5728 Perjanjian Di Bonet Kereta Harian Metro 07 02 2020



RUMAHKU syurgaku. Demikian perumpamaan yang sering kita dengar untuk menggambarkan betapa gembiranya memiliki kediaman sendiri.Sebaik selesai urusan menandatangani perjanjian membeli rumah, pasti pemilik sudah membayangkan rumah yang bakal diduduki itu.Pelbagai perancangan dibuat termasuk susun atur dan proses ubah suai bagi mencantikkan rumah idaman.Bagaimanapun, tidak semua mimpi indah menjadi kenyataan apabila rumah yang diharapkan itu terbengkalai.Sudahlah rumah tidak siap dalam tempoh yang ditetapkan, pemilik pula terpaksa menanggung sengsara melangsaikan pinjaman perumahan setiap bulan.Pada masa sama, pemilik perlu membayar rumah sewa yang diduduki sementara menanti rumah sendiri siap sepenuhnya.Pemaju pula memberi pelbagai alasan sebelum meninggalkan pemilik rumah terkontang-kanting sendirian menanggung derita.Perlambangan rumahku syurgaku bertukar kepada jatuh ditimpa tangga.Timbalan Presiden Badan Bukan Kerajaan (NGO) K-LITERASI, Salkukhairi Abd Sukor berkata, projek perumahan terbengkalai adalah projek yang gagal disiapkan pemaju dalam tempoh perjanjian jual beli dan tiada sebarang aktiviti ketara di tapak pembinaan selama tempoh enam bulan secara berterusan.“Bagaimanapun, sekiranya pemaju belum digulungkan dan pembinaan projek masih berjalan walaupun perlahan, ia tidak boleh dikategorikan sebagai projek terbengkalai, tetapi hanya dianggap sebagai projek bermasalah dan projek lewat,” katanya.Menurutnya, sekiranya pengguna berdepan masalah rumah yang dibeli terbengkalai, mereka boleh menamatkan perjanjian jual beli itu dengan pemaju mengikut Seksyen 8A Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1967 (Pindaan 2015).
RUMAH terbengkalai berlaku selepas projek tidak dijalankan selama enam bulan.
“Bagaimanapun, pembeli perlu mendapatkan persetujuan bertulis daripada bank pembiaya dan sudah disahkan oleh pengawal perumahan.“Pembeli boleh menamatkan perjanjian jual beli itu dengan menghantar Notis Pembatalan Perjanjian kepada ‘liquidator’ yang dilantik mahkamah.“Biasanya syarikat yang bankrap, mahkamah akan lantik ‘liquidator’ untuk memegang segala aset dan liabiliti syarikat yang sudah digulungkan itu.“Selepas perjanjian dibatalkan, pemaju hendaklah mengembalikan semua bayaran harga jual beli kepada pembeli dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan perjanjian,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.Beliau yang juga peguam hartanah berkata, pembeli dinasihatkan supaya menubuhkan jawatankuasa bersama pembeli lain untuk bersama-sama mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai itu.“Antara yang boleh dilakukan dengan jawatankuasa ini adalah berbincang dengan pihak bank untuk pelupusan atau penjadualan semula bayaran ansuran bulanan sementara keputusan rasmi dicapai dengan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).“Mereka juga boleh mencadangkan kepada KPKT untuk melantik pemaju baharu untuk mengambil alih dan meneruskan projek itu dengan kos ditanggung pemaju baharu tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan KPKT dan dipersetujui bersama oleh pembeli,” katanya.
SALKUKHAIRI.
Sementara itu, Ketua Aktvitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, kesedaran dalam kalangan pengguna berhubung pembelian rumah masih rendah biarpun banyak kes membabitkan projek perumahan terbengkalai.“Kebanyakan pembeli tidak terlalu mengambil berat soal perjanjian beli rumah. Kadangkala ada yang tandatangan perjanjian di bonet kereta sahaja tanpa membuat penelitian.“Apabila perkara seperti ini berlaku, pembeli yang berdepan masalah,” katanya.Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya pembeli membuat kajian terperinci sebelum membuat keputusan membeli rumah.“Pembeli perlu buat kajian berhubung latar belakang pemaju yang menjalankan projek terbabit. Pada masa sama dapatkan nasihat dan rujukan daripada pihak yang arif mengenai aktiviti jual beli rumah.“Saya juga harapkan pihak berkaitan termasuk kerajaan dapat buat sesuatu dengan mengenakan tindakan lebih tegas terhadap pemaju yang gagal menyiapkan projek perumahan,” katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
'PERJANJIAN DI BONET KERETA'
https://www.hmetro.com.my/PnP/2020/02/542319/perjanjian-di-bonet-kereta


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/02/5728-perjanjian-di-bonet-kereta-harian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rayu Terus Guna Surau Harian Metro 30 01 2020

Rayu Terus Guna Surau Harian Metro 30 01 2020

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 295 hits
AHLI Jawatankuasa Surau Baitul Mukarram di Kompleks Damai di sini merayu Koperasi Wawasan Pekerja Pekerja Berhad untuk terus memberi kebenaran beroperasi di situ seperti mana perjanjian yang dipersetujui bersama lima tahun lalu Ahli Jawatan...
5703 Atasi Segera Masalah Pemandu Mabuk Harian Metro 27 01 2020

5703 Atasi Segera Masalah Pemandu Mabuk Harian Metro 27 01 2020

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 376 hits
BUKAN saja kerajaan perlu mengambil langkah serius malah mereka yang berada di dalam rantaian penjualan dan pembekalan minuman keras juga perlu diberikan tekanan agar isu pemandu mabuk dapat diselesaikan segera Ketua Aktivis Persatuan Pengg...
5701 Koronavirus Ppim Nasihat Masyarakat Dapatkan Maklumat Sahih Harian Metro 25 01 2020

5701 Koronavirus Ppim Nasihat Masyarakat Dapatkan Maklumat Sahih Harian Metro 25 01 2020

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 388 hits
ORANG ramai dinasihat supaya mendapatkan maklumat yang betul mengenai situasi wabak koronavirus yang dikeluarkan pihak berkuasa dan bukannya menerusi saluran yang tidak dipastikan sumbernya Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Da...
Penjualan Tiket Kereta Lebaran 2020 Resmi Dibuka Berikut Harga Dan Ketersediaannya

Penjualan Tiket Kereta Lebaran 2020 Resmi Dibuka Berikut Harga Dan Ketersediaannya

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 269 hits
Hari ini PT Kereta Api Indonesia resmi membuka penjualan tiket untuk mudik Lebaran 2020 Pembelian tiket kereta Lebaran 2020 bisa dilakukan di web KAI aplikasi KAI Access dan seluruh saluran penjualan resmi KAI lainnya
Perjanjian Akuisisi Inalum Atas Vale Bakal Diteken Maret 2020

Perjanjian Akuisisi Inalum Atas Vale Bakal Diteken Maret 2020

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 315 hits
Direktur Utama PT Indonesia Asahan Aluminium Orias Petrus Moedak menyatakan rencana induk holding BUMN tambang untuk mengakuisisi produsen nikel PT Vale Indonesia sedang melewati masa finalisasi Pada Februari pihak internal masing masing pe...
Selamat Tahun Kereta Terbang 2020 Kepada Anda Semua Daripada Scam List Malaysia

Selamat Tahun Kereta Terbang 2020 Kepada Anda Semua Daripada Scam List Malaysia

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 1211 hits
SalamMaaf kerana sudah terlalu lama tidak update al maklum busy awal awal tahun ni dalam menumpaskan scammer scammer yang ada diluar sana melalui dunia nyata Ok tahu dah lambat tapi tak apa Scam list Malaysia ingin mengucapkan Selamat Tahun...
Analisis Teknikal Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 03 02 2020

Analisis Teknikal Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 03 02 2020

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 312 hits
Tinjauan Pasaran Teknikal Pasangan mata wang GBP USD telah menaikkan dengan jelas ke arah tahap 1 3247 iaitu 61 Anjakan semula Fibonacci pada carta masa mingguan Aliran menaik tidak cukup berjaya sampai ke sana tetapi sangat dekat dengan ta...
5721 01 Feb 2020 Spm Isu Semasa Larangan Merokok Di Premis Makanan Rtm Tv 1 01 02 2020

5721 01 Feb 2020 Spm Isu Semasa Larangan Merokok Di Premis Makanan Rtm Tv 1 01 02 2020

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 648 hits
Toqqi bersiaran di rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM TV1 yang membicarakan isu larangan merokok di premis makanan Artikel oleh RTM TV101 FEB 2020 SPM ISU SEMASA LARANGAN MEROKOK DI PREMIS MAKANAN
5720 Lawak Abon Sekolahkan Jiran Kan Dah Kena Setepek Tv Ppim 31 01 2020

5720 Lawak Abon Sekolahkan Jiran Kan Dah Kena Setepek Tv Ppim 31 01 2020

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 239 hits
Perangai yang dah sebati dalam diri ni memang sukar nak diubah tapi jom tengok apa tips dan trick otai kita Abon nak sampaikan dekat korang semua okay Kalau lah peralatan elektrik korang boleh bersuara untuk menasihati korang pasti dia akan...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Apakah Diet Yang Sesuai Untuk Pesakit Psoriasis

Jalur Laluan Keretapi Terpanjang Di Dunia

Ceramah Ramadhan Hari Ke 1 Merespon Ayat Puasa Ramadhan

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post