Ppim Akan Lancar Aplikasi Mantapkan Kempen Utama Produk Muslim Bumiputera



KUALA LUMPUR – Kempen mendahulukan produk Muslim dan bumiputera (BMBF) dijangka akan berlarutan kerana program ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan penyaluran maklumat kepada pengguna supaya boleh membuat pilihan yang lebih baik ketika membeli-belah.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tahap kesedaran dalam kalangan pengguna Muslim dan bumiputera ketika ini walaupun masih rendah tetapi trendnya semakin meningkat setiap hari.
Katanya, matlamat dan kesan ketara daripada kempen ini boleh dirasai sekiranya dijalankan secara berterusan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi.
“Kempen ini masih terlalu baharu tetapi saya menjangkakan ianya akan berlanjutan dengan lama kerana ramai pengguna yang semakin celik ditambah pula dengan isu-isu panas (perkauman) yang tidak putus-putus dimainkan.
“Ini semua menjadi faktor penyebab kempen ini diadakan.
“Saya yakin kempen mendahulukan produk Muslim dan bumiputera atau di PPIM kami lebih senang menggelarkannya kempen mendahulukan produk pembayar zakat bukanlah perkara bermusim,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.
Tambah Nadzim, bagi memudahkan pengguna untuk memilih dan mencari produk keluaran pembayar zakat, PPIM bakal melancarkan sebuah aplikasi yang mengandungi direktori dan maklumat produk-produk berkenaan.
Ia dijangka dilancarkan minggu depan.
Berulang kali menegaskan, mendahulukan produk Muslim dan bumiputera ini sangat penting untuk pengukuhan ekonomi bangsa, beliau juga mahu para pengguna tidak memboikot secara melulu sebaliknya mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu barangan tersebut.
Ini katanya bagi mengelakkan mereka memboikot produk keluaran Muslim dan bumiputera secara tidak sengaja.
“Mereka perlu ada ilmu dan pengetahuan terhadap sesuatu produk tersebut supaya tidak tersalah boikot.
“Ada sesetengah produk yang mempunyai jenama seperti milik orang Islam atau Melayu tetapi hakikatnya milik kaum lain begitu juga sebaliknya.
“Apa yang penting pengguna perlu tahu siapa pemilik atau pengeluar produk berkenaan,” katanya.
PPIM sebelum ini pernah mencadangkan supaya pengeluar bukan bumiputera atau bukan Muslim tidak menggunakan tulisan jawi dalam pembungkusan produk masing-masing bagi mengelakkan pengguna terkeliru.
Dalam pada itu, Nadzim meminta para pengguna juga perlu berkorban sedikit untuk mendapatkan produk-produk Muslim dan bumiputera kerana ianya tidak mampu dipasarkan terlalu meluas seperti produk-produk bukan bumiputera.
“Ada produk kita yang tidak mampu menembusi pasaraya-pasaraya besar atau kedai-kedai milik bukan bumiputera.
“Jadi saya minta para pengguna supaya berkorban sedikit masa dan tenaga untuk mendapatkan produk-produk ini.
“Semoga apabila produk ini banyak dibeli oleh pengguna bumiputera, mereka mampu meluaskan lagi pasaran pada masa hadapan.
“Komitmen dari pengguna ini sangat-sangat diharapkan oleh para usahawan kerana mereka telah berjihad membuat pelaburan mengeluarkan sesuatu produk Muslim dan kini, tinggal pengguna sahaja untuk menentukan sama ada mahu membeli barangan tersebut atau tidak,” tambahnya lagi. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/09/ppim-akan-lancar-aplikasi-mantapkan-kempen-utama-produk-muslim-bumiputera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5231 Kempen Dahulukan Produk Muslim Dan Bumiputera Tidak Bermusim Malaysia Gazette 03 09 2019

5231 Kempen Dahulukan Produk Muslim Dan Bumiputera Tidak Bermusim Malaysia Gazette 03 09 2019

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 699 hits
KUALA LUMPUR Kempen mendahulukan produk Muslim dan bumiputera dijangka akan berlarutan kerana program ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan penyaluran maklumat kepada pengguna supaya boleh membuat pilihan yang lebih baik ketika membeli...
Ada Apa Dengan Kempen Buy Muslim Bumiputera First

Ada Apa Dengan Kempen Buy Muslim Bumiputera First

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 690 hits
Kempen mengutamakan produk muslim dan bumiputera bukanlah satu kempen anti masyarakat bukan Islam non bumi dan juga bukan gerakan mana mana parti politik Ia adalah terjemahan rasa kecewa dan sakit hati sebahagian besar masyarakat Islam terh...
Kempen Beli Produk Muslim Dulu

Kempen Beli Produk Muslim Dulu

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 977 hits
KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM DULU1 Kenyataan Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan kefahaman beliau tentang isu Boikot Barangan Bukan Bumiputera adalah kurang tepat 2 Bagi PAS Kempen Beli Produk Muslim Dulu adalah su...
Ummah Minta Rakyat Sokong Kempen Beli Produk Muslim

Ummah Minta Rakyat Sokong Kempen Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 445 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Roadshow fasa pertama bermula 8 September di Pulau Pinang KUALA LUMPUR Istilah memboikot produk bukan muslim hanyalah label yang dikeluarkan oleh pemimpin politik bukannya peniaga mahupun pengusaha Islam tega...
100 Fakta Wajib Sokong Produk Muslim Produk Bumiputera

100 Fakta Wajib Sokong Produk Muslim Produk Bumiputera

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 722 hits
1 Statistik membuktikan bahawa pada 2019 penduduk Bumiputera berjumlah seramai 20 4 juta orang iaitu sebesar 69 3 Namun begitu pendapatan purata isi rumah Bumiputera masih rendah berbanding bukan Bumiputera iaitu RM6 267 berbanding RM8 213 ...
Kempen Bmbf Bukan Boikot Barangan Bukan Muslim Bumiputera

Kempen Bmbf Bukan Boikot Barangan Bukan Muslim Bumiputera

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 640 hits
Penulis menyokong kempen Buy Muslim Bumiputera First namun ini tidak bermakna bahawa penulis memboikot barangan keluaran bukan Muslim Bumiputera Bagi penulis kempen ini amat bagus kerana mampu mendidik rakyat Malaysia terutama sekali yang b...
Kempen Beli Produk Muslim Menteri Pun Goyang

Kempen Beli Produk Muslim Menteri Pun Goyang

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 798 hits
Kempen Beli Produk MuslimSeminggu dua ni di kalangan pengguna muslim telah di kejutkan dengan satu kempen iaitu Kempen Beli Produk Muslim Kempen kesedaran wujud setelah kes tulisan jawiAbang Wayne perasan kempen di giat di jalankan akibat d...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025