5794 Tak Berniat Cetus Kontroversi Asri Janggut Mohon Maaf Sinar Harian 10 08 2020



 
SHAH ALAM - "Saya minta maaf kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan peniaga lain yang terkesan selepas beberapa pendedahan yang saya buat."
Demikian luahan pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, yang mengakui tidak berniat mencetuskan kontroversi sehingga tular di media sosial.
Menurut Mohd Asri, apa yang dilakukannya itu hanya bertujuan untuk membuka mata semua pihak mengenai aktiviti perjudian yang berlaku di kawasan Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang tidak diambil perhatian walaupun banyak laporan polis sudah dibuat.
"Sebelum ini saya membuat laporan terus kepada bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman malah saya sudah menyerahkan video yang menunjukkan kedai mesin judi beroperasi sehingga jam 3 pagi.
"Saya nampak premis itu kemudiannya ditutup dua hari sebelum ia beroperasi semula. Saya kemudian adukan lagi isu sama kepada bahagian Integriti Bukit Aman pula tetapi tiada tindakan, sebaliknya salah seorang pekerja saya didatangi oleh seorang wakil premis judi itu yang bertanyakan kenapa kami kacau perniagaan mereka," katanya menerusi Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertajuk Penguat Kuasa Pilih Bulu, Tohmahan atau Fitnah? yang disiarkan secara langsung hari ini.
Terdahulu, menerusi dua video yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendedahkan berkaitan aktiviti perjudian sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh serta aktiviti perniagaan yang diusahakan warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di situ dikatakan 'kebal' kerana tidak pernah dikenakan sebarang tindakan.
Mohd Asri berkata, tidak cukup dengan itu, pemilik premis judi itu dilihat semakin melampau apabila menambah dua lagi premis baharu di sebuah kedai lot kosong dan satu lagi bersebelahan kedainya.
"Tindakan mereka ini sangat berani seolah-olah mahu mencabar saya. Saya lihat ia juga sebagai ancaman kerana mereka seperti cuba katakan siapa saya untuk menghalang mereka beroperasi.
"Keadaan itu sangat mengecewakan ditambah lagi selepas saya membuat laporan polis tetapi tiada tindakan. Kemudian, apabila pihak MBSA datang ke kedai, mereka mengarahkan kami menutup operasi kedai.
"Saya mengaku terlewat menutup kedai tetapi apabila dimaklumkan tentang kedai judi yang beroperasi lebih masa di lorong belakang, reaksi diberikan biasa saja," katanya.
Tambahnya, keadaan itu menyebabkan dia berasa tidak puas hati kenapa hanya gerainya dikenakan tindakan tetapi pemilik operasi judi boleh terlepas, begitu juga dengan peniaga Aceh yang menjual rokok seludup.
Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Othman menerusi program sama memaklumkan isu dibangkitkan Mohd Asri berkaitan aktiviti perjudian serta sikap pilih bulu pihak berkuasa menjadi bualan hangat sehingga tular kerana ia merupakan isu yang benar-benar berlaku dalam masyarakat tetapi kurang diberi perhatian.
"Apabila isu ini timbul, rakyat akan bersuara kerana mereka juga terdedah dengan ancaman.
"Di peringkat PPIM, saya menyeru semua pihak dapat menggerakkan perubahan dengan melaporkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti atau operasi premis judi kepada kami di talian 019-359100. PPIM akan cuba bawa perkara ini ke atas untuk diambil tindakan," katanya.
Menurutnya, jadikan pemberian maklumat sebagai satu tanggungjawab dengan harapan maklumat ini dapat mengubah sikap pihak berkuasa atau penguat kuasa untuk segera mengambil tindakan.


Artikel oleh: Sinar Harian
TAK BERNIAT CETUS KONTROVERSI, ASRI JANGGUT MOHON MAAF...
https://www.sinarharian.com.my/article/95992/BERITA/Nasional/Tak-berniat-cetus-kontroversi-Asri-Janggut-mohon-maaf



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/08/5794-tak-berniat-cetus-kontroversi-asri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5817 Tuduhan Tak Jaga Solat Ppim Mohon Maaf Kenyataan Asri Janggut Sinar Harian 12 08 2020

5817 Tuduhan Tak Jaga Solat Ppim Mohon Maaf Kenyataan Asri Janggut Sinar Harian 12 08 2020

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 387 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia memohon maaf kepada anggota polis tentera dan anggota keselamatan serta mereka yang terkesan dengan kenyataan pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid Menurut kenyataan PPIM melalui laman F...
5816 Ppim Mohon Maaf Ketelanjuran Kata Kata Asri Janggut Harian Metro 12 08 2020

5816 Ppim Mohon Maaf Ketelanjuran Kata Kata Asri Janggut Harian Metro 12 08 2020

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 464 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya polis dan angkatan tentera berhubung kenyataan yang dikeluarkan rakan strategiknya Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut Ketua Aktivisnya Dat...
5825 Kenyataan Asri Janggut Bersifat Peribadi Ppim Berita Harian 12 08 2020

5825 Kenyataan Asri Janggut Bersifat Peribadi Ppim Berita Harian 12 08 2020

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut yang mempertikaikan polis dan tentera bersifat peribadi dan tidak mewakili Persatuan Pengguna Islam Malaysia Ketua Aktivis PPIM Datuk Nad...
Saya Akui Kelemahan Saya Asri Janggut Mohon Maaf Atas Kenyataannya Terhadap Pihak Polis Dan Tentera

Saya Akui Kelemahan Saya Asri Janggut Mohon Maaf Atas Kenyataannya Terhadap Pihak Polis Dan Tentera

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 446 hits
Panas hari ini tular sebuah video mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Asri Janggut individu yang sama membongkarkan sarang perjudian di Sungai Buloh keatas pihak berkuasa sehingga membuatkan netizen bengang terhadapnya Dalam video yang...
Asri Janggut Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Kata Polis Dan Tentera Tak Jaga Solat

Asri Janggut Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Kata Polis Dan Tentera Tak Jaga Solat

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 711 hits
NAMA Asri Janggut hangat diperkatakan selepas dia membuat dakwaan pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh Selangor Malah isu itu turut mendapat perhatian Ketu...
Tohmah Polis Tentera Tak Jaga Solat Asri Janggut Mohon Maaf Secara Terbuka

Tohmah Polis Tentera Tak Jaga Solat Asri Janggut Mohon Maaf Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 531 hits
KUALA LUMPUR Selepas membuat tohmahan kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat semalam pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka Mohd Asri 42 yang lebih dikenali seba...
Saya Akan Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Asri Janggut

Saya Akan Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Asri Janggut

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 488 hits
Sedar bahawa kenyataannya mengundang kontroversi Asri Janggut melalui laman Facebook perniagaannya Hot Burger Malaysia tampil memohon maaf Bismillah Assalamualaikum semua Berkenaan tentang solat saya akui kelemahan keterlanjuran kejahilan s...
5792 Jangan Jadi Modal Caci Maki Polis Asri Janggut Malaysia Gazette 10 08 2020

5792 Jangan Jadi Modal Caci Maki Polis Asri Janggut Malaysia Gazette 10 08 2020

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 383 hits
RAUDHAH CITY Dakwaan Majlis Bandaraya Shah Alam dan Polis Diraja Malaysia melindungi aktiviti perjudian dan perniagaan haram di Sungai Buloh tidak sepatutnya dijadikan modal untuk orang ramaimencaci maki pihak berkuasa itu Pengasas Hot Burg...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah