5803 Zamsaham Kesal Isu Eka Noodles Belum Selesai Desak Egm Dibuat Bulan Depan Malakat Tribune 16 07 2021


 

CYBERJAYA – Salah seorang pemegang saham terbesar dalam syarikat bihun terkenal, EKA Noodles Bhd (EKA Noodles), Norizam Tukiman mendesak supaya satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan segera pada bulan depan bagi menyingkirkan pengarah sedia ada dan digantikan dengan pengarah baharu.
Norizam yang juga usahawan Zamburger dan pakar pelaburan berkata, ini kerana selepas berjaya memiliki lebih 30 peratus saham dalam EKA Noodles bersama-sama dengan rakan sekutunya, pihaknya telah dinafikan hak dalam syarikat tersebut.
Malah, katanya, permintaannya untuk bekerjasama dengan pengarah lama syarikat berkenaan juga ditolak secara mentah.
“Dalam senarai nama pemilik saham terbesar dalam kilang bihun tersebut, nama saya merupakan pemilik saham terbesar tetapi sampai sekarang dalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) nama saya tiada tercatat tetapi yang ada hanya alamat rumah sahaja. Saya pun hairan bagaimana boleh jadi sedemikian.
Rangkaian produk EKA Noodles

“Saham dalam syarikat ini saya beli ketika semua orang termasuk pengarah EKA forceselling menjual hingga turun harga satu sen pada pada 22 Mei lalu. Apabila orang menjual, saya membeli di pasaran secara terbuka iaitu beberapa hari sebelum syarikat ini digantung dan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia.
“Bagaimanapun, hak saya dalam syarikat ini seolah-olah dinafikan selepas saya menghantar permohonan sebagai pemegang saham utama kepada setiausaha syarikat dan memohon untuk diadakan EGM bagi menukar kesemua pengarah syarikat sedia ada kepada pengarah baharu, tidak dilayan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Isu Pemegang Saham Eka Noodles bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang disiarkan secara langsung hari ini.
Pada 31 Mei lalu, EKA Noodles menjelaskan usahawan Zamburger dan pakar pelaburan itu bukannya pemegang saham syarikat terbabit.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, EKA Noodles berkata, Norizam bukannya pemegang saham syarikat seperti yang terdapat dalam Rekod Penyimpanan setakat 27 Mei 2021.
Sementara itu, Norizam yang juga pemilik kelab bola sepak Kelantan FC berkata, sebagai pemegang saham terbesar, beliau hairan dengan sikap dan pendirian yang diambil oleh setiausaha syarikat terbabit dengan isu berkenaan.
Sehubungan itu, Norizam memohon bantuan mana-mana pihak terutamanya agensi kerajaan yang terlibat dapat menyelesaikan isu tersebut segera dan memanggil dengan segera EGM berkenaan.
“Di situ saya sudah nampak (permainan mereka) dan terkini kita nak buat EGM luar biasa baru-baru ini pengarah EKA Noodles memberikan kepada saya senarai pemegang saham yang lama, di mana nama saya sendiri tiada.
“Jadi, jika saya hendak buat EGM bagaimana saya hendak panggil pemegang saham kalau senarai register depositor (ROD) terkini tiada, saya sangat memerlukan senarai ini,” ujarnya.
Norizam berkata, sekiranya EGM itu berjaya dilangsungkan dan dipersetujui secara majoriti, beliau akan bertindak sebagai pengarah baharu syarikat bihun terkenal itu.
Toqqi

Dalam pada itu, Nadzim atau lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, PPIM akan sentiasa memberikan sokongan kepada Norizam dan pasukannya dalam isu berkenaan supaya umat Islam mendapat bekalan makanan daripada sumber yang halal dan baik.
Pada masa sama, beliau juga meminta agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk tampil dan turut membantu berhubung isu tersebut supaya ia tidak terus tergantung.-MT


Artikel oleh: Malakat Tribune
ZAMSAHAM KESAL ISU EKA NOODLES BELUM SELESAI, DESAK EGM DIBUAT BULAN DEPAN
https://www.malakattribunenews.com/2021/07/zamsaham-kesal-isu-eka-noodles-belum-selesai-desak-egm-dibuat-bulan-depan/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/07/5803-zamsaham-kesal-isu-eka-noodles.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5779 Sembang Santai Koppim Sarat Maklumat Malakat Tribune 10 07 2021

5779 Sembang Santai Koppim Sarat Maklumat Malakat Tribune 10 07 2021

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 273 hits
CYBERJAYA Gerakan membina ekosistem Islam yang bebas riba tidak akan berjaya sekiranya nadi penggeraknya tidak memahami strategi dan langkah yang disusun bagi merealisasikan hasrat itu Berikutan itu Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malay...
Jokowi Rumah Oksigen Gotong Royong Selesai Pekan Depan Kapasitas 500 Pasien

Jokowi Rumah Oksigen Gotong Royong Selesai Pekan Depan Kapasitas 500 Pasien

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 321 hits
Presiden Joko Widodo atau Jokowi meninjau langsung Rumah Oksigen Gotong Royong yang berlokasi di Pulo Gadung Jakarta Timur Sabtu Menurut dia proses pengerjaan rumah oksigen akan selesai pekan depan dan dapat menampung 500 pasien di awal Agu...
Permukaan Lampu Depan Kenderaan Anda Kusam Hanya Dengan Bahan Murah Masalah Selesai Begini Caranya

Permukaan Lampu Depan Kenderaan Anda Kusam Hanya Dengan Bahan Murah Masalah Selesai Begini Caranya

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 252 hits
Lampu depan kenderaan kita akan beransur ansur menjadi kekuningan atau kusam kerana faktor cuaca pencemaran alam sekitar apabila lapisan coating wax dan sealant yang melindungi permukaan lampu tersebut mula menipis dan tertanggal Melalui pe...
5789 Ppim Desak Individu Dera Remaja Oku Didakwa Sinar Harian 13 07 2021

5789 Ppim Desak Individu Dera Remaja Oku Didakwa Sinar Harian 13 07 2021

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendesak polis menyiasat segera kes seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya dan mendakwa suspek di mahkamah Pengerusinya Datuk Nadzim Johan berkata PPIM mengutuk sekeras kerasnya perbuatan ...
Perjuangan Menangani Covid 19 Belum Selesai

Perjuangan Menangani Covid 19 Belum Selesai

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 219 hits
Datuk Seri Abdul Hadi Awang ialah President PAS Sehingga kini belum ada negara dalam dunia yang boleh mendabik dada sudah berjaya menghadapi penularan wabak pandemik Covid 19 namun tidak ada yang berputus asa Kini muncul pula pelbagai varia...
Persatuan Anak Raub Tolak Pelantikan Chong Sin Woon Untuk Selesai Isu Kebun Haram

Persatuan Anak Raub Tolak Pelantikan Chong Sin Woon Untuk Selesai Isu Kebun Haram

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 263 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Anak Raub menolak sekeras kerasnya pelantikan Chong Sin Woon yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas MCA mengenai isu tanah haram musang king Hal ini jelas kerana tindakan tindakan yang dibuat oleh Sin Woon ...
Isu Kena Block Di Instagram Pembantu Peribadi Ebit Lew Jawab Sindiran Serta Tohmahan Yang Dibuat Caprice Video

Isu Kena Block Di Instagram Pembantu Peribadi Ebit Lew Jawab Sindiran Serta Tohmahan Yang Dibuat Caprice Video

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 369 hits
Isu Kena Block Di Instagram Pembantu Peribadi Ebit Lew Jawab Sindiran Serta Tohmahan Yang Dibuat Caprice VIDEO Sejak semalam panas apabila Caprice yang kini berada Cairo Mesir kurang gembira dengan pasukan di belakang Ustaz Ebit Lew Beliau ...
Isu Kakitangan Kesihatan Kontrak Dijangka Selesai Rabu Ini

Isu Kakitangan Kesihatan Kontrak Dijangka Selesai Rabu Ini

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 273 hits
Oleh Gambar hiasan Foto fail NSTP KUALA LUMPUR Polemik petugas kesihatan kontrak diyakini dapat diselesaikan secara harmoni menerusi mesyuarat Kabinet Rabu ini Pengerusi Bahagian Pelatih Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan di Persatuan Pe...
Pertandingan Video Pendek Bulan Faraid Negeri Selangor 2021

Pertandingan Video Pendek Bulan Faraid Negeri Selangor 2021

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 475 hits
Pertandingan Video Pendek Bulan Faraid Negeri Selangor 2021 Jom sertai pertandingan video pendek bulan faraid negeri Selangor 2021 anjuran Majlis Agama Islam Selangor Pertandingan video pendek ini diadakan sempena bulan faraid negeri Selang...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi