54 Tahun Sambutan Hari Lahir Di Restoran Serai Kl East Mall


Ya, tahun ni umi dah berusia 54 tahun dan semakin lanjut usia dan sentiasa berharap akan menjadi bertambah bijaksana dalam kehidupan. Semoga hidup lebih tenang dan dikelililing dengan anak-anak, suami yang sentiasa menyokong apa yang umi buat. Hidup umi dulu sentiasa dikelilingi kawan sekerja dan client dari luar negara adalah pengalaman yang cukup indah untuk umi kenang dan senyum bila mengingatkan.





Ucapan Hari Lahir Setiap tahun bila tiba 4 September memang umi cukup teruja dan segan sama banyak sebab di social media, suami, keluarga dan kenalan yang dikenali secara peribadi dan kenalan alam maya akan membanjiri ucapan ucap selamat hari kelahiran. Indah dan  tersentuh.





Selain ucapan suami dan anak-anak, umi paling tunggu ucapan dari ex boss yang tak pernah lupa menghantar email ucapan. Memang rasa bahagia sangat sebab dia bos yang paling best dan terbaik.


Tahun ni, 4 September jatuh pada hari Rabu, jadi dapatlah anak-anak buat sambutan umi dan Ayong sekali gus.



Ayong lahir pada 24 Ogos tapi tak sempat disambut sebab dia kena outstation seminggu, jadi kesempatan yang sama sambut birthday bersama birthday girl.


Restoran Serai, KL East MallMemang mula umi tak tahu kami akan ke mana sebab tiada siapa pun kata nak makan kat mana. Bila masuk parking di KL East Mall, pun umi tak tahu lagi tapi DH mula bersuara, "ala makan kat situ tak berapa sedap". Dah boleh umi tangkap kat mana nak dinner.


Tahun lepas pun KY buat surprise sambutan hari lahir DH kat sini tapi tak cukup korum dan tahun ni untuk umi sebab food dia memang ikut selera kami.




Menu Pilihan 
Crispy Skinned Salmon

Crispy Skinned Salmon ni memang sedap dan berbaloi bila KY recommend umi untuk menu ni. Memang crispy kulit salmon selain isinya pun rasa fresh. Kupang (blue mussels) dengan stew tomato, baby spinach, kentang serta capers yang digoreng tu memang sangat balance dengan rasa masam dan manis. 


Rating : 5/5


Spicy Thai Rice

Spicy Thai Rice  - Nasi goreng buat 2 hero yang perlu kabohidrat dengan menggunakan beras Jasmine yang digoreng dengan pes udang buatan sendiri yang memberi haruman wangi, ada potongan dada ayam dan udang, telur goreng mata, kerabu mangga, acar, ikan bilis Thai dan sambal belacan. Memang licin pinggan.


Rating : 5/5 


Kampung Style Fried Rice

Kalau DH dan Ayong pilih nasi, Angah Ammar pun pilih nasi goreng juga tapi lain sikit, nasi goreng dengan dada ayam, kangkung dan ikan bilis, diiringi acar, keropok ikan dan dua batang sate ayam.


Rating : 5/5


Grilled Honey & Lemon Thyme Chicken

Grilled Honey & Lemon Thyme Chicken pilihan KY dan KC Iman ni memang sedap. Hidangan ayam bahagian peha yang disalut lemon serta madu dengan lada hitam yang dipecah dan mash Parisian, bawang putih yang dipanggang serta cendawan shimeji yang sangat menyedapkan.


Rating : 5/5


Chicken Parmigiana

Tengok sekali pun dah nampak kesedapan sebab Cik Meya suka cheese. Sajian dada ayam yang dilumatkan dengan sos tomato Itali dan keju cair dihidangkan dengan kentang goreng stik dan salad Greek.


Rating : 5/5


Serai Platter

Bukan hero-hero jer yang nak nasi, CikCha pun ambil nasi jugak tapi nasi serai yang dengan asam pedas ekor lembu, sotong madu, acar segar dan ayam goreng berempah. Memang tak angkat kepala cikcha waktu makan sebab layan menikmati nasi dengan gandingan yang sedap ni.


Rating : 5/5

Suasana dalam restoran Serai ni pun ok tapi kalau lewat dan tak buat tempahan memang kena tunggu untuk pelayan carikan tempat


Kek BirthdayWaktu semua dah selesai makan, tiba-tiba berkumandang muzik dan nyanyian Happy Birthday. Rami betul sambut hari lahir kat sini sebabnya awal waktu sampai dan menikmati makan ada 3 kali kot muzik dan nyanyian dari pelayan kat sini. 
Tetiba sepinggan kek dengan lilin sampai kat meja. Ehh, ada 2 kek, dan rupanya surprised kek untuk umi dan Ayong. Memang tersipu-sipu la umi tapi hati memang berkembang.



Aduh rasa merah pipi, malulah juga sebab dah tua dan umi memang segan bila dirai birthday sejak dulu tapi bab raikan orang, umi suka. 


Secara jujurnya ucapan selamat hari lahir pun dah memadai tanda ingatan dan doa untuk diberikan kesihatan yang baik.


Moga ada rezeki tahun depan nak sambut hari kelahiran bersama anak-anak dan mungkin dengan menantu pulak. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/10/54-tahun-sambutan-hari-lahir-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun

Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 288 hits
Alhamdulillah selesai sudah perjumpaan ibu bapa dan guru sempena Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun bagi sesi akademik 2023 2024 Tahun ini sedikit berbeza sebab Ikhwan darjah Enam jadi laporan pentaksiran diberi semin...
Hadiah Hari Lahir Ibu Dari Anak Anak

Hadiah Hari Lahir Ibu Dari Anak Anak

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 255 hits
Hadiah hari lahir ibu dari anak anak Alhamdulillah tahun ni Allah bagi lagi peluang untuk saya menyambut hari lahir Ya Allah terima kasih atas peluang ini Dapat lagi bersama sama suami dan anak anak meraikan hari lahir saya Di umur ini saya...
1 Oktober 2023 Selamat Hari Lahir Dear Self

1 Oktober 2023 Selamat Hari Lahir Dear Self

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 285 hits
1 Oktober 2023 Selamat Hari Lahir Dear Self Syukur Alhamdulillah 1 Oktober datang lagi Syukur Ya Allah untuk usia hari ini Allah masih berikan umur yang panjang rezeki yang mencukupi kesihatan yang baik dan cerita terindah dalam hidup KakYa...
Selamat Hari Ulangtahun Yang Ke 21 Tahun Kerjaya Sebagai Penjawat Awam

Selamat Hari Ulangtahun Yang Ke 21 Tahun Kerjaya Sebagai Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 288 hits
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah pada 1 Oktober 2023 maka genaplah 21 tahun saya berkhidmat sebagai seorang penjawat awam yang memegang gelaran pembantu pustakawan Pelbagai peristiwa gembira dan sedih dalam menjalani kerjaya yang saya saya...
Senarai Lokasi Dan Jadual Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Malaysia Peringkat Kebangsaan Dan Negeri

Senarai Lokasi Dan Jadual Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Malaysia Peringkat Kebangsaan Dan Negeri

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 227 hits
Hari Sukan Negara Malaysia disambut pada bulan Oktober iaitu pada minggu kedua Tahun 2023 tarikh Hari Sukan Negara Malaysia 2023 pada 14 Oktober 2023 hari Sabtu SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2023 HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAANSambutan ...
Selamat Hari Lahir Kk

Selamat Hari Lahir Kk

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 193 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Alhamdulillah semalam menjengah lagi umur KK lagi setahun syukur pada Allah masih lagi diberi peluang untuk berbakti Tahun ini tahun terakhir angka 2 di hadapan tahun depan dah tukar hahahaha biasalah k...
Sambutan Hari Malaysia Di Aussie

Sambutan Hari Malaysia Di Aussie

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 365 hits
Nampak naw dah lama gambar2 ni terperap dalam draft Sekitar pasar merdeka sempena majlis kemerdekaan yang ke 66 dan Hari Malaysia yang telah diadakan pada 9 September yang lalu di Hay St Subiaco Western Australia Puji dan syukur pada IlahiA...
Sambutan Hari Orang Utan Sedunia

Sambutan Hari Orang Utan Sedunia

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 300 hits
Sambutan Hari Orang Utan Sedunia yang disambut pada 19 Ogos setiap tahun adalah satu program istimewa yang dianjurkan oleh Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation bertempat di Zoo Negara sebagai inisiatif untuk menyelamatkan spesis...
Penghambaan Zaman Moden Suri Rumah Jalani Hukuman Penjara 10 Tahun Hari Ini

Penghambaan Zaman Moden Suri Rumah Jalani Hukuman Penjara 10 Tahun Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 238 hits
AwaniPUTRAJAYA Seorang suri rumah akan mula menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula hari ini selepas gagal dalam rayuan terakhir mengenepikan sabitan ke atas kesalahan pemerdagangan seorang wanita Indonesia dan mengekpoitasi wanita itu u...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Realme Menerajui Penanda Aras Prestasi Memperkenalkan Konsep Kanta Boleh Tukar Di Mwc 2025

We Re At Mwc Showcasing The Latest Ai Features On Android

Nak Beli Kereta Baru Vs Kereta Lama

Mwc 2025 Malaysia Pacu Inovasi Digital Perkukuh Posisi Serantau

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm