5839 Pkp Peluang Ibu Bapa Kenal Karakter Anak Sinar Harian 03 04 2020



PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung sejak 18 sehingga 31 Mac bagi fasa pertama telah melabuhkan tirainya.Ramai yang menyambut baik arahan pihak kerajaan itu namun, ada juga segelintir yang bersikap agak 'main-main' dengan arahan tersebut.Memetik laporan terkini daripada sebuah akhbar arus perdana tempatan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes sebenar yang direkodkan sepanjang tempoh itu lebih rendah berbanding unjuran Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bagi tempoh lapan hari bermula 24 Mac lalu, iaitu lapan hari terakhir PKP fasa pertama.Berdasarkan graf itu, MIER mengunjurkan pada 24 Mac merekodkan 236 kes dan naik mendadak kepada 399 kes pada 31 Mac tetapi kes direkodkan kementerian pada 24 Mac ialah 106 dan 31 Mac lalu ialah 140, menunjukkan lekuk berkenaan agak landai.Alhamdulillah!Dan bermula kelmarin (1 sehingga 14 April), rakyat di seluruh Malaysia menjalani fasa PKP bagi tempoh kedua. Dan pastinya semua mengharapkan penularan wabak koronavirus (Covid-19) berjaya disekat.Maksudnya, bertambahnya tempoh PKP bertambah lagi masa ibu bapa bersama anak-anak di rumah. Hampir 12 jam (tolak masa untuk tidur) bersama anak-anak tanpa keluar ke mana- mana 'just stay at home'. Hanya ketua keluarga dibenarkan keluar rumah untuk membeli barangan keperluan.Bagi kaum ibu yang bekerjaya pula, mungkin sebelum ini mereka banyak menghabiskan masa di pejabat dan pulang ke rumah pada petang hari serta menyiapkan apa yang patut lalu terus beristirahat. Tetapi kini apabila hampir dua minggu lebih mereka di rumah dan menghadap 24 jam kerenah anak. Penulis berpendapat ia sedikit sukar. Itu tidak dikira lagi yang bekerja dari rumah. Sangat mencabar.Dari sinilah, ada yang memandang tempoh PKP dari sudut positif dan ada juga yang menganggap ia sebagai stres. Stres kerana hanya duduk di rumah!. Buat apa nak stres-stres. Hiburkan hati dengan sesuatu yang berfaedah, bermanfaat dan jadikan tempoh PKP sebagai momen indah pengerat hubungan kekeluargaan.Makin kenal karakter anakBaru-baru ini Sinar Harian ada menemubual pasangan pendakwah, Ustaz MK Azman Mohd Daud dan Ustazah Shadiya Abbas, masing-masing sepakat untuk mengambil pendekatan berhemah dalam masa yang sama bertegas dalam ‘membeli’ jiwa anak-anak.MK Azman berkata, ibu bapa kena bersikap pandai-pandai untuk mengisi masa lapang bersama anak-anak.“Tempoh ‘kuarantin’ ini memang tidak boleh ke mana-mana, daripada sini kita dapat melihat sikap si anak dan bagaimana mereka habiskan masa dalam tempoh satu hari,” katanya.Menurutnya, jika sebelum ini, anak-anak ada yang tinggal di asrama dan ada yang diletakkan buat sementara waktu di rumah pengasuh menyebabkan ibu bapa tidak mengetahui tingkah laku sebenar anak-anak.Tambahnya, tetapi apabila hampir dua minggu bersama memang menjadi satu cabaran kepada ibu bapa bagi memastikan anak-anak mengikut segala aktiviti yang ditetapkan.Benar sekali, bagi penulis jadikan tempoh PKP yang sedang berlangsung sebagai medium untuk lebih mengenali 'wajah' sebenar si anak. Ibu bapa yag bekerjaya seharusnya perlu menghargai tempoh ini. Mana tidaknya, sebelum ini usai Subuh sudah menghantar anak ke sekolah, pusat asuhan atau rumah pengasuh dan menjelang malam barulah berpeluang bersua dengan anak-anak. Bukankah begitu berharganya momen PKP kepada ibu bapa dan anak. Jadi manfaatkanlah ia dengan sebaiknya.Penulis juga terkesan dengan perkongsian daripada Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman yang mengatakan disebabkan tidak boleh ke mana-mana sepanjang tempoh PKP, mereka sekeluarga dapat merasai nikmat kebersamaan."Rutinnya sama seperti hari-hari biasa tetapi disebabkan pergerakan terbatas, jadi kami rancang pelbagai aktiviti seperti bersolat berjemaah, memasak bersama, bersenam dan membuat kuih."Sebenarnya tidak perlu untuk untuk rasa tertekan hanya kerana perlu berada di rumah sepanjang hari."Buatlah aktiviti bermanfaat bersama keluarga dan anda akan berasa sangat seronok," katanya.Penulis berpendapat dalam membeli jiwa anak-anak, ibu bapa perlu bersabar dengan setiap kerenah anak-anak. Ada yang mempunyai 10 anak tapi karakter si anak berbeza, ada juga yang baharu ada seorang anak tapi untuk memahami tingkah seorang anak itu sesungguhnya sangatlah mencabar.Apa pun nikmatilah tempoh PKP dengan sesuatu yang membuatkan anda terkenangkan saat ini sampai bila-bila.* Syahidatul Akmal Dunya ialah Wartawan Edisi Nasional
Artikel oleh: Sinar Harian PKP PELUANG IBU BAPA KENAL KARAKTER ANAKhttps://www.sinarharian.com.my/article/77042/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/PKP-peluang-ibu-bapa-kenal-karakter-anak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/04/5839-pkp-peluang-ibu-bapa-kenal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5854 Cagar Anak Bini Kepada Ah Long Ppim Sinar Harian 07 04 2020

5854 Cagar Anak Bini Kepada Ah Long Ppim Sinar Harian 07 04 2020

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 347 hits
SHAH ALAM Tindakan ceti haram atau ah long yang memegang kad pengeluaran wang automatik peminjam bukan perkara yang menghairankan kerana ia menjadi antara modus operandi digunakan ah long sebagai satu bentuk cagaran Setiausaha Persatuan Pen...
Pkp Ibu Bapa Dinasihat Sedia Jadual Belajar Anak Anak

Pkp Ibu Bapa Dinasihat Sedia Jadual Belajar Anak Anak

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 437 hits
Akses aplikasi yang diperkenal KPM seperti Google ClassroomBANGI Ibu bapa dinasihat menyediakan jadual belajar untuk anak anak masing masing di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan sehingga 14 April depan Presi...
5822 Manfaat Tempoh Pkp Kukuhkan Hubungan Keluarga Maamor Sinar Harian 29 03 2020

5822 Manfaat Tempoh Pkp Kukuhkan Hubungan Keluarga Maamor Sinar Harian 29 03 2020

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 246 hits
SHAH ALAM Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu banyak memberikan kenangan indah kepada Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Dr Maamor Osman sekeluarga Beliau berkata disebabkan tidak boleh ke m...
5853 Ibu Bapa Pengusaha Taska Kena Cari Jalan Penyelesaian Harian Metro 08 04 2020

5853 Ibu Bapa Pengusaha Taska Kena Cari Jalan Penyelesaian Harian Metro 08 04 2020

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 280 hits
KERAJAAN harus mewujudkan satu polisi khusus supaya isu pembayaran yuran taska dan tadika swasta ketika Perintah Kawalan Pergerakan dapat ditangani secara berhemah tanpa membebankan mana mana pihak Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Mal...
Ibu Bapa Remaja Engkar Pkp Juga Boleh Dikenakan Tindakan

Ibu Bapa Remaja Engkar Pkp Juga Boleh Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 268 hits
IBU bapa dan penjaga kepada remaja di bawah umur 18 tahun yang ditangkap kerana engkar Perintah Kawalan Pergerakan juga boleh dikenakan tindakan undang undang Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata ibu bapa dan penjaga terbabi...
Sambut Birthday Cara Pkp Ibu Ini Kongsi Resipi Carrot Cake Untuk Anak 1 Tahun

Sambut Birthday Cara Pkp Ibu Ini Kongsi Resipi Carrot Cake Untuk Anak 1 Tahun

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 1027 hits
Memandangkan rakyat Malaysia sedang menjalani tempoh PKP sekarang banyak aktiviti yang terpaksa dibatalkan atau dibuat di rumah sahaja Seperti ibu muda ini memberitahu yang mereka sekeluarga terpaksa menyambut hari jadi anaknya Emiir Yusuff...
Ibu Bapa Remaja Hina Polis Sebak Bertemu Insan Sudi Bayarkan Denda Buat Anak

Ibu Bapa Remaja Hina Polis Sebak Bertemu Insan Sudi Bayarkan Denda Buat Anak

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 354 hits
Terdahulu pernah tular berkenaan kes seorang remaja perempuan dikenali sebagai Nurshahira yang dihadapkan ke mahkamah selepas memuat naik status berbaur hinaan terhadap anggota polis Nurshahira yang sebelum ini dimaklumkan tidak mampu memba...
5840 Covid 19 Pesanan Khas Datuk Nadzim Johan Sinar Harian 02 04 2020

5840 Covid 19 Pesanan Khas Datuk Nadzim Johan Sinar Harian 02 04 2020

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 282 hits
Usah tertekan terus duduk di rumah sebagai usaha membanteras Covid 19 Dengarkan mesej daripada Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan Artikel oleh Sinar HarianCOVID 19 PESANAN KHAS DATUK NADZIM JOHAN
Vaksin Wajib Diambil Ibu Bapa Yang Tidak Memvaksinkan Anak Berdosa

Vaksin Wajib Diambil Ibu Bapa Yang Tidak Memvaksinkan Anak Berdosa

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 346 hits
Ya puan Demam hari ke berapa dah ni puan Kalau ikutkan dah lima hari dia demam on off Ada masa suhu dia mencanak naik dan ada masa dia nampak ok Saya datang ni pun sebab saya nampak nafas dia laju lepastu dia tak mahu makan mahupun menyusu ...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant