5141 Along Ala Islamik Harian Metro 06 08 2019



KUALA LUMPUR: “Saya terpaksa membawa keluarga ‘berteduh’ di beberapa pantai untuk mengelak dikesan along.

“Selama 15 hari saya bersama isteri berusia 53 tahun serta dua anak tiri perempuan berusia 23 dan 25 tahun tinggal di sana selain terpaksa mengikat perut kerana tidak mempunyai wang,” kata Khairul Anuar, 37, yang menjadi mangsa sindiket pinjaman wang tidak berlesen.

Katanya, dia meminjam wang berjumlah RM1,400 pada 11 Mei lalu untuk membuat pusingan modal bagi perniagaan di gerainya di Chendering, Terengganu.

“Pada awalnya, saya difahamkan pinjaman itu berkonsep Islamik selain tidak mempunyai kadar bunga yang tinggi.

“Namun, apabila terdesak dan tidak dapat membayar dalam tempoh ditetapkan saya diugut along selain perlu menjelaskan wang itu dengan segera,” katanya dalam sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Khairul berkata, akibat tertekan dengan situasi itu dan sering diganggu along, dia membawa keluarga keluar dari rumah pada 12 Julai lalu dan berteduh di sekitar pantai di Terengganu.

“Dalam tempoh itu, saya meminta sumbangan kewangan daripada kenalan untuk membeli makanan selain meminta bantuan daripada pengunjung di sekitar kawasan berkenaan.

“Pada 15 Julai saya ke PPIM, Kuala Lumpur untuk meminta bantuan sebelum kembali ke Terengganu.

“Selepas meneliti aduan saya, PPIM memasukkan wang pada 27 Julai lalu sebagai kos pengangkutan untuk saya membawa keluarga ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di rumah perlindungan,” katanya.

Sementara itu, Nadzim berkata pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemberi pinjaman wang tidak berlesen.

“Pihak kami melihat tawaran pinjaman itu semakin berleluasa dan perlu dilumpuhkan segera.

“Situasi itu bukan saja boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan, malah mengundang aktiviti jenayah jika mangsa tiada pilihan lain,” katanya.

Artikel oleh: Harian Metro
ALONG ALA ISLAMIK
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/483155/along-ala-islamik


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/08/5141-along-ala-islamik-harian-metro.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5144 Polisi Lapuk Beban Lebih 300 000 Individu Harian Metro 06 08 2019

5144 Polisi Lapuk Beban Lebih 300 000 Individu Harian Metro 06 08 2019

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 387 hits
Kuala Lumpur Tidak diberikan penyata kewangan kadar faedah 12 peratus menyamai pemberi pinjam wang berlesen serta fi yang tidak wajar Itu isu membelenggu individu dibankrapkan di negara ini yang berurusan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia ...
5143 Muflis Hingga Hujung Hayat Harian Metro 06 08 2019

5143 Muflis Hingga Hujung Hayat Harian Metro 06 08 2019

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 391 hits
KUALA LUMPUR Berstatus orang bankrap sampai hujung nyawa Itu kisah pilu seorang daripada puluhan ribu rakyat Malaysia yang terbelenggu dengan masalah kebankrapan Lelaki warga emas itu dibankrapkan bersama isteri dan dua anaknya selepas syar...
5142 4 Beranak Diburu Along Tinggalkan Kampung Berita Harian 06 08 2019

5142 4 Beranak Diburu Along Tinggalkan Kampung Berita Harian 06 08 2019

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 658 hits
Kuala Lumpur Empat beranak terpaksa melarikan diri dari kampung mereka selepas diugut along sejak sebulan lalu disebabkan pinjaman RM1 200 Lebih menyedihkan apabila dua anaknya yang menyambung pelajaran di universiti awam di Pantai Timur ju...
5153 Tak Sunting Rakaman Cctv Harian Metro 08 08 2019

5153 Tak Sunting Rakaman Cctv Harian Metro 08 08 2019

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan pergerakan individu dalam kes berkaitan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa dua tahun lalu ...
5121 Wafiq Terima Banyak Aduan Pekerja Dilarang Berhijab Sinar Harian 01 08 2019

5121 Wafiq Terima Banyak Aduan Pekerja Dilarang Berhijab Sinar Harian 01 08 2019

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 577 hits
SHAH ALAM Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti menerima banyak aduan daripada pekerja swasta terutama sektor perhotelan yang mendakwa mereka dilarang untuk memakai hijab ketika bekerja Exco...
5117 Kasih Seorang Mualaf Setia Jaga Bapa Hidap Strok Sinar Harian 30 07 2019

5117 Kasih Seorang Mualaf Setia Jaga Bapa Hidap Strok Sinar Harian 30 07 2019

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 432 hits
KUALA TERENGGANU Biarpun berlainan agama ia bukan halangan bagi seorang mualaf Syahidee Foo Kai Cheng 52 dari Kampung Bukit Kecil di sini untuk terus setia menjaga bapanya yang diserang angin ahmar Bapanya Foo Fong Chor 92 yang beragama Bud...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

From Startup To Unicorn Status

Drama Pasca Kau Pergi

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Maggi Pes Perapan Air Fryer

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Israel Serang Iran Tokoh Tokoh Ini Jadi Korban

Manfaat Beramal Dengan Doa Nabi Musa

Kepentingan Perkhidmatan Kereta Api Kargo

Cara Buat Daging Pekasam Dan Resipi Mudah Pembangkit Selera

Tallia Storm S Legs And Feet In Tights 17

Raised Bed Sederhana Pokok Bendi