
“Ia bukan sesuatu yang kita pernah lihat sebelum ni. Ribuan anak tahfiz sekolah pondok, guru sekolah pondok dan para ulamak nusantara, melafazkan zikir dan munajat untuk kejayaan usaha kita,” katanya. Pendekar Ekonomi Islam itu berkata, setelah segala usaha dilakukan dan akan terus dilakukan, doa kepada ALLAH adalah sesuatu yang mesti menjadi keutamaan.“Setelah kita berusaha, kita masih sedang berusaha dan akan teruskan usaha untuk kejayaan. Tapi doa dan keyakinan kepada ALLAH SWT yang kita panjatkan dan munajatkan hari ini Insya-ALLAH akan diperkenankan ALLAH SWT.Kita akan pastikan Malakat Mall menjadi mercu tanda kebangkitan umat Islam,” katanya.Majlis istimewa itu bermula jam 5 petang dengan tazkirah diikuti dengan solat Maghrib berjemaah sebelum disambung dengan ucapan perasmian oleh Mohd Fadzil dan diteruskan dengan sesi tazkirah.
Manakala sesi zikir munajat, solat hajat dipimpin oleh tokoh ulama terkenal Indonesia iaitu Habib Agil Yahya, Kiyai Pasentren Wali Songo; Maulana Wan Tahir Al-Mazahiri dan Kiai KH Dr Zainul Ariffin P.Hadir sama Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan ; Presiden Pembela, Aminuddin Yahaya; mantan Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali, pejuang BMF Cikgu Izzat, mudir-mudir dan wakil-wakil NGO dari seluruh Malaysia.~MBNewsArtikel oleh: MelayuBangkitNews2000 BERMUNAJAT DI MALAKAT MALLhttps://melayubangkitnews.com/sejarah-baharu-tercipta-di-malaysia-2000-agamawan-bermunajat-demi-kejayaan-malakat-mall/|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |