Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun
Alhamdulillah selesai sudah
perjumpaan ibu bapa dan guru sempena Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah
Pertengahan Tahun bagi sesi akademik 2023/2024.
Tahun ini sedikit berbeza sebab
Ikhwan darjah Enam jadi laporan pentaksiran diberi seminggu lebih lebih awal. Jadi
lebih mudah sebab boleh fokus kepada Raudah sahaja.
Pelaporan pentaksiran atau nama
lain, sesi Dialog Kemenjadian Kualiti Murid. Penilaian ini berdasarkan
keputusan pertengahan tahun.
Nanti boleh bandingkan result
pertengahan tahun dengan akhir tahun. Artikel ini agak panjang tapi
sangat-sangat berguna terutama untuk ibu bapa yang ada anak yang bersekolah.
Jom kita sama-sama fahamkan dan
baca sampai habis ya.
Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik
Darjah Pertengahan Tahun 2023/2024
Untuk kami yang dah ada anak yang
bersekolah, Pelaporan Pentaksiran bukan perkara baru. Tapi, penting untuk kami
lebih faham dan aspek mana kami perlu bantu anak untuk berjaya.
Waktu pertama kali hadap perkara ni memang agak sukar nak terima - Tahun 2019 terima laporan pentaksiran Ikhwan darjah 1
Bersyukur sangat pihak sekolah
dan guru sentiasa memberikan usaha yang terbaik dan mengalu-alukan penglibatan
ibu bapa.
Seperti tahun-tahun sudah ibu
bapa dijemput ke sekolah untuk mendengar taklimat dari Guru Besar (GB) menerangkan
kaedah terkini tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
GB terangkan dengan lebih lanjut aspek
yang perlu ibu bapa cakna untuk bantu anak.
Apa itu Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS)?
PBS merujuk kepada pentaksiran
terhadapap murid yang bersifat holistic iaitu menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani), dan psikomotor (jasmani) murid selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
Ikut sistem pendidikan terkini,
memang berbeza sangat cara sekolah menilai pencapaian anak-anak. Bagi Diah cara
sekarang lebih menyeluruh dan beri banyak ruang untuk guru dan ibu bapa faham
tentang potensi anak-anak.
Bila sebut menyeluruh bermaksud
banyak kerja perlu dilakukan pada peringkat awal seperti memasukkan data ke
dalam sistem, pemantauan setiap hari dan melakukan ujian tertentu.
Ini semua dilakukan oleh guru dan
pihak sekolah ya. Walaupun banyak kerja tetapi bagusnya kaedah ini kita boleh
faham keperluan anak.
Beza Penilaian Formatif dan
Penilaian Sumatif
Dibawah PBS pula ada pentaksiran
Formatif dan juga Sumatif. Awal-awal dulu rasa payah sangat nak faham. Nak pecah
kepala nak telan segala info cikgu bagi.
Tapi sekarang bila dah nampak hasil
dan cara kerja, kami sebagai ibu bapa rasa lega dan sokong usaha yang sistem
pendidikan buat ni.
Perkembangan anak-anak akan dipantau
dari darjah satu sehingga darjah enam. Penglibatan anak-anak bukan setakat
dalam akademik sahaja, tapi melalui Badan Beruniform, Sukan dan Persatuan.
Ada graf dan carta perkembangan yang dipantau. Di akhirnya keputusan akan tunjukkan kecenderungan anak-anak termasuk pilihan kerjaya.
Pentaksiran atau pun penilaian ni dibuat secara berterusan. Dekat bawah ni adalah perbezaan antara pentaksiran Formatif dan juga Sumatif:
Formatif -
Semasa PdPPelaporan dalam bentuk deskriptifDilaksanakan secara berterusanMaklumat membantu meningkatkan kualiti PdPTindakan susulan
Sumatif -
Berlaku pada akhir suatu tempoh pembelajaranPelaporan dalam bentuk skor/gredBerkalaMaklumat menunjukkan tahap pencapalan murid
Bahasa nak mudah faham ialah
formatif ni bila guru mengajar dalam kelas, guru akan nilai kefahaman murid
berdasarkan kebolehan murid menjawab soalan berdasarkan apa yang diajar oleh
guru.
Jadi pembelajaran tu lebih efektif
sebab ada komunikasi dua hala. Pentingnya anak-anak fokus dan aktif semasa sesi
pembelajaran berlangsung.
Jadi isu bila ada ibu bapa yang
suarakan kebimbangan untuk anak yang extrovert. Anak yang pendiam dan kurang
bercakap.
Risau jika tidak dapat markah
sebab tak banyak bercakap. Sebab itu wujudnya pentaksiran Sumatif. Peperiksaan bertulis
masih ada untuk pertengahan tahun dan akhir tahun.
Guru akan nilai kefahaman murid
melalui markah kertas ujian. Jadi penilaian tu seimbang dan berterusan.
Banyak lagi aspek yang diambil kira, lebih elok pergi ke sekolah anak dan berbincang dengan lebih lanjut.
Tahap Penguasaan Pentaksiran Pertengahan
Sesi Akademik Ikhwan & Raudah
Alhamdulillah, result Raudah
untuk Darjah Satu on track. Sama juga dengan Ikhwan. Cikgu beri kertas penilaian jadi lebih mudah kami
nak faham.
Penilaian diberi ikut gred TP 1 –
TP 6. TP 6 paling tinggi bermaksud murid boleh jadi pembantu cikgu untuk bantu ajar
murid lain.
Dinyatakan juga senarai Mata
Pelajaran Teras, Tahap Penguasaan, Penyataan Tahap Penguasaan, Ulasan Guru Mata
Pelajaran dan juga Usaha Murid.
Untuk bantu anak kena ambil kira
ulasan Guru Mata Pelajaran dan juga Usaha Murid. Kongsi dekat sini Keputusan
result Ikhwan dan Raudah.
Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi sebagai rujukan kenangan di masa
hadapan.
Raudah / Tahap 1 (Darjah 1)
Matematik, Pendidikan Islam,
Pendidikan Seni Visual – TP5
Bahasa Melayu, Sains, Bahasa
Arab, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik – TP4
Bahasa Inggeris – TP3.
Ikhwan / Tahap 2 (Darjah 6)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam, Reka Bentuk Dan Teknologi, Pendidikan Muzik - TP6
Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Bahasa Arab - TP5
Result Darjah Lima
Kesimpulan
Amatlah penting ibu bapa menghadiri
Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah dan faham tentang Pentaksiran
Berasaskan Sekolah.
Kecenderungan setiap anak adalah
berbeza. Bila kita kenal pasti dari awal, jadi mudah untuk kita bantu anak dari
sudut yang mana.
Sebagai contoh, ada anak yang minat
dengan nombor dan mengira. Ada pula anak yang cenderung untuk mendengar dan
membaca.
Jadi method untuk belajar tu
berbeza. Bayangkan selama ni kita paksa anak belajar tapi bukan ikut
kecenderungan mereka.
Memang payah ilmu nak masuk dalam
otak sebab anak rasa susah dan tak minat nak belajar. Bukan sebab anak tak
cerdik ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/10/hari-pelaporan-pentaksiran-bilik-darjah.html