5805 Isu Judi Rekahan Sistem Penguatkuasaan Punca Ada Pihak Ambil Kesempatan Sinar Harian 12 08 2020


 
SHAH ALAM - Rekahan yang wujud dalam sistem penguatkuasaan negara menyebabkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk melindungi kegiatan haram yang dilakukan.
Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, kuasa yang dimiliki pihak berkuasa atau agensi penguat kuasa pada hari ini dilihat terpecah kepada banyak bahagian.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan ada sebahagian daripada mereka ini hanya bersikap mengharapkan rakan mereka daripada agensi berlainan melakukan tugas sedangkan mereka sendiri tidak berbuat demikian.
Menurutnya, keadaan itu juga timbul kerana rekahan undang-undang menunjukkan setiap pihak berkuasa itu ada bahagian masing-masing dalam penguatkuasaan undang-undang.
Justeru katanya, mungkin sudah tiba masa agar tugas ini diletakkan dalam satu bakul (pada satu tempat sahaja) untuk dijaga bagi memudahkan orang ramai membuat aduan jika terdapat aduan.
"Contoh isu judi, orang selalu bising kepada polis sebab kebanyakan kuasa atau akta dalam negara berkaitan ini banyak melibatkan polis.
"Sebenarnya, TNB (Tenaga Nasional Berhad) juga ada urusan dalam hal ini iaitu kuasa untuk memotong bekalan elektrik di premis, begitu juga PBT (pihak berkuasa tempatan) pula berkait isu pelesenan dan kesemua ini menunjukan terlalu banyak tindanan kuasa sehingga ia memberi ruang kepada sindiket judi untuk mengambil tempat dan peluang bagi menawarkan suapan," katanya pada Wacana Sinar ke-186 bertajuk Isu judi: Fitnah atau Realiti? yang disiarkan secara langsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam tadi.
Turut menjadi panelis Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Othman dan Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid serta Azlan Shah Nabees Khan selaku moderator.
Kamal Affandi berkata, oleh itu beliau tidak terkejut jika isu kegiatan judi haram ini akan bersambung atau kembali beroperasi semula selepas ini.
Tegasnya, dalam menangani isu ini, pihak berkuasa dilihat sudah mencuba tetapi hanya boleh mengawal kerana sukar untuk membanteras, tambah lagi selepas pendedahan kegiatan judi haram oleh Mohd Asri, pasti sindiket ini akan meningkatkan jumlah suapan bagi memastikan mereka terus terlepas.
"Kes didedahkan Mohd Asri antara mudah dilihat kerana wujud premis di situ tapi bagi yang main atas talian dan tidak melibatkan wang fizikal ia sukar untuk dikesan.
"Jadi elemen undang-undang juga kena konsisten untuk beri taring kepada penguatkuasa untuk membuat kerja mereka," katanya.
Dalam pada itu mengulas persepsi masyarakat yang kini dilihat seolah-olah tidak lagi percaya kepada pihak berkuasa, Kamal Affandi berkata, untuk mengurus persepsi ia bukan mudah dan perlu mempunyai cara yang khusus untuk menanganinya.
Menurutnya, kegiatan naziran perlu dibuat dari semasa ke semasa untuk menunjukkan ia tidak berlaku, kedua mereka yang belot kepada raja dan negara perlu dikenakan tindakan disiplin atau tindakan berkaitan termasuk dihantar ke kursus pemulihan akidah.
Katanya, jika perkara itu boleh dibuat akan dapat meningkatkan integriti serta menangani segala persepsi negatif, sekaligus akan dapat menonjolkan imej yang lebih baik.
"Lagipun kita tak boleh label semua penguatkuasa/pihak berkuasa ini sama kerana mungkin 10 peratus sahaja dari 100,000 yang menyalahi undang-undang tapi baki selebihnya mereka melakukan tugas dengan baik, malah sedia berkorban dan terkorban untuk negara,"katanya.
Selain itu katanya, masalah intipati dalam komunikasi juga perlu diperbaiki agar tidak timbul prasangka kepada penguatkuasa atau pihak berkuasa.
"Kita perlu bersama-sama berusaha kerana Malaysia ini milik bersama, tidak kira anda penguat kuasa, pihak berkuasa atau pembuat polisi kita semua adalah masyarakat majmuk yang mencipta negara," katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian
ISU JUDI: REKAHAN SISTEM PENGUATKUASAAN PUNCA ADA PIHAK AMBIL KESEMPATAN
https://www.sinarharian.com.my/article/96261/KHAS/Wacana/Isu-judi-Rekahan-sistem-penguatkuasaan-punca-ada-pihak-ambil-kesempatan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/08/5805-isu-judi-rekahan-sistem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5812 Klik Wacana Sinar Harian Ke 186 Bertajuk Isu Judi Fitnah Atau Realiti Sinar Harian 12 08 2020

5812 Klik Wacana Sinar Harian Ke 186 Bertajuk Isu Judi Fitnah Atau Realiti Sinar Harian 12 08 2020

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 457 hits
Artikel oleh Sinar Harian KLIK WACANA SINAR HARIAN KE 186 BERTAJUK ISU JUDI FITNAH ATAU REALITI
5806 Sindiket Judi Miliki Kabel Luar Biasa Sinar Harian 12 08 2020

5806 Sindiket Judi Miliki Kabel Luar Biasa Sinar Harian 12 08 2020

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 390 hits
SHAH ALAM Faktor pengaruh atau kabel dimiliki sindiket perjudian menjadikan mereka kebal dan terlepas daripada dikenakan tindakan undang undang Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Othman berkata perkara itu ketara a...
5794 Tak Berniat Cetus Kontroversi Asri Janggut Mohon Maaf Sinar Harian 10 08 2020

5794 Tak Berniat Cetus Kontroversi Asri Janggut Mohon Maaf Sinar Harian 10 08 2020

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 496 hits
SHAH ALAM Saya minta maaf kepada Majlis Bandaraya Shah Alam dan peniaga lain yang terkesan selepas beberapa pendedahan yang saya buat Demikian luahan pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid 42 yang mengakui tidak berniat menc...
5817 Tuduhan Tak Jaga Solat Ppim Mohon Maaf Kenyataan Asri Janggut Sinar Harian 12 08 2020

5817 Tuduhan Tak Jaga Solat Ppim Mohon Maaf Kenyataan Asri Janggut Sinar Harian 12 08 2020

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 344 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia memohon maaf kepada anggota polis tentera dan anggota keselamatan serta mereka yang terkesan dengan kenyataan pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid Menurut kenyataan PPIM melalui laman F...
5842 Bayarlah Sebelum Peluh Kering Sinar Harian 16 08 2020

5842 Bayarlah Sebelum Peluh Kering Sinar Harian 16 08 2020

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 398 hits
SHORTS WACANA 16 OGOS 2020Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata kebanyakan peniaga hampir muflis akibat budaya bayar lambat Artikel oleh Sinar Harian BAYARLAH SEBELUM PELUH KERING
Premis Judi Merata Rata Kerana Penguatkuasaan Lemah Kata Aktivis

Premis Judi Merata Rata Kerana Penguatkuasaan Lemah Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 267 hits
PETALING JAYA Penasihat Pusat Rehab Judi Malaysia Mosco Ang berpendapat tempat perjudian semakin berleluasa di seluruh Lembah Klang berdasarkan klip video yang viral di media sosial baru baru ini yang mendedahkan tempat perjudian di Sungai ...
Judi Siber P Pinang Dalam Kawalan Pihak Berkuasa

Judi Siber P Pinang Dalam Kawalan Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 246 hits
YB MOHD YUSNI MAT PIAH BERITA mengenai operasi Polis Diraja Malaysia menangani kegiatan perjudian di Pulau Pinang banyak mengisi dada akhbar kebelakangan ini Ianya satu imej memalukan bagi negeri ini yang menggambarkan betapa meriah Pulau P...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor