Premis Judi Merata Rata Kerana Penguatkuasaan Lemah Kata Aktivis


Jason Thomas dan Meor Ahmad PETALING JAYA: Penasihat Pusat Rehab Judi Malaysia (GRC) Mosco Ang berpendapat tempat perjudian semakin berleluasa di seluruh Lembah Klang berdasarkan klip video yang viral di media sosial baru-baru ini yang mendedahkan tempat perjudian di Sungai Buloh.
“Ampang, Gombak, Jalan Alor, Chow Kit, Jinjang, Batu Caves, Selayang, Sekinchan, Tanjung Karang, Jenjarom, Pandamaran, Klang.
“Setiap bandar pasti mempunyai satu (tempat perjudian), ”kata Ang.
“Ipoh, Pulau Pinang, Butterworth, Melaka. Premis perjudian berada merata-rata tempat dan perkara ini terjadi kerana terdapat kaki judi yang ingin mendapatkan duit dengan pantas,” katanya.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Michael Chong yang bercakap kepada FMT mengakui terdapat banyak tempat perjudian dan ia akan beroperasi berdasarkan sejauh mana penguatkuasaan di kawasan itu.
“Kebiasaannya jika ‘kepala’ (pegawai atasan) tegas dan serius dalam mengambil tindakan, ekornya (anggota) tidak akan melakukan sesuatu yang bodoh,” katanya.
Walaupun beliau mendapat banyak aduan mengenai pelacuran, pemalsuan pinjaman dan kehilangan orang, tetapi kebanyakan aduan adalah berkaitan perjudian.
“75% individu yang menemui saya adalah kerana mereka mempunyai hutang dengan Ah Long disebabkan masalah perjudian,” katanya.
“Tahun ini sahaja, terdapat sekitar 150 kes yang kebanyakannya berhutang kerana perjudian dalam talian,” kata Chong, sambil menambah sehingga 2018 pihaknya berjaya menyelesaikan 35,000 aduan selama 30 tahun beroperasi.
Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 9 pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dipercayai menerima rasuah untuk melindungi perniagaan yang tidak berlesen di Sungai Buloh, termasuk premis judi.
Ini berikutan pendedahan pengguna media sosial dalam rakaman video yang viral sebelum ini.
Chong berkata, perlu wujud penguatkuasaan yang ketat bagi mencegah aktiviti itu.
Penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, imbuhan lumayan yang diberikan oleh sindiket perjudian juga menjadi faktor aktiviti tersebut “kebal”.
“Sebenarnya kegiatan ini boleh dihapuskan. Banyak maklumat boleh didapati, namun segelintir pegawai penguat kuasa yang tidak berintegriti menyebabkan premis perjudian terus beroperasi.
“Penguatkuasaan perlu tegas dan serius untuk membanteras kegiatan ini daripada berleluasa. Jangan ikut musim sahaja (penguatkuasaan), buat pemantauan secara serius dan mengambil tindakan segera,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/premis-judi-merata-rata-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecewa Kpd Sungai Buloh Terlalu Cepat Nafi Wujud Premis Judi

Kecewa Kpd Sungai Buloh Terlalu Cepat Nafi Wujud Premis Judi

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 311 hits
Malaysia ada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 BANGI Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim meluahkan rasa kecewa terhadap respon awal Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa aton Abu Bakar dalam isu pembongkara...
Sprm Tumpu Penguatkuasa Lindungi Premis Judi Di Sg Buloh

Sprm Tumpu Penguatkuasa Lindungi Premis Judi Di Sg Buloh

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 586 hits
Ahmad Khusairi Yahaya berkata JIPS akan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada SPRM jika ada anggota atau pegawai polis yang terbabit dalam sindiket perjudian haram di Sungai Buloh PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan ...
Butterworth 10 Premis Judi Haram Dipotong Bekalan Elektrik

Butterworth 10 Premis Judi Haram Dipotong Bekalan Elektrik

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 264 hits
Sebanyak 10 premis termasuk sebuah rumah teres yang diubah suai menjadi kedai dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik selepas didapati menjalankan kegiatan judi ekor tanpa lesen dan perjudian dalam talian Ketua Polis Daerah Seberang ...
Didakwa Dapat Rm300 Sebulan Lindungi Premis Judi Tiga Penguatkuasa Mbsa Ditahan

Didakwa Dapat Rm300 Sebulan Lindungi Premis Judi Tiga Penguatkuasa Mbsa Ditahan

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 558 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM300 sehingga RM3 500 secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti p
Bukit Aman Terima Maklumat Polis Disyaki Lindungi Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

Bukit Aman Terima Maklumat Polis Disyaki Lindungi Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 519 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima maklumat berhubung segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis judi haram di sekitar Sungai Buloh dekat sini Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Buki
5805 Isu Judi Rekahan Sistem Penguatkuasaan Punca Ada Pihak Ambil Kesempatan Sinar Harian 12 08 2020

5805 Isu Judi Rekahan Sistem Penguatkuasaan Punca Ada Pihak Ambil Kesempatan Sinar Harian 12 08 2020

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 360 hits
SHAH ALAM Rekahan yang wujud dalam sistem penguatkuasaan negara menyebabkan pihak pihak tertentu mengambil kesempatan untuk melindungi kegiatan haram yang dilakukan Penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim berkata kuasa yang dimiliki pihak...
Isu Video Premis Judi Tular Polis Buat Laporan Polis Terhadap Peniaga Burger

Isu Video Premis Judi Tular Polis Buat Laporan Polis Terhadap Peniaga Burger

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 651 hits
832 total views 832 views today POLIS Diraja Malaysia membuat laporan polis berhubung video dakwaan fitnah dan tohmahan yang ditularkan seorang lelaki semalam Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa aton Abu Bakar berkata lapora...
Polis Nafi Tidak Ambil Tindakan Ke Atas Premis Judi Di Sungai Buloh

Polis Nafi Tidak Ambil Tindakan Ke Atas Premis Judi Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 765 hits
PDRM SUNGAI BULOH Polis hari ini menafikan dakwaan seorang pengguna laman sosial kononnya tiada tindakan diambil terhadap premis perjudian di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh di sini Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa aton Abu Bakar...
Serbuan Mbsa Bongkar Stor Arak Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

Serbuan Mbsa Bongkar Stor Arak Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 605 hits
Anggota Majlis Bandaraya Shah Alam merampas barang barang ketika membuat serbuan dipercayai premis judi haram pada Operasi Bersepadu MBSA di sekitar Sungai Buloh Selangor foto FAREEZ FADZIL SUNGAI BULOH Majlis Bandaraya Shah Alam dan pelbag...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Muda Duit Kawan Atau Lawan

Tiramisu Sds

De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa