Tahun Baru Cina 2020 Mekar Dengan Kemewahan Di Paradigm Mall Johor Bahru
Tahun baru 2020 menandakan permulaan dekad yang dinantikan, jadi sambutan Tahun Baru Cina ini akan disambut dengan istimewa. Bertemakan ‘Garden of Fortune Blossom', taman bunga peony yang menghidupkan suasana pusat membeli-belah, bersempena tradisi penyatuan keluarga dan rakan yang disambut sepanjang zaman
Paradigm Mall Johor BahruPengunjung boleh memulakan aktiviti Tahun Baru Cina mereka dengan menyaksikan keindahan hiasan bunga peony bersama tanglung merah, disempurnakan dengan melodi lagu klasik Cina, serta lapan burung jenjang yang melambangkan kemakmuran dan panjang umur. Hiasan perayaan ini pasti menarik minat pengunjung untuk bergambar bersama keluarga dan rakan di Main Atrium (Aras Bawah) dari 3 Januari 2020 hingga 16 Februari 2020.
“Peony dikenali sebagai bunga kemakmuran dan melambangkan kekayaan dan keamanan. Melalui corak yang cantik, kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pengunjung, bagi meningkatkan lagi kemeriahan, kekayaan dan ketenangan,” jelas Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Management. Tambah beliau lagi, “di WCT Malls, kami percaya semuanya bermula dengan niat yang betul dan melaksanakannya untuk mencapai matlamat yang memuaskan. Itulah yang kami harapkan untuk semua rakan kongsi, sahabat dan pengunjung sempena Tahun Tikus ini.”
PeonyUntuk memeriahkan lagi suasana Tahun Baru Cina, Paradigm Mall Johor Bahru bekerjasama dengan Malaysian Medical Association untuk menganjurkan RSH Health Carnival Johor 2020 di Upper Ground Floor Atrium pada 18 Januari 2020. Acara ini akan dihadiri oleh Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Dr. Sahruddin Bin Jamal. Ia turut dimeriahkan dengan aktiviti seperti Kem Menderma Darah, Kem Menderma Organ, Pemeriksaan Kesihatan, Demonstrasi CPR, Bengkel Penjagaan Warga Tua, Bengkel Kesihatan dan Demonstrasi Zumba
Paradigm Mall Johor Bahru turut menawarkan pelbagai ganjaran, penebusan eksklusif dan aktiviti menyeronokkan untuk para pengunjung
Persembahan Tahun Baru CinaTarian Singa: 12, 24 & 27 JanuariPersembahan Akrobatik Singa: 19 & 25 JanuariTarian Naga: 25 JanuariOrkestra Cina: 19 JanuariPertukaran Topeng Muka: 12 & 24 JanuariPertunjukan Kung Fu: 24 JanuariPersembahan Dram: 19 & 26 Januari
Sambutlah kedatangan Tahun Baru Cina dengan aktiviti menyeronokkan dan sajian menyelerakan di Paradigm Mall Johor Bahru! Saksikan hiasan bunga di pusat membeli-belah ini dan jangan lupa untuk menyaksikan persembahan klasik yang telah disediakan
Bengkel Tahun Baru CinaTulisan Kaligrafi Cina: 18 JanuariSeni Memotong Kertas: 11 Januari
Tulisan kaligrafi Cina adalah elemen utama sambutan Tahun Baru Cina. Perkataan “Ong” ditulis di atas kertas merah menggunakan dakwat hitam, dengan berus khas serta digantung di kediaman dan premis perniagaan. Pengunjung juga boleh mempelajari seni memotong kertas dengan guru-guru berpengalaman, yang akan mengajar seni warisan berzaman ini di Paradigm Mall Johor Bahru
*Bengkel ini terhad kepada 20 peserta setiap sesiTemui Dewa KemakmuranTarikh: 15, 21, 23, 25, 26 & 27 Januari
Bawa si cilik ke Paradigm Mall Johor Bahru pada tarikh yang dinyatakan untuk bertemu Dewa Kemakmuran dan alami kemeriahan Tahun Baru Cina
Hadiah dengan Pembelian (GWP)Apakah Tahun Baru Cina tanpa barangan istimewa? Rebutlah peluang untuk menebus cenderahati eksklusif Tahun Baru Cina dengan pembelian anda
Sampul Ang Pow WCTPengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja melebihi RM188 ke atas dalam tiga resit boleh menebus satu (1) set paket Ang Pow yang dihiasi corak bunga ‘peony’ dalam tiga warna berbeza – merah, jingga dan kuning. Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM188 dalam tiga resit untuk menebus dua (2) set paket sampul Ang Pao
Beg Duit Bunga WCTPengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja RM688 ke atas dalam enam resit boleh menebus satu (1) beg duit bercorakkan bunga eksklusif yang didatangkan dalam dua warna berbeza. Pemegang Kad Kredit HSBC pula hanya perlu berbelanja minimum RM500 dalam lima resit sementara ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM338 dalam tiga resit untuk menebus beg duit bercorak bunga ini
Pembelian dengan Pembelian (PWP)Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa Abalone yang lazat sebagai penyeri makan malam keluarga
Untuk menjadikannya lebih meriah, kami juga menyediakan tawaran eksklusif sebagai pembelian- dengan-pembelian. Soon Thye Hang (425 Gram Abalone dalam Tin) Pengunjung yang berbelanja RM188 ke atas di dalam dua resit boleh membeli sehingga tiga (3) tin Abalone Soon Thye Hang pada harga RM28 (harga asal: RM90). Pengguna HSBC dan ahli WCT hanya perlu berbelanja RM88 untuk menikmati tawaran pembelian-dengan-pembelian ini. Abalone yang lazat ini terhad kepada tiga (3) tin untuk setiap pelanggan, sementara stok masih ada
Hiasan tahun baru cinaUntuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi, sila layari laman web pusat membeli-belah danplatform media social berikut:Laman WebParadigm Mall JB: www.paradigmmall.com.my/jbFacebook:https://www.facebook.com/ParadigmJBInstagram:https://www.instagram.com/paradigm.jb/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kasihjuju.com/2020/01/tahun-baru-cina-2020-mekar-dengan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KasihJuju+(Kasih+Juju)