5830 Malakat Grocer 812 Umum Bantuan Subsidi Makanan Untuk B40 Malakat Tribune 14 08 2020


 

PUCHONG - Malakat Mall mengumumkan pelancaran subsidi makanan golongan B40 serentak dengan pembukaan cawangan pertama Malakat Grocer 812 di Taman Putra Perdana, Puchong hari ini.

Bantuan dalam bentuk potongan harga terendah itu ditawarkan kepada penduduk di sekitar pasar raya itu yang berpendapatan isi keluarga di bawah RM2,000 sebulan.

Orang ramai berbelanja di Malakat Grocer 812 yang memulakan operasi pada hari ini di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. Gambar FARID ZANUDIN. Pengasas Malakat Grocer 812, Mohd. Fadzil Hashim berkata, pemberian subsidi itu diharap dapat mengurangkan beban kos perbelanjaan dan sara hidup yang ditanggung golongan berkenaan.

“Subsidi dalam bentuk potongan harga barang-barang ini akan disalurkan daripada dana yang telah diperuntukkan untuk tujuan itu.

“Kita berharap ia akan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar pasaraya ini memandangkan kawasan Putra Perdana ini mempunyai golongan B40 yang tertinggi dalam Parlimen Sepang.“Jadi sesiapa sahaja ahli komuniti di kawasan ini layak memohon dan mendapatkan kemudahan subsidi untuk golongan fakir miskin ni,” katanya kepada pemberita selepas majlis pra pembukaan Malakat Grocer 812 di sini.

Mohd. Fadzil Hashim (kanan) bersama Nadzim Joham berucap pada majlis pra pembukaan Malakat Grocer 812 yang memulakan operasi pada hari ini di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. Gambar FARID ZANUDIN
Malakat Grocer 812 merupakan rangkaian pasar raya Malakat Grocer di Malakat Mall (dahulu dikenali Raudhah Grocer) yang diwujudkan pada skala lebih kecil dengan konsep komuniti.

Majlis turut dihadiri Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Ahli Majlis Taman Putra Perdana, Nor Azmi Saonan.

Mohd. Fadzil berkata, pihaknya turut menyediakan sudut infak yang membolehkan sesiapa sahaja mendapat barang-barang keperluan asas secara percuma di pasaraya tersebut.
“Sudut infak ini telah dimulakan di Malakat Mall sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi untuk sebagai bantuan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

“la juga memberi peluang kepada pelanggan dan sesiapa sahaja yang dermawan untuk melakukan sedekah di tempat yang betul selain dari mengisi tabung-tabung masjid,” katanya.

Sementara itu, beliau mengumumkan sasaran pembukaan 1,000 cawangan Malakat Grocer 812 dalam tempoh 10 tahun untuk memberi peluang kepada usahawan memiliki francais runcit itu tanpa perlu membayar yuran francais.
“Pasaraya ini adalah usaha kita untuk mengembalikan semula ekonomi ummah dan mengambil alih semula 50 peratus pemilikan syarikat asing dalam tempoh 10 tahun.

“Bayangkan saudara-saudara sekalian, daripada RM110 bilion nilai perbelanjaan dalam sektor runcit tahun lalu, hanya lapan peratus sahaja sampai kepada kita umat Islam,” katanya.
Orang ramai kini boleh mendaftar sebagai ahli KoPPIM dengan tawaran dividen sehingga 15 peratus. Gambar FARID ZAINUDIN
Tambah beliau, selain pelbagai peluang perniagaan kepada usahawan, Malakat Grocer 812 turut menawarkan bayaran dividen kepada orang ramai yang mendaftar sebagai ahli dan mencarum dalam Koperasi Pembangunan
Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Fadzil berkata, pihaknya menawarkan pengagihan dividen sebanyak lapan hingga 15 peratus kepada setiap ahli daripada keuntungan perniagaan Malakat Grocer.

“Semua ini kami cipta supaya kekayaan yang diraih dapat balik semula kepada kita dan digunakan untuk membangunkan ekonomi ummah.
“Kita mohon agar usaha ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan kuasa ekonomi umat Islam,” katanya.
KAKITANGAN Malakat Mall mempamerkan poster barang-barang promosi sempena pembukaan Malakat Grocer 812 hari ini. Gambar FARID ZANUDIN

Artikel oleh: Malakat Tribune
MALAKAT GROCER 812 UMUM BANTUAN SUBSIDI MAKANAN UNTUK B40
https://www.malakattribunenews.com/2020/08/malakat-grocer-812-umum-bantuan-subsidi-makanan-untuk-b40/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/08/5830-malakat-grocer-812-umum-bantuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5829 Aktiviti Majlis Pembukaan Malakat Grocer 812 Ppim 14 08 2020

5829 Aktiviti Majlis Pembukaan Malakat Grocer 812 Ppim 14 08 2020

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 455 hits
Ketua Aktivis PPIM nadzim johan toqqi menghadiri Majlis Pembukann Malakat Grocer 812 di Putra Perdana Puchong
5835 Malakat Grocer 812 Buka Cawangan Di Putra Perdana Kosmo 13 08 2020

5835 Malakat Grocer 812 Buka Cawangan Di Putra Perdana Kosmo 13 08 2020

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 383 hits
KUALA LUMPUR Selepas kira kira dua bulan beroperasi di Malakat Mall rangkaian pasar raya Malakat Grocer 812 yang sebelum ini dikenali dengan nama Raudhah Grocer meluaskan sayap perniagaan dengan pembukaan satu lagi cawangan yang bakal berop...
5834 Sasar Buka 5 000 Malakat Grocer 812 Menjelang 2030 Harian Metro 14 08 2020

5834 Sasar Buka 5 000 Malakat Grocer 812 Menjelang 2030 Harian Metro 14 08 2020

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 344 hits
Malakat Mall menyasarkan untuk membuka 5 000 Malakat Grocer 812 menjelang 2030 Sasaran itu dapat dicapai melalui caruman RM100 sebulan oleh sejuta ahli yang berdaftar dengan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Pengasasnya Mohd Fadz...
5181 Kita Masih Menjuarai Masalah Sosial Malakat Tribune 08 08 2020

5181 Kita Masih Menjuarai Masalah Sosial Malakat Tribune 08 08 2020

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 362 hits
RAUDHAH CITY Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan umat Islam di negara ini berkait rapat dengan tahap penguasaan ekonomi yang masih jauh ketinggalan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Datuk Nadzim Johan berkata salah satu daripada p...
5180 Pertandingan Mewarna Semarakkan Kemerdekaan Malakat Mall Meriah Malakat Tribune 08 08 2020

5180 Pertandingan Mewarna Semarakkan Kemerdekaan Malakat Mall Meriah Malakat Tribune 08 08 2020

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 655 hits
RAUDHAH CITY Sebanyak 25 kanak kanak memeriahkan Pertandingan Mewarna Semarakkan Kemerdekaan yang berlangsung di Malakat Mall di sini hari ini Program yang diadakan di ruang legar pusat beli belah itu dibuka secara percuma kepada kanak kana...
Erick Thohir Bantuan Gaji Rp600 000 Per Bulan Cair Akhir Agustus 2020

Erick Thohir Bantuan Gaji Rp600 000 Per Bulan Cair Akhir Agustus 2020

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 393 hits
Sebagaimana mekanisme yang telah ditetapkan para pekerja swasta tersebut nantinya akan mendapat bantuan senilai Rp2 4 juta selama 4 bulan atau sekitar Rp600 ribu per bulan
Cara Mohon Rayuan Untuk Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online Dan Manual

Cara Mohon Rayuan Untuk Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online Dan Manual

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 427 hits
Cara Mohon Rayuan Untuk Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online Dan Manual Salam semua akhirnya pembayaran fasa ketiga untuk Bantuan Sara Hidup ataupun BSH 2020 telah pun dibayar bagi yang terpilih bermula 24 Julai bulan lepas Mana yang dah d...
Permohonan Bantuan Wang Pendaftaran Pelajar Ipt 2020 Ibita

Permohonan Bantuan Wang Pendaftaran Pelajar Ipt 2020 Ibita

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 747 hits
Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi bagi anak anak negeri tersebut bagi sesi kemasukan pengajian akan datang The post appeared first on
Bantuan Kerajaan Kelantan Bagi Tahun 2020

Bantuan Kerajaan Kelantan Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 880 hits
Suara Viral akan memberi panduan kepada semua rakyat Kelantan untuk memohon bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri Kelantan Berdasarkan maklumat pembentangan bajet kerajaan negeri Kelantan 2020 Berikut adalah senarai bantuan Bantuan K...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor