5409 Dipenjara Selepas Serah Kad Atm Kepada Majikan Sinar Harian 17 10 2019



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tidak menyangka hasratnya untuk mencari pekerjaan menyebabkannya terpaksa meringkuk di penjara gara-gara menyerahkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kepada 'majikan'.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Jeff, 28, berdepan tuduhan penipuan wang menyebabkannya dijatuhkan hukuman penjara empat bulan selepas didapati bersalah di bawah kes penipuan wang.

Bukan itu sahaja, malah Jeff juga terpaksa membayar denda berjumlah RM14,500 terhadap dua pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Berkongsi sejarah hitam dalam hidupnya itu, Jeff berkata, pada mulanya dia memohon pekerjaan sebagai pemandu syarikat yang iklannya ditampal di dinding sebuah restoran di Bangi, awal April tahun lalu.

Katanya, dia tidak menyangka niat untuk mencari kerja untuk menampung keluarga akhirnya menyebabkan masa depannya gelap selepas menyerahkan kad ATM miliknya kepada individu lain.

"Saya kemudiannya telah menghubungi nombor telefon yang tertera sebelum berjumpa dengan seorang lelaki di sebuah restoran untuk sesi temuduga.

"Individu terbabit kemudiannya memberitahu dirinya diterima bekerja sebagai pemandu syarikat dengan gaji berjumlah RM2,500.

"Lelaki tersebut meminta saya membuka akaun di sebuah bank untuk pembayaran gaji.

“Dia juga memberi saya wang tunai RM250 untuk membuka akaun bank berkenaan selain sentiasa berada di samping saya ketika proses membuka akaun,” katanya yang ditemui di Biro Pembangunan Sosial (BPS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Bagaimanapun, katanya, setelah urusan membuka akaun itu selesai, lelaki berkenaan telah meminta kad ATM miliknya dengan alasan duit syarikat berada dalam akaun tersebut serta akan memulangkannya semula sebaik saja dia memulakan tugas.

"Bagaimanapun, selepas dua minggu, lelaki tersebut gagal dihubungi.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana beranggapan akaun milik saya tiada wang selain tidak pernah memberi nombor pin kad ATM tersebut,” katanya.

Jeff telah dibebaskan pada Mac lalu, namun terpaksa berhadapan dengan dua lagi pertuduhan penipuan wang iaitu di Kelantan dan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kepincangan pelaksanaan sistem perundangan adalah agenda nasional yang perlu dikaji semula dan ditangani bagi membanteras sindiket penipuan kewangan.

Menurutnya, undang-undang sepatutnya digunakan untuk mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat.

“Kita merayu pada pihak berwajib utk mengkaji semula kaedah penguatkuasaan undang-undang ini sekali gus melindungi mangsa keldai akaun yang teraniaya.

“Ini bukan sahaja menyebabkan kerugian negara dari segi kewangan malah kerugian modal insan yang seharusnya menjadi aset yang boleh dibangunkan,” katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian

DIPENJARA SELEPAS SERAH KAD ATM KEPADA MAJIKAN

https://www.sinarharian.com.my/article/52643/EDISI/Selangor-KL/Dipenjara-selepas-serah-kad-ATM-kepada-majikan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/10/5409-dipenjara-selepas-serah-kad-atm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5363 Subsidi Petrol Bersasar Kaedah Baik Salurkan Bantuan Ppim Sinar Harian 06 10 2019

5363 Subsidi Petrol Bersasar Kaedah Baik Salurkan Bantuan Ppim Sinar Harian 06 10 2019

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 579 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyifatkan sistem pelaksanaan program subsidi petrol bersasar yang memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah satu kaedah yang baik untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak Ketu...
5396 Turun Harga Rumah Pemilikan Asing Boleh Laksana Tapi Perlu Hati Hati Sinar Harian 14 10 2019

5396 Turun Harga Rumah Pemilikan Asing Boleh Laksana Tapi Perlu Hati Hati Sinar Harian 14 10 2019

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 467 hits
SHAH ALAM Pengumuman kerajaan untuk menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar untuk tujuan pemilikan asing pada tahun depan boleh dilaksanakan asalkan tidak mengabaikan ekonomi untuk rakyat tempatan Setiausah...
5413 Koppim Bantu Pengguna Muslim Sinar Harian 19 10 2019

5413 Koppim Bantu Pengguna Muslim Sinar Harian 19 10 2019

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 523 hits
KOPERASI Pembangunan Pengguna Islam Malaysia melaksanakan langkah progresif dengan bertemu pengguna Muslim bagi menggalakkan mereka meningkatkan ekonomi dengan melabur di dalam koperasi tersebut Ketua Pengarah Operasi KoPPIM Fadzil Hashim b...
5416 Larangan Kempen Di Masjid Tak Jejas Bmf Ppim Sinar Harian 21 10 2019

5416 Larangan Kempen Di Masjid Tak Jejas Bmf Ppim Sinar Harian 21 10 2019

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 394 hits
SHAH ALAM Tindakan kerajaan Perak yang melarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu di kawasan masjid di negeri itu tidak menjejaskan kempen berkenaan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan meny...
Catatan Harian Emme 5 Oktober 2019

Catatan Harian Emme 5 Oktober 2019

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 447 hits
Niat dan azam tu sentiasa ada untuk meneruskan penulisan di blog baru Cadangannya paling tidak seminggu 3 entri baru Sudahnya tengoklah saya masih lagi jauh ketinggalan dari planning asal Waktu kemuncak untuk saya fokus menguruskan tempahan...
Operasi Sinar 2019 Jabatan Kastam Diraja Malaysia Rampas Dadah Bernilai Rm2 7 Juta

Operasi Sinar 2019 Jabatan Kastam Diraja Malaysia Rampas Dadah Bernilai Rm2 7 Juta

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 369 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
La Liga 2019 20 Leganes Tuntut Perlawanan Ulangan Menentang Levante Selepas Var Rosak

La Liga 2019 20 Leganes Tuntut Perlawanan Ulangan Menentang Levante Selepas Var Rosak

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 231 hits
Kelab La Liga Leganes telah melakukan rayuan kepada La Liga agar perlawanan menentang Levante diadakan sekali lagi selepas mendakwa Video Bantuan Pengadil rosak ketika pertemuan kedua dua pasukan semalam Leganes percaya sepakan penalti pada...
Yapeim Serah Sumbangan Program Sinar Kasih Kepada Waris Tujuh Beradik Yatim Piatu

Yapeim Serah Sumbangan Program Sinar Kasih Kepada Waris Tujuh Beradik Yatim Piatu

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 700 hits
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia menyerahkan sumbangan sebanyak RM16 800 kepada waris 7 beradik yatim piatu bagi Program Sinar Kasih
5417 Kenapa Dengan Anak Saya Harian Metro 21 10 2019

5417 Kenapa Dengan Anak Saya Harian Metro 21 10 2019

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 309 hits
SAYA harap ada pakar dapat membantu memberikan pencerahan apa yang sedang berlaku kepada anak saya Setakat ini ada banyak pandangan namun saya bimbang memberikan rawatan yang salah kepadanya Secara tiba tiba dia jadi lemah dan muntah muntah...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant

Cara Cuci Kerang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan