bagi Banyak Kebaikan Kita Jadi Ibu Bapa Yang Lebih Baik

Dalam Tak Sedar Tempoh Pkp Ni Bagi Banyak Kebaikan Kita Jadi Ibu Bapa Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 274 hits
COVID 19 menyebabkan pergerakan setiap individu terbatas adakah ini merupakan waktunya untuk meluangkan masa bersama anak Apa kebaikan meluangkan masa berkualiti dengan keluarga yang mungkin anda terlepas pandang Perintah kawalan pergerakan...
Covid 19 Ibu Bapa Pelajar Luar Negara Jangan Bimbang Satiful Bahari

Covid 19 Ibu Bapa Pelajar Luar Negara Jangan Bimbang Satiful Bahari

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 301 hits
Satiful Bahari KUALA TERENGGANU 5 April Ibu bapa kepada sekitar 1 262 pelajar Terengganu yang berada di luar negara dinasihatkan agar tidak bimbang dengan keadaan anak masing masing di sana Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah Pendidi...
Ujian Dan Rawatan Jaundis Secara Pandu Lalu Mudahkan Ibu Bapa Penjarakkan Sosial Juga Boleh Dilakukan Syabas Kkm

Ujian Dan Rawatan Jaundis Secara Pandu Lalu Mudahkan Ibu Bapa Penjarakkan Sosial Juga Boleh Dilakukan Syabas Kkm

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 351 hits
Sedang negara dan barisan hadapan yang kebanyakkan terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang bertungkus lumus membendung penularan virus Covid 19 tak dilupakan rakyat yang masih memerlukan khidmat kesihatan dari hosp...
Covid 19 Yuran Taska Permata Terengganu Dipulangkan

Covid 19 Yuran Taska Permata Terengganu Dipulangkan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 500 hits
KUALA TERENGGANU 24 Mac Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu akan mempertimbang semula pemulangan yuran Taska Permata Keluarga yang telah dibayar oleh ibu bapa susulan penutupan operasi taska dalam tempoh Peri...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Online Presence Is Critical For Business

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini

Makan Nasi Goreng Siang Malam

Medical Follow Up Di Kpj Seremban

Dating Berdua Dengan Dania