5396 Turun Harga Rumah Pemilikan Asing Boleh Laksana Tapi Perlu Hati Hati Sinar Harian 14 10 2019



SHAH ALAM - Pengumuman kerajaan untuk menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar untuk tujuan pemilikan asing pada tahun depan boleh dilaksanakan asalkan tidak mengabaikan ekonomi untuk rakyat tempatan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman berkata, isu yang timbul adalah berkisar daripada kuasa membeli dan kebanyakan kondominium atau pangsapuri bernilai tinggi ini hanya mampu dimiliki oleh kira-kira lima peratus rakyat Malaysia saja.

Beliau berkata, oleh itu dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan mungkin memikirkan pembeli-pembeli rumah dengan tujuan pelaburan akan berkurangan kerana sebahagian individu membeli rumah untuk melabur dan kemudian jual semula atau sewakan.

Katanya, disebabkan itu kerajaan melihat dengan memberi kelonggaran iaitu menurunkan harga rumah tersebut dan beri pemilikan asing akan dapat menyelesaikan masalah lambakan perumahan yang berlaku dalam negara.

"Apa pun pendekatan yang hendak dilakukan, kerajaan mestilah berwaspada terutamanya dengan para spekulator yang mungkin akan mengambil kesempatan apabila wujud kelonggaran dalam pemilikan hartanah ini.

"Saya harap kerajaan tak beri kelonggaran secara 'blanket' tapi perlu ada tapisan seperti kawasan rumah yang hendak dijual termasuk peratusan jumlah rumah yang dibenarkan dijual agar pemilikan hartanah oleh warga asing tidak menjadi spekulator," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu, menerusi Belanjawan 2020 kerajaan memberitahu penurunan harga kondominium dan pangsapuri itu daripada RM1 juta kepada RM600,000 akan dilaksanakan tahun depan untuk pemilikan asing, sekaligus sebagai langkah mengurangkan lambakan perumahan yang tidak terjual.

Ma'amor berkata, apabila kerajaan memilih untuk melaksanakan perkara itu, ia juga akan melibatkan isu nilai wang dan rata-rata pembeli umpamanya dari Singapura, nilai wang mereka sudah tentu lebih besar daripada nilai wang negara.

"Saya yakin kalau kita tidak berhati-hati dengan pembeli spekulator, apa yang akan berlaku, harga pembelian kondominium atau hartanah ini tidak akan turun.

"Untuk tempoh jangka panjang, kita akan mengalami kerugian dalam erti kata lain kemampuan untuk membeli ini hanya akan dimiliki mereka (warga asing). Jika harga tak turun, nilai duit kita bertambah kecil, kos sara hidup meningkat, memang rakyat langsung tak boleh membeli rumah," katanya.

Ma'amor berkata, beliau berharap apabila kerajaan beri kelonggaran untuk jual kepada warga asing pada harga RM600,000, para pemaju perlu mengambil peluang itu dengan sebaiknya.

Menurutnya, duit diperoleh pemaju perumahan perlu dilaburkan semula untuk membangunkan rumah mampu milik dalam negara.

"Sebelum ini, banyak rumah yang siap tapi tak terjual kerana mahal, jadi pemaju tidak ada duit. Bila kerajaan buat macam ini, mereka boleh jual rumah dan duit yang mereka dapat itu boleh digunakan untuk membangunkan projek perumahan mampu milik yang baharu atau rumah untuk golongan pertengahan pada harga RM300,000 ke RM400,000," katanya.

Menurutnya, ia sekaligus selari dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan sejuta rumah kepada rakyat.


Artikel oleh: Sinar Harian

TURUN HARGA RUMAH PEMILIKAN ASING BOLEH LAKSANA TAPI PERLU HATI-HATI

https://www.sinarharian.com.my/article/51961/KHAS/Belanjawan-2020/Turun-harga-rumah-pemilikan-asing-boleh-laksana-tapi-perlu-hati-hati




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/10/5396-turun-harga-rumah-pemilikan-asing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Turun Had Harga Rumah Warga Asing Ph Nak Lelong Negara Ismail Sabri

Turun Had Harga Rumah Warga Asing Ph Nak Lelong Negara Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 395 hits
PARLIMEN Kerajaan ini melelong negara dengan menurunkan had harga pangsapuri dan kondominium di kawasan bandar untuk warga asing daripada RM1 juta kepada RM600 000 kata Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob Ketika perbahasan Belanjawan 2020...
5351 Struktur Semula Gst Kepada Kadar Tiga Peratus Sinar Harian 03 10 2019

5351 Struktur Semula Gst Kepada Kadar Tiga Peratus Sinar Harian 03 10 2019

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 400 hits
SHAH ALAM Sekiranya kerajaan mahu memperkenalkan kembali Cukai Barang dan Perkhidmatan penstrukturan semula pada kadar tiga peratus berbanding enam peratus sebelum ini perlu dilakukan bagi meringankan beban rakyat Presiden Gerakan Datuk Dr ...
Oktober 2019 Harga Batubara Turun Jadi Usd 64 80 Per Ton

Oktober 2019 Harga Batubara Turun Jadi Usd 64 80 Per Ton

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 537 hits
Kementerian Energi Sumber Daya Mineral menetapkan Harga Batubara Acuan Oktober 2019 sebesar USD 64 80 per ton Harga tersebut mengalami penurunan semenjak triwulan III 2019 Realisasi HBA Oktober 2019 lebih rendah sekitar 1 5 persen dibanding...
5363 Subsidi Petrol Bersasar Kaedah Baik Salurkan Bantuan Ppim Sinar Harian 06 10 2019

5363 Subsidi Petrol Bersasar Kaedah Baik Salurkan Bantuan Ppim Sinar Harian 06 10 2019

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 664 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyifatkan sistem pelaksanaan program subsidi petrol bersasar yang memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah satu kaedah yang baik untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak Ketu...
Pemilikan Asing Tak Selesai Masalah Lambakan Rumah

Pemilikan Asing Tak Selesai Masalah Lambakan Rumah

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 304 hits
SHAH ALAM Tindakan kerajaan mahu menurunkan nilai ambang kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar kepada RM600 000 pada tahun depan untuk tujuan pemilikan asing bukan satu langkah yang akan menyelesaikan lambakan rumah tidak terjual Pen...
5337 Ekonomi Malaysia Di Mana Melayu Sinar Harian 01 10 2019

5337 Ekonomi Malaysia Di Mana Melayu Sinar Harian 01 10 2019

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 520 hits
Wacana Sinar ke 129 membincangkan Ekonomi Malaysia Di Mana Melayu dari kiri Moderator Astro Awani Nazri Kahar para panelis Profesor Ekonomi Kewangan UKM Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dan Setiausaha...
5409 Dipenjara Selepas Serah Kad Atm Kepada Majikan Sinar Harian 17 10 2019

5409 Dipenjara Selepas Serah Kad Atm Kepada Majikan Sinar Harian 17 10 2019

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 514 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki tidak menyangka hasratnya untuk mencari pekerjaan menyebabkannya terpaksa meringkuk di penjara gara gara menyerahkan kad mesin pengeluaran wang automatik kepada majikan Lelaki yang mahu dikenali sebagai Jeff 28 b...
Rendahkan Harga Rumah Untuk Warga Asing Menteri Ph Masing Masing Lepaskan Tanggungjawab

Rendahkan Harga Rumah Untuk Warga Asing Menteri Ph Masing Masing Lepaskan Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 383 hits
Pelik sungguh kerajaan Pakatan Harapan antara menteri semacam tiada komunikasi bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Katanya bagaimana PH boleh mengumumkan satu dasar penting yang boleh memberikan kesan ke...
10 Petua Yang Boleh Kita Amalkan Untuk Memudahkan Kerja Di Rumah

10 Petua Yang Boleh Kita Amalkan Untuk Memudahkan Kerja Di Rumah

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 498 hits
Setiap wanita menginginkan kerja rumah yang beres dan tidak membuang masa Memang setiap wanita tidak dapat lari dari tugas rumah samada mereka itu seorang pekerja ibu nenek atau masih gadis Untuk menjadi seorang suri rumah yang ideal bukan ...
Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025