5121 Wafiq Terima Banyak Aduan Pekerja Dilarang Berhijab Sinar Harian 01 08 2019



SHAH ALAM - Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (Wafiq) menerima banyak aduan daripada pekerja swasta terutama sektor perhotelan yang mendakwa mereka dilarang untuk memakai hijab ketika bekerja.
Exco Belia dan Media Wafiq, Nur Farihah Meor Mazli berkata, sejak akhir 2017 hingga awal 2018, aduan berkaitan larangan itu banyak diterima apabila pengadu mendakwa larangan itu termaktub dalam polisi hotel.
"Hotel-hotel ini telah kenakan polisi tidak boleh memakai tudung ketika bekerja, baik yang bekerja di bahagian pentadbiran mahupun yang duduk di kaunter hadapan hotel.
“Jadi bila kita lihat adik dan kakak kita serta ada juga pelajar yang memohon menjalani latihan industri di hotel mengadu mereka dikenakan syarat tidak boleh memakai hijab, maka kita rasa ia amat bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada.
“Larangan itu juga jelas satu bentuk diskriminasi, sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan telah ada peruntukan tidak boleh ada diskriminasi terhadap agama dan juga pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar ke-119 membawakan tajuk ‘Diskriminasi Agama Masih Berlaku?’ di Studio C, Kompleks Media Karangkraf di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nur Farihah berkata, Wafiq yang ditubuhkan membela isu-isu berkaitan wanita, kekeluargaan dan pendidikan telah membawa isu larangan itu ke peringkat lebih tinggi.
“Kami melakukan pertemuan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
“Kami juga melakukan pertemuan dengan pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengenai hal tersebut,” katanya.
Nur Farihah berkata, hasilnya pada Mac lalu, pihak hotel yang terlibat telah menarik balik polisi tersebut dan membenarkan pekerja mereka mengenakan hijab ketika bekerja.
“Alhamdulillah setelah usaha Wafiq bertemu sendiri pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak menteri, akhirnya kami terima berita baik pada Mac lalu di mana pihak hotel membuang polisi larangan berhijab itu.
“Maka pada pandangan kami, segala solusi setiap isu boleh segera diselesaikan jika ada kerjasama antara kerajaan, pihak swasta dan NGO,” katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian
WAFIQ TERIMA BANYAK ADUAN PEKERJA DILARANG BERHIJAB
https://www.sinarharian.com.my/article/40981/BERITA/Nasional/Wafiq-terima-banyak-aduan-pekerja-dilarang-berhijab

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/08/5121-wafiq-terima-banyak-aduan-pekerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5117 Kasih Seorang Mualaf Setia Jaga Bapa Hidap Strok Sinar Harian 30 07 2019

5117 Kasih Seorang Mualaf Setia Jaga Bapa Hidap Strok Sinar Harian 30 07 2019

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 432 hits
KUALA TERENGGANU Biarpun berlainan agama ia bukan halangan bagi seorang mualaf Syahidee Foo Kai Cheng 52 dari Kampung Bukit Kecil di sini untuk terus setia menjaga bapanya yang diserang angin ahmar Bapanya Foo Fong Chor 92 yang beragama Bud...
Selamat Cuti Hari Sarawak Banyak Cuti Hari Minggu Yang Panjang Tahun 2019

Selamat Cuti Hari Sarawak Banyak Cuti Hari Minggu Yang Panjang Tahun 2019

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 719 hits
Salam Isnin Cuti hari Isnin ni jadi kita pergi bercuti selama 3 hari Tahun 2019 ni agak banyak juga cuti weekend yang panjang di Sarawak hehe Jadi kita manfaatkannya untuk bercuti dan merehatkan minda Untung la orang bekerja di Sarawak Dan ...
Banyak Terima Duir Bosskurr Rm1 13 Billion Billionaire Malaysia Bosskurrr

Banyak Terima Duir Bosskurr Rm1 13 Billion Billionaire Malaysia Bosskurrr

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 301 hits
Bekas pegawai bank yang menguruskan akaun bekas perdana menteri Najib Razak di AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa sebanyak RM1 13 bilion telah dipindahkan ke akaun Najib antara 2011 dan 2013 Joanna Yu Ging Pi...
Pengarang Sinar Harian Dan Al Kisah Awang Hitam Serta Awang Dogol

Pengarang Sinar Harian Dan Al Kisah Awang Hitam Serta Awang Dogol

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 343 hits
Here is Sinar Harian with an about the awang hitam or Africans PERNAHKAH awang hitam beri sumbangan kepada negara kita sebagai pakar inovasi bagi memudahkan urusan rakyat Ataupun membantu rakyat Malaysia susah tahi dibuat awang hitam buat m...
Dihiasi Banyak Atraksi Pengunjung Terpukau Pembukaan Festival Bumi Rafflesia 2019

Dihiasi Banyak Atraksi Pengunjung Terpukau Pembukaan Festival Bumi Rafflesia 2019

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 271 hits
Festival Bumi Rafflesia 2019 Kamis berlangsung meriah Para pengunjung yang hadir pun terpukau Kegiatan ini dilaksanakan di Sport Center Pantai Panjang Bengkulu
5151 Kebakaran Pusat Tahfiz Video Tidak Disunting Berita Harian 07 08 2019

5151 Kebakaran Pusat Tahfiz Video Tidak Disunting Berita Harian 07 08 2019

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 559 hits
KUALA LUMPUR Rakaman pergerakan individu yang mempunyai kaitan dengan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah sehingga menyebabkan 23 penghuninya terbunuh dua tahun lalu tidak pernah disunting oleh pihak berkuasa Rakaman yang dirak...
5141 Along Ala Islamik Harian Metro 06 08 2019

5141 Along Ala Islamik Harian Metro 06 08 2019

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 429 hits
KUALA LUMPUR Saya terpaksa membawa keluarga berteduh di beberapa pantai untuk mengelak dikesan along Selama 15 hari saya bersama isteri berusia 53 tahun serta dua anak tiri perempuan berusia 23 dan 25 tahun tinggal di sana selain terpaksa m...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat

Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian