5231 Kempen Dahulukan Produk Muslim Dan Bumiputera Tidak Bermusim Malaysia Gazette 03 09 2019



KUALA LUMPUR – Kempen mendahulukan produk Muslim dan bumiputera (BMBF) dijangka akan berlarutan kerana program ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan penyaluran maklumat kepada pengguna supaya boleh membuat pilihan yang lebih baik ketika membeli-belah.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tahap kesedaran dalam kalangan pengguna Muslim dan bumiputera ketika ini walaupun masih rendah tetapi trendnya semakin meningkat setiap hari.

Katanya, matlamat dan kesan ketara daripada kempen ini boleh dirasai sekiranya dijalankan secara berterusan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

“Kempen ini masih terlalu baharu tetapi saya menjangkakan ianya akan berlanjutan dengan lama kerana ramai pengguna yang semakin celik ditambah pula dengan isu-isu panas (perkauman) yang tidak putus-putus dimainkan.

“Ini semua menjadi faktor penyebab kempen ini diadakan.

“Saya yakin kempen mendahulukan produk Muslim dan bumiputera atau di PPIM kami lebih senang menggelarkannya kempen mendahulukan produk pembayar zakat bukanlah perkara bermusim,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.

Tambah Nadzim, bagi memudahkan pengguna untuk memilih dan mencari produk keluaran pembayar zakat, PPIM bakal melancarkan sebuah aplikasi yang mengandungi direktori dan maklumat produk-produk berkenaan.

Ia dijangka dilancarkan minggu depan.

Berulang kali menegaskan, mendahulukan produk Muslim dan bumiputera ini sangat penting untuk pengukuhan ekonomi bangsa, beliau juga mahu para pengguna tidak memboikot secara melulu sebaliknya mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu barangan tersebut.
Temubual Eksklutif bersama Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 02 SEPTEMBER 2019.Ini katanya bagi mengelakkan mereka memboikot produk keluaran Muslim dan bumiputera secara tidak sengaja.

“Mereka perlu ada ilmu dan pengetahuan terhadap sesuatu produk tersebut supaya tidak tersalah boikot.

“Ada sesetengah produk yang mempunyai jenama seperti milik orang Islam atau Melayu tetapi hakikatnya milik kaum lain begitu juga sebaliknya.

“Apa yang penting pengguna perlu tahu siapa pemilik atau pengeluar produk berkenaan,” katanya.

PPIM sebelum ini pernah mencadangkan supaya pengeluar bukan bumiputera atau bukan Muslim tidak menggunakan tulisan jawi dalam pembungkusan produk masing-masing bagi mengelakkan pengguna terkeliru.
Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menunjuk dan menerangkan antara produk bumipetera ketika ditemubual di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 02 SEPTEMBER 2019.Dalam pada itu, Nadzim meminta para pengguna juga perlu berkorban sedikit untuk mendapatkan produk-produk Muslim dan bumiputera kerana ianya tidak mampu dipasarkan terlalu meluas seperti produk-produk bukan bumiputera.

“Ada produk kita yang tidak mampu menembusi pasaraya-pasaraya besar atau kedai-kedai milik bukan bumiputera.

“Jadi saya minta para pengguna supaya berkorban sedikit masa dan tenaga untuk mendapatkan produk-produk ini.

“Semoga apabila produk ini banyak dibeli oleh pengguna bumiputera, mereka mampu meluaskan lagi pasaran pada masa hadapan.
“Komitmen dari pengguna ini sangat-sangat diharapkan oleh para usahawan kerana mereka telah berjihad membuat pelaburan mengeluarkan sesuatu produk Muslim dan kini, tinggal pengguna sahaja untuk menentukan sama ada mahu membeli barangan tersebut atau tidak,” tambahnya lagi.-MalaysiaGazette


Artikel oleh: Malaysia GazetteKEMPEN DAHULUKAN PRODUK MUSLIM DAN BUMIPUTERA TIDAK BERMUSIMhttps://malaysiagazette.com/2019/09/03/kempen-dahulukan-produk-muslim-dan-bumiputera-tidak-bermusim/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/09/5231-kempen-dahulukan-produk-muslim-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Akan Lancar Aplikasi Mantapkan Kempen Utama Produk Muslim Bumiputera

Ppim Akan Lancar Aplikasi Mantapkan Kempen Utama Produk Muslim Bumiputera

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 365 hits
KUALA LUMPUR Kempen mendahulukan produk Muslim dan bumiputera dijangka akan berlarutan kerana program ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan penyaluran maklumat kepada pengguna supaya boleh membuat pilihan yang lebih baik ketika membeli...
5190 Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Mengelirukan Utusan Malaysia 22 08 2019

5190 Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Mengelirukan Utusan Malaysia 22 08 2019

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 628 hits
KUALA LUMPUR 22 Ogos Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong penuh gesaan melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru deng...
5183 Ppim Lancar Tabung Food Bank Bantu Staf Utusan Malaysia Gazette 21 08 2019

5183 Ppim Lancar Tabung Food Bank Bantu Staf Utusan Malaysia Gazette 21 08 2019

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 477 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah melancarkan tabung Food Bank PPIM untuk membantu wartawan dan kakitangan Utusan Melayu Malaysia Berhad yang dihimpit masalah tunggakan gaji Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata i...
5198 Sijil Halal Ikut Pemilik Produk Utusan Malaysia 23 08 2019

5198 Sijil Halal Ikut Pemilik Produk Utusan Malaysia 23 08 2019

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 466 hits
KUALA LUMPUR 23 Ogos Persatuan Pengguna Islam Malaysia mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia supaya mengeluarkan sijil halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk Setiausaha Agungnya Datuk Dr Maamor Osman berkata sebaga...
Kempen Beli Produk Muslim Menteri Pun Goyang

Kempen Beli Produk Muslim Menteri Pun Goyang

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 814 hits
Kempen Beli Produk MuslimSeminggu dua ni di kalangan pengguna muslim telah di kejutkan dengan satu kempen iaitu Kempen Beli Produk Muslim Kempen kesedaran wujud setelah kes tulisan jawiAbang Wayne perasan kempen di giat di jalankan akibat d...
Tak Bijak Kalau Sertai Kempen Boikot Produk Bukan Muslim

Tak Bijak Kalau Sertai Kempen Boikot Produk Bukan Muslim

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 592 hits
Kempen memboikot produk bukan bumiputera perlu dihentikan kerana bukan sahaja ia boleh menjejaskan perpaduan nasional malah turut merugikan pengguna Ini kerana pengguna tidak boleh membeli barangan yang lebih berkualiti pada harga yang lebi...
Ada Apa Dengan Kempen Buy Muslim Bumiputera First

Ada Apa Dengan Kempen Buy Muslim Bumiputera First

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 708 hits
Kempen mengutamakan produk muslim dan bumiputera bukanlah satu kempen anti masyarakat bukan Islam non bumi dan juga bukan gerakan mana mana parti politik Ia adalah terjemahan rasa kecewa dan sakit hati sebahagian besar masyarakat Islam terh...
Kempen Bmbf Bukan Boikot Barangan Bukan Muslim Bumiputera

Kempen Bmbf Bukan Boikot Barangan Bukan Muslim Bumiputera

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 657 hits
Penulis menyokong kempen Buy Muslim Bumiputera First namun ini tidak bermakna bahawa penulis memboikot barangan keluaran bukan Muslim Bumiputera Bagi penulis kempen ini amat bagus kerana mampu mendidik rakyat Malaysia terutama sekali yang b...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Anak Buah Terpaling Kecil

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey