5 Tips Pilih Bisnes Terbaik
Ini Dia Tips Nak Bebas Masa Work From Home. Ni Cara Saya…
Kalau boleh semua orang memang nak bebas kerja dari rumah dengan gaji sama atau lebih dari yang dapat sekarang.
Lepas PKP ni alhamdulillah ramai dapat peluang. Tapi sekarang ada yang balik macam dulu.
Dulu saya pun fikir sampai bila nak hadap rutin pergi balik kerja tiap-tiap hari. Takde ke kerja yang boleh dapat gaji besar tapi bebas.
2013 saya join satu seminar perniagaan di KL. Lupa dah nama hotel tu. Tapi speaker dia belom mengajar, dia melompat-lompat atas pentas. 1st time jumpa seminar macamtu rasa pelik juga. Tapi lepas joget rasa semangat pulak.
Balik dari seminar tu saya cubalah berniaga. Try beberapa bisnes sambil kerja. Tapi tak berapa jalan. Ada la sales tapi tak kekal. Tengok sifu cerita dalam seminar macam senang je nak jadi jutawan. Rupanya susah
.
Alhamdulillah pencarian bisnes tamat lepas saya jumpa bisnes yang sekarang ni ha. Alhamdulillah lepas beberapa saya boleh resign dan full time work from home.
Ini beberapa tips saya saya dah buat.
1) Kaji kekuatan syarikat, sistem, produk dan pasaran sebelum mulakan apa-apa bisnes.
96% bisnes gagal bertahan sampai 10 tahun. Ada banyak sangat faktor mereka tutup. Contohnya BOD bergaduh, masalah kewangan, tiada prinsip yang betul, hanya mementingkan duit dan tewas dengan cabaran ekonomi.
Sampai ramai peniaga hilang punca pendapatan bila produk tak dapat dikeluarkan atau syarikat tukar plan marketing.
2) Ikut sistem dan duduk dalam sistem. Orang dulu dah habiskan masa dan modal untuk ‘Try An Error’. Mereka dah rugi dulu. Jadi tak payahla kita cuba buat sistem baru yang belum tentu jadi. Ikut saja dan buat lebih agresif.
3) Anggaplah bisnes part-time kita ialah life-time bisnes. Sebab makan gaji dah sah tak boleh kaya melainkan CEO dan professional dalam bidang yang penting. Tapi itupun terikat dengan masa.
Jadi, walaupun buat bisnes 1-3 jam sehari, handle bisnes tu macam 100k punya bisnes. Lama-lama 100k kita akan dapat jugak.
4) Cuba pilih bisnes yang support lifestyle. Sebab untung runcit setiap hari kadang-kadang menyusahkan dengan nak akaun. Bertahun-tahun bisnes tapi lansung tak boleh pakai untuk upgrade lifestyle spt kereta dan rumah. Berbanding bisnes yang disokong oleh bank sebab ada slip gaji yang mudah yakinkan bank.
5) Biar sampai boleh bagi pendapatan pasif. Saya tak nak lah menjual sampai mati. Biarla produk tu pelanggan selalu datang dan setia bertahun-tahun. Mudah sikit nak kekalkan income. Selain itu boleh bagi peluang orang lain buat duit. Lagi banyak duit dia buat, kita pun dapat komisyen.
Jadi itu saja tips saya. Kalau berminat nak tahu boleh private message saya.
InsyaAllah saya kongsikan strateginya.
kredit : master amin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://faizsaaid.com/5-tips-pilih-bisnes-terbaik/